photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Wednesday 26 December 2012

Sneak Peek KYS [Bab63]

Bab 63


                                Harith menghempas kuat fail yang berada di tangannya sedari tadi. Habis ke semua kertas yang berada di dalamnya terbang dan jatuh berterabur di atas lantai. Panggilan dan berita yang di terimanya sebentar tadi benar-benar membuatkan hatinya panas. Dia meregangkan tali leher yang terasa menjerut lehernya sendiri. Matanya tajam menikam seorang demi seorang kakitangan yang kian menikus di hadapannya. Masing masing menunduk, langsung tidak berani memandang wajah menyinga Harith.
            “Macam mana diorang boleh tolak dan batalkan kontrak ni?” jerkahnya garang. Suaranyan kuat bergema di dalam bilik itu.
            “Azman?” soalnya. Dadanya berombak menahan sabar dan marah yang kian menggunung.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan yang hendak di berikan. Dia sendiri terkejut dengan pembatalan kontrak mereka dengan R&K Holding secara tiba tiba.
            “Maaf Encik Harith. Kami langsung tidak tahu menahu, sedangkan mereka menerima dan bersetuju dengan proposal kita dua minggu yang lepas. Berita ini memang di luar jangkaan kami.” Jawabnya menahan debaran. Bimbang jika Harith menyemburnya dengan tiba tiba.
            “What? kau kan leader dalam menguruskan projek ni. Takkan langsung tak tahu. Imposibble. Mereka takkan tolak jika tak ada alasan yang munasabah.” Harith bengang. Jawapan yang dicari masih belum di temui. Kepala kian berserabut. Syarikatnya amat memerlukan tender itu untuk mengukuhkan lagi syarikatnya dan juga menaikkan nama syarikatnya.
            “Betul Encik Harith. Saya sendiri tak tahu. Malah sudah berkali kali saya cuba berurusan dengan mereka, tetapi semuanya gagal. Seolah olah mereka cuba mengelak daripada menjawab dan bersemuka.” Entah dari mana kekuatannya datang menjawab pertanyaan majikannya. Tangannya di cengkam kuat antara satu sama lain. Cuba meredakan perasaan bimbang dan gemuruhnya yang bertandang di hati. Dia sendiri takut berdepan dengan kemarahan Harith untuk kali ini. Barannya melampau lampau.
Harith meraup wajahnya berkali kali, badannya berpeluh walaupun suhu penghawa dingin di biliknya di pasang kuat. Tetapi badannya tetap mengeluarkan peluh, mungkin kerana bahang badannya dan juga suhu kemarahannya mempengaruhi faktor itu semua. Rambut yang tadi kemas tersisir, mula nampak berserabut dek di ramas, namun ketampanannya tetap terserlah.
            “Korang keluar dulu. Dan kau Azman, pastikan kau dapatkan maklumat dan buat apa yang patut supaya projek ni jatuh ke tangan kita semula. Faham?” Azman yang tadinya berpaling dan mahu beredar tersentak apabila namanya di panggil kuat.
            “Baik bos.” Tanpa menunggu masa yang lebih lama, pantas kakinya dihayunkan menuju ke pintu keluar. Bilik itu dirasakan seperti berada di dalam ketuhar. Panas membahang lalu membiarkan Harith yang sedang bersandar di tempatnya sambil memicit kepala.
            “Pstt” bunyi tersebut membuatkan Azman berpaling. Dia menjeling pada wajah Kak Leha yang tersenyum sumbing sambil tangannya melambai supaya dia menghampiri wanita itu. Dengan langkah yang malas, dia menuju ke arah wanita yang tua darinya.
            “Weh apasal bos kau tu? Ada masalah ke?” tanpa sempat sempat ditahan, mulutnya laju bertanya. Ingin bertanya sendiri, tidak sanggup. Mahu pengsan jika di sergah baran majikannya. Walaupun sudah lama dia berkhidmat di sini. Baran majikannya masih belum kalis di pendengarannya. Dulu jarang benar jika mahu melihat Harith mengamuk. Sejak kebelakangan ini lelaki itu kian menujukkan barannya yang sudah sedia baran itu.
