photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 23 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab28]

Bab 28

            “Assalamualaikum semua” suara itu mengejutkan staf staf yang tengah leka berborak. Mana tidaknya lunch mereka belum habis lagi. Lagi 15 minit sebelum masuk waktu pejabat. Kedatangan Encik Badrul pada petang itu membuatkan staff pejabatnya terpinga pinga. Setelah dua minggu Encik Badrul letak jawatan dan diganti Iqbal, petang itu lelaki itu menunjukkan muka dan paling menarik perhatian mereka semua ialah dengan kehadiran seorang pemuda yang kacak berpakaian pejabat. Dengan penampilan segak bergaya dan bercermin mata hitam itu sungguh menarik perhatian. Ketinggian dan badan persis seorang model. Berkulit cerah, berkening lebat, berhidung mancung, bibirnya yang merah tanda tidak merokok dan berkumis nipis. Cukup tampan. Membolehkan hati si gadis cair apabila memandangnya.
            “Encik Iqbal mana?” tanyanya setelah bayangan yang dicari belum ditemui.
            “Belum masuk Encik”. Salah seorang staf yang berdiri berhampiran dengannya.
            “Erm, masuk bilik Pak Ngah dulu la Harith. Nanti kita tunggu time pejabat. Kejap lagi balik lah si Iqbal tu” seraya mengamit Harith masuk ke biliknya. “Mana bilik saya Pak Ngah?” belum sempat Encik Badrul berlalu Harith bertanya.
            “Sebelah bilik Iqbal tu. Bilik yang ada tanda CEO tu. Kalau kamu nak masuk bilik kamu pun pergi la. Nanti Pak Ngah panggil nak kenalkan kamu kat staff lain.”
            “Saya masuk bilik saya lah ya. Assalamualaikum”
            Harith memulas tombol pintu biliknya. Bilik yang tersergam indah berdekatan dengan tingkap memudahkannya melihat pemandangan di luar. Pejabat yang baru dihuni olehnya beberapa minit amat cantik dan mewah. Set sofa berwarna maroon di sebelah kiri buatan Itali beserta meja kaca. Bongsai sebagai hiasan bilik. Di suatu sudut tersedia rak majalah dunia perniagaan. Sebelah kanannya pula terdapat beberapa almari buku yang memuatkan buku bersaiz tebal dan juga terdapat beberapa koleksi kereta dan bangunan di dalam balang kaca. Cukup mewah. Haruman yang digunakan pula amat menyamankan minda dan dirinya. ‘pandai betul papa upah designer’ bersesuaian dengan cita rasanya.
            Harith melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya. Kerusi itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Sementara menunggu, dia mencapai beberapa dokumen untuk dibaca. Sekadar untuk memahami sebelum dirinya dibebankan dengan kerja kerja yang bakal dipikul sebagai tanggungjawabnya sebagai CEO. Sebelum ini, pejabatnya terletak di Penang. Memandangkan rumah keluarganya berada di sana. Walaupun mempunyai mempunyai penthouse sendiri. Pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah keluarga. Menghabiskan masa di sana. Tiada lagi sikap liarnya. Kalau terasa terlalu bosan barulah dia keluar, itupun sekadar melepak bersama rakan yang lain. Tiada lagi disko dalam hidupnya.
Pertemuannya dengan Dannia, membuatkan dia tekad untuk berada lebih dekat dengan gadis itu lalu mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala  Lumpur. Apatah lagi apabila mengetahui dimana gadis itu sedang bekerja. Syarikat milik keluarga mereka. gembira bukan kepalang hatinya. Berbunga bunga. Papanya pula pelik apabila diusulkan hasratnya untuk mengambil alih syarikat yang berada di Kuala Lumpur. Apabila di tanya, Harith hanya sekadar  menjawab untuk bertukar angin. Dirinya teringat akan perbualan papa dan mama dengannya seminggu lepas.
“Rith ingat nak pindah KL la papa” suara Harith memecah keheningan ruang tamu ketika Dato’ Iskandar sedang berehat bersama Datin Rosma landskap buatan itu.
“Kenapa tiba tiba?” Datin Rosma memandang anak terunanya. Inginkan jawapan.
“Cuba beritahu reason Rith papa nak dengar.” Sampuk Dato’ Iskandar. Pelik betul dengan Harith sejak pulang dari Kuala Lumpur bertemu client. Asyik termenung, kadang kadang tengah meeting pun anaknya boleh berangan. Apa masalahnya dia sendiri tidak tahu.
“Just nak tukar angin la papa. Lagipun papa ada nak uruskan company kat sini. Biarlah Rith yang transfer sana ya.”
But why? Do you have any problem here?”
I just told you, it’s nothing. Rith nak bertukar angin. Lagipun boleh Rith sama sama bekerjasama satu bumbung dengan Iqbal. Dengar kata dia dah kerja ganti papa dia kat company kita kat sana. Lagi satu, ramai client kita dari sana, Rith terpaksa berulang alik dari KL ke Penang. Jadi lebih baik Rith tukar kat sana.. senang nak jumpa client dan uruskan projek kita.” Yakin dan logik alasan yang keluar dari mulutnya.
