photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Saturday 30 November 2013

Terikat Cinta [BAB 2]



Bab 2

                Masuk bulan ini, genaplah lima bulan dia bekerja sebagai pengambil order, malah sekarang kerjanya bertambah sedikit semenjak salah seorang daripada pekerja di restoran itu berhenti.  Walaupun kerja semakin bertambah, Dyana Kamilia tidak pernah merungut, dibuat dengan seikhlas hatinya. Gajinya juga sekarang semakin bertambah walaupun tidak sampai seratus ringgit. Gaji yang dipegangnya sekarang hampir mencecah ke lima  ratus. Itu dudah dikira baik baginya kerana mereka sekeluarga hanya dikampung, tambahan pula hanya mereka bertiga. Barangan dikampung pula bukannya mahal seperti di bandar.
            Setelah hutang yuran dilangsaikan, Dyana Kamilia sedikit sebanyak menabung untuk keperluan kecemasan di masa akan datang. Dia berbelanja begitu berjimat cermat. Wangnya sudah diasingkan untuk keperluan menabung, perbelanjaan harian dan juga untuk adiknya Syaqir. Syaqif pula amat memahami, malah dia juga turut berjimat cermat dengan wang saku yang diberikan olehnya. Syaqir juga mempunyai tabungnya sendiri hasil jualan sayurnya. Adiknya itu tidak pernah meminta minta, jika ada sesuatu yang diingininya, pasti dia akan berusahanya sendiri. Cuma kadang kadang sahaja Dyana Kamilia menghulur jika keadaan terdesak.
            “Dya, tolong ambilkan order untuk budak budak tu.” Pak Mail mengarahnya yang sedang membersihkan meja untuk mengambil pesanan remaja yang baru sampai. Tanpa membuang masa, dia terus meninggalkan kain pengelap dan mencapai buku dan pen. Langkahnya diatur satu persatu mendekati meja yang diduduki oleh beberapa remaja lelaki.
            “Order..” Dyana Kamilia menghulurkan menu yang berada ditangannya. Pandangan remaja lelaki itu langsung singgah di wajahnya. Pertanyaan dibiarkan sepi. Wajahnya yang memakai topi dilindunginya sedikit apabila mata mata yang menikam wajahnya dengan pandangan tajam.
            “Hai, boleh berkenalan?” sapa salah seorang yang memakai baju pink?
            ‘Cheh, jambu tul. Pakai baju kaler pink.. macam pondan jer aku tengok.’ Dyana Kamilia mencebik. Malas mahu melayan pelanggan yang entah apa apa. Bukannya dia tidak biasa terkena, malah selalu setiap kali remaja lelaki yang nakal datang mengusiknya.
            “Order..” sekali lagi Dyana Kamilia membuka mulut bertanya. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia beredar dari situ. Tetapi ingatkan dia yang sedang bekerja, disabarkan hatinya.
            “Sombongnya...jom la kita kenal kenal?” kini lelaki yang berbaju coklat pula menyampuk setelah kawannya gagal. Mereka tersengih sengih, macam kerang busuk. Tangannya ditongkatkan ke dagu.
            ‘Eiy, aku lah mamat ni. Muka berparut macam Mail Lambung boleh pulak nak mengayat orang. Dah lah macam samseng, pakai seluar entah apa apa, koyak situ, koyak sini. Baik tak payah pakai seluar.’ Hatinya mendengus lagi. Bila nak ambil order ni?
            “Encik sekalian ni mahu order ke tak nak. Kalau tak nak saya beredar dulu. Ambil masa fikir apa yang nak dimakan. Lepas tu panggil saya.” Tanpa menunggu dia ingin beredar. Namun terbantut disaat tangannya dipaut oleh lelaki berbaju coklat tadi. Secepat kilat juga ditepis oleh Dyana Kamilia.
            ‘Apa Mail Lambung pegang pegang orang’. Tak tahu adab betul. Panas hatinya mengenangkan perlakuan lelaki tersebut. Terasa mahu diterajang sekuat hatinya.
