photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Thursday 24 November 2011

Kasihku Yang Satu [Bab23]

Bab 23
          Dannia melangkah masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Zafrey. Itupun dia tahu apabila ternampak tanda nama yang diletakkan di muka pintu bilik. Bersebelahan bilik kanannya pula bilik Ezmiel. Itu bermaksud biliknya berada di tengah tengah antara keduanya. Wah, ada bodyguard ni..bagus betul.
            Pintu bilik yang terukir namanya dibuka perlahan lahan. Wah!! Hampir terbuntang biji matanya apabila melihat warna bilik yang dihias cantik. Warna putih dan purple, cantik. Memang kena dengan citarasanya. Rasanya inilah kali pertama dia berasa puas dengan memiliki bilik yang begitu cantik sepanjang dia singgah di muka bumi ini. Sebelum ini memang dia selalu mengimpikan sebuah bilik yang cantik dan mewah.. namun tak sangka angannya akan menjadi realiti. Apatah lagi dirinya kini merupakan anak jutawan. Terasa semuanya seakan mimpi.
            “Cantiknya..” desisnya perlahan. Zafrey di belakang hanya memerhati tingkah Dannia. Dannia pula tidak sedar akan gerak gerinya dipehatikan oleh lelaki itu. Terlalu asyik dengan pemandangan dihadapannya..adakah dia bermimpi disiang hari? Dia mencubit perlahan pipinya yang gebu. Auch! Sakitnya.
            “Isya tak mimpi lah. It’s reality..” Zafrey tergelak kecil. Lucu dengan tingkah Dannia yang selalu mencuit hatinya. Keletah dan gelagat yang keanak anakkannya terlalu menenangkan hati walaupun gelagat biasa. Hatinya berlagu riang dengan kedatangan ahli baru dalam keluarganya. Kedatangan yang ditunggu tunggu selama belasan tahun akhirnya muncul juga. Terasa macam bermimpi adiknya kini berada di depan mata.
            “Abang Zaf, mana Abang Ez tak nampak batang hidung pun?” Dannia yang mula mengemas baju bertanya akan kelibat abang keduanya yang tidak nampak semenjak dia tiba di rumah agam itu. Tangannya lincah mengambil satu persatu pakaian untuk dimasukkan ke dalam almari. Cuma pakaian kecilnya masih berada di dalam beg itu. Malu dengan Zafrey yang tidak faham bahasa yang berada di biliknya itu.
            “Mana lagi, duk enjoy dengan aweks dia la.” Ujarnya seraya melangkah menuju ke arah katil empuk milik gadis itu. Terasa lenguh kakinya yang sedari tadi berdiri. Lalu dihempas badannya ke atas katil itu. Umph.. bestnya dapat meregangkan urat. Lirikan mata Dannia yang menjeling dibiarkan sepi. Tak Takut pun.. hehehehehe.. mukanya diselambakan seolah tidak nampak akan renungan maut itu.
            “Owh.. bila agaknya dia balik?” tangannya masih lincah mengemas. Ingatnya bila dah ditunjukkan bilik lelaki itu akan keluar, ermm hampeh, selamba dia landing atas katil berhias cantik.Dia sendiri pun belum rasmi lagi.
            “Entah, selagi tak malam memang tak nampak batang hidung budak tu. Petang ni abang nak ajak beli barang sikit. Kita keluar eh?” Zafrey berura ura mahu mengajak Dannia keluar. Dia mahu meluangkan masa bersama dengan Dannia, inilah peluangnya yang ditunggu selama ini. Keluar dengan adik perempuannya. Boleh lah dia tunjukkan adiknya yang cun melecun ni kat kawan kawannya. Biar terbuntang mereka semua yang selamba mengata kat aku tak ada awek. Huhuhu...ambil kesempatan betul kau ni Zafrey.
            “Nak keluar buat apa?” tangannya berhenti daripada menyusun baju. kini dirinya beralih pula ke balkoni. Pintu sliding door di buka perlahan, membiarkan angin petang masuk. Remote aircond dimatikan.
            “Nak beli barang sikit. Kata nak buat kenduri. Mesti kena ada barangnya.”
            “Ok” tanpa banyak bicara di terus bersetuju. Tangannya masih lincah menyusun pakaiannya pula. Baju kurungnya pula dibiarkan bergantung. Saat dia membuka pintu almarinya sekali lagi dia terpaku dengan pakaian yang berada di situ.
‘Baju siap pula ni?’ desis hatinya pelik. Setahunya dia yang menghuni bilik ini.
“Abang Zaf ini baju siapa?” dia bertanya. Walaupun hatinya kuat mengatakan baju itu semua adalah kepunyaannya.
