photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 16 August 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 5]

Bab 5
                Dannia membuka mata apabila dirasakan kereta itu berhenti bergerak. Dannia melihat Harith disebelah sudah tiada, matanya meliar mencari kelibat Harith. Bunyi bising dibelakang memaksa Dannia melihat arah tersebut. Melihatkan kelibat Harith, Dannia pantas keluar mendapatkan Harith. Tatkala badannya dipusing, matanya terbuntang melihat keindahan dihadapannya yang  tersergam sebuah banglo mewah tiga tingkat. Dengan keluasan taman yang sangat luas. Di kanannya mempunyai sebuah kolam renang yang cantik. Disebelah kirinya pula mempunyai sebuah taman dipenuhi pokok bongsai dan bunga mawar. Ditengah tengahnya pula terdapat beberapa kerusi yang cantik dan sebuh buaian. Sungguh cantik, sejuk mata memandang. Damai rasanya hati. Wahh....
Melihatkan Harith yang mula berjalan menjauhi kereta, Dannia terkial kial mengeluarkan barangnya dari bonet kereta, Harith langsung tidak menolongnya. Harith dilihat sudah menonong memasuki banglo tersebut tanpa menghiraukannya. Huish, berlagak nak mampus. Apa punya laki la dia ni.. Bajet kaya la ni.. tapi memang kaya pun. Alah, bapak dia yang kaya bukan dia. Haila...
        Apabila Dannia menjejakkan kaki ke dalam rumah mewah, sekali lagi dirinya terpegun dengan reka bentuk rumah itu, walaweh, rumah ke istana ni? Gila bapak kaya dia ni. Patutlah bongkak semacam je. Rumah mewah dihiasi denhan perabot buatan luar negara, ruang tamu dihiasi dengan TV plasma yang besar. Macam panggung wayang.. lampu pula usah dikata dihiasi dengan lampu kristal yang besar. Benar benar memukau hatinya yang sudah sedia terpukau dengan kecantikan.
        “Nia, masuklah sayang” Datin Rosma menjemput menantu tunggalnya masuk. Kekagumannya terhenti saat dia melihat kelibat seseorang di ruang tamu sedang tersenyum manis. La mak mertuaku rupanya, Dannia lantas mendapatkan Datin Rosma memerangkap ibu mentuanya untuk bersalam. Bergayanya mak mertua aku ni. Ish..ish..Datin Rosma dilihat memakai pakaian jubah yang dihiasi dengan manik dan batu permata. Rambutnya pula disanggul tinggi.
        “Mama apa khabar?” Dannia berbasi basa dengan Datin Rosma, takut dikatakan sombong pula nanti. Ibu mentuanya tersenyum manis sebelum mengangguk.
“Mama sihat. Ibu dan ayah Nia sihat? Duduklah Nia. Jangan segan la, ini kan dah jadi rumah Nia jugak.” Datin Rosma menarik tangan menantunya duduk di sebelahnya. Tangannya mengusap kepala Dannia.
“Mereka sihat ma.” Beg Dannia diletakkan di tepi sofa buatan luar negara. Dari mana Dannia sendiri tidak pasti. Sebentar kemudian datang seorang wanita yang seusia dengan Datin Rosma, mungkin sebaya meletakkan dulang sebelum gelas diletakkan dihadapan Dannia dan Datin Rosma. Dannia mengangguk sambil menghadiahi sekuntum senyuman.
“Mama kenalkan ni Mak Mah, pembantu rumah ni, tapi mama dah anggap macam kakak mama sendiri.” Mak Mah menghulurkan tangan lalu tangan tersebut dicium dengan sopan oleh Dannia. Terkedu Mak Mah dengan perbuatan sopan Dannia.
“Tak payah dicium tangan Mak Mah, tangan Mak Mah berbau ni” segan betul apabila tangannya dicium oleh Dannia, sedangkan anak sendiri tidak berbuat begitu. Malah perbuatan itu pula dihadapan Datin Rosma. Terharu hatinya dilayan sebegitu rupa oleh menantu Dato’ dan Datin. Berbeza betul dengan teman wanita Harith yang sering diheret ke rumahnya. Macam langit dengan bumi. Gadis dihadapannya bukan sahaja sopan dan santun, malah berbudi bahasa dan cantik lagi. Cantiknya cantik asli tanpa mengenakan sebarang mekap. Kalau dibuat perbandingan dengan Suzanne, huh. Simpang malaikat 44 la jawabnya. Berbeza betul.