            “Bos kau jugak. Akak cepat betul eh? Laju je nak menyibuk.” Bebelnya tanpa menghiraukan pertanyaan kak Leha.
            “Ish budak ni, akak luku kang? Orang tanya lain, dia jawab lain. Cepatlah beritahu kenapa, sakit telinga akak ni dengar dia duk melenting.”
            “Sakit telinga akak, telinga kami ni lagi sakit tahu duk dengar dia menjerit. Macam nak terkeluar anak tekak. Hish, luku je memanjang. Dah la kak, nanti lah saya cerita. Kang tak pasal kena sembur free.. akak nak? “ ujarnya dengan nada yang tak puas hati.
            Kak Leha pantas menggelengkan kepalanya. Huish, tak sanggup nak dengar lelaki itu melengking di depannya. Mahu demam dia seminggu terkena semburan berbisa Harith. Lelaki itu semakin hari semakin garang sejak dia mendengar khabar angin tentang Harith dan Dannia yang kian hangat diperkatakan.
            “Oklah kak, saya nak buat kerja ni. Nanti kita sembang lain.” Tanpa menunggu jawapan, pantas dia melarikan diri menuju ke biliknya. Selang beberapa minit, Harith keluar dengan beberapa fail di tangannya.
            “Kak Leha, tolong betulkan surat dalam fail ni, banyak sangat spelling error. Takkan tak nampak? Tak check dulu ke?” sela Harith dengan wajah yang merah padam. Kak Leha yang leka menaip tersentak apabila tanpa pamitan Harith muncul di biliknya dengan tiba-tiba. Kecut perutnya melihat wajah Harith.
            “Bak sini saya betulkan. Maaflah, mungkin tak perasan. Akak akan cuba siapkan hari ni jugak.” Laju mulutnya menjawab demi mengelakkan bos nya melenting. Dalam hati dia berdoa supaya Harith tidak mengamuk di biliknya.
            “Tolong siapkan secepat mungkin.” Tegas bunyinya lalu fail diletakkan di atas meja dan pantas keluar dari bilik itu dengan wajah yang masam mencuka. Selalunya lelaki itu akan selalu mengucapkan terima kasih, namun hari ini tanpa ucapan lelaki itu keluar dengan wajah yang tegang meninggalkan dirinya terpinga pinga. Sudahnya dia mengambil fail itu dan membeleknya kembali mencari kesalahan yang dilakukannya tanpa sedar.


            Zafrey dan Ezmiel rancak berbincang di mejanya. Sesekali ketawanya meletus dan sesekali serius membincangkan sesuatu. Namun perbincangan antara mereka terhenti seketika apabila muncul wajah Harith dengan serius dan menyinga.
            “Maaf Encik Zafrey, saya dah cuba menghalang” Ucap seorang gadis yang terkocoh-kocoh masuk dengan wajah yang panik.
            “It’s okey Zieta. You may go now” Gadis itu mengangguk laju sebelum melangkah keluar dengan langkah yang cepat.
Serentak itu Zafrey dan Ezmiel bangun serentak dan memandang tajam wajah Harith yang menyerbu biliknya tanpa arahan dan kemudian kembali duduk tanpa menghiraukan kemunculan Harith. Mereka kembali berbincang seolah olah Harith tidak wujud di situ. Sesekali membelek fail yang berada di tangannya.
            “Apa ni?” serentak itu kertas di tangannya di lemparkan ke mejanya dan jatuh betul betul di hadapan Zafrey.
            “What wrong with you Encik Harith? Datang tanpa di undang dan kemudian menjerit tak tentu hala. Ini ke kelakuan seorang CEO syarikat ternama?” sindirnya dengan pedas.
            “Saya cuma mahukan alasan kenapa proposal ini ditolak sedangkan dua minggu yang lepas, kita dah bersetuju untuk bekerjasama. Why?” dadanya turun naik menahan perasaan.
