photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 4 December 2012

Sneak Peek KYS [Bab40]

Bab 40




            Harith menyepikan diri di dalam kereta. Entah kenapa sejak akhir akhir ini kepalanya begitu rungsing mengenangkan Dannia. Dia sering melihat isterinya itu bersama dengan anak Tan Sri Raziff. Sakit hati juga dia melihat kemesraan yang terbentang di hadapan matanya. Perasaan cemburunya meluap-luap. Dannia begitu seronok melayan dan bergurau senda dengan Zafrey. Siap bertepuk tampar segala. Naik berbulu matanya melihat aksi manja. Terasa dayus pula dirinya membiarkan isteri sendiri bergelak ketawa dengan lelaki lain. Tapi apakah dayanya, dia dan Dannia bukan seperti  pasangan suami isteri yang lain. Oleh kerana itulah dia nekad untuk mengintip segala gerak geri wanita kesayangannya. 
            Ingatkan dia dan Dannia sudah berbaik apabila layanan Dannia sudah semakin mesra, tetapi semuanya musnah dek kedatangan Iqbal dan Athirah. Kerana gadis itu, Dannia semakin menjauh darinya. Di sebabkan gadis itulah dia dan Dannia kembali bermasam muka.
            Hari ini seharian dia mengintip Dannia tanpa gadis itu sedari. Cuma dia terasa tidak berpuas hati kerana tempat tinggal gadis itu belum diketahuinya. Jika dia ingin mengekori Dannia sehingga ke rumah gadis itu, ada sahaja panggilan yang diterimanya untuk bertemu client. Mahu atau tidak terpaksalah dia mengikutnya mengenangkan hal ini amat penting untuk masa depan syarikatnya dan juga untuk menjaga reputasi syarikatnya.
            Harith memerhati lagi pasangan dua sejoli yang sedang ketawa ceria. Gadis itu amat manis dan menawan ketika ketawa. Namun aneh, dengannya tidak pula Dannia tersenyum sebegitu. Alangkah indahnya jika hanya dia menerima senyuman semanis itu. Pasti hidupnya akan sentiasa dilimpahi bahagia. Tapi itu tidak mungkin, gadis itu semakin lama semakin jauh. Semakin dekat dia menghampiri semakin jauh pula dia pergi. Dia benar benar buntu dengan sikap Dannia. Bagaimana lagi harus dia memujuk rayu dan meminta maaf daripada gadis itu. Dia telah pun berubah demi meraih sebuah cinta sang isteri. Mungkin masih tidak kesampaian agaknya. Terpaksalah dia berusaha dengan lebih gigih. Bukanlah dia telah berjanji dengan dirinya sendiri. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Dannia.
            Selang beberapa minit menunggu dan melihat Dannia dari jauh, datang pula seorang lagi jejaka yang dia cukup kenal. Ezmiel! Tanpa rasa segan dan silu lelaki itu memeluk Dannia. Harith mencengkam kuat stereng keretanya menahan rasa marah. Dannia hanya biasa biasa sahaja.  Gadis itu langsung tidak langsung menunjukkan riak marah malah semakin galak bersenda gurau. Dia tertanya tanya sendiri, apa sebenarnya hubungan Dannia dan Zafrey juga Ezmiel. Takkanlah gadis itu mempunyai dua kekasih, adik dan abang pula tu. Gila! Tak masuk akal langsung. Atau kekasihnya adalah salah seorang daripada mereka, tapi mustahil juga, tiada riak cemburu antara keduanya apabila melihat kekasih hati dipeluk oleh jejaka lain. Sporting giler..! kalau dia yang berada di tempat mereka mesti naya dikerjakannya. Nak dikatakan sepupu lagilah jauh. Setahunya Dannia langsung tiada kena mengena dengan Zafrey dan Ezmiel, apatah lagu hubungan kekeluargaan antara mereka. Amboi, takkan dengan sepupu boleh berpeluk sakan.
