photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 28 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab19]

Bab 19
            Assalamualaikum Nia” Suara di hujung talian mendatar.
            “Waalaikumsalam, Ibu.. apa khabar?”  pelik dia dengan suara mendatar ibunya. Apa yang tak kena pulak eh? Musykil aku..selalu ceria aja apabila ibunya menelefon. Tapi kali ini berbeza, ketara sungguh suara ibunya di pendengarannya.
            “Baik. Nia macam mana. Ada masalah ke sepanjang duduk sana?” kali ini suara ibu bergetar seolah olah menahan sebak, hatinya terasa semacam. ‘Ya Allah jauhkan dari semua  kecelakaan, lindungi keluargaku Ya Allah’
            “Tak ada pulak bu. Kenapa ni, suara lain macam je ni.” Ibu ni buat aku cuak pula. Kenapa ni hati aku rasa semacam je. Tak boleh jadi ni. Kena tahu juga walau macam mana pun. Tak tenang aku kat sini. Hatinya berdegup kencang.
            “Dannia, ibu ada benda nak cakap ni. Tapi tak selesa kalau nak bincang kat sini. Hujung minggu ni Nia balik rumah ya. Kami semua ada benda nak bincang ni. Balik ya, sayang?”
            “Ok la ibu, kalau tak ada aral lintang, Nia balik. Semua baik baik aje kan bu?  Jangan risau ya. Maaf bu, Nia tak boleh cakap lama ni. Kelas dah nak mula. Jaga diri ya. Kirim salam kat semua. Assalamualaikum”
            “Yalah. Nia pun sama. Waalaikumsalam.” Tangannya lincah menekan butang merah untuk menamatkan talian setelah ibunya mematikan talian. Termanggu dirinya sebentar. Otaknya ligat memikirkan perkara yang mahu dibincangkan oleh ibunya. Soalannya tadi tak terjawab oleh ibu. Makin sesak dadanya.
            “Nia.” Hanna menyiku lengan Dannia apabila sapaannya tidak mendapat reaksi. Minah ni kenapa pula ni.. sekejap ok sekejap tak ok. Entah apa pula masalah budak Dannia kali ini.
            “Nia, kau kenapa? Hanna cuba mengorek rahsia Dannia.” Hairan juga melihat gadis itu, langsung tidak memberi seberang reaksi padanya. Selalunya pantang diusik laju je tindak balas. Maklum lah kanak kanak ribena.
            “Hanna, aku ingat nak balik kampung. Ibu call tadi suruh balik. Entah apa yang berlaku. Aku risau betul Hanna.”  Dannia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Pada Hanna sahaja dia dapat berkongsi masalah. Dia tiada sesiapa di sisinya melainkan Hanna. Hanya gadis itu yang boleh dipercayainya.
            “Kau janganlah bimbang. Berdoa banyak banyak semoga semuanya baik baik je. Habis tu bila kau nak balik ni? Hujung minggu ke?” Hanna berkira kira. Kalau hujung minggu ni rasanya tak ada apa yang penting. Semua assignment dah  submit. Test semua baru je lepas.
            “Ha’ah. Hujung minggu apanya. Lusa kan dah cuti. Kalau boleh aku nak balikla. Kau nak ikut sekali tak ni?” Hanna diajak pulang sekali dengannya. Mahu pulang keseorangan tak larat pula. Mesti bosan jika memandu sendirian. Nasib baik keretanya dibawa ke rumah sewa setelah kejadian ‘itu’. Itupun Harith yang kirimkan pada abah dan abang abangnya ketika pertemuan terakhir lapan mata.
            “Boleh juga. Aku pun dah lama tak balik ni. Mak aku dah bising dah. Kira balik sekali lah ni ya.”
