photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Wednesday 7 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab25]

Bab 25
Kereta Gen2 milik Dannia memasuki perkarangan banglo putih yang mewah. Segera diparkir keretanya di garaj kereta disebelah kereta mewah yang lain. Di pintu terdiri seorang wanita anggun. Senyuman Dannia semakin melebar melihatkan wanita yang dirinduinya.
            “Assalamualaikum mama” Dannia berlari anak mendapatkan Puan Sri Kamilia yang berdiri di hadapan pintu masuk lalu dipeluk erat. Tangan dicium penuh sopan. Terlerai sedikit rindunya pada wanita itu.
            “Waalaikumsalam sayang. Isha dari mana ni?” Puan Sri Kamilia membalas pelukan Dannia dan mengucup sayang pipi anak perempuan tunggalnya.
            “Dari rumah sewa la ma. Tadi pi shopping barang dapur dengan Hana. Erm..Isha lapar la ma.” Dannia menarik Puan Sri Kamilia beriringan dengannya. Tangannya masih lagi menjinjit plastik buah. Di ruang tamu, Dannia meliarkan matanya mencari penghuni yang lain. Mana perginya semua orang ya?
            “Papa dan abang mana.”
            “Papa keluar jumpa kawan. Abang Ezmiel mana lagi kalau tak menempel dengan teman wanita dia tu. Pening kepala mama ni, nakal tak bertempat. Ada saja wanita yang dikeleknya. Abang Zrey outstation kat London, malam ni baru sampai.” Mama dah mula membebel, Dannia tersenyum melihat wajah mama yang mulutnya macam berteh jagung.
            “Biar la Abang Ez tu, nanti berubah lah bila dah jumpa perempuan yang betul betul dia sayang” Dannia membela Ezmiel. Mamanya kalu sudah membebel pasti panjang. Sampai malam tak habis gamaknya.
            “Betulla tu cakap Isha. Macam la mama tak faham anak handsome mama ni” Kepulangan Ezmiel tidak disedari, tiba tiba muncul Ezmiel dibelakang Dannia yang tersengih macam kerang busuk, namun masih kacak.
            “Abang Ez” Dannia berteriak kecil, lantas badan Ezmiel di peluk.
            “Isha rindu Abang Ez” Ezmiel ketawa melihat keleteh Dannia. Tubuh kecil Dannia dipeluknya. Dannia selalu menyebelahi dirinya apabila berada di dalam kesusahan. Terutamanya masalah yang jika berkenaan teman wanitanya.
            “Abang Ez pun sama. Kenapa dah lama tak balik ni?”
            “Apa pulak, kan Isha dah balik ni” wajahnya dimasamkan. Abang Ez ni geramnya aku, bukan nak berterima kasih kat aku. Eii... cekik kang.
            “Ala, Abang Ez tanya aja, tengok mama anak kesayangan mama ni dah muncung pulak. Kalah muncung itik.” Senang hatinya melihat adik yang manja. Manja semula jadi, bukan macam teman wanitanya yang lain, tergedik gedik, manja yang sengaja dibuat buat. Kalau boleh, biarlah bakal isterinya bersikap seperti Isha. Pasti mana mana jejaka yang mendapat isteri seperti Isha bertuah. Hanya seorang sahaja lelaki yang bodoh yang mengsia siakan hidup adiknya.
            “Malas la Isha nak layan Abang Ez ni. Naik dulu ya ma. Kejap lagi Isha turun tolong mama sediakan makan malam ok? Assalamualaikum” Dannia pantas berlalu menaiki biliknya yang berada di tingkat tiga. Adoyai, jauhnya bilik aku. Tu lah, dulu beria ria sangat nak bilik paling atas, dapat hirup suasana nyaman la, itulah inilah. Sekarang baru padan muka.
            Dannia memanjat tangga menuju ke bilik ingin merebahkan diri di atas katil. Letihnya masih terasa. Bum!! Badannya dihempas ke atas katil empuk. Ahh..nikmatnya terasa. Alamak, asar belum lagi, nak nak masuk pukul enam ni. Haila...matanya yang terpejam dibuka luas luas, tuala di dalam almari dicapai sebelum menuju ke bilik air. Mandi terus lah, dah melekit seluruh badan ni. Dah bau macam kambing gurun pula. Uwekk..