            Ezmiel dan Zafrey ketawa sakan melihat wajah cemberut Dannia yang begitu hampa dengan jawapan spontannya sebentar tadi terus wajah itu masam mencuka kerana dipermainkan. Malu sungguh jika orang lain juga turut terdengar bual bicaranya dengan Zafrey dan Ezmiel. Di mana dia mahu meletakkan muka. Muat ke kalau sumpat dalam handbag? Ish mengarut betul dua ekor ni. Ada ke patut cakap macam tu. Aku  pang laju laju kang!
            “Boleh ke tak ni? Tak nak cuba?” soal Ezmiel dengan cadangannya tadi. Dia amat berharap Dannia betul betul bersetuju dengan rancangannya. Dannia mungkin masih tidak tahu apa yang sebenarnya yang dirancangkan oleh Zafrey dan juga dirinya sendiri. Dia amat berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Cuma kini tinggal tuan empunya diri untuk bersetuju. Jika semuanya telah beres, rancangan mereka akan success.
            “Ish tak mahulah. Kenapa pulak nak suruh orang. Carilah orang lain.” Gila. Ada ke patut nak suruh aku datang dengan kawannya ke majlis ulangtahun papanya. Tak ke gila namanya, habis reputasi aku nanti. Dah lah budak budak pejabat sibuk duk kenankan aku dengan Zafrey. Ah dia bukannya kisah sangat jika dikaitkan dengan Zafrey sebagai kekasihnya. Biarkan mereka. .Cukuplah hanya dia yang mengetahui hakikat yang sebenar.
            “Ish, bolehlah, tak kesian kat dia ke? Dia nak sangat pertolongan dari kitorang. Setuju ajalah eh?” kali ini Zafrey pula yang memujuk. Seakan akan merayu pula.
            “Ish kenapa beria ria sangat ni?” pelik betul dengan dua orang abangnya. Hilang ingatan ke apa dia ni. Silapnya kawan Zafrey dan Ezmiel tu ada niat yang buruk, tak ke naya? Lagi pula sudah lupakah mereka yang dia ni masih lagi isteri orang? Silap haribulan dicopnya pula isteri yang curang. Huh, simpang malaikat empat puluh empat dia tidak mahu semua itu terjadi.
            “Ala kitorang nak mintak tolong aje pun. Kesian kat dia, mahu sangat jadikan Isya partner dia. Kami serius mahu tolong dia ni. Setuju ya? Lagipun tolong berlakon je jadi girlfriend dia.” Ezmiel pula memujuk setelah Zafrey gagal memujuk Dannia.
            Gadis itu merengus geram, buntu sungguh dengan pujuk rayu kedua abangnya. Akhirnya dia akur dengan kehendak abangnya. Lagi pula kesian dengan kawan abangnya yang bernama Faiz Naim itu. Lelaki itu bersungguh benar mengajaknya ke majlis itu bersama.
            “Yelah…tapi kalau girlfriend dia serang orang, tahu lah macam mana nanti.” Ugutnya pula. Bimbang juga jika teman wanita lelaki itu menyerangnya dengan tiba tiba, tak ke haru namanya. Tak pasal pasal dicopny pula perempuan perampas.
            “Dia tak de girlfriend la. Kalau dah ada takkan la dia nak ajak Isya pulak. Ish perempuan ni, tanya soalan tak genius betul.” Kutuknya Ezmiel pula. Zafrey hanya mengekek ketawa. Padahal mereka semua sudah meminta izin daripada tewan wanita Faiz Naim sendiri dan menyatakan rancangan mereka mahu mengenakan seseorang. Malah wanita itu sendiri ingin berlakon sama. Sporting betul dapat girlfriend seperti itu..huhuhuhu…
            “Amboi mulut.. Kang tarik balik baru padan muka” Dannia mencebik geram. Orang nak tolong dikutuk pulak.. sabar ajelah dengan budak dua ekor ni..
            “Ish, dah la. Jom kitorang teman beli baju untuk dinner nanti. Abang Zaf nak belanja tu.” Ujar Ezmiel seraya menarik tangan Dannia menuju ke kereta milik mereka. Zafrey yang mendengar celoteh Ezmiel mencerlung tajam. ‘aku pulak kena. Ceh, mengada betul budak sekor ni. Dia yang beria aku pulak jadi mangsa.’