            “Kita bincang lain kali. Saya sibuk. Kalau tidak keberatan, sila keluar.” Ujar Ezmiel pula menghalau secara hormat. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menghalau Harith keluar dari situ. Semakin lama semakin tipis kesabarannya apabila berhadapan dengan adik iparnya yang seorang ini. Mahu sahaja di tumbuk. Biar lunyai muka kacak lelaki itu.
            “No, aku takkan keluar dari sini sebelum korang semua memberikan alasan kukuh untuk membatalkan kontrak ni.” Harith berkeras.
            “Jangan berkeras Encik Harith, kami takkan berikan alasan jika Encik Harith membuat onar kat sini. Come on la, jangan busukkan nama baik sendiri. Jaga sikit maruah diri jika tak mahu di cemuh orang. Mesti kau tak mahu jika nama kau dan syarikat kau mendapat malu kan?” ujarnya lagi dengan nada sinis, hilang terus kata ganti diri. Kini dia lebih senang ber’aku engkau’.
            “Atau kau tak dapat berikan alasan ni di sebabkan perkara lain? Dannia mungkin?” duga Harith sambil tajam anak matanya menikam mata Harith. Dia semakin yakin apabila hatinya kuat mengatakan Dannia punca ini semua. Seminggu yang lepas mereka terserempak dengan Dannia dan Zafrey bersama seorang kanak kanak comel di dukungan lelaki tersebut. Sakit hatinya apabila bayangan mereka bergurau senda terlayar di ruang mata.
            Zafrey tersenyum sinis. Dugaan Harith tepat sekali. Sengaja dia membatalkan kontrak itu dari bekerjasama dengan syarikat Harith walaupun bunyinya agak kebudak budakan, namun dia tidak mahu Dannia dan Harith kerap bertembung apabila syarikatnya bekerjasama. Dia tidak mahu hati Dannia semakin dilukai apabila mereka bergandingan bahu. Tambahan lagi, Dannia yang banyak berurusan dengan Harith tentang projek itu kerana itu semua di bawah kawalan Dannia. Mungkin Harith tidak tahu ini semua kerana selama ini Dannia hanya mewakilkan dirinya kepada orang lain. “Kalau ya kenapa?” duga Ezmiel pula.
            “Kau memang sengajakan? Takkan lah di sebabkan perempuan tu kau nak batalkan kontrak ni. Hey, apa kena mengena dia dalam hal ni? Perempuan tak guna tu jugak kau nak sebelahkan?” makin panas hatinya dengan Zafrey dan Ezmiel.
            “Mind your own languange Harith. Kau jangan nak panggil dia yang bukan bukan. Jangan di sebabkan kau tak suka dia, jangan sesuka hati nak hina dia. Perempuan yang kau maksudkan tu ada hati dan perasaan. Kau tu sebenarnya yang buta. Tak boleh bezakan yang mana satu baik dan buruk” lantang Zafrey bersuara. Celaan Harith amat melampau. Lelaki itu sungguh kurang ajar. Kemarahan yang di simpan kian terhambur keluar. Kali ini sudah dua kali Dannia di hina di hadapannya.
            “Jadi betullah di sebabkan perempuan tak guna tu? Sengaja membela perempuan tak sedar diri sehingga melahirkan anak luar nikah tu?” sinis Harith bersuara. Senyumannya jelas sinis. Hatinya meluat mendengar pembelaan terhadap Dannia.
            “Harith, kau jangan nak kurang ajar kat sini.” Menjerit Ezmiel mendengar tuduhan melulu Harith. Lelaki itu tidak tahukah anak yang dimaksudkannya adalah anaknya sendiri. Pedih hatinya apabila Harith menuduh anaknya sendiri sedemikian rupa.