Dato’ Iskandar terdiam. Berfikir sejenak sebelum memberi kata putus. Kalau dilihat dengan alasan itu, memang betul anaknya terpaksa berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur. Sebulan kadang kadang 5 kali. Kesian anaknya. Bukan dekat perjalanan itu. Lagi pula, clientnya ramai berada di sebelah Kuala Lumpur. Pekerjanya disana tidak boleh memberi kata putus memandangkan syarikat client mahukan pertemuan dengan anaknya sendiri.
“Bila Rith mahu transfer ke sana?”
“Minggu depan. Secepat yang mungkin lah.”
“Kenapa cepat sangat Rith? Mana kamu nak tinggal kat sana nanti?” Datin Rosma yang tadi mendiamkan diri menyampuk tiba tiba.
“Lagi cepat lagi bagus, nanti taklah tertunggu tunggu client kat sana. Pasal mana Rith nak tinggal, mama dan papa jangan risau. Rith akan mintak tolong kawan Rith carikan apartment.”
“Baiklah kalau macam tu kata Rith. Nanti papa bagitahu Pak Ngah kamu.”
Dirinya amat gembira akan persetujuan papa untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, dirinya akan berada dekat dengan Dannia. Gadis yang dicintai sepenuh hati. Tidak diberitahu kepada keluarganya berita tentang pertemuannya dengan Dannia. Sengaja untuk membuat kejutan. Berita ini biarlah dirahsiakan dahulu sebelum Dannia betul betul kembali ke pangkuannya. Mesti keluarganya gembira apabila bertemu kembali dengan menantu mereka. Malah keluarga mertuanya juga masih belum diketahui kedudukannya. Biarlah satu persatu masalah ini diselesaikan. Kehidupan Harith selepas Dannia pergi betul betul menghuru harakan kehidupannya. Dirinya tidak sabar untuk bertentang mata dengan isterinya itu. Mengenangkan hal itu, membuatkan dirinya tersenyum lebar. Lambatnya masa berlalu. Dirasakan terlalu lama masa menunggu waktu pejabat berjalan seperti biasa.
Lamunannya terbang melayang apabila pintu biliknya diketuk sebelum muka seseorang tersembul di muka pintu dengan sengihan yang lebar. Siapa lagi kalau bukan Iqbal. Kawan memerangkap sepupunya.
“Hai bro” tanpa mengetuk pintu Iqbal melangkah masuk ke biliknya. Melihat senyuman di bibir Iqbal, Harith bangun mendekati sepupunya itu dan berpelukan. “Lama tak jumpa kau. Sihat?”
“Aku macam ni la. Bila kau balik Malaysia? Tahu tahu da masuk kerja ganti Pak Ngah.” Harith bertanya ala kadar. “Da 6 bulan aku balik. Tapi tak sempat nak jenguk kau kat Penang tu. Family kau sihat ker?”
“Haram kau ni nak tunjuk muka kat Penang. Family aku tu sihat la kot. Papa ngan mama aku sihat, Cuma mama aku tu la da jarang nak beramah mesra ngan aku macam dulu tu. Kecik hati betul la. Papa aku da ok sekarang ni ngan aku. Adik aku tu pula dah jarang balik rumah. Duduk kat rumah sewanya.” Harith menjuihkan bibirnya.
“Aku bukan tak nak balik rumah kau, tapi lately ni busy sikit. So.....Dah jumpa ke wife kau tu? Aku pun nak kenal juga macam mana rupa wife kau tu.” Iqbal tidak pernah mengenali wanita yang dikatakan isteri sepupunya. Ketidakhadiran pada majlis perkahwinan itu kerana dirinya berada di luar negara. Majlis yang diadakan secara mengejut itu tidak dapat dihadirinya kerana waktu itu dia sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan semester.
“Hampir hampir” ringkas jawapannya.
“Biar betul. Wah! tak lama lagi bolehlah aku jumpa gadis yang telah buat sepupu aku yang bangang lagi playboy ni berubah 240 darjah. Kat mana dia sekarang ni?” Ujar Iqbal.
Harith menjeling tajam ke arah Iqbal. ‘Mulut longkang betul la mamat ni. Suka suki kata aku ni bangang lagi playboy’. Mengeluh kecil mendengar kata kata Iqbal.
“Takkan marah kot bro. Rileks la.” Harith tidak mempedulikan Iqbal. Memang tak dinafikan sikapnya dahulu amat menjengkelkan. Dia menggunakan kelebihan pada dirinya untuk memikat gadis gadis untuk dikelek ke hulur hilir. Sikapnya bertambah liar sejak balik dari luar negara. Puas dinasihati oleh papa dan mamanya. Namun nasihat itu tidak dipedulikan. Masanya sering dihabiskan di pub dan kelab malam. Saban malam dirinya balik dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Perangainya yang satu itu membuatkan papa dan mama tekad untuk menjodohkan dirinya dengan pilihan keluarga.
‘Dia ada syarikat ni, satu bumbung dengan kita’ kata kata itu hanya terluah dihatinya. “Tak la. Dia ada kat KL sekarang ni. Aku tengah berusaha la nak usha balik bini aku tu.” Biarlah dia rahsiakan dulu identiti Dannia pada Iqbal buat sementara waktu.
“Baguslah kalau macam tu. Lagi senang kerja kau nanti.”  