            “Apa pasal pulak aku. Memanglah aku nak belanja tapi kaulah yang bayar.” Balasnya selamba. Kini giliran Dannia dan Zafrey pula mengekek apabila melihat Ezmiel bercekak pinggang menahan geram dengan usikan Zafrey.
            “Dah la tu. Sampai bila nak bertekak ni? Jomlah dah tak sabar nak shopping. Korang berdua mesti sponsor orang shopping hari ni. Jom” dengan wajah riang dia masuk ke dalam perut kereta. Wajah cemberut kedua abangnya langsung tidak dipandang. Padan muka.. Hatinya ketawa lepas.  

******************************

Harith memandang sekeliling memerhatikan orang ramai. Sebenarnya dia langsung tiada mood untuk menghadiri majlis ini. Mengenangkan ingin menjaga hubungan antara dua syarikat dia terperangkap di sini malam ini. Dan keriuhan orang ramai langsung tidak dihiraukan. Mata mata gadis yang memerhati dengan senyuman menggoda juga ditepisnya dengan sebelah tangan. Dirinya langsung tidak tergoda.
            “Bhai, kau apesal, diam aje dari tadi aku tengok” Ijat menegurnya lantas menyentakkan lamunannya. Harith menggelengkan kepala, Ijat pula hanya mengangkat bahu. Tidak mahu menganggu rakannya yang seorang itu. Bukannya dia tidak tahu masalah rakannya. Semuanya berada di poket. Telinganya selalu mendengar luahan perasaan sahabat baiknya itu. Segalanya tentang si dia.
            “Bila nak start ni? Aku nak balik lah. Tak ada mood langsung.” Rengusnya perlahan. Sudah lama mereka menunggu. Tan Sri Raziff kelihatan sedang bercakap cakap dengan seseorang. Mungkin dengan kakitangan syarikatnya barangkali.
            “Kau ni majlis tak start lagi dah nak blah. Tunggulah dulu, nanti kita blah la. Rileks la bro..” ujar Ijat namun matanya masih lagi meliar ke sekeliling memerhatikan para tetamu yang hadir. Manalah tahu jika terjumpa bidadari, mahu juga dia mengisi kekosongan di hatinya. Hehehe..
            Hanya sesaat, matanya tiba tiba beralih pada sepasang manusia yang sedang melangkah masuk. Pasangan itu menjadi perhatian para tetamu yang hadir. Mungkin terpegun dengan kecantikan yang terserlah di depan mata, mengkagumi ciptaan Tuhan. Tapi dia terkelu dengan tiba tiba… di gosok matanya beberapa kali, untuk memastikan kesahihan yang dilihatnya. Tak salah lagi… Ijat memandang wajah Harith bersilih ganti dengan gadis cantik itu. Ya, gadis itu. Dia masih ingat akan seraut wajah yang menjadi seseorang yang penting dalam hidup sahabatnya..dia masih ingat akan wajah yang hampir empat tahun tidak ditemuinya. Ya, gadis yang sama. Dia ingin bersuara namun terasa suaranya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia hanya mencuit bahu Harith yang leka termenung ke hadapan. Dua tiga kali dicuit barulah lelaki itu memandangnya pelik. Harith mengerutkan dahinya, pelik melihat wajah Ijat yang pucat lesi bagaikan bertemu hantu.
            “Kau apahal bro? jumpa awek cun ke?” Harith mengekek ketawa. Kawannya itu memang, bila jumpa gadis cun mulalah terkelu.. haru sungguh kawannya yang seorang itu. Entah sejak bila ajaran turun temurun kini beralih pada temannya.
            Ijat menghalakan jari telunjuknya kea rah pintu besar. Berharap agar Harith cepat cepat melihat gadis yang dimaksudkannya supaya tidak terlepas pandang.
            “Kau ni, kalau dah berkenanan pergilah. Aku malas lah nak layan kau ni. Dah la. Usha sendiri.” Matanya masih degil untuk tidak memandang kearah itu. Ijat mengetap bibirnya geram. Kang terlepas pandang baru padan muka.
