photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Sunday 18 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab12]

Bab 12
                Sudah seminggu mereka pulang dari Pulau Redang, dan ini bermakna sudah 3 hari mereka berpindah keluar dari rumah mertuanya. Kini hanya mereka berdua tinggal di banglo dua tingkat milik Harith walaupun tidak semewah banglo mertuanya, namun banglo itu masih besar buat mereka berdua. Sepanjang tinggal disini,  Dannia menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab dan juga sebagai pelajar.  Dikemas semua keadaan rumah itu sehingga bersih dan teratur, walaupun letih namun dia senang melakukan tugas tersebut. Dia tidak mahu dikatakan mahu menjadi mem besar dirumah tersebut. Kalau boleh mahu dijaga sebaik mungkin harta benda lelaki itu. Sudah menjadi kewajipannya untuk memastikan lelaki itu selesa sepanjang mereka sebumbung.
            Harith awal awal lagi memecat pembantu rumah sejak hari pertama mereka berpindah ke sini. Sengaja mahu Dannia melakukan semua kerja rumah. Dia mahu menyeksa gadis itu sepanjang di rumahnya. Dikerah semua tenaga gadis itu membersihkan seluruh rumah dan semua sudut rumah tersebut. Malah di halaman juga dikerah supaya membersihkan sehingga nampak bersih dan cantik. Semua makan dan minum dan segala pakaian dia mahu Dannia yang menguruskannya. Lelaki itu, dengan senang lenang hanya menggoyangkan kakinya di ruangan tamu. Dannia dijadikan orang gajinya dan hamba abdi. Pantang melihat Dannia mahu berehat, dia menjerit memanggil gadis itu untuk melakukan kerja yang sama walaupun sudah kemas dan bersih. Dia mahu mengenakan gadis tersebut, mahu membalas dendam diatas perkahwinan yang menyebabkan statusnya berubah dan kebebasannya turut sama terhalang.
Hatinya menjadi panas melihat wajah tenang melihat gadis itu, langsung tidak mengeluh. Paling tidaknya, dia mahu Dannia merayu dan melutut supaya diberikan rehat. Namun hampa, semua yang dilakukan hanya sia sia. Tiada perasaan kah gadis ini? Sengaja dia menyelerakkan semua barang selepas diguna.
            Dannia perasan sejak pulang dari Pulau Redang, perangai Harith berubah 360 dari perangai asal, malah lebih teruk daripada itu. Disangka perangai Harith hanya seteruk ketika berada dirumahnya di kampung dan rumah mertuanya, tak disangka malah lebih teruk daripada perangai yang diketahuinya. Perangai Harith makin menjadi jadi. Lelaki itu bebas keluar rumah sesuka hati. Bila malam menjelma mulalah keluar, entah kemana dia merayap. Bila balik je bau asap rokok dan wagian wanita melekat di tubuh lelaki itu. Bila dipagi hari barulah menampakkan mukanya, namun terus masuk ke bilik untuk tidur, bajunya dicampak sesuka hati. Sudah terbalik pula, macam kelawar pun ada. Bila malam dia keluar, siang hari orang lain mencari rezeki, lelaki itu pula enak enak tidur. Buat tahi mata.
            Dannia hanya mampu melihat perangai lelaki itu. Mahu ditegur, dirinya pula akan dihina. Tak sanggup rasanya dihina sebegitu rupa. Dia tidak kisah jika Harith mahu menghina dirinya, namun apabila lelaki itu mempersoalkan tentang keturunannya dia menjadi pedih. Dia tidak mahu keluarganya turut dihina oleh lelaki itu. Sudahnya dia hanya mampu menggelengkan kepala dan mendiamkan diri.
            Satu hal yang membuatkan hatinya pedih, dia selalu melihat baju Harith dengan palitan gincu wanita. Bau wangian yang digunakan wanita melekat kuat pada baju suaminya. Sungguh terhina dirasakan dirinya, sanggup suaminya curang, isteri mana tidak sakit hati melihat sang suami berlaku curang walaupun lelaki itu tak dicintainya. Dia masih bergelar isteri kepada lelaki tersebut, sekurang kurangnya Harith perlu menghormatinya sebagai isteri yang dinikahi. Ah, tak mungkin Harith mahu menghormati gadis kampung yang selalu dihinanya.