            “Kau belum tahu betapa buruknya perangai dia. Aku nasihatkan supaya kau tinggalkan dia. Perempuan seperti dia tak layak dengan kau. Dah lah, aku datang sini nak bincangkan hal projek ni, tapi nampaknya melencong pulak. Aku pergi dulu dan aku berharap supaya kau putuskan hubungan dengan perempuan tu. Dia tak layak langsung.” Ujarnya seraya berpaling mahu melangkah keluar, namun langkahnya terhenti kaku apabila melihat sesuatu yang bergantung di dindingnya. Dia terpana. Benarkah apa yang dilihat di kini. Lama matanya memaku pada bingkai gambar tersebut.
            “Apa maksud gambar ni. Kenapa perempuan ini ada dalam gambar keluarga kau?” bergetar suaranya menahan debaran yang kuat. Tanpa memandang wajah Zafrey dan Ezmiel dia bertanya. Matanya masih lagi memaku pada gambar tersebut.
            “Apa masalahnya. Kau tak payah ambil tahu hal kenapa dia ada dalam tu. Kau tak layak ambil tahu perihal keluarga kami. Tolong keluar dari sini.”  Tegas suaranya. Tembelang mereka pecah. Dia langsung tidak teringatkan gambar yang tergantung di situ. Apakah hari ini segalanya terbongkar?
            “Apa maksud kau?” Harith tidak dapat menahan rasa amarahnya. Lantas dia menuju ke arah Zafrey dam mencekak leher baju Zafrey sehingga terdorong sedikit ke belakang. Saling merenung antara satu sama lain. Masing masing menahan perasaan marah.
            Dush!! Satu tumbukan tepat mengenai muka Zafrey, hampir terduduk namun sempat ditahan oleh Ezmiel.
            “Kau apahal tumbuk orang sesuka hati ni?” jerkah Ezmiel. Tangannya di kepalkan menahan sakit hati.
            “Kenapa Dannia ada dalam gambar keluarga kau. Apa hubungan korang?” tempiknya garang. Kini dia di kejutkan pula dengan satu lagi kejutan. Apa hubungannya Dannia dengan keluarga Tan Sri Raziff? Banyak kejutan demi kejutan yang di terimanya dalam seminggu ini. Begitu banyak sehingga tidak tertanggung rasanya.
            “Zaf, Ez..Harith. Kenapa bertekak kat sini sehingga di luar dengarnya? Kenapa ni? Zafrey? Encik Harith?” suara Tan Sri Raziff tiba-tiba kedengaran di bilik itu. Langsung tidak tersedar bila lelaki itu masuk.
            “Kenapa bergaduh di sini. Encik Harith sepatutnya menghormati kami. Selesaikan jika ada perkara yang tidak memuaskan. Tak perlu jatuhkan maruah Encik Harith. Tak malu ke?”  tenang Tan Sri Raziff menyoal. Dia benar benar terkejut bunyi kecoh dan bising di pejabat anaknya. Semua kakitangan sibuk berkumpul di hadapan. Nasib baik dia tergerak hati untuk turun ke pejabat anaknya untuk memantau.
            “Tan Sri, tolong jelaskan kenapa Dannia berada di dalam gambar tu? Apa kena mengena Dannia dengan keluarga Tan Sri?” desak Harith setelah Zafrey dan Ezmiel hanya mendiamkan diri. Enggan memberi jawapan.
            “Kenapa kamu nak tahu?” dia bermain tarik tali dengan persoalan lain.
            “Sebab..sebab..” Harith buntu. Otaknya kosong mahu memberikan alasan yang munasabah.
            “Tak payah lah ambil tahu perihal Dannia lagi. Lagipun kamu yang membuang dia dari hidup kamu kan. Jadi saya nasihatkan jauhkan diri  darinya. Encik Harith balik lah. Tiada gunanya Encik Harith ambil tahu perihal dirinya lagi.” Sesakit mana hatinya, namun di tenangkan sebaik mungkin.
            “Tolong Tan Sri, she is my wife..” ujar Harith sendu dan perlahan.
            “Isteri? tadi baru je kau cakap, dia tu perempuan tak guna. And now mengaku isteri pulak?” soal Ezmiel dengan sinis. Dia tergelak gelak mentertawakan Harith.