            “Kau apahal nak pegang pegang orang? Kalau datang sini nak mengacau, baik kau blah. Datang sini menyusahkan betul.” Dyana Kamilia berkata selamba. Wajahnya mulai tegang dengan situasi itu. Baru pertama kali berdepan dengan adegan pegang memegang. Sebelum ini hanya sekadar usikan.
            “Mak ai, garangnya. Awek dah cun melecun, tapi garang pulak. Bagus bagus...” bergema ketawa yang ada di meja itu. Dyana Kamilia merengus geram seolah dipermainkan. Hatinya bertambah panas. ‘kurang ajar’.
            “Dya, kenapa ni?” Abang Zakuan, anak Pak Mail datang tiba tiba dengan wajah tegang. Sedikit panas hati dengan gelagat anak muda di depannya. Nakal tak bertempat, semua anak dara dikacaunya. Sakit hatinya apabila melihat Dyana Kamilia memegang tangan gadis pujaannya. Tanpa sempat ditahan, dia melangkah laju mendapatkan Dyana Kamilia.
            “Entah, apa masalah dengan bebudak ni. Mengacau jer kerjanya.” Ujar Dyana Kamilia seolah mengadu.
            “Bak sini pen dan kertas. Dya pergi sambung buat kerja lain.” Huluran buku dan pen ditangan gadis itu disambut. Dyana Kamilia pantas beredar dari situ. Malas mahu memanjangkan pergaduhan.
            “Sorry bro. Awek ko ke tadi? Kitorang tak berniat pun nak kacau awek ko.” Salah seorang pemuda itu itu berkata sedikit gugup. nak lawan? Huh, memang tak lah kan. Tengok saiz badan pemuda di depannya sudah gerun, belum tentu merak berempat dapat menewaskan pemuda itu. Badan mereka bukan sasa macam pemuda tadi. Cekeding je pun.
            “Tak berniat kepala hot engkau. Dah tu siap pegang pegang lagi apa kes?” Zakuan bertanya dengan wajah tegang. Kemarahannya cuba dikawal.
            “Sorry la bro, kitorang janji tak kacau lagi. Tu lah awek cun sangat..” . Sampuk lelaki disebelah kawannya. Tapi tak tahulah masa akan datang, kata itu hanya dihatinya sahaja. Mahu ICU tiga hari dua malam mereka menginap kat hospital jika pemuda sasa dihadapannya mengamuk dan memukul mereka. Zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ramai orang merana kerana cinta, tapi kes ini lagi parah, marana kerana cemburu. Bukan pasangan yang bercinta, tapi orang yang tak ada kena mengena dengan cinta yang merana. Huh!          
            “Tapi lain kali jangan buat kacau lagi. Kalau tak siap korang.  Sekarang ni nak order tak nak?” Zakuan bertanya nada sedikit menurun. Sejuk sedikit hatinya apabila remaja itu memperkenankannya dengam Dyana Kamilia. Malah, dilabelkan sebagai aweknya. Mahu kembang setaman. Aura bunga bunga cinta..
            “Bagi kami tea ais empat, nasi goreng kampung empat.” Laju lelaki yang memakai baju berwarna pink itu membuat pesanan tanpa bertanyakan dahulu kepada rakan rakannya yang lain. Tercengang rakan rakan yang lain melihat pesanan yang dibawa pergi pemuda sasa berlalu.
            Zakuan hanya tersenyum lucu sambil membawa langkah ke dapur. Nasiblah dapat kawan mat jambu..gertak sikit dah gelabah. Masih terlihat wajah masam mencuka kawan lelaki itu dengan tidak balasnya yang gelabah yang spontan tadi. Memang kelakar, tak boleh jadi lelaki yang sejati.
            “Nah, tolong bawa kat dapur.” Huluran Zakuan disambut tanpa banyak bicara oleh Dyana Kamilia. Gadis itu berlalu ke dapur dengan selamba. Zakuan mengeluh lagi, macam mana mahu membuat Dyana Kamilia jatuh hati kepadanya. Sudah acap kali juga diberi hint, namun gadis itu tidak pernah faham atau buat buat tidak faham. Malah diusiknya pula dengan anak Mak Cik Bedah yang gedik tak bertempat. Gadis yang perasan diri sendiri cantik. Bajet Diva lagaknya...