            Petang itu, setelah tamat sesi kuliahnya. Beberapa kali juga dia memujuk alongnya untuk menceritakan apa yang terjadi. Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menyuruhnya pulang sahaja. Biar ibu dan abah yang beritahu kesemuanya. Syahmin sebolehnya cuba mengelak dan terpesong mencari topik lain jika Dannia bertanyakan tentang hal ibu. Apabila tiada tanda tanda alongnya akan memberitahu hal yang sebenar, tangannya laju mendail nombor Syahmir pula. Tapi hanyalah sia sia, angahnya juga tidak memberitahu apa apa padanya. Sudahnya dia hanya mengeluh dan mengalah.
            “Baik angah cakap apa yang terjadi sebenarnya.” Tanpa memberi salam, dia menebak supaya angahnya bercerita.
            “Apa ni adik. Salam tak bagi, terus terjah orang. Assalamualaikum...” Syahmir menyindir dalam geram. Geram apabila adiknya sesuka hati melontar peluru bersoalan.
            “Apa yang terjadi sebenarnya? Mesti angah tahu kan?” Dannia bertanya lagi dengan nada sedikit tegas tanpa mempedulikan sindiran Syahmir. Salamnya hanya dijawab di dalam hati. Kini hatinya membuak buak ingin tahu perkara sebenarnya.
            “Tahu apa ni. Salam tak jawab pun.” Syahmir yang sudah tahu akan dannia pasti menelefonnya, sudah brsiap sedia dengan sesi soal jawab tak bertauliah adiknya. Malah, Syahmin sendiri telah memberi amaran kepadanya supaya jangan memberitahu apa apa pada Dannia jika gadis itu menelefonnya.
            “Dalam hati. Angah, please jangan nak buat tak tahu pula. Bagitahu adik. What happened?” Dia terasa ingin menjerit. Sakit hati, geram, bimbang dan rasa ingin tahu semuanya bercampur menjadi satu.
            “Adik, relaks ok. Angah betul tak tahu apa yang adik cakapkan ni.”
            “Fine. Adik takkan tolong angah lagi. Lepas ni angah tackle sendiri Hanna. Malas dah adik nak ambil tahu. Bye” Hanya itu satu satunya idea yang terlintas difikiran apabila Syahmir tidak mahu memberi kerjasama. Mesti angahnya akan berfikir dua tiga kali. Angahkan penakut kalau perihal hati dan perasaan.
            “Eh, jangan lah macam tu. Kejam tu..” meleret suara dihujung talian.
            ‘eh, boleh dia ni main main lagi. Tak boleh jadi ni.’
            “Bagitahu cepat.” Dannia semakin terdesak. Dah lama dia bergayut. Dah la kredit tak banyak ni. Adui angah, please bagitahu...
            “Macam mana angah nak cakap, angah tak tahu apa apa pun. Adik jangan lah macam tu. Siapa yang nak tolong angah lepas ni. Please..” kedua belah tangan ditekapkan bersama, merayu kononnya. Macamlah Dannia nampak reaksinya ketika ini.
            “Habis tu adi...” Tutt!!
            “Hello...Hello..!!” shit..topup dah habis. Ish time ni lah dia nak habis. Bertambah rungsing jadinya apabila jawapan yang dimahukan. Arghhhh!! Dannia menjerit kuat. Geram dan sakit hatinya.
            “Hoi, kau ni kenapa. Kena sampuk ke?” marah Hanna. Terkejut bukan main hinggakan terconteng sedikit dakwat pen  pada kertas yang sedang ditulis di ruang tamu. Dikerling gadis itu yang duduk agak jauh darinya. Makhluk mana yang sampuk kawan aku ni malam malam buta. Dengar dek jiran nanti tak ke haru kena sound. Dah lah, perumahan yang dihuni mengamalkan amalan harmoni dan senyap pada waktu malam. Kiri dan kanan dihuni oleh keluarga yang mempunyai anak kecil. Hanya sesuku sahaja yang dihuni oleh pelajar. Malah, awal awal lagi dinasihati supaya tidak membuat bising atau kecoh pada waktu malam.
            “Tension aku tahu tak. Buah hati kau ni lah, langsung  tak tolong aku.” Luah Dannia geram.
            “Buah hati aku? Siapa pula nih. Kau jangan Nia..” Hei budak ni. Nak kenankan aku dengan siapa pulak la.