            “Tu…Dannia” Fuh, Ijat melepaskan lega di saat nama itu terpacul di mulutnya. Entah kenapa susah benar dia mahu menyatakan sesuatu jika terlalu terkejut.
            Harith tersentak, walaupun perlahan, telinganya masih dapat menangkap sebaris nama yang mampu mengocak ketenangan hatinya. Dannia? Mana? Mana? Laju dipalingkan wajahnya dan matanya segera menangkap sepasang manusia yang masih berdiri di pintu besar dewan hotel tersebut. Senyuman Dannia yang selalu meniti bibir merahnya, menambahkan lagi pesona dirinya. Dia mengetap bibir, membahang menahan cemburu yang kian membuak di dada. Sakit hatinya melihat ramai jejaka yang memandang isterinya berkali kali. Yang tua tidak kurang hebatnya, masih tak sedar diri perut dah boroi hampir confuse dengan orang mengandung ditambah dengan kepala botak, licin pulak tu boleh dibuat cermin sahaja. Kutuknya dengan geram. Matanya tertumpu pula kepada lelaki yang berdiri di sebelah isterinya. Aik? Orang lain pulak? Benarkan Dannia telah berubah sebegini rupa dan sering bertukar pasangan. Oh tidak, dia tidak rela dengan semua ini. Dannia hanya miliknya seorang.
            Dia memandang lagi isterinya yang tampil dengan menawan. Mampu memukau sesiapa sahaja. Memakai gaun merah hati separas lutut. Dengan kasut juga berwarna merah hati menyerlahkan lagi kulit kaki yang putih melepak. Dilehernya pula dikalungkan rantai yang halus dan ringkas berloket berbentuk kunci dan hati namun masih menarik dipandangannya. Diserikan lagi dengan anting anting yang bergayutan di telinganya. Rambutnya pula disanggul tinggi menampakkan leher jinjang isterinya. Harith mengenggam erat tangannya, menahan rasa sakit hati dan cemburu. Merah padam mukanya, dan giginya diketip kuat sehingga menimbulkan urat lehernya.
            Ijat yang melihat perubahan Harith segera menenangkan lelaki itu. Bimbang jika Harith membuat onar di majlis itu. Tak ke haru jadinya..
            “Sabar Rith, kau jangan buat pasal kat sini, kalau ya pun nak bincang, tunggu lepas majlis ni.” Bahu Harith di tepuknya berkali kali. Dia menghulurkan segelas air untuk lelaki itu. Dia berharap benar supaya Harith dapat mengawal perasaan marahnya. Sepanjang majlis itu berjalan, Harith diam tidak berkutik, namun matanya masih lagi memerhatikan gerak geri isterinya dari jauh tanpa gadis itu sedari. Dan dari jauh juga tingkah laku Harith diperhatikan dengan senyuman sinis. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki sombong seperti Harith. Biar lelaki itu merasakan hal yang sama dengan apa yang dilalui oleh gadis kesayangannya.
           



            Dannia meminta diri dan menuju ke kolam renang yang terdapat di sudut hotel dewan tersebut. Hanya sebilangan mereka yang berada di situ. Dannia pula ingin melarikan diri daripada orang ramai yang selalu memerhatikannya. Terasa rimas dan lemas. Air minumannya juga turut dibawa dan diletakan di atas meja bersebelahan dengan kerusi malas yang terdapat di situ. Dia ingin menghirup udara yang segar di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Tidak mahu di ganggu. Namun ketenanagan yang dimilikinya hanya sebentar sebelum tangannya direntap dengan sedikit kasar. Hampir sahaja dia menjerit kesakitan. Terasa mahu tercabut tulang bahunya.
            Dannia terkejut apabila wajah Harith yang menyapa pandangannya. Terus mulutnya terkunci rapat, niat pada mulanya ingin menyembur gerangan yang menarik kasar tangannya terus terbantut. Bulat matanya memandang Harith, dia panik bagaimana Harith boleh berada di situ bersamanya.