 “Harith..Harith... kau ni memanglah lelaki yang tak tetap pendirian. Sebenarnya bukan dia yang tak layak dengan kau, tapi kau tu yang tak layak bergandingan dengan perempuan sebaik dia.”
            “Tan Sri, tolong jelaskan pada saya...” desak Harith tanpa mempedulikan sindiran Ezmiel.
            “Abang Zaf, what going on? Papa...” kata kata Dannia terhenti. Terkejut dengan manusia yang berada di dalam bilik itu. Tidak menyangka Harith adalah tetamu di dalam bilik abangnya. Niatnya hanya mahu mengajak Zafrey dan Ezmiel makan bersama memandangkan waktu tengah hari sudah pun tiba, namun dia sedikit pelik apabila hangat staff di luar berbisik dan berkumpul di hadapan pejabat abangnya. Dannia kaku di situ. Matanya bulat memandang Harith. Semakin kelu lidahnya apabila ke semua mata memandang ke arahnya.
            “Er, Isya keluar dulu.” Dirinya cemas apabila Harith mula melangkah ke arahnya. Kelam kabut dia mahu melarikan diri. Sebaik sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu, tangannya direntap kuat. Menjerit kecil Dannia dengan perlakuan Harith.
            “Harith, jangan berkasar dengan Dannia. She is my daughter” Tegas Tan Sri Raziff bersuara.
            Pegangan tangan Harith terlepas apabila badannya di tolak kuat oleh Ezmiel supaya menjauhi Dannia. Dirinya berada di tengah tengah antara Dannia dan Harith. Enggan membiarkan Harith terus menyakiti Dannia lagi. Kini giliran Harith pula terpempan mendengar bicara Tan Sri Raziff. Benarkan Dannia anak Tan Sri Raziff, tetapi siapa pula Encik Zamani dan Puan Diana?
            “Tak mungkin. Tan Sri jangan bohong. Dannia ada keluarganya sendiri, Encik Zamani dan Puan Diana adalah keluarga Dannia.”
            “Yes, tetapi sebagai keluarga angkat. Kami adalah keluarga kandungnya, jadi tolong jangan ganggu dia lagi. Stay away from her” tegasnya lagi. Dannia hanya menunduk, diam tidak berkutik. Pening kepalanya apabila isu tentang dirinya di bualkan.
            “Nia, is that true?”
            Diam. Dirinya masih bingung dengan situasi di hadapannya.
            “Nia”
            ‘Wake up Dannia. Sekarang masanya kau dedahkan diri kau yang sebenar supaya Harith tidak lagi menghina kau.’
            “Kalau ya kenapa?” Dannia kembali memandang Harith dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dirinya menjadi kuat tiba tiba membalas renungan tajam Harith menikam wajahnya. Dirinya tersenyum sinis melihat riak wajah Harith yang berubah.
            “Kenapa selama ni Nia hanya diamkan diri. Biarkan abang tersalah anggap hubungan korang?”
            “Penting ke?”
            “Yes penting untuk abang. Kenapa?”
            Dannia tersenyum sinis. kata-kata Harith kedengaran lucu di telinganya. Kemudian dia tergelak. Harith membuat lawak.
            “Bagi saya tak penting pun. Kalau awak tahu pun dah tak ada gunanya lagi Encik Harith. We are totally done. There are nothing between us. Tak payahlah kisahkan saya lagi. Awak pergilah dari kehidupan saya. Saya dah tak perlukan awak dalam hidup saya. Saya dah ada Harraz. Dia segalanya bagi saya. Saya doakan Encik Harith berbahagia dengan keluarga baru Encik Harith.” Selesai Dannia berbicara dia dia terus melangkah dari bilik itu.
            “No, dengar dulu apa yang abang nak cakap. Tolong..” kata-kata Harith terhenti apabila Dannia sudah melangkah keluar dan pintu bilik itu terhempas kuat. Tidak sempat untuknya menghalang kerana dia terlebih dahulu di halang oleh Ezmiel.