            “Abang Wan, terima kasih pasal tadi.” Suara Dyana Kamilia menerjah gegendang telinganya. Wajarlah dia berterima kasih pada lelaki itu kerana menyelamatkannya daripada usikan usikan nakal anak muda yang datang singgah.
            “Sama sama. Dah memang tanggungjawab abang. Abang sanggup buat apa sahaja untuk Dya.” Zakuan sengaja menekankan ayat dibelakangnya. Harap harap Dyana Kamilia mengerti apa yang ingin disampaikannya.
Zakuan sedar, mungkin Dyana Kamilia tidak akan pernah membalas perasaan cintanya buat gadis itu, memandangkan perkenalan pertamanya dengan gadis itu sedikit dengan kata kata kasar dan tengkingan. Malah dengan senang hatinya mengejek dan menyindir Dyana Kamilia  yang seolah olah mahu memikat dirinya.  Apatah lagi, dengan wajah Dyana Kamilia dihiasi dengan cermin mata yang berbingkai besar. Betul betul macam nerd.
Sungguh perasan Zakuan waktu dan ketika itu. Jika diingatkan kembali kata kata perasan yang terbit dari mulutnya, malu besar dirinya. Sehinggalah suatu hari, secara tidak sengaja dia terpandang wajah Dyana Kamilia tanpa cermin matanya. Ketika itu, gadis itu mahu mengambil wuduk. Terpana dengan kecantikan yang terselindung disebalik cermin mata besar itu. Hampir terlopong mulutnya. Sungguh cantik, tanpa sebutir jerawat yang mencemari wajah putih bersih itu. Jauh benar bezanya dengan anak Mak Cik Bedah yang putihnya hanya ditempel dengan bedak. Entah berapa inci ditampalnya, sungguh berbeza dengan kulit tangan sebenar gadis itu.
Semenjak pertama kali melihat wajah Dyana Kamilia tanpa bercermin mata, hatinya dia sudah terpaut. Perpepsi terhadap gadis itu, dari sehari ke hari kian meluntur apabila melihat layanan mesra dengans semua orang dan juga keluarganya. Bukannya yang seperti dikatakannya dahulu. Semenjak itulah dia mula cuba rapat dengan Dyana Kamilia.
Tapi kini, gadis itu telah menukar cermin mata yang dulunya besar, kini bertukar pattern yang lebih moden dan sesuai dengan bentuk wajahnya yang cantik dan comel. Makin terserlah kecantikan gadis itu sehingga ramai jejaka yang suka mengusiknya ketika bertandang ke restoran.
            “Bertuah sungguh Kak Seha tu ya, dapat Abang Wan ni.” Dyana Kamilia mengusik lelaki itu. Kata kata lelaki itu hanya sebagai usikan baginya. Dia sedar siapa dirinya mahu dibandingkan dengan Zakuan. Zakuan lelaki dari keluarga senang. Lagi pula pemuda itu berpelajaran walaupun hanya sekadar diploma perniagaan yang disandang olehnya. Kerana perbezaan itulah dia tidak ambil peduli akan kata kata Zakuan. Malah masih diingatannya kata kata Zakuan dahulu padanya sewaktu dia mula mula bekerja di restoran itu.
            “Dya jangan sebut nama minah tu. Awak tu mulut masin. Buatnya dia datang tersembul dekat sini. Naya abang,” Zakuan bimbang, jikalau gadis yang disebut Dyana Kamilia itu tiba tiba muncul. Gadis itu macam tahu tahu sahaja jika namanya disebut pasti tersembul mukanya di mana mana. Ada deria pendengaran yang istimewa agaknya..