            Tanpa menunggu masa tangannya segera direntap lalu berlari anak meninggalkan Harith yang jelas mukanya tegang dan merah padam. Selaju mana pun dia berlari masih tidak mampu untuknya melangkah ditambah dengan pakaiannya kini menyukarkan keadaan. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk semula ke dalam dewan, tangannya terlebih dahulu dipaut sebelum ditarik dengan paksa meninggalkan perkarangan dewan itu…
            “Ish lepas lah. Awak ni apahal?” Dannia meronta hebat. Sudah tidak dipedulikan beberapa orang yang berselisihan dengannya dan memandang mereka berdua dengan wajah hairan. Dia masih lagi meronta namun semakin kuat pula lelaki itu mencengkam tangannya. Berkerut mukanya menahan sakit.
            “Harith tolong, tangan saya sakit. Lepaskan” rayunya lagi. Kalau dibiarkan mahu lebam tangannya. Harith masih lagi tidak menghiraukan rayuan Dannia. Malah lelaki itu mengheretnya laju menuju ke suatu sudut yang agak gelap.
            “Harith, awak dengar tak. Lepaskan tangan saya. Sakit tahu tak?” Kali ini dia menjerit sedikit kuat. Sampai di tempat yang ditujui oleh lelaki itu, tangannya dilepaskan dengan kasar. Dia sudah cukup bersabar dengan kerenah Dannia selama ini. Segala rentak Dannia hanya diikutnya dengan sabar. Tetapi kesabarannya hari ini semakin menipis.
            “Tahu sakit. Habis hati abang yang sakit ni siapa yang peduli?” dia melengking kuat. Dadanya turun naik menahan nafas marah. Sungguh dia berserabut dengan keadaan sekarang. Hatinya sudah terlalu parah dikerjakan oleh Dannia. Gadis itu sengaja mahu menaikkan darahnya.
            “Awak ni apahal? Tiba tiba datang tak dijemput sekarang nak marah marah pulak. Gila ke?” Dannia juga turut meninggikan tone suaranya. Di dalam hati dia beristighfar panjang. Sedar sekarang ini dia melakukan dosa apabila meninggikan suara pada seorang lelaki yang masih bergelar suami kepadanya.
            “Nia ni yang kenapa? Masih tak sedar Nia tu isteri orang. Isteri abang. Yang pergi berkepit dengan jantan lain tu kenapa?”
            “Siapa cakap yang saya ni isteri awak, ingat sikit kita berkahwin macam mana. jangan sesuka hati nak merubah segala perjanjian tu. Saya ni bukan hak awak tahu?” Kali ini dia bersuara tegas. Memperlahankan tone suaranya. Tetapi kedengaran keras di halwa telingan Harith.
            “Abang yang cakap. Selagi abang tak lafazkan Nia tetap isteri abang. Hak abang tahu. Dan kat sini abang akan buat apa sahaja untuk ikat Nia di sisi abang.” Ugut Harith sedikit tenang berbanding tadi. Ya, dia akan lakukan apa sahaja asalkan Dannia terus terikat dengannya. Dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Walaupun dengan terpaksa, dia harus melakukannya. Dannia sekarang ini terlalu keras hatinya berbanding dahulu. Mungkin kerana pengalaman yang menjadikannya sebegitu rupa. Dan dia adalah orang yang bertanggungjawab diatas perubahan isterinya itu.
            “Ikut abang. Kita berbincang.” Tangan Dannia ditarik supaya mengikutinya.
            “Jangan harap” Dannia mengeraskan badannya supaya Harith tidak terus memaksanya.
            “Jangan sampai abang dukung Nia.” Ugutnya pula. Degil betul isterinya ini. Dia mengacah mahu mengangkat Dannia apabila gadis itu masih mengeraskan diri. ‘Ish dia ni ingat aku main main agaknya’ terus dicempung tubuh Dannia masuk kedalam perut keretanya. Dikunci keretanya supaya Dannia tidak melarikan diri.