“Tak apa Mak Mah, kan mama dah cakap Mak Mah pun macam kakak mama sendiri. Lagipun apa salahnya.” Sopan Dannia menjawab.
“Tak apalah kalau macam tu, Mak Mah nak ke dapur dulu nak siapkan makan tengah hari nanti. Mak Mah pergi dulu.” 
        “Mama gembira sangat Nia dah jadi sebahagian daripada keluarga ni” Datin Rosma sangat gembira dengan kehadiran menantu tunggalnya. Tanggungjawabnya sudah selesai. Ternyata pilihan untuk bermenantukan Dannia tercapai. Bangganya apabila menantu tunggal mendapat pujian. Harith sudah berkeluarga. Dia amat berharap masjid yang baru terbina akan terus kukuh. Harapannya Harith akan lebih bertanggungjawab dalam memikul keluarganya. Kehadiran Dannia diharap akan menceriakan hari hari mereka sekeluarga.
---------------------------------------------------------      
        Dannia mengetuk pintu bilik yang bakal dihuninya, setelah diberi arahan masuk, barulah dia memulas tombol pintu. Matanya meliar ke seluruh bilik. Besarnya bilik ni, kalah ruang tamu rumahnya. Gila besar, boleh duduk sekampung nih. Dilihatnya Harith sedang tekun mengadap laptopnya. Entah apa yang di tengok dia tak ambil pusing.
        Harith sekadar menjeling sekilas melihat Dannia memasuki biliknya. Langsung tidak ditegur, dia meneruskan kerjanya yang tertangguh, sengaja dia membawa pulang kerja kerja untuk disiapkan. Buat apa nak duduk kat rumah, nak mengadap Dannia, huh tak payah. Meluat mahu melihat wajah Dannia, seboleh bolehnya dia mahu berada jauh dari Dannia. Kerana itulah dia sengaja menyibukkan dirinya di bilik. Dirinya sudah nekad, selepas ini dia akan membuat peraturan peraturan yang perlu  Dannia ikut. Mesti gadis itu bengang. Memikirkan hal itu, Harith tersenyum kecil.
        Dannia pula tidak mengambil pusing dengan kehadiran Harith. Dia memulakan kerjanya dengan mengemas baju. Baju yang dibawa diletakkan di dalam almari yang sama dengan Harith tetapi dia mengasingkannya, sebelah miliknya dan sebelah lagi milik Harith. Sesudah itu, dia lantas mengambil baju dan tuala lalu menuju ke bilik air. Terasa rimas dengan peluh yang mula merenik walaupun bilik itu dipasang dengan penghawa dingin.
        Beberapa minit kemudian, Dannia keluar dari bilik air, dia hanya mengenakan baju t shirt berwarna ungu yang berlengan pendek dan bahagian bawah hanya dibaluti tuala yang singkat separas betis, menyerlahkan lagi betis putih dan bunting miliknya. Harith yang tadi tekun mengadap kerja di meja hujung tingkap mengalihkan pandangan ke arah bunyi pintu bilik air yang dibuka. Dia menelan air liur melihat keadaan Dannia yang separuh siap, tambahan lagi rambut basah membuatkan hati Harith bergelora hebat. ‘Tak boleh jadi ni’.Harith mendehem beberapa kali sebelum bersuara.
        “Heh kau ni tak reti nak pakai siap siap ke kat bilik air hah?” Harith menengking kuat menutup rasa gugup di hatinya yang bergelora.
        “Kau pergi pakai baju siap siap aku nak bincang something dengan kau” Harith mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak sanggup mahu melihat Dannia, takut hatinya menjadi goyah. Imannya memang tidak kuat untuk menangkis segala godaan Dannia walaupun gadis itu tidak berniat untuk menggoda.
        Melihatkan Harith memandang ke arah lain dia sedikit pelik. Apa punya oranglah, ingat aku ni seksi gamaknya. Kan dah paki baju ni. Mengong. Hehehe.. dian segera mencapai seluar track lalu kembali semula ke bilik air untuk menukar pakaiannya.
        “Nak kontrak kita. Kau mesti ikut semua ni. Jangan sesekali ingkar. Kalau tak tahulah macam mana aku nak hukum kau nanti.” Dia menghulur kasar kertas di tangannya kepada Dannia lalu disambut pantas oleh gadis itu.
        Dannia membulatkan matanya melihat syarat syarat di dalam kertas itu. Amboi banyaknya, macam nak pergi meminang puteri Gunung Ledang. Perasan betul mamat singa ni, mesti dah anggap terlebih laku. Apa punya syarat ni?