            “Apa salahnya, dia kan suka kat Abang Wan. Sanggup datang tiap tiap hari tu.” Dyana Kamilia tergelak. Lucu mengingatkan Kak Seha anak Mak Cik Bedah yang sanggup datang dari jauh sehingga berpeluh peluh gadis itu apabila sampai. Habis cair mekap yang dipakainya.
            “Hish, janganlah minta simpang dijauhkan.” Zakuan menggeletarkan dirinya. Geli geleman dirinya dengan gadis itu. Kalau dengan Dyana Kamilia dia sanggup walau apa pun berkaitan dengan gadis itu,tapi kalau dengan minah gedik tu pun dia sanggup... sanggup membujang sampai ke tua! Tak mahulah..
            “Apa yang jauh bang.” Satu suara yang cukup menyentakkan mereka yang berada di situ.
            “Eh, Seha. Bila sampai?” Wajah Zakuan bertukar riak. Pucat. Hah, kan aku dah cakap..Pantang sebut nama mesti muncul. Ilmu apa yang dia pakai ni. Aduh..mampus aku kali ni. Dyana Kamilia sudah menjungkit bahu, lalu mengangkat kaki beredar dari situ meninggalkan Zakuan dan Kak Seha. Sedaya upaya menahan ketawa melihat wajah pucat tak berdarah Zakuan.
            Semasa melintasi Kak Seha, dia sempat melihat  jelingan tajam yang ditujukan ke  arahnya  apabila sedang asyik bergelak ketawa dan bersembang dengan lelaki itu. Jelas dengan riak muka tidak puas hati dan cemburu terhadapnya. Dyana Kamilia sedar akan jelingan itu, dan disebabkan itulah dia tidak mahu berada diantara mereka berdua. 
            Dulu Kak Seha tidak begitu dengannya. Namun sejak kebelakangan ini, seakan akan Kak Seha tidak seramah dan semesra dahulu. Malah, gadis yang tua dua tahun darinya itu sering menjeling tajam dan hanya sindiran yang dijawab jika dia beramah mesra. Dia sedar akan semua itu, malah bukannya dia buta mahu menilai maksud jelingan itu.
            “Baru je. Tadi Seha dengar macam abang cakap sesuatu...macam jauh..Apa yang jauh?” Kak Seha masih tidak berpuas hati dengan soalan yang belum dijawab oleh jejaka idamannya. Hatinya jadi tidak enak dan cemburu hingga ke kepala melihat kemesraan Dyana Kamilia dan Zakuan. Zakuan pula seakan akan mahu menjauhkan diri darinya sejak kebelakangan ini. Nampak ketara benar, walaupun dulu Zakuan melayannya acuh tak acuh, dia tidak ambil peduli. Tapi kini..makin ketara mahu menjauhkan diri darinya. Ada sahaja alasan mahu mengelak dari bersua muka atau bersembang. Malah hatinya makin cemburu apabila Zakuan melayan Dyana Kamilia terlebih mesra. Disebabkan itulah, dia mendendami Dyana Kamilia dalam diam.
            “Eh..erm, jauh? Erm..hah, dari jauh Seha datang. Tak rasa jauh ke datang ke sini?” Hentam jelah, asalkan ada perkataan jauh sudah. Zakuan menggarukan kepalanya tidak gatal. Matanya melilau sekeliling. Namun pandangannya jatuh ke arah Dyana Kamilia sedang bergelak ketawa dengan beberapa pekerjanya. Ini tak lain tak bukan mesti mengumpat kat aku lah tu.
            “Eh, mana ada jauh. Seha rasa dekat jelah.” Ujarnya sambil tersenyum menggoda.
            ‘Yelah tu tak jauh. Mahu berpeluh sakan aku nampak kat dahi kau tu’ desisnya sendiri.
            “Abang, temankan Seha pergi jalan jalan nak tak petang besok?” lengan Zakuan dipaut erat. Zakuan pula sudah pening kepala dengan kerenah Seha. Macam macam, nak pergi marketlah, nak pergi pantailah.. macam tak ada kaki nak pergi sendiri.