            Lepas solat Maghrib, barulah Dannia turun tunjukkan muka. Dia menuju ke dapur untuk menurut serta memasak. Boleh belajar dengan Mak Jah dan Kak Siti. Masakan Mak Jah dan Kak Siti terror taw. Jangan main main.. asyik dengan kerja kerja memotong sayur, Dannia masuk ke ruang dapur terhendap hendap bagaikan seorang pencuri yang mahu menyamun mangsa. Dannia memberi isyarat manakala jari telunjuk diletakkan di bibir kepada Kak Siti yang menyedari kehadirannya di dapur. Makin lama semakin dekat, semakin hampir dan...
            “Huargh” Dannia membuat suara kasar persis seorang lelaki. Mak Jah yang terkejut menjerit kuat, mulutnya melatah latah bahasa yang bukan bukan. Nak kata vietnam bukan, filipina pun bukan, korea jauh sekali. Tangan pula usah dikata, macam bersilat gayanya. Silat gayung kot. Dannia dan Kak Siti sudah terguling guling ketawa, masing masing memegang perut. Senak perutnya macam nak terburai isi perut melihat gaya lucu Mak Jah. Hahahaha lawak lawak..
            “Isha! Terkejut Mak Jah tahu. Kalau Mak Jah ada sakit jantung macam mana? Tak ke dah lama jalan?” setelah kembali normal, barulah Mak Jah bersuara. Suaranya sengaja dikeraskan. Kus semangat aku, hey budak ni memang la. Geram betul aku. Balik je mesti aku yang kena. Sekali sekala apa salahnya kenakan Siti tu. Aigo! Hah, kan dah keluar ayat Korea, dah terikut ikut dengan Isha pula.
            “Isha tau Mak Jah tak de penyakit tu, sebab tu lah Isha berani.” Dannia duduk almari yang besar berdekatan dengan Mak Jah. Badannya yang ringan memudahkan dirinya menyelit disitu. Kalau mamanya nampak habislah. Ketawanya masih lagi belum berhenti, susah betul nak stop.
            “Hah, selalu menjawab bila Mak Jah bercakap. Isha..Isha..ni balik berapa hari?”
            “Hari Isnin pagi Isha balik la. Pergi kerja terus, nak duduk lama sikit. Isha faham Mak Jah dah rindukan Isha.”
            “Perasan la kamu ni. Entah perangai siapa yang diikutnya.” Mak Jah kembali menyiapkan kerja yang terbengkalai akibat sergahan tadi. Tersenyum kecil Mak Jah terdengarkan kata kata Dannia. Memang rindu pun. Hehehehe.. tau tau aja Isha ni. Dannia yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Sayangnya pada Dannia makin hari makin bertambah. Satu satunya puteri tunggal keluarga majikan. Kehadiran Dannia menceriakan banglo mewah dan kehidupan penghuni itu.
            Mendengarkan ayat itu, dannia melompat turun lalu badan gempal Mak Jah dipeluknya dari belakang. Dagunya diletakkan keatas bahu Mak Jah.
            “Ye ke Mak Jah tak rindukan Isha ni?” saja mahu memprovok sekali sekala.
            “Tak pun. Entah siapa yang rindu dia. Tak ada masa nak miss miss orang”. Wah terspeaking pulak. Dannia tergelak halus. Lucu betul.
            “Tak apa la kalau dah tak ada orang nak rindu Isha, nak balik la kalau macam ni.” Tangannya perlahan mahu melepaskan pelukan itu. Tiba tiba...
            “Aik awalnya mengalah? Biasa bukan main lagi. Mak Jah gurau je lah. Nak touching touching pulak. Mestilah mak Jah rindu dekat anak Mak Jah ni. Puas hati.” Dannia tergelak lagi, itulah Mak Jah suka sangat speaking, bila dah keluar satu perkataan mesti diulang ulang. Contohnya book book, sorry sorry.. haila. Macam lagu Suju pulak.
            Di sebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruangan makan, Puan Sri Kamilia dan Tan Sri Syukor mengintai anak gadisnya yang nakal tak bertempat. Tak padan dengan isteri orang. Bersyukur sangat pada illahi kerana dipertemukan semula dengan puteri kandungnya. Mereka melangkah menuju ke arah Dannia yang leka berborak dengan Mak Jah.