            Dia akan terus bersabar, selagi dia mampu, dia akan terus bertahan selama menjadi isteri lelaki itu, andainya suatu hari lelaki itu mahu melepaskannya pergi, dia akan redha.  Malah akan lebih bersyukur jika dia bebas daripada lelaki itu.
            Tidak sabar rasanya dia mahu menghadiri kuliah, lagi dua hari, kuliahnya akan bermula. Dia mahu keluar daripada rumah Harith. Mahu menghirup udara diluar dari kawasan rumah yang langsung tidak memberi kebahagiaan buat dirinya. Sudah begitu lama dirasakan terperap di rumah itu. Mahu keluar, dia tidak diizinkan oleh Harith. Harith awal awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak keluar dari banglo tanpa keizinannya. Siapalah dia mahu mungkir pada arahan suami. Sesekali apabila bosan, dia akan menelefon keluarganya di kampung untuk bertanya khabar . Sesekali Zafrey dan keluarga menghubunginya untuk bertanya khabar. Dia amat bersyukur sekurang kurangnya ramai yang menyayangi dirinya walaupun kekurangan kasih sang suami. Kini hubungannya dengan keluarga Zafrey sudah semakin rapat. Dirinya sudah dianggap sebahagian daripada keluarga kaya dan berada itu walaupun agak segan dengan layanan Puan Sri dan Tan Sri.
            “Dannia! Hoi Dannia. Sediakan makanan untuk aku. Dah lapar ni.” Laungan Harith bergema di seluruh rumah itu.
            Terkejut Dannia dengan jeritan kuat Harith. Pantas langkahnya menuju ke dapur menyediakan makan tengah hari. Ditinggalkan sebentar kerja yang terbengkalai. Assignmentnya ditinggalkan sementara, dia perlu melakukan kerja yang wajib dahulu bagi dirinya. Mujurlah assignment yang diberikan sudah hampir siap. Tak sia sia dia membawa bersama assignment yang diberi. Terkocoh kocoh dia berlari menuju ke dapur. Dia tidak mahu Harith memarahinya. Mujurlah bilik yang dihuni berdekatan dapur, maklumlah bilik orang gaji. Jadi senang untuknya bergerak ke sini sana.
Dannia mengeluarkan semua bahan bahan yang perlu dimasaknya untuk makan tengahari. Tangkas walaupun tidak sehebat angah di kampung. Dibasuh semua bahan basah yang akan digunakan sebentar nanti.
Harith memerhati Dannia membuat kerja dari jauh tanpa gadis itu sedari. Lama dia memerhatikan Dannia begitu asyik sehinggalah makanan tengaharinya siap. Sesekali dia tersenyum lucu melihat wajah kalut Dannia. Entah kenapa dirinya tertarik untuk memerhati tingkah laku Dannia walaupun secara diam diam. Sudah jatuh hatikah dia pada Dannia? Hati kenapa goyah sangat? Mana mungkin perasaan ini timbul begitu cepat.
Harith tersedar akan keterlanjuran matanya yang ralit memerhatikan gadis itu. Lantas mengalihkan pandangannya, demi ego, dia tidak akan sesekali tunduk pada perempuan kampung itu. Takkan sesekali dia akan menjilat ludah sendiri. Takkan! Hanya Suzanne yang mampu membahagiakan aku. Perempuan ni tak ada apa yang istimewa. Aku takkan sesekali menjatuhkan maruah aku untuk bergandingan dengan peremuan seperti ini. Nanti apa kata kawan kawan mereka apabila melihat gadis kampung bergandingan dengannya. Mesti dia akan diketawakan.
                Setelah siap memasak, Dannia menghidangkan di atas meja. Harith dengan bersahaja duduk di meja makan tanpa disuruh. Tangan lelaki itu pantas sahaja mencapai pinggan yang telah dipenuhi nasi putih. Dannia menuangkan pula segelas air buat Harith. Tanpa mempelawa Dannia makan, tangan Harith laju menyuap nasi ke mulutnya. Dannia pula segera berlalu ke biliknya mahu menyiapkan kerja yang tetangguh sebentar tadi.


