photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 30 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 14]

Bab 14
            Bunyi  bising alarm dari telefon bimbit, telah mengejutkan Dannia dari tidur. Matanya terpisat pisat bangun dari perbaringan. Kepalanya terasa berdenyut denyut, dia menggagahkan diri ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Sakit di badan tidak dihiraukan, pergelangannya terasa pedih akibat cengkaman kuat lelaki yang tidak dikenali mencucuk cucuk perit. Tangannya dilihat berbirat merah.  Dibiarkan rasa sakit itu. Dannia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan dia perlu mengemas rumah. Mengginggatkan hal semalam, hatinya menjadi takut.  Masih terbayang wajah wajah rakan Harith yang amat menakutkannya.  Sungguh dia amat terkilan dengan perbuatan Harith, sanggup dia membawa pulang kawan kawannya dan mengadakan parti liar di rumah. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai isteri. Terasa maruah dirinya dipijak pijak lumat tanpa belas kasihan.
            Tanpa melengah lengahkan masa, dia segera turun ke ruang tamu untuk memantau keadaan dibawah. Dia mahu melakukan tugasnya seperti sediakala, walaupun tidak pernah dianggap sebagai isteri, Dannia masih lagi melakukan tanggungjawabnya seperti seorang isteri. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan pada ruang tamu, matanya terbuntang luas dengan pemandangan yang terhampar dihadapannya. Luluh hatinya melihat sang suami berpeluk sakan dengan wanita yang bukan muhrim dengannya. Ya Allah! Tabahkanlah hatiku. Hatinya terasa pedih, ulu hatinya terasa begitu sakit. Isteri mana yang sanggup melihat suami mereka curang. Cintakah aku pada Harith? kenapa hatiku sakit melihat semua ini. Tidak! Tak mungkin aku akan mencintai lelaki seperti ini. Tak akan aku serahkan hatiku pada lelaki yang memijak maruahnya sesuka hati.
            Peritnya hati. Dia melangkah menuju kearah suaminya yang nyenyak tidur memeluk teman wanitanya. Dalam terpaksa, kakinya menghampiri ke arah keduanya, mahu membersihkan segala sampah dan botol minuman yang berada di situ. Bau masam menusuk kuat ke dalam hidungnya. Sudah lali dengan semua itu, dia hanya mampu memandang, tak berani lagi menegur lelaki itu, biarlah. Dia sudah melakukan semua yang termampu. Tidak sanggup lagi rasanya menerima herdikan demi herdikan beserta penampar dari lelaki itu. Tangannya segera mencapai gelas minuman yang masih berbaki separuh. Saat kakinya mahu bergerak, tanpa diduga kakinya tergelincir licin, air yang dipegangnya terlepas dari tangan dan....Dushh...
            “Apa ni??”
            “Ma..maaf, saya tak sengaja”. Tergagap gagap dia menjawab.  Habis lah aku kali ni. Mengamuklah singa tu kejap lagi.
            “Kau memang sengajakan?” muka Suzanne merah menahan marah geram dengan Dannia, enak enak dia tidur dalam pelukan Harith, dengan tetiba Dannia mencurah air ke mukanya. Habis melekit badan dengan air tersebut.
            “Tak, Saya memang tak sengaja. Lantai licin”
            “Kau ingat aku nak percya ker? Atau kau jealous tengok kami? Dasar prempuan tak tahu malu. Terhegeh hegeh. Kalau kau nak tahu, Harith tak pernah cintakan kau. Jangan bermimpi di siang hari lah. Sedarlah sikit diri kau tu menumpang jer kat sini.” Dengan lancang Suzanne memarahi Dannia yang terkulat kulat.
            Aku memang tak sengaja. Sesedap hati jer memaki aku perempuan ni. Kenapalah tak terjirus sebaldi. Kang senang. Baru puas hati aku ni. Dannia mencebik, malas mahu melayan kerenah singa betina. Elok sangatlah tu, sang betina lawan singa jantan. Sesuai sangat! Dengan selamba dia melangkah menjauhi Suzanne yang masih lagi memaki hamunnya. Wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tidak ketara mempamerkan wajah terluka dengan semua itu.
            “Hei kau nak kemana hah?” tangan Suzanne sudah mencengkam tangan Dannia. Panas hatinya melihat Dannia dengan muka selamba. Seolah olah dia pula yang gila bercakap seorang, makian yang langsung tidak menyakitkan Dannia. Belum puas dengan itu, dia menampar muka Dannia. Menyeringai wajahnya menahan sakit. Mujurlah Dannia sempat mengimbangi badannya. Terasa pening kepala dengan penangan yang tak diduga.
            Bunyi bising menyebabkan tidur Harith terganggu. Dngan terpisat pisat dia bangun, terasa pening dan sakit badannya. Mana tak sakit, dia terlebih minum dan badannya pula tertidur di sofa, sengal usah dikata.
            “Apa bising bising ni Suzanne. You ganggu I tidur tahu tak?” geram. Tidak suka ada orang yang mengganggu lenanya.
            “Sayang, you tengoklah perempuan tak tahu malu ni. Dia simbah air kat muka I time kita tidur tadi. Habis melekit badan I.” Suzanne menghentak kakinya memprotes. Sakit hatinya apabila Harith seakan akan memarahinya.
            “Saya tak sengaja” Dannia menjawab pantas.
            “Kau tipu. Dia memang sengaja, jealous tengok I tidur dengan you
            “Dah lah Suzanne, I malas lah nak bertekak pagi pagi ni. And kau perempuan, minta maaf dengan Suzanne cepat” tegas Harith sambil mencerlung matanya. Suzanne di sebelah sudah tersenyum.
            “Saya tak sengaja. Lagipun buat apa nak minta maaf. Saya tak salah pun” Entah dimana dia mendapat kekuatan menjawab soalan itu. Timbul sedikit keyakinan dalam dirinya, hatinya terbakar dengan tuduhan Suzanne yang tidak berasas.
            Mendengarkan ayat itu keluar dari bibir munggil Dannia, berdesing telinganya. Harith bangun dan segera merapati Dannia yang kelihatan kaget.
            “Apa kau cakap?”
            “Saya tak akan minta maaf. Lagipun saya tak sengaja. Sepatutnya dia yang minta maaf kerana tuduh saya macam tu” Dannia mengulangi jawapan sama. Pang!! Buat kali kedua tangannya naik ke muka gadis itu.
            Harith dan Dannia terkaku. Kuat penangannya di pipi mulus Dannia. Terpusing badannya dengan penangan Harith. Terasa ada cecair yang mangalir dari celah celah bibirnya. Perit. Pipinya yang masih terasa sakit dengan penangan semalam masih terasa tapi kini dihadiahkan pula dengan penangan yang baru. Terasa pening pening lalat dirinya. Dannia memandang Harith dengan tajam, sebelum Dannia melangkah laju meninggalkan Harith yang masih kaku.