1.  Dikehendaki memanggil abang di hadapan family sahaja.
Aku pun tak inginlah panggil kau tu dengan panggilan macam tu. Aku dah ada abang tau. Dua orang lagi.
2.  Tidur berasingan.
Baguslah macam tu. Tak ingin aku nak serahkan tubuh aku ni kat singa macam kau. Kirim salam sajalah.
3.  Dilarang untuk mengambil tahu hal peribadi masing masing
4.  Berhak melakukan apa sahaja tanpa kebenaran sesiapa.
5.  Dilarang menggunakan hak milik orang lain sebagai milik sendiri.
6.  Tanggungjawab masing masing. [makan minum dan lain lain adalah tanggungan sendiri]
7.  Kita akan bercerai apabila Harith melafazkan, pihak satu lagi tidak berhak meminta cerai, jika pihak disebelah mahu menuntut cerai, Harith akan diberikan pampasan.
Apa punya suami dia ni, nak lari dari tanggungjawablah tu. Eleh, aku pun tak heran la nak sentuh barang barang kau. Walaupun aku ni tak kaya macam kau, aku masih boleh kerja sendiri, masih lagi boleh guna tulang empat kerat aku ni nak kerja. Aku tak mahu lah harta benda kau tu. Sikit pun aku tak nak. Bukan boleh bawak masuk ke lubang kubur pun. Ambik kau! Mulut Dannia terkumat kamit mengejek syarat Harith. Kacang je nak ikut semua ni. Tapi pasal cerai tu, nak minta pampasan? Tak masuk akal betul. Sengaja nak menyusahkan aku. Mentang mentanglah dia tahu aku tak mampu.
What kind of pampasan?” Dannia mengerutkan mukanya.
“Akan diberitahu kemudian. Lain lain syarat aku akan update dari semasa ke semasa.” Harith berjalan menekati katilnya untuk berbaring. Dibiarkan Dannia berada di sofa. Jam sudah menunjukkan sebelas. Matanya sudak kuyu, penat seharian memandu masih belum hilang. Dannia melangkah menuju ke katil untuk mengambil bantal dan comforter untuk dijadikan selimut. Belum sempat Dannia melangkah kembali menuju ke sofa dengan bantal dan comforter dia di sergah oleh Harith.
“Hoi, kau dah lupa syarat aku tahu tu eh? Syarat nombor 5. Hilang ingatan ke apa kau ni?” alamak, start sekarang ke ni. Habis macam mana aku nak tidur. Dah lah aircond suhu rendah. Beku aku macam ni.
Start sekarang ke syarat kontrak ni? Habis macam mana saya nak tidur?” mukanya tidak puas hati memandang Harith. Tak habis habis menyusahkannya. Hilang sudah azamnya mahu menjadi isteri solehah.
“Yup. Itu kau punya pasal. Ada aku kisah? Dah cukup baik aku bagi kau pinjam sofa tu untuk kau tidur.” Harith berkata selamba. Dia menyembunyikan senyumnya melihat kerutan pada wajah itu. Padan muka.
Hei geram betul aku dengan mamat ni. Kalau ya pun jangan lah start malam ni. Start la besok ke, minggu depan ke, tahun depan ke? Memang sengaja dia ni. Hatinya mendengus geram. Lalu dia melangkah kembali menuju ke sofa dengan hati yang geram .mulutnya terkumat kamit menyumpah Harith. Biarlah berdosa sekali pun, hatinya disaat ini terlalu geram dengan perangai Harith yang macam budak budak berumur sepuluh tahun. Belajar tinggi tinggi tapi otak masyaallah...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        “Selamat pagi Puan Dannia” Mak Mah, pembantu rumah banglo itu menyapa mesra. Tangannya masih lagi ligat mengacau mee goreng di dalam kuali.
        “Pagi Mak Mah.Kan Nia dah pesan jangan panggil puan. Panggil Nia je. Ok”
        “Boleh ke? Nanti tuan Harith marah pulak kat Mak Mah”
        “Tak apa Mak Mah, jamgan pedulikan dia. Mamat singa tu memang macam tu, 24 jam mengaum je kerjanya” Selamba Dannia berkata. Mendengarkan panggilan singa pada anak majikannya, dia ketawa kecil. Kelakar betul Dannia ni, baru sehari berada di rumah itu sudah memanggil Harith dengan panggilan itu. Tapi memang ada betulnya, Harith memang panas baran. Dia sering sahaja dimarahi. Langsung tiada perasaan hormat pada dirinya yang lebih tua. Namun Mak Mah tidak ambil hati kerana sudah menganggap Harith macam anaknya sendiri. Walau macam mana pun Harith melayannya, dia tidak kisah.