#######

                “Bagaimana dengan kerja yang aku suruh korang buat?” badannya disandar ke belakang. Matanya merenung tajam dua manusia di hadapannya. Selepas bermesyuarat dia bergegas pula bertemu dengan dua manusia yang bertanggungjawab untuk menyiasat tentang seseorang. Letih dengan kerenah klien ditambah pula masalah yang membuatkan sedikit sebanyak kepalanya turut pening. Kini berhadapan pula dengan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh Tan Sri Razif.
            “Beres bos. Menurut penyiasat kami. Gadis itu adalah adik kandung bos. Dia diambil oleh sebuah keluarga semenjak masih kecil. Sekarang ni dia menuntut di salah sebuah ipta di Penang. Dan paling penting ialah...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, pintu biliknya dikuak dan muncul seorang lagi lelaki. Cukup bergaya, berjalan dengan penuh berkarisma tanpa mempedulikan renungan dua manusia yang tidak dikenalinya.
            “Teruskan..” tanpa menghiraukan kemunculan lelaki yang kini berada di sebelahnya.
            “Ehem.. dia telah berkahwin hampir sebulan yang lepas. Hasil siasatan kami, perkahwinan itu berlangsung dengan aturan keluarga.” Lancar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
            Terkesima sebentar. Jadi dah kahwin? Jadi pertemuan mereka dua minggu yang lepas mungkinkah honeymoon dia dan suaminya? Tapi kenapa hanya keseorangan pulak? Hatinya sedikit cuak akan hal itu. Jika terserempak pasti keseorangan, tak pernah berdua.. Pelik...
            “Lagi satu. Kau ada tak info pasal keluarga angkat dia?”
            Pantas tangannya mencapai sampul yang dihulurkan. Rakus sampul itu dibuka dan dibaca kesemua maklumat yang baru diterima. Kepalanya dipicit picit untuk menghilangkan rasa berdenyut dengan tiba tiba.
            “Aku nak kau siasat latar belakang suami dia. Dapatkan kesemuanya dengan detail, jangan lepaskan sekuman pun maklumat tu nanti. Jangan lupa gambar sekali. Dapatkan secepat mungkin. Korang boleh pergi.” Kedengaran tegas di telinga manuasia di bilik itu.
            Apabila kelibat dua manusia hilang dari pandangan. Dia menghembus kuat nafasnya. Tali leher yang melingkar di leher dilonggarkan. Terasa begitu menjerut sehingga susah mahu bernafas. Bagaimana mahu dia ceritakan semua ini pada mama dan papanya.
            “Zaf, macam mana sekarang ni. Betul ke budak tu adik kita?” Ezmiel masih lagi ragu dengan maklumat yang singgah ditelinganya tadi.
            “Hmmm.... memang betul. Dah ada bukti yang sahih dia adik kandung kita.” Terasa sedikit berat berita terakhir yang diterima. Kahwin??
            “Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Mesti papa dan mama gembira dengar khabar ni.” Ezmiel tersenyum gembira. Seolah olah terbang semua masalah tentang adiknya. Ringan terasa beban yang dipikul bersama Zafrey.
            “Kau kenapa bro? Tak seronok ke dah jumpa adik kita?” hairan melihat reaksi abangnya yang berkerut kerut. Langsng tiada riak gembira.
            “Seronok ni memanglah. Tapi musykil dengan lelaki yang dia dah kahwin. Pulak tu dengan pilihan keluarga. Hati aku tak sedap pulak bila dengar berita ni. Takkan kau tak perasan time kita punya event hari tu. Ke mana mana mesti keseorangan. Lagi satu, mama cerita hari tu time keluar berdua dengan Dannia, mereka terserempak dengan satu pasangan tu. Menurut mama, perempuan tu maki hamun dia and cakap husband tak pernah anggap Dannia macam isterinya. Dia cakap Dannia tu merampas boyfriend dia.” panjang lebar Zafrey berbicara.
            Ezmiel hanya berdiam diri. Tak tahu menahu pulak tentang perkara itu. Mana nak tahunya jika dia sibuk melayan temannya bersosial, mana ada masa mahu berehat di hujung minggu. Tengok sekarang ni, dia pula yang ketinggalan ke belakang. Adehh...
            “So macam mana ni?”
            “Macam mana apanya, tunggu jelah sampai diorang dapat info. Buat sementara ni jangan bagitahu dulu papa dan mama. Aku tak nak mama susah hati pulak.” Awal awal lagi Zafrey memberi sepatah dua kepada Ezmiel, amaran. Bukan boleh percaya si Ezmiel ni mulut lepas. Nanti tak pasal pasal tersasul pulak. Dasar mulut laju. Dalam diam sempat Zafrey mengutuk Ezmiel. Dalam kepalanya pula sudah merancang agenda yang perlu dilakukan seterusnya.
            Dia perlu merangka elok rancangan untuk mendekati Dannia dan perlu teliti untuk memasuki kehidupan adiknya. Terlebih dahulu dia perlu mengetahui bagaimana kehidupan yang dijalani oleh Dannia. Kemudian dia akan terus memasuki kehidupan Dannia secara perlahan lahan dengan cara apa sekalipun.




No comments:

Post a Comment