#####

            Di ruang tamu, Harith meraup mukanya berkali kali, entah kenapa dia merasakan sesuatu apabila melihat mata Dannia berkaca kaca. Sendu hatinya tiba tiba, mulutnya tiba tiba menjadi kaku untuk memarahi Dannia. Hatinya dengan tiba tiba berdebar kencang seolah olah melakukan acara larian. Sungguh, selama hampir enam bulan perkahwinan mereka, dia tidak pernah bertentang mata dengan sepasang mata milik Dannia. Selama ini gadis itu hanya menunduk apabila dimarahi. Tapi hari ini, saat mata hitam miliknya bertembung dengan mata hazel milik Dannia, mulutnya terkunci rapat, serapat rapatnya. Bingung dengan dirinya.
            Harith merenung tangan kanan yang menampar pipi isterinya buat kali kedua. Selama ini, tangan itu tidak pernah menampar pipi Dannia. Tapi semalam dan hari ini? Dia telah menampar pipi isterinya dengan kuat sehingga cecair merah keluar dari bibir itu. Apakah yang merasuknya? Mungkin dirinya yang masih pening dan badannya yang terasa sakit tambahan lagi tidurnya di ganggu. Kasihan isteri aku....Isteri? Hatinya terasa sesuatu. Apakah perasaan ini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Dia menidakkan apa yang terjadi padanya. Tak mungkin!! Harith menggeleng laju. Sesak nafas memikirkan ini semua. Untuk kesekian kalinya, dia meraup kasar mukanya. Hatinya gusar. Argh!! Harith menjerit kuat.
            “Honey, macam mana dengan ni. Habis basah baju I”  Suzanne merengek manja. Tangan harith dipautnya. Cuba menarik perhatian Harith yang agak bingung.
            “Suzanne, pleaseYou balik dulu. I tak berapa sihat ni. Nnanti baju I ganti lain.” Mendatar sahaja suaranya. Tiada mood mahu bercakap dengan wanita dihadapannya. Rasa bersalah lebih menguasai diri. Mendengarkan ayat yang terbit dari mulut lelaki itu, Suzanne tersenyum. Shopping time!
            “Ok honey. Bye.” Suzanne mengucup lembut pipi Harith sebelum beredar dari situ. Harith hanya diam tak berkutik dari tempatnya.