            “Apa yang Isha sembang dengan Mak Jah ni” Suara Tan Sri Syukor menyebabkan Dannia menoleh ke belakang. Senyuman dihadiahkan.
            “Hola papa”
            “Assalamualaikum” Opps terkena sudah. Dannia tersenyum sumbing.
            “Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh” panjang Dannia menjawab salam Tan Sri Syukor yang menyindirnya. Tangan papanya disalam dan dikucup. Puan Sri Kamilia dan Mak Jah tergelak gelak, Kak Siti pula terkemut kemut mulut mahu ketawa, sedaya upaya ditahan. Takut la tu. Papa ni sengaja nak kenakan aku,tapi silap aku jugak sape suruh tak bagi salam. Haila...tapi tak pe, ada ubi ada batas, ada hari, tunggulah Cik Isha yang cun melecun ni balas. Jaga jaga...
            “Isha buat apa kat sini? Kacau Mak Jah ya. Piat jer telinga Isha ni lain kali Mak Jah, kalau dia kacau Mak Jah buat kerja” dengan muka tak bersalah, Tan Sri Syukor bertanya pada Isha dan memesan pada pembantu rumahnya. Muka Dannia yang kelat tidak dipandang, cover daripada ketawa.
            “Apa pula kacau Mak Jah. Isha tolong ni” Dannia membela dirinya sendiri. Nak harapkan Kak Siti, kirim salam jelah.
            “Tolong apa Isha? Tolong tengok ya?” Puan Sri kamilia mencelah tiba tiba.
            “Hah, eer, yalah eh taklah. Isha tolonglah.” Dannia mencari alasan, tangannya digaru garu kepala. Alasan apa ya?
            “Dah dah jangan nak digaru kepala tu. Ada kutu ka apa kat atas tu?”
            “Mama ni, mana ada. Kepala Isha ni bersih, suci dan murni dari sebarang makhluk penghisap darah tu.” Rambutnya yang sedikit serabai disisir dengan jari. Guna tangan pun boleh.
            “Isha pergilah bersiap, Abang Ez nak ajak kamu ambil Abang Zrey kat airport jap lagi.” Mendengarkan ayat itu, Dannia berlari menuju ke tingkat atas, bilik yang dihuni untuk menyalin pakaian. Mereka yang berada di ruangan itu hanya menggelengkan kepala.
 Erm, baju t-shirt lengan tiga suku and jeans biru lusuh. Ok la tu. Rambutnya yang cantik dibiarkan lepas bebas. Cekak purple dipakai secocok dengan warna bajunya purple terang menyerlahkan kulit putihnya. Dikenakan dengan sandal putih bertali. Oraite.. Cun melecun. Perasan kau Dannia... Hehehehe. Lima belas minit, dia menuju ke arah kereta mewah milik Abang Ez dan  mereka bertolak menuju ke KLIA walaupun masa ada lagi satu jam setengah. Katanya ada hak sekejap. Entah apa apa la Abang Ez ni, hatinya tiba tiba berasa kurang enak. Bulu romanya tiba tiba meremang. Petanda apa ni?





            Dannia meliarkan mata seakan akan mencari kelibat seseorang. Mukanya sengaja dimasamkan tanda protes. Sakit hatinya sesekali mengingatkan perangai Ezmiel. Dirinya dijadikan kambing hitam sekali lagi untuk memutuskan perhubungan dengan teman wanita barunya. Sudah berapa musuh yang mengelilinginya, tak terbilang, tak tenang hidupnya apabila teman wanita Ezmiel menyerang sk mampu secara tiba tiba. Dia pula tak mampu menolak permintaan dan rayuan abangnya. Aduhai. Semput nafas aku kalau  macam ni. Dalam setahun hampir  15 orang kot. Entah perangai siapa yang diikutnya.
            Teringat akan perbualan tadi, hatinya semakin panas. Ezmiel di depannya tak habis habis membuat muka simpati. Setiap kali mata bertembung dengan mata hitam pekat milik Ezmiel, dijelingnya tajam. Patutlah seram semacam je tadi time masuk dalam kereta, pasal ni rupanya. Memang seram pun, silap haribulan boleh masuk wad gila melayan pertanyaan sinis dan amukan girlfriend Ezmiel.
