photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 26 August 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 7]

Bab 7
                “Ok, saya rasa itu sahaja yang perlu disampaikan setakat ini. Jika ada pertanyaan sila rujuk pada anak kedua saya Ezmiel.” Tan Sri Razif bangun dari kerusi yang didudukinya meninggalkan bilik mensyuarat yang luas itu diikuti dengan kakitangannya yang lain meninggalkan Khairul Ezmiel, Khairul Zafrey dan seorang lagi lelaki.
        “Zaf, kau rasa macam mana? kita nak buat kat mana kali ni?” Zafrey di depannya direnung.
        “Kita buat different la sikit tahun ni. Aku tak naklah buat kat hotel yang ada kat Penang ni. Dah naik muak tau tak. Aku rasa, kita pergi Terengganu nak? Kita pi pulau..amacam?”  dia memberi cadangan.
        “Pulau? Pulau mana? bajet kau dah kira ke?”
        “Pulau Redang. Bajet tu don’t worrylah, no hal. Papa tak kisah. Lagipun kali ni kita buat 2 in 1 tau. Pilihlah tempat best sikit. Alang alang boleh bercuti terus. Mama kan dah lama nak bercuti kat Terengganu?”
        “Pulau Redang tu ok jugak Ez, Zaf. Aku dengar pulau tu cantik tau. Boleh aku bawak awek aku.” Danny menyampuk tiba tiba, bayangan bersama gadis impiannya terlayar di ruamg mata. Hanya sekejap sahaja apabila kepalanya diketuk dengan fail yang agak tebal. Potong stim betullah.
        “Sakit aku kepala bongok. Baby lah kau ni” Danny menggosok kepalanya. Biul sekejap.
        “Selamba badak kau nak babykan aku. Padan lah dengan muka kau. Dalam kepala otak takde benda lain ke nak fikir?” Zafrey ketawa. Teman adiknya memang nakal, ada sahaja benda yang mengarut yang akan diutarakan walaupun tidak diminta pendapatnya yang tak berapa nak cerdik.
        “Okey stop. Sekarang ni serius ok? nak buat kat mana?” Zafrey mencelah setelah ketawanya reda. Sesekali dia menoleh jam yang berada dinding bilik itu. Kalau boleh dia perlu cepat, sebentar lagi dia perlu keluar untuk bertemu client.
        “Pulau Redang lah. Muktamad, lagipun tempat dan bayaran aku boleh uruskan. Aku ada kawan kat sana, lagipun dia pemilik hotel tu. So pandai pandailah aku nak handle.” Panjang lebar dia menerangkan hujahnya.
        “Ok set. Pape lepas ni ko inform kat aku. Aku nak bincang pulak dengan papa. Kalau tak ada pape aku nak ciou dulu. Aku ada hal” Zafrey bangun dari tempatnya. Tergesa gesa menuju ke arah pintu.
        “Hoi, walaweh, lajunya.. nak jumpa awek ke bro?”
        “Awek kepala kau, aku nak jumpa client ni. Dah lambat tau tak?” sempat dia melaung sebelum badannnya melolos keluar dari bilik besar. Ezmiel dan Danny menggelengkan kepala. Kenal sangat dengan perangai abangnya yang terlalu komited dengan kerjaya.
        “So, aku dengar kau still tak jumpa adik kau yang hilang tu. Betul ke?” Soalan Dannya membuatkan wajah Ezmiel sedikit keruh. Memikirkan hal itu, hatinya dipagut kecewa. Adik perempuan masih tidak ditemui. Dia bimbangkan kesihatan mamanya yang terlalu rindukan anak perempuan tunggal. Satu satunya puteri tunggal dalam keluarga mereka.
        “Ermm” hanya itu yang tekeluar dari mulutnya. Akalnya sudah buntu mencari adiknya yang sudah hampir dua puluh satu tahun tidak ditemui. Memikirkan mamanya Puan Sri Kamilia, hati lelakinya menjadi sayu. Kesian mama, mesti terlalu rindukan adik. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang baru dilahirkan terpisah, belum sempat diberi susuan.  Keluarga neneknya begitu kejam, sanggup memisahkan mereka semata mata kerana dendam.