            “Sorrylah Seha, Abang ada banyak kerja. Lain kali lah ya?” gelagat mereka berdua diperhatikan dari jauh oleh pekerjanya termasuk Dyana Kamilia. Sungguh dia berasa sangat segan dan malu dengan adegan dipertontonkan di depan mereka. Apatah lagi tempat terbuka macam itu. Hairan dia melihat Seha, tiada rasa malukah dengan semua orang. Ke mana hilangnya sifat malu sebagai gadis kampung.
            “Alah, boleh lah...kalau minggu depan macam mana?” Kak Seha cuba memujuk. Kini payah benar mahu keluar berdua duaan dengan Zakuan. Ada sahaja alasan sibuk...padahal dia sepatutnya tidak perlulah menyibukkan diri dengan kerja kerja di restoran kerana dia merupakan anak kepada tuan restoran. Goyang kaki sahaja...
            “Tengok keadaan lah. Kalau tak sibuk. Abang tak boleh janji. Oh ya, Seha datang sini nak beli apa apa ke?” Zakuan sebolehnya mahu cepat beredar dari situ. Semakin sakit hatinya melihat Dyana Kamilia ketawa sambil sesekali menoleh ke arahnya dan Seha. Apa yang diumpat oleh pekerja kesayangannya.
            “Er, Seha datang sini nak singgah jenguk Abang je. Seha baru balik dari beli barang nak balik masak kejap lagi.” Ujarnya sedikit gugup. Beli barang? Masak? Malam sikit aku nak masak. Nak duduk dapur lama lama pun dia tak suka. Apatah lagi mahu memasak.
            “Mana barangnya?” Zakuan dapat menghidu pembohongan dari mulut Seha.
‘Yalah tu beli barang, tak ada alasan lain ke nak bagi? Bila ditanya asyik jawapan sama.. mahu petang atau malam. Macamlah dia bodoh sangat nak dikencing oleh minah gedik ni.’ Zakuan mencebik. Meluat dengan Seha. Dulu dia sukakan Seha kerana wajahnya sahaja, perangai gedik tidak diambil kira. Namun sejak kehadiran Dyana Kamilia dia sudah jarang keluar dengan Seha. Ya, sejak dia sedar akan kecantikan dan keperibadian Dyana Kamilia.. sejak itulah dia mula berubah hati.
“Eh, tak apalah. Dah lewat ni. Seha nak balik dulu ya, jangan lupa kirim salam dekat mak cik dan pak cik. Bye.” Seha lantas beredar dari situ dengan kelam kabut. Soalan Zakuan ditinggalkan sepi, sedar akan alasan yang tidak munasabah yang diberikan olehnya.
Setelah bayang Seha menghilang, Zakuan menarik nafas lega. Seolah olah beban sudah menghilang. Namun hanya sebentar Cuma, bunyi gelak ketawa Dyana Kamilia dan beberapa orang pekerjanya pula yang menarik minat untuk dia menghampiri mereka di suatu sudut hujung meja. Di tempat pekerjanya melepak ketika pelanggan berkurangan atau tiada pelanggan.
“Wah, seronok korang mengumpat aku ya” Sergah Zakuan dari belakang. Mahu Menanah telinganya mendengar ketawa yang menyakitkan telinga. Terasa sumbang benar berdendang di telinganya ketika ini.
“Eh, mana ada kitorang mengumpat ko. Tak percaya tanya Dya.” Asmad memuncungkan mulutnya ke arah Dyana Kamilia.
Dyana Kamilia hanya menjungkitkan bahu. Mengia pun tidak menidak pun tidak. Malas mahu masuk campur urusan Asmad dan Zakuan. Yang lain pula tiba tiba mendiamkan diri. Tidak berani mahu menjawab. Salah jawab melenting pula lelaki itu. Bukan mereka tidak pernah kena, malah sudah lali dengan kerenah lelaki itu. Cuma sejak kebelakangan ini lelaki itu menjadi mesra. Pekerjanya yang lain pelik juga dengan sikap Zakuan namun mereka amat bersyukur jika Zakuan berubah. Tidak lah mereka terasa terbeban dengan situasi tegang. Setidak tidaknya mereka dapat membuat kerja dengan tenang.