“Bilik ni siapa punya?” tanpa menjawab soalan Dannia dia bertanya soalan yang lain kepada adiknya. Dannia mengerutkan dahi.
‘Haih, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Bahasa melayu dapat berapa ni?’ kutuknya dalam hati.
“Mama cakap ini bilik Isya.”
“Yang itulah tuannya.” Zafrey menukar posisinya. Kali ini dengan gaya meniarap. Mukanya dipalingkan ke arah Dannia. Masih memerhatikan Dannia yang sedang berkemas. Tidak terasa mahu kembali ke biliknya. Lepak di sini lagi best fikirnya.
Dannia mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan Zafrey. Geram dengan jawapan seolah mahu mempermainkannya. Lain benar perangai yang kini terpamer di hadapannya dengan perangai yang ditunjukkan sebelum lelaki itu menjadi abangnya dalam kata yang sebenar.
‘Haih! peragai dah berubah seratus peratus. Makin mengada ngada dia nih’ kutuknya lagi. Haih, nak banyak aku buat dosa mengumpat abang sendiri nampaknya. Apa nak jadi ni Nia oi??
“Minta tolong boleh?” pintanya. Matanya memandang Zafrey.
“Ermmm...” Zafrey memberi respon walaupun dengan mata yang terpejam. Memberi isyarat bahawa mendengar dan juga akan mendengar bicara yang seterusnya.
“Isya nak mandi ni... so keluar boleh?” pintanya selamba. Dikerdipkan matanya beberapa kali dengan mulutnya tersenyum manis.
Zafrey yang melihatnya mencebik, namun dihati memuji kecomelan muka keanakkan Dannia. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memuji perempuan. Itupun adiknya sendiri...kerana tidak mahu terikat dengan mana mana wanita, kawan kawan dan staff sepejabatnya menyangka dia sebaliknya. Huh simpang malaikat empat puluh empat, dia bukan yang jenis begitu. Namun dia tidak menyangkal, biarlah apa yang mahu dikatakan oleh orang. Dia tidak peduli. Asalkan staff perempuan di syarikat milik papanya tidak menganggu dan menggodanya. Terasa rimas apabila hampir setiap hari staff perempuan di sana menggodanya. Huh!!
“kalau abang kata tak nak macam mana?” duganya nakal.
Bulat mata Dannia mendengar Zafrey berkata sedemikian rupa. Nak kena dia ni, dengan pantas dan cepat dia menyambar bantal kecil lalu dilemparkan pada Zafrey. Pap! Tepat terkena pada mukanya. Dannia ketawa kecil apabila balingannya tepat terkena pada sasarannya. Padan muka.
Menyeringai lelaki itu menahan sakit. Digosokkan hidung mancungnya. Pedih. Main kasar budak ni..
“Sakitlah” rengusnya geram. Matanya menjeling Dannia yang tersengih.
“Padan muka. Keluar cepat.” Tangannya menunjukkan ke arah pintu bilik, menunjuk arah keluar. Mukanya diseriuskan. Jelingan Zafrey langsung tidak  memberi impak yang menakutkannya. Tetapi dengan selamba dia kembali ke katil tempat pembaringan Zafrey dan menarik tangan lelaki itu supaya bangun. Apabila lelaki itu berjaya didirikan, dia menolak belakang tubuh itu dan mengheretnya ke muka pintu. Menolak keluar Abangnya.
Dannia seraya menolak pintu bilik itu. Dan kini gilirannya pula menghempaskan badannya ke atas katil. Wah, bestnya dapat berehat. Hehehe... kini dia tersenyum gembira. Terasa bebas sebebasnya, soal harith sudah sama sekali dilupakan. Tidak mahu memikirkan lagi mengenai lelaki itu. Dia sudah sama sekali tidak mahu berfikir tentang lelaki itu. Cukuplah kasih sayang keluarganya.
Dalam beberapa hari lagi dia akan bertolak ke London. Memulakan kehidupan yang baru, tanpa suami dan keluarga di sisi. Dia harus kuat, yang penting masa depannya terjamin. Mujur sahaja Hanna ditempatkan sama universiti dengannya. Tidaklah dia berasa kekok di sana nanti. Dia menguntum senyum lagi...
Terbayang bayang bagaimana kehidupannya setelah menetap di kota sejuk itu. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki ke sana. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang. Mempunyai keluarga yang bahagia dan juga masa depan yang terjamin. Ya, apalagi yang dia mahu cari, semuanya sudah berada di depan mata. Soal jodohnya, dia tidak mahu berfikir lagi. Andai kata dia bukan jodoh lelaki itu, dia akan redha. Dia tidak sedar bila dia terlena, apa yang penting lenanya kini bertemankan mimpi bahagia bersama keluarganya di sisi.