        “Sabarlah, aku yakin suatu hari nanti kau pasti berjumpa dengan adik kau.” Danny menepuk nepuk bahu sahabat baiknya. Menyesal kerana mulutnya yang terlepas cakap menyoal soalan sensitive pada Ezmiel. Muram sudah wajah yang ceria tadi.
        “Aku harap macam tu lah. Lagipun aku  buntu, sampai sekarang kami tak jumpa dia. Entah macam mana rupa dia sekarang. Dari kecil aku tak sempat jumpa adik aku. Entah entah kami pernah berselisihan jalan, tapi tak kenal each other.” Luahan terbit dari mulut Ezmiel melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
        “Okeylah, aku nak blah dulu. Ada hal kejap lagi. Kau tolong handle guest list dan keperluan lain yang perlu. Apa apa hal, kau roger aku later.” Ezmiel ingin lari dari situasi yang menyesakkan dadanya. Dia perlu pulang ke rumah untuk menemani mamanya ke butik. Itulah janjinya semalam pada Puan Sri Kamilia supaya dia pulang tengahari untuk menemaninya ke butik. Mahu mengharapkan Zafrey, abangnya itu sibuk memanjang. Hanya kadang kadang sahaja dia dapat memenuhi permintaan ibu tercinta. Papanya pula sibuk menghadiri mesyuarat tergempar yang bakal diadakan oleh ahli lembaga pengarah lain kerana projek besar telah berjaya diraih oleh mereka.      
        Bunyi deringan di telefon bimbitnya menyebabkan Ezmiel memperlahankan sedikit kereta yang dipandu sebelum diberhentikan di bahu jalan. Tangannya laju mencapai handphone di poket seluarnya. Dipandang sekilas nama yang tertera sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar.
        “Assalamualaikum my sweetheart. Ya, Ez on da way balik la ni. Lagi setengah jam Ez sampailah. Mama tunggu jer ok? mana ada Ez lupa date kita. Oraite ma bye, luve you” Mesti orang tak percaya kalau mereka dengar perbualan aku dengan mama. Manja sangat, kalau dengar dek orang lain, naya aku. Tak pasal pasal kena gelak sampai diorang terguling guling dengar playboy macam aku ni cakap manja dengan mama aku.Ez...Ez...lantaklah, lagipun apa salahnya nak bermanja dengan mama sendiri. Bila lagi kan? Kan? Hehehehe...
Sri Kamilia berjalan beriringan dengan Ezmiel menuju ke butik, setiap manusia yang berselisihan dengan mereka pasti akan menoleh berkali kali. Terpegun dengan keanggunan si pemakai bersesuaian dengan status yang dipegang oleh perempuan itu. Anak terunanya pula tampil segak bergaya walaupun baju kerja yang dipakai oleh Ezmiel dengan lengan yang tersinsing separas siku, tanpa tie di leher, gaya santai remaja terkini. Puan Sri Kamilia tersenyum bangga disamping anak terunanya, bukan mahu riak tetapi terselit perasaan bangga terhadap perhatian yang diberikan pada anak terunanya.
”Hai Puan Sri, lama I tak nampak you, dah lama tak datang kat butik I. Makin anggun yiu sekarang ni. Jealous I tau.” Badan Sally meliuk lintuk bagaikan sotong. Ezmiel di sisi hanya memerhati lelaki separuh perempuan bercakap bersama ibunya. Meremang seluruh badan apabila melihat lelaki itu mengenyitkan mata padanya. Huish, Mak ai merenyam betul. Bergetar badan Ezmiel ketakutan apabila melihat lelaki itu menghampirinya.
“Hai handsome. I’m Sally. Nice meeting you” tangan dihulurkan pada Ezmiel. Teragak agak dia mahu meyambut huluran tangan itu.