Sesetengah pekerja di situ, Asmad, Dilla, Kak Eton semuanya suka memperkenankan Dyana Kamilia dengan Zakuan. Namun giliran Dyana pula naik angin, dia takut peristiwa dahulu berulang lagi. Bila salah seorang daripada rakannya membuat lawak berkaitan akan dirinya dengan Zakuan, mukanya akan masam mencuka. Seolah olah fobia dengan perangai Zakuan yang dahulu.
Semua pekerja disitu tahu akan kejadian itu. Kerana itulah Dyana kamilia kurang mesra dengan Zakuan. Dimana ada Zakuan, Dyana Kamilia pasti berada jauh. Apabila Zakuan cuba berbaik dengannya, dia hanya melayan ala kadar, cukup sekadar menghormati Zakuan dan sebagai anak majikan mereka di situ.
“Eh, ada customer datanglah.” Kak Eton bersuara apabila melihat sekumpulan anak remaja datang dan duduk di meja itu.
“Biar Dya ambil order” Dyana Kamilia mempelawa dirinya untuk mengambil pesanan pelanggan yang baru tiba.
“Eh, tak payah. Biar Asmad yang pergi. Mad..” Zakuan pantas memintas kata kata Dyana Kamilia sebelum sempat gadis itu mahu beredar dari situ. Mana mungkin dia akan melepaskan Dyana Kamilia mengambil pesanan sekumpulan remaja lelaki. Silap silap Dyana Kamilia pula yang terpikat pada salah seorang anak muda itu. Berputih mata lah dia jawabnya.
Dyana Kamilia hanya menurut, dia mengeluh perlahan kerana gagal melarikan diri daripada Zakuan. Walaupun sebentar tadi dia mengusik nakal pemuda itu. Mengingatkan hal tadi dia malu sendiri. Mana pernah dia semesra itu dengan Zakuan sebelum ini. Mungkin reaksi spontannya kerana gembira apabila Zakuan menyelamatkannya tadi daripada usikan nakal remaja lelaki itu.
“Kak Eton nak pergi buatkan air..” tanpa memandang dan menunggu reaksi, Kak Eton bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke dapur. Kini hanya tinggal mereka berdua di situ. Terasa sedikit janggal bila ditinggalkan berdua. Dan apabila meta mereka bertentangan, Dyana Kamilia mengukir senyuman paksa dan pantas dilarikan daripada memandang anak mata milik Zakuan.
“Dya nak tolong Kak Eton buat air kejap..” ujarnya sambil mahu bangun dari kerusi.
“Tak payah. Er, duduk dulu. Abang ada benda nak tanya.” Arahan berbaur paksaan. Nada yang agak tegas kedengaran di telinga Dyana Kamilia. Dyana kamilia akur dan tidak jadi untuk bangun. Punggungnya lantas dihempas kembali ke tempat asal.
“Umur Dya sebenarnya berapa. Rasa rasanya belum dua puluh kan?” Zakuan bertanya. Matanya menikam tajam memandang anak mata Dyana Kamilia. Sejak gadis itu mula bekerja di sini, dia belum berkenalan rapat dengan Dyana Kamilia. Hanya nama yang diketahui, itupun nama panggilannya.
“Tujuh belas.”
“Nama penuh Dya?”
“Dyana.” Dengan sepatah perkataan dia menjawab soalan Zakuan. Cukup hanya pangkal nama sahaja.
“Takkan Dyana saja.”
“Yup. Dyana.” Dyana Kamilia pantas menjawab. Namun sedikit pelik dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada Zakuan. Selama ini tak pernah pula mahu bercakap panjang.
“Oh, Dya berapa beradik. Mak dan ayah dimana?” Zakuan bertanya lagi. Terasa tidak puas apabila Dyana Kamilia hanya menjawab sepatah perkataan apabila ditanya.
“Dua beradik, mak dan ayah dah meninggal.” Sayu wajahnya apabila soal ibu dan ayahnya diungkit.