Bunyi ketukan berselang seli dengan panggilan namanya dari luar bilik menganggu tidur. Dannia cuba mencelikkan mata, terasa begitu payah seolah olah sudah digam dengan gam uhu. Lenanya terganggu, terasa begitu malas bangun dari tilam yang begitu empuk yang mengulitinya bertambah dengan angin yang sepoi sepoi masuk melalui pintu balkoninya. Dengan mata yang masih terpejam dia bangun menyebabkan  terhuyung hayang seperti orang mabuk.
“Hoi, membuta rupanya. Tengok jam dah pukul berapa? Kata nak temankan abang cari barang. Cepatlah!” terbuntang matanya melihat wajah dannia yang kuyu baru bangun tidur. Naik kematu punggungnya menunggu gadis itu di bawah. Rupanya gadis itu membuat tahi mata dia atas. Dia mula membebel.
“Isya!” zafrey menjerit betul betul di telinga Dannia. Bengang kerana dia bercakap seorang diri, gadis dihadapannya langsung tidak menghiraukannya. Hampir sahaja gadis itu terloncat dek kerana jeritan yang bisa memekakkan telinganya. Terus matanya terbuka luas, cuba memerhati sekeliling apa yang terjadi.
“Apa abang Zaf ni. Sakit telinga orang.” Mengomel kegeraman dengan tingkah laku abangnya. Sesuka hati menjerit di telinganya. Tak habis habis mahu menganggunya.
“Tengok jam dah pukul berapa?” tanpa mempedulikan rungutan Dannia, dia menyerang pula dengan soalan. Sudah terlewat benar mahu ke market membeli barang dapur.
“Ermm.. pukul tiga setengah... hah tiga setengah? Alamak tak solat lagi. Keluar.. syuh.. keluar. Nak mandi ni.” Dia menolak kembali Zafrey supaya keluar dari bilinya tanpa mempedulikan rungutan zafrey. Dia sudah terlewat mahu bersolat dan tiada masa mendengar celoteh zafrey. Dikunci pintu bilik itu dan lantas dia mengambil tuala yang tersedia di tepi pintu bilik air dan lantas masuk. Hampir satu jam setengah, dia sudah berada di ruang tamu. Bersedia untuk keluar menemani Zafrey.
Zafrey membawa dannia ke pejabat milik keluarga mereka. Sengaja dia meminta cuti pada hari ini. Ezmiel pun sama. Bila dapat tahu tentang dia mahu bercuti, dia juga turut serta. Tidak mahu ketinggalan untuk sama sama menyambut Dannia. Tetapi hampeh, entah ke mana pula Ezmiel menghilangkan diri setelah beberapa jam dia di rumah.
Perjalanan mereka hanya mengambil masa selama lima belas minit. Dannia sedikit hairan apabila kereta Zafrey membelok ke sebuah bangunan yang begitu besar. Tadi kata nak pergi market. Ni market tu ke? Tak nampak signboard pun.
“Kita kat mana ni? Tadi kata nak pergi market. Ni ke marketnya?” soal Dannia lurus. Perli pun ya jugak. Dia menjenguk sedikit ke luar tingkap melihat bangunan di hadapannya.
“Ni pejabat la. Jom lah jumpa papa dulu. Abang tetinggal dokumen kat sana. Nak ambil ni. Besok dah cuti, malas nak datang balik” ujarnya bersahaja dan terus keluar dari perut kereta. Dannia juga melakukan benda yang sama. Mengekori langkah Zafrey memasuki bangunan yang tinggi melangit.
Di lobi, semua mata memandang mereka, kemudian berbisik bisik. Dia menjadi pelik, pelik dengan orang orang yang memandangnya seperti tidak pernah melihat orang. Dannia segera berpaut pada lengan Zafrey cuba memperlahankan langkah Zafrey yang besar. Segan pun ada juga. Zafrey pula sebaliknya, dipaut bahu Dannia dengan erat, senyuman tidak lekang dari bibir.
‘Apa kenalah dengan Abang Zaf ni? Senyum memanjang’ desisi hatinya bertambah pelik.
Setibanya di pejabat sekali lagi mereka menjadi perhatian. Kali ini dengan renungan daripada staff perempuan yng memandangnya tajam dan lelaki pula dengan mata yang tidak berkelip. Mungkin tidak menyangka sekali lagi mereka semua akan berjumpa selepas majlis di Pulau beberapa minggu yang lepas.