            “Hai buah hati sendiri tak kenal.” Perlinya perlahan. Hatinya masih berbuku geram, malas mahu menyebut nama angahnya. Kalaulah angahnya ada di depan mata, sudah lama dilukunya, biar bertelur sebiji dua di dahi. Baru puas hatinya.
            “Malas la aku nak layan kau. Aku study lagi bagus.” Hanna segera ke biliknya. Malas nak ambil tahu pasal Dannia, lagipun jika ditanya pada gadis itu ketika tengah marah, pasti tidak ditemui jawapan. Kena sembur lagi adalah, daripada kena sembur, baik dibiarkan cool dulu.

#####
           
Akhirnya sampai juga dia di Kedah. Perjalanan mereka yang mengambil masa tiga jam lebih amat memenatkan. Awal pagi lagi mereka sudah bertolak. Hanna yang nyenyak tidur dikerahnya sehingga bangun. Muncung gadis itu panjang sedepa apabila diugut untuk ditinggalkan kerana lambat.            Sepanjang perjalanana mereka, Hanna tidak habis membebel, itu ini.
“Assalamualaikum...ibu” Dannia memberi salam sebaik sahaja keluar daripada kereta viva hitam miliknya. Terkocoh kocoh berlari menuju menaiki tangga. Beg di tangan dibimbit dengan kemas.  Sebaik sahaja melihat kelibat Puan Diana dan Encik Zamani di halaman belakang rumahnya sedang mengambil angin, laju langkahnya menuju ke arah mereka. Rindu pada umi dan abah sangat sangat.
“Umi..abah..”
“Adik.. bila sampai?” Puan Diana segera berpaling apabila mendengar suara anak gadisnya.
“Baru je umi.. Umi dan abah sihat?” segera dicapai tangan umi untuk disalam, diikuti tangan abahnya.
“Adik sihat tak ni? Makin kurus umi tengok. Tak cukup makan ke?” Puan Diana perasan tubuh Dannia yang kurus kini semakin kurus. Mungkin penangan yang dari Harith dan mungkin juga tertekan dengan pelajaran. Tapi kemungkinan kedua yang dipilihnya, walaupun hatinya kuat menyatakan anaknya semakin kurus kerana kemusnahan rumah tangganya.
Entah macam mana mahu diberitahu jika anak gadisnya bertanya alasan mereka akan berpindah. Bagaimana mahu diterangkan akan cemuhan orang kampung pada mereka sekeluarga. Dia sendiri sudah tidak tahan akan semua ini. Bukan mahu mengalah, tapi ini bukanlah elok untuk mereka sekeluarga. Lebih lebih lagi dengan kesihatan Encik zamani yang kian merosot. Bila mereka berpindah kelak, mungkin keadaannya akan bertambah baik.
Mereka semua telah berbincang masalah ini, Cuma Dannia yang belum tahu. Malah Syahmin juga bersetuju mahu berpindah ke kampung halaman ayahnya di Johor. Pertukarannya akan bermula tak lama lagi, cuma Syahmir yang tidak dapat mengikuti mereka kerana syarikat yang dikongsinya bersama. Syahmir Cuma akan berpindah ke rumah sewa bersama kawannya yang agak berdekatan dengan tempatnya bekerja.
“Ibu..sebenarnya kenapa ibu suruh adik balik ni?” teragak agak dia bertanya. Bimbang jika ibunya terasa hati. Tidak mahu dikatakan dirinya dipaksa pulang dan kepulangannya ke sini adalah tidak ikhlas.
“Itu kita bincang kemudian. Adik dah makan belum ni?” Dannia mengeluh. Jawapan yang dicari masih belum diketahui. Hairan bin ajaib dengan perangai ibu kali ini. Puan Diana seolah olah ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Sabar Dannia, pasti sekejap lagi jawapan pasti ditemuinya.
“Belum bu. Laparla...”
“Adik nak makan sekarang atau nak tunggu along dan angah pulang?” kepala Dannia diusap penuh kasih sayang. Kemudian dielus pula bahu Dannia. Sayang benar dirinya pada Dannia.