Sorry, abang tak tahu” Zakuan mengetuk mulutnya. Celupar sungguh dia bertanyakan soalan sebegitu rupa pada Dyana Kamilia.
“Tak apa. Dya ada kerja ni. Pergi dulu” Tanpa memandang Zakuan dia berlalu pergi. Sebak hatinya bila teringat akan arwah ibu dan ayah. Dia harus segera beredar sebelum air matanya menitik. Laju langkahnya meninggalkan Zakuan yang terpinga pinga sendirian. Zakuan tidak perlu tahu asal usul keluarganya. Bukan hanya Zakuan, malah daripada semua kawan kawannya turut dirahsiakan. Bukan kerana faktor kemiskinan dia menyembunyikan identitinya. Tapi biarlah rahsia...
Dyana Kamilia berkemas apa yang patut. Semua meja dilapnya, setelah itu dia mengangkat kerusi an meletakkannya di atas meja. Apabila Zakuan juga turut melakukan yang sama, dia bergegas pula meninggalkan kerja itu kepada Asmad dan beredar ke dapur untuk menolong Kak Eton membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun di ruangan singki dan besen besar. Kerja mereka agak banyak pada hari itu kerana Dilla dan seorang lagi pekerja mengambil cuti serentak kerana keduanya mempunyai hal kecemasan. Dilla cuti kerana emaknya dimasukkan ke hospital, manakala seorang lagi pekerja yang tidak diketahui nama itu mengambil cuti kerana hal kecemasan yang berlaku di sekolah adiknya. Entah apa pula kali ini adiknya membuat onar.
Tepat jam dua belas malam, mereka semua siap mengemas. Masing masing mengambil barang untuk dibawa pulang. Dyana Kamilia pula bergegas ke loker barangnya untuk mengambil beg dan kain solatnya. Dia perlu membawa kain telekungnya memandangkan dia hanya mempunyai sepasang telekung, jadi terpaksalah dia sentiasa berulang alik membawa kainnya itu.
“Dya, jom abang hantar balik” Zakuan mempelawa gadis itu apabila Dyana Kamilia kalut mengemas. Mungkin sudah terlalu lewat baginya, apatah lagi dia seorang perempuan. Zakuan pula, mana mungkin membiarkan Dyana Kamilia pulang sendirian, takut sesuatu perkara yang buruk menimpa gadis kesayangannya.
“Eh, tak apa. Saya boleh pulang sendiri.” Dyana Kamilia menolak lembut pelawaan Zakuan. ‘Ish, gila nak balik berdua dengan dia. Lari daripada mulut buaya, masuk mulut singa. Eiy, tak berani aku.’ Desisnya. Takut juga apabila tiba tiba pemuda iu begitu baik sehingga mahu menghantarnya pulang. Bukan dia tidak tahu perangai Zakuan dahulu, pantang nampak perempuan berdahi licin, laju sahaja mahu memberi pertolongan. Nampak sangat gatalnya.
“Tapi dah malam sangat ni.” Zakuan masih tidak mahu mengalah.
“Tak apa. Saya tak mahu menyusahkan orang lain. Terima kasih” Dyana Kamilia semakin rimas dan sedikit panik. Panik apabla yang lain mula mahu beredar dari situ.
“Tapi tak...”
“Hah...saya balik dulu. Orang yang saya tunggu dah sampai.” Laju mulutnya mencantas percakapan Zakuan. Lalu langkahnya dilajukan sehingga berlari anak menuju ke arah Syaqir. Ditinggalkan Zakuan yang masih kaku berdiri di situ, namun sedikit pun tidak dihiraukannya.
Dari jauh Zakuan melihat Dyana Kamilia berjalan dengan seorang lelaki yang agak tinggi dari Dyana Kamilia. Hatinya tertanya tanya akan gerangan yang menjemput Dyana Kamilia. Hatinya sedikit cemburu melihat kemesraan Dyana Kamilia dengan lelaki itu. Kekasihnyakah? Nak kata adik, tak ada pula gadis itu menyebut perihal adiknya tadi, hanya gelaran ‘orang’ yang diberitahu. Tapi siapa?