Dannia hanya mengukir senyuman. Tidak tahu lagi apa respon yang perlu diberi. Renungan yang menikam wajahnya dibiarkan. Biarlah, bukan luak pun.
“Isya, masuk la bilik papa dulu. Jalan terus and bilik paling hujung ada tanda nama, kejap lagi abang datang.” Ujarnya sebelum memulas tombol pintu biliknya. Dannia berjalan menuju ke arah bilik yang dikatakan oleh Zafrey. Sempat dia tersenyum pada setiausaha papanya yang sopan. Pada kiraannya mungkin umurnya sudah mencecah tiga puluhan dan sudah pasti mempunyai tanggungjawab lain.
“Ya, cik nak jumpa Tan Sri ke? Dah buat appointment?” tanya wanita itu ramah sebelum Dannia membuka suara. Dannia menggarukan kepala tidak tahu mahu berkata apa.
“Boleh bagitahu Tan Sri saya nak jumpa dia?” Tanya, berat mulutnya mahu memperkenalkan dirinya yang sebenar. Pasti staff di pejabat papanya tidak tahu papanya mempunyai anak perempuan.
“Maaf cik, rasanya cik tak ada appointment dengannya kan?” wanita itu membelek buku dihadapannya. Menyemak buku harian yang digunakan untuk menguruskan jadual Tan Sri agaknya.
“Er, tapi saya nak jumpa di sekejap pun tak boleh?” soalnya lagi. Dibenaknya Cuma satu, jika tidak dibenarkan juga dia akan pergi dari sini menuju ke bilik Zafrey pula.
“Tak bo....” belum sempat wanita itu menjawab, tiba tiba pintu bilik Tan Sri Raziff terbuka dari dalam. Kemudian muncul wajah papanya, masing masing memandang wajah satu sama lain. kemudian baru lah Tan Sr Raziff tersenyum lebar..
“Isya, datang dengan siapa. Tak bagitahu papa dulu nak datang sini?” ujar Tan Sri Raziff seraya menapak menuju ke tempat setiausahanya.
“Tak tahu pun nak singgah sini. Abang Zaf yang ajak tadi. Papa apa khabar?” dia segera meraih tangan Tan Sri Raziff dan dukucup tangan kasar itu.
“Baik. Ni dari mana? Bukankah Zaf cuti hari ni?’ soalnya sedikit hairan. Pelik dengan kejadiran anak terunanya lewat petang di pejabat.
“Dia nak ambil barang yang tertinggal. Kami nak pergi beli barang sikit.”
“Oh ya, kenalkan ni anak perempuan bongsu saya, Dannia. Ni setiausaha papa, panggil je Kak Nisah.” Tan Sri Raziff memperkenalkan keduanya apabila melihat riak wajah jelas terkejut di muka Anisah.
“Maaflah, akak tak tahu Dannia anak Tan Sri, maafkan akak sekali lagi.” Ujarnya tergagap gagap.
“Tak apa, saya tak kisah pun.” Dannia tersenyum manis cuba menghilangkan rasa resah dihati wanita itu.
“Saya tak pernah tahu pun Tan Sri ada anak perempuan. Patutlah saya lihat mukanya ada iras Puan Sri. Cantik macam ibunya.” Sempat wanita yang dikatakan setiausaha papanya memuji dirinya. Dia malu sendiri.
“Erm memang macam ibunya. Oklah, jom ikut papa masuk.” Dia tidak berminat mahu menceritakan kehidupan Dannia sebelum ini. Cuba dirahsiakan daripada umum. Tidak suka hal keluarganya diketahui umum. Dia mengajak Dannia masuk ke biliknya untuk berbual lebih lanjut. Lama juga dia tidak berjumpa anaknya itu, hampir tiga minggu lamanya.
Hampir beberapa minit, Zafrey pula mengetuk bilik Tan Sri Raziff untuk menjemput Dannia dan bertolak ke tempat yang dituju. Dia tidak mahu mereka akan terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Dia agak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya. Tujuan asal ke sana hanyalah untu memperkenalkan Dannia pada staffnya. Mahu mematikan segala gosip tentang dirinya yang dikatakan straight. Baru puas hatinya apabila melihat sebilangan staff pejabatnya yang terbuntang mata melihat gadis secantik bidadari berdampingan dengannya.
Dia masih lagi ingat semua mata memandang ke arah mereka berdua, lebih lebih lagi Dannia apabila gadis itu memaut erat lengannya ketika berjalan beriringan. Dia yakin sebentar lagi akan timbul gosip oleh ahli mesyuarat tingkap yang tidak bertauliah yang di lantik oleh ahli ahli tersendiri.