  “Hai. Nice to meet you too.” Pantas tangannya menyambut dan sekaligus meleraikan tangannya dari tangan itu. Eiii geli aku. Apa punya nama la kau pakai. Agaknya nama Salleh dah jadi Sally kot. Nama mak bapak dah bagi elok duk pi tukaq buat pa. Huish dasyhat manusia zaman sekarang nih.
“Segak la Puan Sri. Sape tu?”
        “Anak kedua I. Kenapa berkenan ke?” Puan Sri tersenyum memandang Sally di sebelahnya.
        “Anak you? Segak mak. Kalau I dapat mesti tak cari yang lain” Sally ketawa kecil, matanya masih lagi memandang Ezmiel yang sudah panas punggung dari tadi. Tak selesa dengan renungan mata lelaki separa itu.
        “Kalau you berkenan boleh jer. Tapi kena tanya tuan punya badan dulu la kan” Puan Sri Kamilia tersenyum nakal, sengaja mahu mengusik Ezmiel yang sudah berpeluh peluh. Mak ai, ada ke patut mama mahu kenankan aku dengan mamat lembut ni. Simpang malaikat 44 minta dijauhkan.
        “Mama” hampir terjerit dia mendengar ayat yang keluar dari mulut mamanya. Nak mampus, aku masih waras lagi tau. Aku normal ok? Puan Sri kamilia sudah ketawa sakan, mahu berguling guling rasanya melihat wajah panil Ezmiel. Hahahaha...memang kelakar.
        “Ez, ada hal la mama. Lambat lagi ke? Kejap lagi nak jumpa client ni.” Segera dia mematikan ketawa Puan Sri Kamilia. Mukanya usah dikata masam mencuka. Ni dah kes membuli namanya. Geramnya mama ni, sempat lagi nak kenakan aku. Tak pe tak pe ada ubi ada batas ada hari, ni hah tunggulah anakmu yang lagi macho ni balas. Wait and see ya mama. Mukanya tersengih jahat, ligat otaknya mencari idea. Huhuhahaha... ting!
        Dalam meredakan ketawanya, Puan Sri Kamilia terpendangkan kelibat seseorang yang amat menarik perhatian. Lantas, Puan Sri Kamilia keluar dari butik yang menghalang penglihatan ke arah gadis itu yang masih ralit membelek sehelai baju yang bertentangan dengannya. Tanpa mempedulikan Ezmiel yang nyata terpinga pinga, dia menghayunkan langkah dengan agak laju, hatinya berdebar debar ketika ini. Tak dapat digambarkan dengan kata kata, semakin dekat melangkah semakin kuat paluan di dadanya. Terasa air hangat bertakung di tubir mata. Panggilan Ezmiel dibiarkan tidak bersahut, kalau boleh sedikit pun dia tidak mahu mengalihkan pandangannya daripada tubuh itu. Pandangan orang di sekelilingnya dibiarkan dengan pandangan tertanya tanya. Semakin dekat, semakin laju langkahnya dan akhirnya bertukar menjadi kepada larian anak. Sampai sahaja di tempat yang dituju, bayangan gadis yang manjamu matanya hilang. Puan Sri Kamilia makin resah, tak mungkin.. pasti dia...aku yakin. Ya Allah, bantulah hambamu Ya Allah.....
        “Mama, what going on?” Nafas Ezmiel turun naik. Kelakuan mama kelihatan pelik. Entah apa yang dicari oleh mama kesayangannya sehingga berlari anak menuju ke sini. Terpinga pinga dirinya ditinggalkan macam orang bodoh di dalam butik kawannya.
        “Mama” Ezmiel menyentuh bahu Puan Sri Kamilia perlahan. Sentuhannya agak memeranjatkan Puan Sri Kamilia, lantas tangan tua menyapu bersih mukanya. Di sapu air hangat yang menodai pipinya. Puan Sri Kamilia menghela nafas panjang, cuba menangkan diri, namun matanya masih lagi melilau mencari gerangan orang yang dicari.
        “Ez nampak tak seorang gadis yang berdiri kat sini tadi?”