            “Kau dengar sendiri kan? Dannia dah tak perlukan kau. Aku harap kau lepaskan dia dari kehidupan kau. Aku yakin dia takkan terima kau kembali setelah apa yang telah kau buat padanya. Biarkan Nia mencari kebahagiaan dia. Lagipun Harraz adalah segalanya bagi dia.” Ujar Zafrey tegas. Tan Sri Raziff hanya mendiamkan diri dan mengiakan percakapan anak sulungnya.
            “Harraz?” bingung lagi dengan nama baru yang terbit dari mulut Zafrey. Siapa Harraz?
            “Yes. Anak buah kesayangan kami. Anak haram yang kau keji actually her son. Anak kandung Dannia” terasa mahu pitam apabila Zafrey berkata Dannia mempunyai anak. Bermakna anak kecil yang bersama Dannia tempoh hari adalah anaknya? Ya Allah!
            “Anak aku?” soalnya meminta kepastian. Setahun lebih Dannia merahsiakan Harraz dari pengetahuannya.
            “Yes, anak yang kau hina bersamanya tempoh hari. Anak yang kau tuduh anak haram adalah anak kau dan Dannia.”
            Harith terduduk di lantai. Kepalanya di pegang. Ya Allah apa yang telah aku buat? Hatinya pilu. Dia kehilangan hari bahagia untuk bersama menyambut kelahiran anaknya ke muka bumi. Dia merasakan dirinya tidak berguna. Sanggup membiarkan Dannia keseorangan mengandungkan anaknya. Membiarkan Dannia bersusah payah tanpa suami di sisi. Kejamnya aku..
            Harith pantas bangun dan menapak laju keluar dari bilik itu. Dia harus berdepan dengan isterinya untuk meminta penjelasan. Tapi di mana harus di cari Dannia? Matanya melilau ke sekeliling, pandangan orang lain langsung tidak di hiraukan.
            “Where is Dannia? Boleh tunjukkan biliknya?” soal Harith kepada salah satu kakitangan syarikat R&K Holding. Kemudian lelaki itu hanya menunjukkan arah bilik yang dihuni oleh isterinya. Langkahnya laju menuju ke bilik yang ditunjukkan selepas mengucapkan terima kasih kerana menolongnya.
            “Maaf Encik. Cik Isya tidak mahu di ganggu. Sila buat temu janji dengannya jika mahu bertemu. Encik” Panik Anissa apabila lelaki kacak itu membuat bodoh apabila di halang. Langkahnya semakin laju menuju dan meluru masuk ke bilik itu tanpa sempat dia berbuat apa apa. Dia juga turut masuk mengikuti langkah Harith.
            “Maaf Cik Isya. Saya dah cuba halang..”
            “It’s ok Nisa, awak keluar dulu.” Arahnya kepada Anissa yang terkulat kulat berdiri di belakang Harith. Matanya tajam menikam wajah Harith. Pantas dia berdiri bari kerusi yang di dudukinya.
            “What do you want? Kenapa selamba beruk je masuk bilik orang sesuka hati. Ingat sikit di mana awak berada.” Ujarnya sinis. cuba menunjukkan kuasanya sebagai tuan punya pejabat. Egonya untuk berhadapan dengan Harith tinggi melangit. Jangan harap dia akan berdiam diri jika Harith mahu menghentamnya. Dia akan cuba melawan sedaya yang mampu. Bercakap dengan Harith dia tidak boleh berlembut.
            “Why?”  
            “What?”
            “Kenapa sembunyikan anak kita?” lembut Harith bertanya. Dirinya seakan lemah apabila Dannia yang kini jelas membencinya.
            “Siapa anak you?” soalnya kembali.
            “Come on Nia, jangan buat tak tahu pulak. Harraz?”
            “Owh, budak yang you cakap anak haram tu ke?” soalnya sinis. Memuntahkan kembali tuduhan melulu Harith pada Harraz.