Zafrey menoleh jam di dashboard kereta, sudah hampir jam lima petang, perjalanan ke sana mengambil masa sedikit lama kerana kesesakan lalu lintas. Sesekali matanya menjeling sekilas melihat Dannia di sebelah yang asyik termenung. Entah apa yang berada di fikiran adiknya.
Are you okay?” lagu yang berkumandang di perlahankan. Mahu memberi sepenuh tumpuan pada bicara yang akan keluar dari mulut merah itu. Dia mahu mengetahui apa tersirat di hati gadis itu.namun gadis itu diam membisu seolah olah dia tidak mendengar pertanyaan darinya.
“Isya..” tegurnya lagi sedikit kuat sekaligus membuatkan gadis itu memandangnya dengan terpinga pinga. Zafrey tersenyum kecil, memang sah Dannia tidak mendengar pertanyaannya sebentar tadi.
Wajah itu masih terkebil kebil memandang Zafrey yang telah mengalihkan pandangannya memandang ke depan.
“Fikirkan apa? Ermm? Masih ingatkan dia?” tanyanya kembali.
“Siapa?” tanyanya kembali kurang mengerti siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Zafrey. Kepalanya berputar ligat berfikir mencari empunya diri ‘dia’.
“Harith..masih terfikirkan dia?” bukan bermaksud mahu menoreh luka kembali, tetapi mahu mengorek perasaan Dannia pada lelaki itu. Dia berharap sangat agar Dannia tidak jatuh cinta pada lelai itu. Dengan perangai yang agak tidak digemari.. Bukan, boleh dikatakan teruk. Sehingga sanggup menghalau isterinya yang masih sah di sisi undang undang hanya kerana wanita lain. Sungguh dia tidak boleh terima akan hal yang satu itu. Harith adalah lelaki yang paling bodoh yang pernah ditemuinya, lelaki sebaik Dannia ditolak dan wanita yang entah apa apa itu juga yang diagung agungkannya.
“Ermm, tak lah. Malas nak ambil tahu hal dia lagi. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Isya dah tak kisah, yang penting masa depan. Isya masih boleh bertahan jika dia tidak ada. Dah terbiasa dengan semua itu.” Dengan nada bersahaja ayat itu meniti di bibirnya, walaupun hatinya sedikit sebanyak terluka ketika meluahkannya. Dia harus akur dengan itu semua. Lelaki itu tak mungkin akan mencarinya, malah bersyukur kerana berjaya menghalaunya dari kehidupan lelai itu. Entah entah sekarang ini tengah mengadakan kenduri kesyukuran. Jahat sungguh akalnya berfikir sehingga sebegitu rupa..
“Abang harap dia sedar suatu hari nanti. Dia akan menyesal dengan perbuatannya kerana melepaskan isteri sebaik Isya. Kalaupun bukan jodoh kamu berdua, abang yakin, Isya akan dapat lelaki yang lebih baik dari Harith. Abang yakin itu..” dia mencapai tangan Dannia dan digengamnya erat. Memberi semangat kepada gadis itu.
Dannia hanya tersenyum hambar. Entah kenapa dengan dirinya sejak akhir akhir ini, agak sensitif jika dibangkitkan soal Harith. Dirinya akan terasa begitu sebak dan hatinya terasa begitu remuk. Tidak mungkin dia rindukan lelaki itu..Tidak mungkin! Dia memejamkan matanya, cuba menghilangkan wajah yang kian terbayang di ruang matanya kini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku..



“Eh, Puan Sri. Ini anak kamu yang mana buat kenduri ni. Selama ni I tak tahu pula you ada anak perempuan..” sela jirannya Datin Maimunah kehairanan.
“Oh, ni anak bongsu saya. Sebelum ni dia tinggal kat keluarga angkatnya kat Johor. Sekarang ni baru tinggal dengan I. Nantilah I kenalkan pada you nanti.” Jawab Puan Sri Kamilia ceria. Ramai juga kenalannya yang datang. Ingatkan hanya sebilangan sahaja yang datang walaupun hampir kesemua rakan rakannya dijemput. Tentu sahaja mereka datang menunjukkan muka. Ah sudah biasa dengan itu semua. Manusia, bila kita kaya dengan pangkat dan harta mudah sahaja mereka menampakkan wajah. Cuba jika keluarganya jatuh mendadak, pasti tiada seorang pun datang. Sudak serik dengan situasi itu. Sudah lali. Itulah bezanya dengan keluarga yang besederhana seperti keluarga Encik Zamani dan Puan Diana.