            “Abang Zrey sampai  pukul berapa?”
            “Katanya pukul 11 malam.” Ezriel memandang sekilas wajah Dannia. Hatinya masih resah mahu meminta pertolongan Dannia. Bimbang Dannia marah dan merajuk. ‘Macam mana ni ek? Duduknya tak tenang, asyik tidak selesa aje ditempatnya, macam kucing nak beranak. Cool Ezriel, pasti boleh’.
            “Awalnya. Sekarang kan baru pukul lapan setengah. Kenapa nak pi awal sangat?” Dannia masih lagi tidak perasan akan resah Ezmiel. Pertanyaan Dannia tidak dijawab.
            “Abang Ez” Dannia menerjah kuat. Hairan dia melihat Ezmiel. Termenung ke apa? Hish, sakit tengkuk aku menjerit.
            “Apa?” Ezmiel yang ternyata terkejut terjerit kuat mendengar lengkingan Dannia. Cair taik telinga aku. Pakai mike ke budak ni?
            “Apa, apa? Sepatutnya Isha yang tanya Abang Ez. Sakit tengkuk Isha panggil abang tahu. Ada masalah ke?”
            “Hah, er abang nak mintak tolong Isha. Hidup mati abang.” Ezmiel menggaru garu kepala.
            “Hidup mati? Kali ni siapa pulak Abang Ez. Abang ni memangkan? Suka main mainkan perasaan orang. Nanti kalau terkena pada Abang Ez baru padan muka. ” Aku dah agak dah, memang tak ada masalah lain. Nak mengorat memang bagi kat dia ni. Nak clash bagi kat aku.
            “Isha please tolong abang. Budak ni payah la. Dah banyak kali abang Ez bagitahu dia, dia buat buat bodoh je. “ dia sudah tidak nampak jalan lain selain meminta pertolongan Isha. Harapan satu satunya.






            “Hai darling”
            “Er hai Iera. Duduklah.” Harith menjemput perempuan seksi dihadapannya. Tenbuntang mata Dannia melihat gadis dihadapannya. Amboi seksanya.. dengan baju bertali halus yang singkat dan pendek yang menampakkan perut. Skirt pendek paras peha menyerlahkan paha yang putih. Rambutnya yang diperangkan. Beristighfar panjang melihat gadis itu. Mata Dannia menjeling tajam melihat Ezmiel yang tersengih sengih. Apa punya taste la Abang Ezmiel ni. Ntah apa apa.
            Macam familiar je muka dia ni. Sape ek? Dannia sedaya upaya mengingati seraut wajah itu. Athirah!! Baru teringat akan seseorang yang telah menjadi musuhnya secara rasmi. Tak mungkin. Takkanlah girlfriend Abang Ez si Athirah. Tapi bukan ke Abang Ez nak clash dengan minah ni. Good, my chance. Bisik hati jahatnya. Bila lagi nak balas dendam kat dia ni. Its show time..! hahahahha Dannia gelak jahat dalam hati.
            “Bie, siapa ni? Teman sekerja ke?” Dannia berpura pura bertanya.
            “Sayang, ni kenalkan kawan Bie. Athirah.” Tangan Ezriel mengenggam tangan Dannia di atas meja. Wajah Athirah berubah melihat perlakuan mesra kekasih hatinya. Bie? Sayang? Jadi siapa dirinya pada Ezmiel?
            “ Apa ni darling? Siapa perempuan ni.” Bengang dengan dua manusia dihadapannya.
            “My love. Future fiance and will be my wifey so soon. Isha” selamba muka Ezmiel. Tangannya melingkari bahu Dannia.
            “What! Tunang? You jangan main main dengan i Ez. You main main aje kan?” mukanya cuak. Matanya menjeling melihat wajah gadis yang berjaya meraih sekeping hati Ez. Wait!
            “Dannia. Kau?” jeritnya kuat. Mata mata yang memandang tidak dihiraukan. Seraut wajah yang selama ini didendaminya tak mungkin dia lupakan.. Hatinya bertambah sakit hati dan cemburunya makin bertambah, dendamnya makin membara. Dannia sekarang bertambah cantik, kulitnya yang putih melepak. Kau memang bernasib baik Dannia. Dari dulu hingga sekarang.