            “Awak nak bawak saya ke mana?” Dannia panik. Kereta milik Harith sudah jauh meninggalkan dewan hotel itu. Hatinya menjadi kecut tiba tiba. Sepanjang jalan, dia memerhatikan dan cuba menghafal setiap jalan yang dilalui Harith, nanti senanglah jika dia mahu meminta tolong. Dia takkan sesekali membiarkan Harith melakukan sesuatu sesuka hatinya lagi.
            “Somewhere. Jangan bimbang, tempat tu selamat. Ok sayang?” Harith tersenyum sinis memandang wajah Dannia yang resah gelisah. Dia tahu pasti gadis itu bimbang jika dia melakukan sesuatu di luar dugaan. Namun dia tidak kisah, apa yang penting Dannia akan menjadi miliknya.
            Setelah hampir lima belas minit memandu, akhirnya mereka tiba di rumah Harith. Dannia melopong sendiri, hampir saja dia terbatuk sendiri. Tidak menyangka sama sekali Harith membawanya buat kali ketiga ke sini. Entah apa pula ragamnya kali ini. Dannia geram sendiri. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh lelaki itu diluar jangkaannya. Mati mati dia ingatkan Harith hanya mahu ke restoran atau ke tempat yang sesuai untuk berbincang.
            “Kita dah sampai. Turunlah.” Ujar Harith selamba dan lantas keluar dari perut kereta menuju ke pintu rumahnya setelah kereta milik lelaki itu terparkir elok di garaj. Dannia masih tidak berkutik dari tempatnya, bimbang dan takut walaupun lelaki itu adalah suaminya sendiri. Sukar untuk dia menebak apa yang bermain difikiran lelaki itu. Tambahan Harith masih dingin dengannya.
            “Kenapa ni. Kan abang dah cakap nak bincang something…Jom masuk.” Dengan agak memaksa dia menarik tangan Dannia supaya keluar dan mengikutnya masuk ke dalam rumah. Mahu ataupun tidak terpaksa juga dia melangkah mengikuti langkah Harith, mahu melarian diri, tangannya kemas digenggam oleh lelaki itu.
            ‘jagalah kalau dia ni buat apa apa yang tidak elok pada aku. Aku tendang je nanti’ itulah niatnya dalam  hati. Terasa gementar kakinya di saat kakinya melangkah ke ruang tamu yang agak luas. Keadaan yang gelap gelita tadi berganti terang apabila Harith memetik suis lampu yang berada berdekatan dengan lelaki itu.
            “Dah solat belum ni? Sekarang dah hampir tengah malam. Pergilah solat dulu, nanti kita bincang.” Ujar Harith lembut.
            “Dah tahu hampir tengah malam yang kidnap orang datang sini buat apa?” Bulat matanya merenung tajam Harith.
            Harith terasa ingin ketawa melihat wajah Dannia yang agak comel tetapi kelakar. Namun dia cepat cepat menahannya, bimbang jika gadis kesayangannya bertambah marah.
            “Tak baik buat macam tu dekat suami sendiri. Kata nak jadi isteri solehah.” Harith bersuara, terasa kembang kempis hidungnya yang mancung menahan ketawa. Hatinya yang tadi panas sedikit demi sedikit terhakis dek telatah Dannia yang agak lucu. Semuanya Nampak indah dimatanya.
            Dannia mencebik geram. Geram sungguh pada Harith ada sahaja yang ingin dihujahnya. Terlebih alim sudah.
            “Biarlah, dosa saya bukannya awak pun..apa yang nak dibincangkan, cepatlah cakap. Lepas ni hantar nak balik.” Selamba dia menjawab dan laju dia mengubah topik. Apa yang bermain di mindanya lagi cepat perbincangan mereka tamat lagi cepat dia boleh pulang.
            “Siapa cakap abang nak hantar Nia balik?” soal Harith selamba.
            “What? Habis tu macam mana saya nak balik?” Tukasnya bertambah sakit hati. Terasa mahu dihempuk kepala Harith dengan batang kayu. Biar biul separa suku.