Ingin sahaja dia berlari mahu mendapatkan penjelasan daripada Dyana Kamilia. Namun itu semua tidak mungkin kerana dia sendiri tidak tahu akan perasaan Dyana Kamilia padanya. Lagi pula, dia tidak berterus terang tentang perasaan sebenar kepada gadis itu. Zakuan hanya mampu memandang, dan mengeluh perlahan. Rambutnya diramas ramas, buntu jadinya melihat gadis itu berlalu dengan lelaki lain.
“Kak, macam mana dengan kerja kau hari ini. Ok?” Syaqir, seperti biasa apabila pulang dari kerja soalan itu yang pertama kali akan ditanya.
“Ok. penat sikit sebab ada pekerja yang cuti. Dua orang pula tu.” Dyana Kamilia menjawab dengan nada sedikit letih. Tidak bermaya lagi. Terasa tenaganya sudah semakin lemah.
“Ada cerita yang menarik hari ni?” Syaqir bertanya akan perihal kakaknya. Selalunya mereka akan berbual dalam perjalanan pulang. Begitulah mereka, sering bertukar cerita dan pendapat. Sering mengadu antara satu sama lain kerana hanya mereka dua beradik.
“Ada. Tapi sebelum tu. Nenek macam mana hari ni?” Dyana Kamilia pula akan bertanyakan akan perihal neneknya apabila pulang dari kerja. Sayang sungguh pada Nek Zahnya. Hanya wanita tua itu mereka berdua menumpang kasih setelah kematian ibu, ayah dan atuknya.
“Ok. sihat je. Tadi dia tidur sebelum aku keluar.”
Dyana Kamilia hanya mengangguk perlahan. Dia memang boleh mengharapkan Syaqir, kerana adiknya itu memang seorang lelaki yang bertanggungjawab.
“Ceritalah. Apa yang menarik kat tempat kerja kau tu.” Syaqir bertanya lagi. Terasa sepi jika perjalanan mereka berdua tanpa suara. Kakinya laju mengayuh basikal miliknya. Manakala Dyana Kamilia berada di belakang.
“Aku pelik betul dengan anak bos aku tu. Baik semacam je semenjak dua menjak ni. Dulu bukan main garang nak mampus. Kalau ada benda yang tak kena dimatanya, selamba badak dia menjerkah orang. tak kira depan customer ataupun depan pekerja lain. Cuma sekarang ni angin dia dah baik. Agaknya penangan cinta dengan Kak Seha kot.” Dyana Kamilia tanpa rasa bersalah mengaitkan hubungan cinta antara Kak Seha dan Zakuan. Teorinya sahaja, walaupun terang terangan Zakuan cuba melarikan diri daripada Kak Seha.
“Baguslah tu kalau dah berubah jadi baik. Tak adalah pekerjanya selalu kena sembur. Kak Seha? Anak Mak Cik Bedah kepoh tu ke?” Syaqir tersenyum nipis. Wajahnya terbayang akan wajah kak Seha yang agak agak gelap sedikit. Lucu bila melihat gadis itu berdandan seperti mahu ke kenduri kahwin. Berinci inci tebalnya. Pakaiannya pula lip lap bagai.. meriah sungguh.
“Ha’ah. Siapa lagi yang nama Kak Seha kat kampung ni. Rasanya dia sorang aja” gelak ketawa Dyana Kamilia bergabung dengan Syaqir...



Enjoy new N3 dear :) Oppss jangan lupa tinggalkan komen anda.. Tenkiu darling...


4 comments:

  1. bez...enjin da panas ye cik writer...sbr menunggu N3 Seterusnnye...

    ReplyDelete
  2. menarik... harap teruskan .. tahniah kerana berjaya menghasilkan novel KASIHKU YANG SATU... akak seronok sgt membaca nya krn novel itu membuatkan naluri akak umpama pelangi... macam2 rasa ada... sedih, gembira, kecewa.. etc

    tahniah
    kak itasukri

    ReplyDelete