        “Gadis?” Ezmiel cuak. Janganlah mama nak kenankan aku dengan gadis tu. Bukan boleh percaya mama ni. Kalau angin monsun dia datang habislah aku.
        “Hmmm... gadis yang pakai blous ungu. Rambut paras pinggang, pakai hairclip”
        “Kenapa dengan budak tu mama?” Mak ai sempat lagi duk teliti budak tu. Cantik sangat ke?
        “Kalau mama nak kenankan Ez dengan budak tu tak payahlah. I’m not interested.” Laju mulutnya menyanggah.
        “Apa yang kamu merepek ni Ez, kamu jangan nak perasan lah ya. I’m Serious.” Puan Sri Kamilia mencebik. Tidak mahu melayan lawak anaknya. Gadis itu dicari.
        “Hah. Er, Ez tak nampak pun” Tangannya digaru garu di kepala. Aisemen, terperasan pula. Malunya. Ia berdehem beberapa kali men’cover’ malunya. Hehehehe... nak buat macam mana kan, aku kan hensem. Adoyai, sempat lagi kau ni perasan ya Ez!
        “Please, Ez tolong cari. Please, i’m begging you.
        “Ok ma, relaks ok, Ez cari. Mama jangan gelabah. Tunggu sini Ez cari.” Adeh, mana kau nak cari budak ni, sehari pun pasti beum jumpa. Dahlah besar pasaraya ni. Mau seminggu kaki aku kebas. Ezmiel mencari gerangan yang dikatakan oleh mamanya. Hampir sejam mencari Ezmiel kembali semula ke sisi Puan Sri Kamilia. Tercungap cungap menahan nafas, dah boleh masuk marathon dah ni.
        “Macam mana? Jumpa tak?” laju Puan Sri Kamilia bertanya sebaik sahaja melihat Ezmiel menuju kearahnya.
        “Tak de lah mama. Siapa sebenarnya budak perempuan tu? Mama kenal ke?” bertubi tubi pertanyaan yang keluar dari mulutnya, tak sempat ditahan. Dia memerlukan penjelasan yang membuatkan dirinya terkejar kejar mencari orang yang dia sendiri tidak pasti akan gerangannya.
        “You little sister.” Sebaris ayat yang membuatkan Ezmiel terkejut dan terkaku.
        “What? Mama pasti ke?”
        “Mama tak tahu. Tapi firasat mama kuat meyatakan she is you sister” Ezmiel menepuk dahinya kuat. Mama...mama...hatinya sedikit terusik melihat wajah mamanya yang begitu redup dan sayu. Dia faham akan kerinduan itu.
        “Mama..”
        “Mama yakin Ez. Please percayakan mama”
        “Mama, salah lihat agaknya. Kita balik ya. Dah lama kita kat sini.”
        “Mama nak cari adik kamu. Tolong mama, mama terlalu rindukan dia”
        “We will find her someday. Trust me. Kami semua pun rindukan dia. Kita balik dulu. Ez dan Abang Zaf akan usahakan ya ma. Apa yang penting, mama kena jaga kesihatan mama. Come” Ezmiel menarik tangan Puan Sri Kamilia supaya mengikutinya. Tangannya menggenggam erat menghulurkan sejuta semangat buat wanita kesayangannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        “Cuba yang ni pulak.” Datin Rosma menunjukkan dress yang agak labuh untuk Dannia.
        “Ma, dah banyak la. Cukup lah tu. Ok? lagipun Dannia dah banyak baju kat rumah.” Dannia menolak dengan baik cadangan ibu mertuanya yang masih lagi bersemangat untuk membeli belah. Semua kedai mahu disinggah. Kakinya dah naik lenguh menurut semua kemahuan Datin Rosma.
        “Ala, cuba la dulu. Mama berkenan sangat. Cuab dulu ya Sayang?” Datin Rosma tidak berputus asa memujuk menantu kesayangannya. Sayangnya pada Dannia melebihi sayangnya pada Harith.