            “Kalau tak kisah tidurlah sini. Besok kita boleh ke pejabat sekali. Lagipun dah lewat benar ni..tapi kalau nak balik jugak, jalan kaki ajelah” Harith berjalan meninggalkan Dannia dan menuju ke dapur. Terasa dahaga benar kerana bertekak dengan Dannia sedari tadi. Dannia pula membontoti Harith dari belakang. Masih tidak berpuas hati.
            “Jangan nak buat lawaklah. Tak kelakar langsung.” Dihentak pula kakinya ke lantai, persis anak kecil tidak mendapat gula gula. Harith tersenyum kecil melihat kelakuan Dannia. Bertambah melimpah ruah sayangnya buat gadis itu. Hai…parah parah…
            “Mana ada abang buat lawak. Dah lah, rasa mengantuk lah pula. Abang nak mandi ni. Wanna join me?” Keningnya terangkat sambil tersenyum nakal.
            “Gila. Fine, kalau tak nak hantar sudah, Saya boleh balik sendiri lah.” Lantas dia berpaling dan mahu menuju ke pintu utama.
            “Ok, take care, dear.. hati hati ya, kat luar tu gelap sikit. Lagi satu tak ada orang sangat kat kawasan ni. Hah, ni yang paling penting.. tadi masa lalu kat simpang depan tu Nampak tak pokok besar. Orang cakap pokok tu berpenunggu.. jangan lupa bagi salam kalau nak lalu ikut situ ya…” Panjang lebar Harith bersuara, atau lebih kepada menakutkan Dannia sebenarnya.
            Dannia yang terdengar kata kata itu, terus memperlahankan langkahnya. ‘takkanlah zaman sekarang ada jugak kot’ dia mula merasa tidak senang hati. Dia memandang sekeliling halaman rumah itu, betul kata Harith, memang gelap.. sunyi pula tu. Dia menggosok perlahan tangannya yang meremang dengan tiba-tiba. Terasa seram pula malam ini. Lama dia memerhatikan sebelum dia mengambil langkah masuk semula ke dalam rumah itu.
            Di sebalik dinding, Harith ketawa mengekek, terasa mahu terputus urat kentut kerana mahu menahan ketawa supaya tidak terlalu kuat kedengaran di telinga Dannia tanpa gadis itu sedari. Dia yakin kini Dannia akan bermalam di sini. Hatinya berbunga riang. Langkah pertama sudah diambil, kini peluang kedua pula yang menyusul..
            Setelah lima belas minit, Harith kembali semula ke ruang tamu setelah membersihkan diri.
            “Eh, abang ingatkan sayang dah balik. Kenapa masih kat sini ni.. Ermm?” Sengaja dipamerkan riak terkejut supaya jelas dimata Dannia. Padahal di dalam hati bagaikan bom yang mahu meledak. Hohoho..Dannia menjeling geram. Pertanyaan Harith dibiarkan sepi sebaliknya dia hanya duduk di sofa itu sambil berpeluk tubuh. Ingin dihubungi Zafrey dan Ezmiel nombor mereka langsung tidak melekat di kepalanya.
            “Pergilah mandi. Tak rimas ke pakai macam tu? Baju cari dalam almari abang.” Dipujuknya lagi Dannia yang masih mencuka. Mukanya yang merah bertambah merah seperti buah tomato yang masak apabila sedang marah, cantik sekali. Semakin menawan di matanya.
            “Pergilah.. nak suruh abang dukung ya. Kalau macam tu jomlah abang temankan” Usiknya separuh bergurau. Segera merapati Dannia. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu, Dannia pantas bangun dan pantas menonong masuk ke biliknya. Harith ketawa kecil..
            Sepanjang kakinya melangkah menuju ke bilik itu, tidak berhenti mulutnya membebel. Sakit sungguh hatinya dengan perangai Harith. Lelaki itu terlalu banyak berubah. Sentiasa senyum dan jarang mempamerkan riak marah. Berbeza sungguh dengan Harith yang dulu, terkenal denga sikap panas baran. Pantang melakukan salah pasti akan diherdiknya.