“Tunggu diorang la ibu. Boleh kami makan sekali.” Dannia berbaring di pangkin tempat mereka duduki. Kepalanya diletakkan pada peha ibunya. Ah.. bestnya dah lama mereka tidak berkeadaan begitu. Puan Diana yang melihatnya hanya tersenyum.
“Manja betul anak ibu ni kan. Selalu cengeng.”  Rambut Dannia yang panjang dielusnya pula. Cantik.. pandai anak gadisnya jaga. Mesti ikut rambut ibu atau bapanya. Rambut hitam berkilat dan beralun dibahagian bawah, jika dilihat dari jauh rambut itu berwarna coklat. Sangat cantik. Ramai orang puji rambut gadis itu, malah ada yang bertanya dimana gadis itu buat rambut..
“Mana ada bu. Adik cengeng dengan ibu je. Dengan orang lain adik ni garang tau”
“Yelah tu. Boleh percaya ke ni?”
“Mestilah kena percaya. Adik kan anak ibu.”
“Amboi, mengada ngada baring kat peha ibu. Tepilah sikit. Bagi orang lain pulak.”suara sumbang kedengaran di cuping telinganya. Ditolaknya badan Dannia sedikit kuat sehingga jauh tersasar ke belakang.
Tu dia, pengacau dah balik. Tak payah berpaling dia sudah tahu satu satunya makhluk yang selalu mendengki dengannya. Syahmir! Dia ni kalau satu hari tak tengok hidup aku aman memang tak sah la gamaknya. Ada je benda nak buat aku bengang.
“Sibuk la lalat hijau ni.” Ambik kau sebijik. Dari tadi duk sibuk mengerumuni tempat baringnya.
“Biarlah. Dengki la tu.” Syahmir ketawa kemenangan apabila Dannia mengalah, sebab apa...? mestilah tak larat nak alihkan badannya. Ada hati badan cekeding macam papan nak alihkan badan aku yang sasa ni. Tunggu tahun depan jelah...hahaha..
“Angah ni, asal orang balik je buat orang bengang. Menyampah, dah la..nak masuklah macam ni. Tunggu along lagi bagus.” Ditinggalkan Syahmir yang masih lagi ketawa lucu. Entah apa apa la dia tu...
Sementara menunggu Syahmin pulang, Dannia masuk ke biliknya. Baru teringat dia belum lagi mengemas baju yang dibawanya. Sampai je tadi, terus ibu dan abahnya dicari. Begnya dicampak diruang tamu. Segera diambil beg garfieldnya lalu didukungnya persis mendukung anak kecil ke dalam dakapannya. Dia ingin mandi dahulu sebelum makan tengaharinya. Sambil menunggu bolehlah dia melayan novel novelnya. Entah bagaimana dengan koleksi novel yang disimpan olehnya. Agak agak berhabuk tak..?

####

            Makan tengahari mereka sekeluarga bertambah meriah dengan kehadiran along dan isterinya Kak Zana, tak lupa juga anak buahnya Memey. Lama wajah anak itu tidak dipandang, hampir setahun juga. Waktu majlis kahwinnya, dia terlalu sibuk sehingga terlupa akan satu satunya anak buahnya itu. Apa punya ibu saudara la aku ni... Kalaulah Memey pandai bercakap mesti budak tu kata aku ni sombongkan. Sorry sayang, Mama Su tak sengaja tau..
            “Mama Cu..mama Cu..” Memey menjerit nyaring memanggilnya.
            “Ye sayang. Nak apa?” kepala anak kecil itu diusap perlahan. Tercungap cungap menahan nafas. Sedikit letih, lagipun kedudukannya memang jauh daripada anak kecil itu.
            “Nak kerimm...” tangannya menunjuk ke arah satu arah, matanya melihat kearah yang ditunjukkan. Dilihat ramai kanak kanak mengerumuni tempat itu..Oh Ice cream rupanya.