“Jom la aku kenalkan kau kat staf kita yang lain. Mereka dah tak sabar nak jumpa CEO yang handsome ni”. Ujar Iqbal mematikan lamunannya. Iqbal dapat rasakan kehadiran Harith di pejabat mereka mampu membuatkan gadis dan pekerja di company itu tertoleh toleh pada jejaka itu. Pasti ramai gadis yang jatuh hati dan gila bayang pada sepupunya. Harith mempunyai banyak kelebihan, berbanding dirinya yang hanya kekurangan harta dan kurang bersosial menyebabkan dirinya tidaklah begitu pandai bergaul terutamanya dengan perempuan. Jika nak dibandingkan dengan harta, Harith lebih kaya darinya dan sikapnya yang ramah dan pandai mengambil hati orang serta memikat itulah yang menjadikan diri sepupunya itu playboy di mata wanita.
“Banyak la kau punya handsome” Harith ketawa kecil mendengar bicara sepupunya. Mereka melangkah keluar dari biliknya. Iqbal memperkenalkan Harith kepada semua staff yang berada di pejabat. Mata mata si gadis tidak lepas memandang Harith yang kacak bergaya. Tidak kurang juga pekerja perempuan yang suadah pun berkahwin, memandang Harith macam nak terkeluar biji mata. Ingat  sikit kat laki korang oi. Saat dirinya berada di hadapan bilik yang pintunya tertutup rapat. Hatinya berdebar menanti reaksi wajah itu yang bakal dihadapinya.
“Dan ni bilik the most beautiful girl in the world. Jangan terpikat pula ya. Aku punya.” Iqbal sempat berkata sambil membuat lawak sebelum mengetuk pintu bilik Dannia. Tombol pintu dipulas sebaik mendengar arahan masuk.
“Yes Iq, masuklah” Dannia mempelawa Iqbal namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang ke biliknya.
“Hola Nia. Macam tahu tahu je i nak datang. Instinct ke apa” ketawa Iqbal. Dannia hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng geleng, tak habis habis Iqbal mahu mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar ayat nakal Iqbal.
“Amboi busy nya. Ni datang nak kenalkan you dengan our new CEO” mendengarkan ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Sesak nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah.
“Nia are you okay?” Iqbal memandang pelik wajah Dannia yang sedikit pucat itu.
You all kenal each other” soalnya lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot. Heheheheh...
I...I’m okayNope, i tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia menjawab sedikit gugup. ‘ya allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak dapat dikesan oleh Iqbal.
“Daniel Harith” tangannya dihulurkan. Hulurannya dibiarkan lama sebelum tangan Nia bertaut pada tangan kasarnya.
“Dannia” cepat cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman Harith di tangannya. Relaks Dannia. Cool..
“Okay harap Nia dapat memberi tunjuk ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan I, baru lagi. I pun masih belajar. Okay Nia?” tanya Iqbal. Lansung tidak perasan akan kedinginan bilik itu.
“Okay” jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada Iqbal, namun yakin senyumannya agak canggung.
“Jom Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith berbual di biliknya. Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, dorang kenal satu sama lain ke? Kawan ke?
“Kau keluar dulu. Aku nak stay sini jap. Ada benda nak discuss pasal projek.” Iqbal memandang Harith, mukanya sedikit terpinga.
“Amboi semangatnya kau. Biar betul kau ni”. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk berborak sebelum lelaki itu mula bekerja.
“Yeah, tak lama pun.” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah Nia. Masih merenung seraut wajah ayu milik Dannia.
“Ok la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati pintu.
“Nia, hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy tau. Jangan terpedaya.” Pesannya sambil ketawa dan melangkah keluar.
Yeah, of course I will” jawabnya bersama senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Nia. Setelah yakin Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan kembali menghampiri Dannia yang masih kaku. Statik di tempatnya seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku. Terkejut Dannia, namun riaknya masih dikawal. Mereka diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan lelaki itu dengan renungannya...

1 comment:

  1. El Royale Casino & Hotel, Riverside, CA - Mapyro
    The 대전광역 출장마사지 El Royale Casino 군산 출장안마 & Hotel 동해 출장샵 is Riverside's premier casino resort offering all types of entertainment. It has been in operation since 1986 and is 이천 출장마사지 open daily 24 hours. Rating: 4.3 · ‎18 reviews 대구광역 출장마사지 · ‎Price range: $

    ReplyDelete