“Yalah. Nanti boleh juga I kenalkan anak bujang I dengan anak you. Kalau berkenan, rezeki sayalah nak berbesan dengan you Puan Sri.” Mengekek ketawa wanita yang hampir lewat usianya dari Puan Sri Kamilia.
 ‘Ermm, dah tunjuk taring la tu. Jangan haraplah. Anak aku dah kahwin. Nak jodohkan anak aku dengan anak bujang senang dia tu, lebih urang dengan Harith jugak. Baik tak payah’ dalam diam Puan Sri Kamilia mengutuk sendirian. Namun wajahnya masih dimaniskan. Sebenarnya dia cukup meluat dengan situasi ini. Penuh hipokrit. Bukan mahu menuduh tetapi dia sendiri sudah masak benar dengan perangai jirannya itu.
“Insy’allah Datin, kalau ada jodoh antara mereka tu. Adalah. Oh ya, Datin datang seorang sajakah? Jasmine mana?” soalnya sekadar berbasi basa dengan tetamu yang datang. Teringin juga dia melihat anak perempuan Datin Maimunah dari dekat. Sebelum ini dia hanya melihat gadis itu dari jauh.
“Oh, dia..erm, dia ada kerja. Mungkin lewat sikit dia sampai agaknya. Oklah Puan Sri, saya minta diri ke sana sebentar ya. Bye” dengan gugup dia meminta diri. Ingin lari daripada Puan Sri bertanyakan perihal anak gadisnya yang liar.
‘Aku dah agak da. Senang je pun nak buat dia lari dari bertampal di sisi aku. Hai Maimunah, bilalah kau ni nak bertaubat...’
“Sayang, cantik betul anak mama malam ni.” Puan Sri Maimunah mendapatkan Dannia yang hanya memakai baju kurung moden berwarna hitam berbunga pink lembut. Sesuai benar dengan bentuk badannya dan selendang pink dikenalan di kepala. Bertambah ayu..
“Mama... dah makan? Ibu dan abah dah makan ke?” dari tadi mamanya sibuk melayan tetamu. Dia pula nai risau melihat wanita itu berulang alik ke sana ke mari. Sambil itu sempay juga mencari kelibat ahli keluarganya yang lain.
“Assalamualaikum..selamat malam saudara dan saudari sekalian. Malam ini saya ingin memperkenalkan satu satunya puteri dalam keluarga kami. Dannia. Majlis yang diadakan malam ini adalah sempena mensyukuri limpah kurnia rezeki untuknya yang tidak lama lagi akan menyambung pelajarannya ke luar negara. Dengan ini, marilah kita sama sama berdoa supaya anak saya selamat pergi dan pulang dalam memperjuangkan masa depannya.” Serentak itu, giliran Encik Zamani pula membaca doa buatnya diiringi oleh Tan Sri Razlan mengaminkan doa tersebut. Alhamdulillah kerana kedua buah keluarga ini merestui pemergiannya ke sana dengan aman. Semoga aku berjaya mencapai cita citaku. Amin...




            Harith memerhati bangunan di luar pejabatnya. Memerhati bangunan yang kian membangun di bandar ini. Memerhatikan orang ramai dan kenderaan yang berpusu pusu di jalan raya menuju ke destinasi masing masing.

Sejak tiba di pejabat, dia tiada mood mahu bekerja. Satu kerjanya pun tak jalan. Dicuba juga beberapa kali, focus dengan apa yang dibaca, namun hanya sia sia. Satu ayat pun begitu susah untuk difahaminya. Seolah olah ayat yang dibacanya adalah bukan bahasa melayu atau bahasa inggeris. Begitu susah.

 Hatinya berlagu bimbang dan resah. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengannya kini. Masalah satu persatu datang menimpanya. Masalah perihal keluarga, Dannia dan juga syarikatnya.

Perasaan marah dan sakit hati pada Suzanne masih lagi terbuku di hatinya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memukul gadis itu sehingga pecah muka. Namun dia masih waras, jika mengikutkan perasaannya pasti dia tidak berdiri di sini, di pejabatnya. Yang pasti berada di lokap. Huh! Dia melurut lagi rambutnya yang sudah disisir rapi. 
Harith pening kini. Kepalanya semakin berserabut, baru tiga minggu yang lepas dia mengetahui semuanya. Hatinya berdongkol geram apabila dengan mudahnya dia tertipu dengan segala perbuatan Suzanne. Tidak menyangka sama sekali dia dipermainkan sebegini rupa. Suzanne curang dengannya. Sanggup mempergunakan dirinya untuk keperluan diri, dia terasa bodoh, bodoh dengan segala perlakuan manja Suzanne dengannya. Cinta konon! Cinta taik kucing!!