            “Athirah?” Dannia berpura pura lagi. Senyuman yang terukir di bibirnya sedaya upaya ditahan nak dikawal supaya tidak nampak canggung. Hatinya ketawa lucu melihatkan mula Athirah yang sudah berkerut menahan marah.
            “Ez, sampai hati you buat I macam ni. Apa kurangnya I Ez? sanggup buat apa sahaja untuk youAnd you, betina. Berani kau rampas boyfriend aku.” Athirah sudah tidak dapat menahan kemarahannya, dia lantas bangun dan menarik tangan Dannia bangun bersama lalu ditolak sekuat hatinya. Dannia yang tak menjangka perlakuan Athirah sedikit terdorong ke belakang, namun sempat ditahan oleh Ezmiel di sebelahnya. Fuh, selamat kalau tak free je cium lantai KFC ni. First class kot. Athirah  mara mendapatkan Dannia, tangannya tinggi diangkat untuk menampar wajah cantik milik Dannia. Belum sempat tangan itu singgah dipipi Dannia, seseorang telah menghalang.
            “Iera. I dah lama bersabar dengan kerenah you. Dah berbuih mulut I ni beritahu you perkara yang sama. I tak pernah cintakan youNeverWe just friend. Kenapa susah sangat nak faham ni?”
            “No, I tak boleh terima bila you pilih betina ni.” Jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah Dannia.
            “Dah la Bie, Isha nak balik. Bincanglah elok elok. Bye” Dannia melangkah meninggalkan Ezriel dan Athirah.
            “Mulai hari ni, I tak nak jumpa you lagi. And one more thing, no more call and msg. I hope you will find someone else who is better than me. Goodbye.” Hatinya tenang. Tiada lagi gangguan selepas ini. Dia ingin retired dari dunia kasanova. Itu nekadnya. Ezmiel berlari anak mengejar Dannia yang semakin menjauh darinya. Di suatu sudut, sekeping hati  membara menahan api cemburu.
            ‘You will deserved that Dannia’ Athirah memerhati mereka dari jauh sehingga hilang dari pandangan matanya.
           



    
            “Abang Zriel” Dannia menjerit Zafrey apabila melihat zafrey melambaikan tangan ke arah adik adik kandungnya. Langkahnya laju menuju ke arah Dannia dan Ezmiel yang berada tidak jauh. Gembira betul melihat adik perempuannya. Rindunya pada wajah yang satu itu, langkahnya semakin lama semakin hampir, semakin dekat, semakin rapat lantas tanpa pamitan tubuh Dannia melekat ditubuh sasanya. Rindunya pada Dannia sudah lama ditanggung. Sudah berbulan dia tidak melihat wajah itu. Rindunya menggebu pada gadis kecil itu.
            “Hai sayang. Miss you so much. Isha sihat? Zafrey memandang Dannia, sedikit pun tidak mempedulikan Ezmiel yang berada di tepinya.
            “Amboi kau. Aku ni langsung kau tak pandang. Ingat sikit aku pun jemput kau jugak” Ezriel memasamkan mukanya sengaja mahu menyakat Zafrey.
            “Eh, kau pun datang rupanya. Baru perasan. Kalau kau tak bunyi mulut tadi, memang aku dah lupa kat kau”. Zafrey dengan selamba membalas usikan Ezmiel. Dannia pula sekadar melihat kedua dua abangnya bergurau. Memang senang hatinya melihat keakraban pada kedua dua wajah yang selalu ceria. Macam kembar padahal umur mereka berbeza tiga tahun.
            “Isha sihat la. Dah la cik abang berdua, tengok jam sekarang dah pukul berapa ni? Hampir tengah malam tahu tak. Nanti papa dan mama bising pula. Jom” Dannia menarik kedua dua tangan lelaki. Tangan kirinya memegang tangan Ezmiel, manakala sebelah lagi memegang tangan Zafrey. Tarikan Dannia langsung tidak menganjak dari posisi asal. Dia memandang muka lelaki di depannya yang sudah menahan senyum. Nak sakat aku lah tu, dua orang ni kalau jumpa mesti otak tak betul. Ada je yang nak dibuat dalam kepala otak diorang ni.