            “Jom..jom...” tangan si kecil ditarik mengikutinya menuju ke arah penjaja ice cream di pinggir jalan. Terjerit riang Memey apabila kehendaknya diikuti. Sampai di sana, beberapa orang sebaya dengannya turut membuat perkara yang sama. Menunggu adik ataupun anak mereka barangkali. Dannia hanya tersenyum apabila pandangan mereka berlaga. Namun senyumannya hanya dibalas dengan senyuman sinis. Entah kenapa pelik dia memikirkan orang kampungnya, bukan mahu dibalas senyuman malah hanya jelingan balasannya. Malas dia mahu memikirkan itu semua.
            “Ok, jom” apabila Memey mendapat ice creamnya, didukung anak itu supaya beredar dari situ. Terasa tidak selesa apabila terdengar bisikan yang yang menyakitkan telinganya. Entah kenapa hatinya tidak enak. Apa pula kali ini yang telah dibuat sehingga menimbulkan gosip tidak bertauliah di kampungnya.
            Tiba di rumah, dia termanggu sendirian, membiarkan Memey mencari ibu bapanya dan bermain sendirian. dia masih memikirkan kata kata yang di dengar secara tidak sengaja..
            ‘kesian..ada suami ditinggal tinggalkan’
            ‘yalah..agaknya memang tak tahu jaga suami agaknya. Dengar kata digantung tak bertali’
            ‘Yelah..aku pun dengar macm tu jugak. Hari tu abang aku cakap, dia jumpa laki dia dengan perempuan lain. Gila seksi perempuan tu..’
            ‘Tulah, ada hati nak berdamping dengan lelaki kaya. Kan dah kena tinggal’
            ‘tapi aku dengarlah, diorang kahwin tu sebab keluarga Dannia yang minta. Terhegeh hegeh, tak malu betul..sanggup jual anak’
            Oleh kerana tidak sanggup lagi mendengar, sengaja dia mendukung Memey supaya langkahnya bertambah laju untuk beredar dari situ. Sakit telinganya mendengar fitnah yang dilemparkan padanya. Sampai bila dirinya perlu dicemuh dan dihina. Cukuplah dengan cemuhan Harith selama dia berelar isteri kepada lelaki itu. Diharapkan bila pulang ke kampung, dirinya bebas dan dapat menenangkan fikiran... tapi sekarang...
            Mugkinkah hal ini ada kena mengena dengan suruhan ibu yang menyuruhnya pulang. Masih terngiang ngiang di telinga suara ibunya yang agak berlainan ketika menelefonnya dua hari lepas. Dia mula berasa tidak selesa berada di kampung sendiri, dulu bila ditanya di mana tempat yang paling best..mesti kampung halaman yang dijawabnya. Tapi kini..bila ditanya masihkah jawapan yang sama? Rasanya tidak lagi...
            Untuk kesekian kalinya dia mengeluh perlahan..kuatkah dia menghadapi cemuhan orang kampung. Bagaimana keluarganya? Hatinya?
            “Ibu...” Dannia perlahan lahan mendekati ibunya. Serba salah sebenarnya ingin bertanya, macam mana jika ibunya tak mahu menjawabnya. Sejak dari pagi ibunya masih tidak memberitahunya apa apa pun. Sudah panas punggung dia menunggu. Penantian memang satu penyeksaan kan? Ibu jangan seksa Dannia lagi.....
            “Ibu, boleh adik tahu apa sebenarnya yang terjadi? Ibu nak tahu, tadi adik beli ais krim kat Memey depan tu. Lepas tu ada la dua, tiga orang kat sini.. yang tak bestnya, kenapa dia tengok adik lepas tu bisik bisik...” sengaja dia tidak memberitahu apa yang di dengar. Mahukan lebih penjelasan, walaupun kata kata sinis tadi sudah cukup menceritakan segalanya. Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Puan Diana.
            Mendengarkan pertayaan Dannia, tangannya yang ligat melipat baju terhenti tiba tiba. Nampaknya dia terpaksa memberitahu apa yang terjadi pada Dannia. Ingatkan mahu memberitahu pada malam ni. Tapi..gadis itu sendiri sudah tidak betah menunggu.