Masih diingatannya tiga minggu yang lepas, dia mengajak Suzanne keluar, tetapi gadis itu selalu memberi alasan sakit. Dia sendiri naik hairan, Suzanne sejak akhir akhir ini susah benar mahu mengajaknya keluar. Jika berjaya pun, wanita itu hanya mahu dibawa keluar bershopping dan makan selepas itu disuruh hantarnya pulang.
Beberapa hari selepas itu, dia ingin mengajak Suzanne menemaninya ke sebuah tempat, namun dia diberitahu bahawa wanita itu sakit dan tidak dapat menemaninya keluar dia berkeputusan untuk melawat sahaja wanita itu. Tetapi apabila tiba di sana lain pula yang dijamu di matanya. Suzanne bergelak ketawa dengan lelaki lain dengan pakaian yang tidak cukup kain. Menyakitkan matanya. Malah terasa cair tahi telinganya apabila mendengar rengekan manja gadis itu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Tanpa menunggu masa, dia terus menyerbu masuk apabila pintu yang tadi terbuka sedikit yang membolehkan dia menonton drama sebabak tadi. Terkedu keduanya melihat dirinya dengan renungan tajam dan dengan muka yang merah padam menahan marah. Dia dapat melihat dengan jelas muka gadis itu berubah pucat dan badannya yang menggigil ketakutan manakala lelaki disebelahnya tercengang dengan kehadirannya itu.
Dengan teragak agak Suzanne cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar hubungan antara keduanya. Hubungan yang sebenar antara dirinya dan lelaki itu. Dikatakan mereka berdua telah lama bercinta sejak Harith berkahwin, dan bakal mengikat tali pertunangan beberapa bulan akan datang. Di saat itu, Harith pula meminta terkedu apabila diceritakan hal yang sebenarnya. Malah Suzanne telah meminta maaf dan memulangkan kembali kesemua barang yang pernah dihadiahkan untuknya.
Harith sedar masa itu, namun hanya mengeluh. Semuanya telah berakhir. Hubungannya dengan Suzanne telah musnah saat gadis itu memilih lelaki lain dan bukan dirinya. Dia tidak pula berang dengan penerangan Suzanne, malah dengan senang hati melepaskan Suzanne pada lelaki itu. Sempat pula mengucapkan tahniah pada mereka berdua. Suzanne juga meminta maaf dengannya. Sudahlah, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kini.
Tetapi dia pelik, kenapa dia tidak begitu sesakit ketika melihat Dannia dengan lelaki lain. Perasaan sakit yang terlalu lain, adakah dia sudah tersilap langkah? Pening dia memikirkan masalah itu. Argh!! Semenjak dua menjak ini, bayangan Dannia selalu terbayang di ruang mata. Wajah gadis itu kalut, marah, geram, senyum dan wajah masam. Semuanya masih segar diingatannya.
Ada juga beberapa kali dia cuba mencari Dannia di rumah sewanya dahulu. Tetapi hampa, rumah itu sudah berpindah milik. Apabila ditanya tentang nama, penghuni itu hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengenali pemilik yang bernama Dannia. Ingin pulang ke kampung Dannia terasa segan pula. Teringat betapa lancangnya dia menghina keluarga Dannia dulu. Dia sedar betapa bodohnya dia kerana berkata tidak elok tentang Dannia. Malah sanggup dia menghalau Dannia dari kehidupannya. Digantung tak bertali. Mujur sahaja dia tidak melafazkan talak dahulu. Kalaulah dia melafazkannya dia akan menyesal seumur hidupnya.
Dia mahu berjumpa Dannia. Meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan pada gadis itu. Tetapi di mana dia harus mencari bayang gadis itu. Setelah ketiadaan Dannia, dia terasa hatinya begitu kosong, walaupun seolah kekurangan sesuatu ketika itu dia masih lagi bersama Suzanne. Namun cuba ditepisnya, tidak mahu terbawa bawa dengan perasaan yang dikatakan mengarut.
Dia akhirnya menbgeluh tatkala hatinya kuat meronta supaya pulang ke kampong mencari Dannia. Dia sudah tidak kisah andai kata keluarga Dannia menghalaunya atau memaki hamunnya. Yang penting dia dapat menatap wajah isterinya itu. Melepaskan rindu yang membuak di hati.