            “Dah jangan nak mengada ngada. Isha malas nak layan lawak korang ni. Isha dah ngantuk la. Jomlah. Kita sambung esok je ok?” Dannia melangkah laju ke depan mahu melarikan diri daripada usikan mereka berdua. Takut gurauan yang bakal dikenakan ke atasnya, dua lelaki itu, kalau mengenakan orang pasti akan menyebabkan dia hampir menangis. Tapi belum menangis lagi tahu...
Melihatkan Dannia yang semakin jauh, Zafrey berlari anak mengejar langkah Dannia. Ezmiel yang juga melakukan perkara yang sama setelah jauh ditinggalkan dibelakang. Zafrey merangkul bahu adik kesayangannya mesra, sebelah lagi memegang beg yang dibawanya. Mereka berjalan sambil berbual mesra langsung tidak dihiraukan Ezmiel yang jauh dibelakangnya. Pasti abangnya yang satu itu akan masam mencuka serta mulutnya memuncung dan merajuk. Pasti. Biar, rasakan. Hehehehhe...
Kemesraan itu jelas terpamer, tanpa mempedulikan orang ramai, seakan akan sudah lupa orang sekeliling. Tanpa disedari, seseorang yang berada tidak jauh dari situ memandang dengan hati yang panas membara, disebelahnya pula ditemani wanita yang anggun tapi langsung tidak diambil peduli olehnya.





            Dalam satu hari, sudah tiga kali bertemu Dannia walaupun tidak bersemuka dengannya secara face to face. Sekurang kurangnya dia sudah tahu Dannia berada ibu kota, dia sangat pasti Dannia bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Hanya suatu yang dikhuatirinya sekarang, lelaki yang ditemui di KFC. Siapa dia? Kenapa dia mengaku Dannia bakal tunang dan isterinya? Sangat yakin dengan kata kata itu. Sudah lupakah Dannia akan statusnya yang masih beristeri orang? Dannia langsung tidak perasan akan kehadirannya di situ. Harith melihat sahaja adegan yang berlaku di hadapannya. Walaupun hatinya berasa sakit, cuba dikawalnya seboleh yang mungkin, tidak mahu Julia perasan.
Dia sengaja mengekori Dannia. Namun dirinya sekali terkejut apabila dia mahu masuk ke balai berlepas, sekali lagi melihat Dannia bersama dengan lelaki, tetapi dengan lelaki lain. Dah jadi playgirl ke dia ni? Hatinya tidak tenteram dengan perubahan Dannia. Sakit otaknya memikirkan hal Dannia. Siapakah lelaki di sampingnya? Mereka kelihatan rapat, kekasihnya kah? Nak dikatakan abang, dia mengenali abang abang Dannia. Tak mungkin abangnya, dia masih belum hilang ingatan, masakan dia tidak mengenali abang abang iparnya sendiri. Sakit matanya melihat bahu Dannia yang dirangkul erat oleh seorang lelaki. Hatinya bertambah sakit saat dahi Dannia dikucup oleh lelaki itu. Naik juling matanya melihat adegan itu. Terasa tergugat dirinya melihat penampilan lelaki kacak di sisi Dannia. Cukup bergaya persis seorang model. Mahu sahaja dia meluru untuk mendapatkan Dannia. Namun dirasakan tak mungkin untuknya. Tidak sepatutnya dia menunjukkan mukanya pada Dannia. Tapi yang pasti dia pasti akan bersua muka dengan isteri kesayangannya. ‘tak lama lagi’ desis hati kecilnya. Biarkan semuanya tenang dahulu, dia akan bertindak perlahan lahan.




p/s: macam mane ngan n3 kali ni... mesty x sabar kan nak tau apa yg terjadi kat Dannia and Harith kan? time nih... blom lg...hehhehe, hope dpt sbar ye semua... doa kan smga dorg berjumpa secara face to face... =)

1 comment:

  1. Cheryel Charissah22 November 2013 at 13:52

    best crita ni, mula bab pertama sampai bab ini, sentiasa layan..hehe

    ReplyDelete