            Puan Diana tersenyum tawar, matanya singgah melihat wajah gadis cantik dihadapannya.
            “Adik panggil abah dan semua..kita duduk dan bincang. Abah nak bagitahu sesuatu” 
            Tanpa menunggu masa, Dannia meninggalkan Puan Diana untuk mencari abah dan abang abangnya. Setelah semuanya dipanggil, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Puan Diana sempat menyediakan minuman untuk mereka. Entah bila Puan Diana menyusup ke dapur menyediakan itu semua.
            “Adik tahu kenapa ibu suruh balik?” setelah agak lama berdiam diri, Encik Zamani akhirnya bersuara. Wajah di ruang tamu itu dipandang satu persatu dan akhir sekali barulah pandangan itu jatuh pada wajah anak gadisnya. Melihat gelengan Dannia, Encik Zamani mengeluh perlahan..
            “Abah rasa Dannia dah tahu apa yang terjadi pada keluarga kita kan?” Encik Zamani lagi sekali menyoal Dannia. Anak gadisnya masih lagi membisu sebelum menjawab dengn pertanyaan.
            “Abah, straight to the point. Adik tak tahu apa yang sebenarnya abah nak cakapkan. Just tell me..”  kesabarannya diuji.
            “Kami dah bincang dengan semua orang. Kita akan pindah, jauh dari tempat ni. Cuma adik yang lambat tahu. Dah lama kami berbincang dan buat keputusan ni..” mendatar suaranya. Yang lain hanya diam mendengar. Langsung tidak menyampuk, hanya sesekali suara Memey bercakap sendirian, butir bicaranya yang kadang kadang sukar difahami.
            “Tapi kenapa tiba tiba..?”
            “Bukan tiba tiba.. dah lama sebenarnya, tapi cuma seminggu dua ni abah dah nekad. Semua dah setuju. Hujung bulan ni kita pindah. Rumah dah ada.” Begitu payah Encik Zamani mahu bersuara, seolah olah ada yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya.
            “Bukan sebab adik ke?” Dannia bertanya tiba tiba tak sempat ditahan. Dannia terkedu sendiri, kali ini mulutnya tidak bekerjasama dengan otak.
            Dannia mamandang pula wajah mereka satu persatu.
            Dia mengeluh lagi...
            “Ibu..Abah.. adik tahu, mesti sebab fitnah orang kampung kan? Tak payah nak sembunyi apa apa dari adik” rasa bersalah bertandang dihati. Kali ini dia telah menyusahkan keluarga, disebabkan dia, keluarga mendapat malu..sebabkan akukah? Tidak.. ini semua salah lelaki itu, dia yang menyebabkan keluarganya mendapat malu..
            “Ibu, abah, Nia minta maaf disebabkan adik, keluarga kita dapat cemuhan orang kampung. Adik minta maaf malukan keluarga. Adik...” dia tidak dapat teruskan katanya, hanya esakan kecil yang kedengaran. Dia betul batul rasa bersalah dan sedih, keluarga dicemuh hanya kerana kesalahan yang tidak dilakukan olehnya.
            “Adik tak salah. Mungkin takdir keluarga kita macam ni. Kami tak kisah pun. Kami tahu siapa yang salah. Mulut orang tak boleh ditutup, biarkan mereka.. suatu hari nanti pasti semuanya akan terbongkar. Cuma kita kenalah redha dengan semua ini.” Kini Puan Diana pula yang memujuk Dannia, apabila gadis itu semakin terwsak semakin kuat. 
            “Sudahlah adik, bawa bersabar ya. Jangan difikirkan sangat. Memang kami dah rancang lama nak pindah, tunggu masa je. Bukan sebab adik semata mata.” Syahmir bangun dan duduk di sisi gadis itu sebelum memeluknya erat. Terasa bergegar menahan tangisan yang kian berlagu apabila gadis itu berada dalam dakapannya. Diusap perlahan bahu gadis kesayangan mereka, cuba memujuk.
           



No comments:

Post a Comment