        Dannia mengeluh kecil. Kalah lagi dengan pujukan mertuanya.
        “Ok” Datin Rosma tersenyum senang dengan kepatuhan Dannia.
        Setelah mendapat kesemua barang yang dikendaki, mereka menuju ke foodcourt di tingkat atas. Perut mereka sudah berkeroncang minta diisi.
        “Mama nak makan apa? Nanti Nia order.”
        “Nasi putih tom Yam and fresh orange ya. Thanks sayang”
        Dannia tersenyum mengangguk sebelum beredar menuju ke kaunter untuk order. Datin Rosma pula sibuk membelek barang barang yang dibeli tadi. Sesekali matanya melilau melhat sekeliling memandang keletah anak muda zaman sekarang tanpa segan silu berpelukan dan bercumbu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Kalau lah anaknya serupa dngan mereka semua, mahu dipelangkung dengan pinggan mangkuk kat rumah. Biar benjol di kepala. Buat malukan keluarga je.
        Bunyi pinggan yang diletakkan di hadapannya memaksa Datin Rosma melihat kehadapan kembali. Senyuman dihadiahkan pada Dannia sebaik sahaja matanya singgah pada seraut wajah tenang dihadapannya. Sungguh, matanya tidak puas menatap seraut wajah cantik Dannia. Hati tuanya sudah terpaut pertama kali dia terpandang wajah itu di rumah kawannya. Hajat mahu bermenantukan Dannia akhirnya tercapai, walaupun bagi pihak anak lelakinya agak tidak adil. Dia mahukan yang terbaik buat Harith, dan saat itulah dia tidak ragu ragu mahu memilih Dannia sebagai pendamping Harith. dia yakin Harith akan berubah dan bahagia dengan Dannia.
        “Nia dah ready ke nak pergi honeymoon?”
        “Dah ma” Dannia tersenyum sumbing. Kelat wajahnya di saat soalan itu keluar dari mulut Datin Rosma. Haisemen, jangan lah tanya yang bukan bukan lagi. Aku tak nak tambah dosa... tolong aku!!
        “Erm... harap harap hujung tahun dapatlah mama dan papa menimang cucu..” terdengarkan bunga bunga harapan yang meluncur dari mulut itu, Dannia tersedak sedak dan batuknya semakin lama semakin kuat. Peritnya! Laju tangannya mencapai air di atas meja lalu disedutnya rakus.
“Hai kenapa ni. Mama sebut cucu sampai macam tu sekali lagaknya” Datin Rosma tergelak kecil. Muka Dannia yang sudah merah ditatapnya. Comel! Entah keberapa kali dia memuji Dannia dia sendiri tidak terkira.
“Ehem..Insya’allah ma. Kalau ada rezeki adalah” hentam jelah. Aku tak de idea dah ni. Alahai, macam mana ni, hatinya cemas, kalau di tuntutnya tak ke mampus aku. Idea oh idea datanglah padaku...ku seru dikau.. eh, apa yang aku merepek meraban ni.
“Ok lah ma, jom lah kita balik atau mama ada lagi barang yang nak dibeli?” sengaja melencong ke topic lain. Semput nafas aku kalau ditanya isu sensitive ni.
“Tak de. Balik lah, dah dekat pukul tiga ni. Solat pun belum. Kita singgah dulu mana mana masjid. Then baru bertolak”
“Oraite mam” tangannya di angkat ke paras kepala tabik hormat. Sengaja mahu mengusik Datin Rosma. Tergelak Datin Rosma dengan perangai keanak anakan menantu sulungnya. Macam macam la kau ni Dannia.
“Dah, jangan nak usik mama. Jom” mereka melangkah keluar dengan barang yang sarat ditangan. Sesekali mereka bergelak ketawa dengan kenakalan Dannia yang tidak habis habis bercerita tentang abang abangnya yang lucu. Ya Allah semoga keluargaku sentisa dilimpahi dengan kegembiraan. Amin. Doa Datin Rosma di dalam hati.



No comments:

Post a Comment