        “Awal Nia bangun hari ni” Mak Mah berbasi basa.
        “Mana ada Mak Mah, sekarang dah hampir pukul tujuh ni. Nak Nia tolong?” Dannia mengambil pinggan yang sedikit besar untuk memasukkan mee goreng yang hampir siap.
        “Tak payah lah Nia, dah nak siap pun ni. Nia duduklah dulu. Nanti Mak Mah buatkan air ok?”
        “Tak apa la, Nia buat sendiri saja. Mak Mah nak air tak, Nia buatkan sekali.”
        “Eh, tak payah la susah susah. Nanti Mak Mah buat sendiri” segan dengan keramahan menantu majikannya.
        “Ala Mak Mah ni tak sportinglah. Nia terror tau buat air” Dannia tergelak kecil. Entah apa yang lucu.
        “Amboi, apa yang menantu mama ni buat kat dapur ni. Gelaknya sampai kat tangga dengar” Suara Datin Rosma menyapa dari belakang.
        “Eh, mama. Selamat pagi. Tak ada apa apa pun. Berbual kosong dengan Mak Mah tadi. Mama nak air, boleh Nia buatkan sekali sementara menunggu papa dan Harith turun makan” Dannia mengambil teko untuk membancuh air.
        “Ok jugak tu, lagipun masih awal ni, papa kamu tu kalau hujung minggu macam ni pukul lapan memang tak tunjuk muka lagi.” Datin Rosma memang sudah menghafal setiap jadual suaminya itu.
        “Oraite ma. Kita minum minum dulu, lepas ni boleh la kita borak borak panjang. Nia nak tahu jugak kisah silam Mak Mah. Boleh?”Riang hatinya hari ini. Lupa sudah pada suaminya yang masih nyenyak di atas. Mungkin selepas ini dia akan meluangkan masanya dengan Mak Mah.
        “Ish, Mak Mah mana ada cerita yang menarik. Nia lah cerita pasal keluarga Nia. Mak Mah teringin nak tahu pasal Dannia. Bolehkan?
        “Keluarga Nia?” Dannia menuding jarinya ke arah dirinya sendiri. Haiye...
        “Macam mana nak cerita ni ek, hehehe...keluarga Nia biasa aja, tak kaya pun. Nia ada abah, ibu dan dua orang abang yang poyo. Hehehhehe...” Dannia membawa air yang dibuatnya tadi lalu menuangkan di dalam gelas yang berada di hadapan Datin Rosma dan Mak Mah.
        “Dannia anak perempuan tunggal la ni. Patutlah..” Mak Mah meleret senyum. Dannia pula sudah mengerutkan mukanya. Matanya membulat, menampakkan anak matanya yang bersinar sinar. Alis matanya yang lentik mencantikkan lagi wajah itu. Datin Rosma tersenyum.
        “Apa yang patut Mak Mah” Bingung dengan kata kata Mak Mah. Apa yang patut ya?
        “Manja...” Datin Rosma dan Mak Mah berkata serentak.
        “Manja? Mana ada Dannia manja. Ish mengarutlah Mak Mah ni. Mak Mah, nanti tolong ajar Dannia masak tau.” Dannia merengek pada Mak Mah. Dia begitu selesa apabila berbual dengan pembantu rumahnya.
        “Hai beria ria nak belajar memasak ni kenapa ya?” Datin pula menyampuk. Tidak sangka Dannia beria ria mahu memasak. Kalau perempuan lain jangan haraplah mahu memperhambakan diri di dapur. Takut kasar tangan lah katakan. Susah mahu ketemu gadis sebaik dan sesopan Dannia, satu dala seribu.
        “Taklah ma, Dannia nak beat angah ni. Dia tu selalu ejek Dannia. Dia cakap Nia tak pandai masak. Mak Mah mesti tolong Dannia tau. Biar angah tu melopong nanti tengok kehebatan Nia. Baru dia tahu, Dannia ni bukan sebarang orang tau.” Dannia bersuara bangga.


        Datin Rosma dan Mak Mah ketawa sakan melihat keletah Dannia. Senang hatinya bermenantukan Dannia yang manja dan peramah itu. Pagi itu gelak tawa mereka bergema di ruang dapur. Sudah lama rumah itu tidak riuh semenjak Iman, anak perempuannya sambung belajar di Kuala Lumpur. Jarang anaknya itu pulang ke Penang. Sekurang kurangnya sekarang Dannia ada, hilang sedikit rindunya pada Iman.

No comments:

Post a Comment