Dia memerhati bilik Harith yang kemas teratur, di dalam hati terselit rasa bangga kerana lelaki itu pandai menghias dan menjaga kebersihan. Dia menapak pula ke almari pakaian Harith, dibuka satu persatu pintu almari tersebut. Pintu yang terakhir dibuka, matanya terbeliak. Pelbagai pakaian wanita yang terdapat di situ, semuanya berjenama. Hatinya terdetik rasa aneh, pakaian siapa yang tersimpan di sini. Lama dia berdiri di situ memerhatikan pakaian yang terdapat di dalamnya. Rasanya hari tu adalah dua tiga helai sahaja. Tetapi sekarang, semakin penuh.
            “Apa yang dimenungkan pula. Dari tadi hampir sepuluh minit abang tengok.. kenapa? Pelik ke tengok ada pakaian wanita kat bilik ni?” soalnya.
            “Baju siapa ni?” Tanpa menjawab, Dannia mengutarakan soalan lain pula.
            “Baju siapa lagi. Baju isteri abanglah.. Dah la tu fikirnya. Memang abang belikan untuk sayang pun. Takkan la wanita lain pula. Hanya sayang isteri abang. Ermm, baju kecik pun abang belikan juga. Saiznya tak berunah kan. Ambillah kat dalam tu” Harith tersenyum nakal sambil tangannya menunjukkan sebuah laci yang terdapat di sisi almarinya. Merah padam wajah Dannia mendengar penerangan Harith. Malu sungguh. Terasa kebas kulit mukanya. Mahu pitam pun ya jugak.
            ‘Buat malu aku je’
            “Ermm, keluarlah, saya nak mandi ni. Jangan masuk bilik ni sebelum saya siap. Faham?” Dengan wajah yang masih malu dia memberi arahan. Tubuh Harith ditolaknya keluar dari bilik itu. Dia hanya memekakkan telinga di saat lelaki itu merengek enggan keluar. Sengaja dipekakkan telinga, pintu bilik lantas ditekan dan dikunci. Laju langkahnya menonong masuk ke dalam bilik air.
            Hampir setengah jam dia berada di bilik air, akhirnya dia keluar dan menuju ke ruang tengah menuju kearah almari pakaian. Baru tersedar, rupanya baju yang dipilih tidak dibawa bersamanya. Hanya tuala semata-mata. Langkahnya menonong kerana pasti Harith tiada di ruang itu kerana dia sendiri yang menghalau Harith keluar dan mengunci pintu bilik itu. Dannia langsung tidak perasan akan kelibat seseorang yang enak berbaring di atas katil. Langsung tidak dipandang ke kiri dan kanan melihat sekeliling. Baru sahaja dia ingin membuka pintu almari tiba tiba keadaan rumah menjadi gelap. Dannia terkaku langsung tidak bergerak. Sungguh di rasakan seakan buta ketika itu. Gelap gelita, langsung tidak nampak apa apa. Badannya menggigil ketakutan. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan setakut ini. Traumanya masih belum hilang.
            Dalam berdebar, dia menunggu beberapa minit dengan harapan lampu di bilik itu kembali terpasang. Hampir setengah jam menunggu, tiba tiba dia terdengar bunyi benda jatuh.
            “Harith…Harith..!”



***** Nak sambungan tunggu kelahiran KYS nanti okey... apa jadi kat diorang yerk???? hehehhe, saje je nak bagi korang tak senang duduk ni...(jahat giler..) biarlah suspen sikit eh.. for those yang rindukan Harith n Dannia…tadaaaa... selamat membaca.. =) 

--- > korang yang bce ni sila bagi komen yea. Kalau +ve  & ramai yg bagi feedback, maybe akan ada lagi SNEAK PEEK ni..=) peace no wars..

--- > please ye bagi komen atau pesanan mungkin?..kalau xmo panjang2 pon xpe..spe kate tak boleh?? Boleh sgt.. sangat dialu-alukan..=)

--- > Pendapat korang dgn citer ni??
--- > Semoga terhibur semua =)


                                                Syania Shaa =)

1 comment:

  1. cepat lah sikit akak, tak sabar nak baca sambungan dye.. hehe

    ReplyDelete