            “Abang tahu, abang terlepas cakap. Bukan niat abang untuk kata macam tu. Abang tak tahu Harraz anak abang. Kenapa sembunyikan dia dari pengetahuan abang?”
            “Siapa cakap Harraz anak you? Dia anak I. I yang melahirkan dia. Tak ada kena mengena dengan you pun. Please stay away from us.”
            “Harraz anak abang juga, jangan nafikan Nia. Kalau abang tak ada, macam mana dia boleh wujud ermm?” soalan Harith membuatkan wajah Dannia membahang menahan malu. Cis!
            “So?”
            “Abang nak jumpa Harraz. Abang minta maaf tuduh Nia yang bukan bukan. I’m really sorry. Abang menyesal sangat dengan apa yang abang katakan. Bukan maksud abang nak cakap macam tu. Abang...”
            “Sudah sudahlah Encik Harith. Maaf you dah tak laku. Saya takkan terima apa jua alasan Encik Harith. Saya harap lepas ni jangan ganggu kami lagi. Saya sudah cukup gembira dengan keadaan saya sekarang. Bahagia sangat walaupun tanpa suami di sisi.”
            “Jangan dekat. Jangan sentuh saya lagi.” ujarnya pantas apabila melihat Harith menapak mahu mendekatinya. Langkah Harith terhenti. Dia melurut rambut. Bingung dengan situasi sekarang.
            “Nia, please jangan macam ni. Maafkan abang sayang.”
            “Stop calling me like that. I hate it.” Dannia menjerit kuat. Benci dengan panggilan Harith padanya. Tidak perlu lelaki itu berkata sayang jika tidak maksudkannya. Dia tidak mahu menerima sayang dari Harith. Tidak! Hatinya sudah cukup terluka apabila Harith masih tidak berubah, masih menyakiti hati dan perasaannya. Cukuplah kali kedua dia memberi peluang pada Harith. Peluang yang diberikan telah pun di sia-siakan oleh lelaki itu sendiri.
            Terkejut Harith mendengar jeritan Dannia yang kuat. Merah mukanya menahan perasaan. Benci benarkah Dannia padanya sehingga dia langsung tidak di beri peluang untuk meluahkan perasaan kesalnya?
            “Keluar dari sini. Jangan datang ke sini mahupun ganggu saya lagi.” Ujarnya garang. Langsung tidak memandang wajah Harith. Dirinya masih kaku membelakangi Harith.
            “Baiklah, abang akan pergi dari sini. Lain kali kita bincang lagi.” lemah suaranya. Sayu hatinya melihat Dannia yang langsung tidak mahu memandang mukanya. Dannia seakan sudah tidak sudi mahu melihatnya lagi. Memang dia patut menerima ini semua. Terburu buru menghukum Dannia, sehingga Dannia terluka.
            ‘maafkan abang Nia, tapi masalh kita harus di selesaikan. Tak mungkin abang akan biarkan Nia terus berjauhan dengan abang.
            “One more thing Encik Harith, kuburkanlah panggilan keramat awak kerna saya takkan sesekali memanggil Encik Harith dengan panggilan terhormat tu.” Ujar Dannia lagi.
“Mulai hari ni, I nak you lepaskan I. Kita takkan ada apa apa hubungan pun lepas ni. I really mean it” ujarnya apabila melihat bayang Harith yang mahu keluar dari biliknya melalui pantulan cermin kaca. Muka Harith langsung tidak di pandangnya. Tidak mahu melihat wajah Harith yang berubah riak. Dia tidak mahu hatinya menjadi lembut apabila melihat wajah Harith.
            Harith kembali melangkah meninggalkan Dannia dengan langkah yang lemah. Ternyata kali ini hati Dannia terlalu keras untuk menerima penjelasannya. Setiap langkah dapat dirasakan hatinya bertambah perit dengan penerimaan Dannia.
‘Tidak, jangan harap aku akan lepaskan dia. Kuasa menceraikan dia di tangan aku. Dia akan terus menjadi isteri aku selagi aku masih bernafas.’

No comments:

Post a Comment