Tetapi pencariannya menemui jalan buntu apabila dia pulang ke kampung, rumah yang diduduki oleh mertuanya juga berpindah milik. Dia hairan juga apabila salamnya dijawab oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Apabila dia bertanyakan dimana pemilik rumah itu, orang itu memberitahu dialah pemilik rumah itu. Dan pemilik asalnya telah berpindah dan tidak tahu ke mana. Harith mengeluh lagi, penyesalannya datang bertimpa timpa. Sudah buntu di mana dia mahu menjejaki Dannia dan keluarganya. Mahu menelefon dia tidak pernah mengambil tahu perihal keluarga mertuanya. Sudahnya dia pulang semula ke Penang.
Masalahnya bertambah kusut apabila ibu bapanya bertandang ke rumahnya dengan tiba tiba. Ketika itu, Dato’ Iskandar dan Puan Rosma tidak mengetahui kejadian yang sebenarnya. Pada hari itu juga semuanya terbongkar. Ibunya tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri. Keadaan bertambah panik dan kelam kabut. Sejak hari itulah kesihatan ibunya berubah. Selalu sahaja sakit sakit dan berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan.
Sejak hari itu juga ibunya seolah dingin dengannya. Pertanyaan yang ditanya hanya dengan gelengan dan anggukan. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Layanan ibunya juga hanya acuh tidak acuh sahaja. Papanya pula hanya diam, mengikut rentak ibunya. Hubungan antara mereka bertambah renggang. Adiknya juga usah dikata, jika ternampak kelibatnya, pantas gadis itu mengunci dan menyembunyikan diri di dalam bilik. Jika harith berada di dapur, adiknya akan ke ruang tamu dan begitulah sebaliknya yang berlaku. Oleh kerana tidak betah berada di sana, harith pulang ke rumah miliknya.
Saban hari pada hujung minggu menunggu Dannia pulang ke pangkuannya walaupun dirasakan itu tak mungkin terjadi. Tetapi dia tidak berputus asa, sentiasa menunggu dan mengunggu. Manalah tahu Dannia akan tergerak hati untuk pulang.. namun ianya hanya sia sia. Kini sudah genap hampir dua bulan pemergian Dannia dari hidupnya. Malah berita daripada Dannia juga gagal dijejakinya.
Pernah juga dia memerhati sekeliling rumahnya. Cuba mencari dan merasai kewujudan Dannia di rumah itu. Hanya itu yang mampu dilakukan untuk menghilangkan rindunya pada Dannia. Malah tempat tidur Dannia dahulu, kini menjadi tempat tidurnya. Saban malam dia merehatkan diri di bilik itu, melakukan kerja pejabatnya juga di sana. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya dia pada isteri yang tidak pernah dihargainya itu. Kini semuanya sudah terlambat.
Pemergian Dannia menyebabkan hidupnya kini terkontang kanting. Keadaan rumah yang sudah tidak terurus. Bajunya yang sudah tidak berbasuh. Ruang dapur sudah lama tidak dijejakinya. Jika lapar dia akan keluar mencari makan. Dahulu jika adanya Dannia, makanan yang selalu disediakan kena pada seleranya. Walaupun tidak memuji masakan isterinya jauh di sudut hati dia mengiakan keenakan masakan yang disediakan.
Kini dia tiada hati mahu ke sana, perasaannya makin kuat mencengkam ke ulu hati mengingatkan dia pada Dannia. Ah, semua yang ada di rumah ini mengingatkannya pada Dannia. Bilakah dia akan bertemu lagi dengan isterinya. Dia nekad akan membuang jauh egonya dan meminta maaf pada gadis itu.
Dia akan cuba berbaik dan meraih sekeping hati milik isterinya. Walau bagaimanapun dia tidak akan berputus asa, dan akan mendampingi Dannia suatu hari nanti. Dia akan membuat apa sahaja agar gadis itu kembali ke sisinya. Yang penting dia harus mengetahui di mana keberadaan isterinya itu.
Terkenangkan hal lalu, membuatkan hatinya sayu, memandang telapak tangannya, disentuhnya perlahan dengan sebelah lagi tangannya. Tangan yang hinggap di pipi isterinya. Dek kerana ego, dia tega menyakiti tubuh badan gadis kesayangannya kini. Kuat tamparan itu mengenai pipi mulus isterinya, masih terbayang di mata darah merah yang mengalir di bibir mungil isterinya.
Bunyi interkom di meja menyentakkannya dan sekaligus mengembalikan dirinya di alam realiti. Beberapa kali sebelum ianya terdiam. Harith mengeluh lagi. mukanya diraupkan beberapa kali. Ya Allah, temukan aku dengan isteriku….
‘Nia berada di mana sayang?’ hatinya merintih lagi.



No comments:

Post a Comment