####

Sesampai di kamar, Dannia lantas menguncikan dirinya. Teresak esak manahan tangis yang ditahan. Ibu, abah tolong, Nia dah tak tahan dengan semua ini. Nia mahu pergi dari sisni. Tolong Nia ibu. Ya Allah aku dah tak sanggup menghadapi semua ini. Jauhkan aku dari semua ini. Tolong aku Ya Allah!  
Di bilik, Dannia teresak esak menahan tangis. Sakit hati bercampur dengan pedih di pipi. Sampai hati lelaki itu menamparnya dengan kuat sehingga terasa pening. Di gagahkan diri sehingga tiba ke bilik. Kerana Suzanne lelaki itu tega menyakiti dirinya. Dia merebahkan diri di katil. Hatinya pilu mengenang nasib dirinya. Sepanjang hari Dannia berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu bertembung dengan Harith lagi. Sedih kerana tuduhan tak berasas, dia menerima hukuman.
Kepalanya terasa begitu berpusing pusing. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa sakit yang kian menyengat kepala. Bunyi deringan telefon dibiarkan sepi tanpa dijawab. Setelah bunyi deringan berhenti, dia melihat panggilan yang diterima. Abang Zaf! Pantas didail kembali nombor Zafrey.
            “Assalamualaikum. Hello Abang Zaf. Kenapa call Dannia?” Dia memicitkan kepalanya berkali kali. Cuba menghilangkan rasa sakit di kepala.
            “Waalaikumsalam. Dannia ok ke?” Zafrey di hujung talian sudah keresahan mendengar suara serak Dannia seperti menangis. Hatinya berlagu bimbang.
            “O..ok. Cuma sakit kepala. Don’t worry. Kenapa call?” Dannia megutarakan soalan yang sama apabila Zafrey tidak menjawab pertanyaannya.
            “Abang ingat nak jumpa Dannia. Tapi Nia tak sihat pulak. Tak apalah kalau macam tu. Dah makan ubat belum ni? Jangan lupa makan ubat nanti ya. Abang just nak bagitahu, abang dah on the way nak pi KLIA ni. Flight abang lagi setengah jam. Jaga diri ya. Nanti ada masa turun KL, mama dah lama rindukan Nia. Take care. ” Panjang lebar Zafrey menasihati Dannia.
            “Ok bang, nanti Nia call aunty. Abang Zaf pun sama take care. Sorry Nia tak boleh nak hantar abang. Nia tak berapa sihat ni.”
            “No hal. Bye take care.”
            “Ok, bye” Dannia pantas mematikan panggilannya. Dia kembali memejamkan matanya. Setelah beberapa lama, dia terlena.

#####
            Harith di ruang tamu masih lagi keresahan menunggu Dannia keluar dari bilik. Seribu penyesalan cuba diusir dari dirinya. Namun gagal. Malah makin bertambah. Sudah dua jam dia menunggu Dannia keluar, bayang gadis itu masih belum kelihatan. Ingin menjenguk terasa malu dan ego menguasai diri. Sudahnya dia menuju ke bilik bersiap untuk keluar. Tidak betah rasanya berada di rumah itu. Dia harus keluar untuk menenangkan fikirannya yang kian berserabut tentang Dannia yang semakin mendapat tempat di hatinya.
            Kerana mahu mengusir Dannia dari hatinya, tega dia menyakiti hati dan empunya gadis itu. Langsung tiada riak kasihan dan simpati. Hatinya begitu sakit mengenangkan hatinya yang ceoat goyah. Padahal Dannia langsung tidak menggodanya, cuma entah kenapa  hati miliknya cepat sangat yang tergoda dengan Dannia. Argh.. tension aku. Apalah yang ada pada budak kampung tu. Aku ni dah tak betul gamaknya.
            Setelah bersiap ala kadar, dia mengambil kunci kereta, sempat juga mencapai beberapa helai pakaian dan disumbat ke dalam beg galasnya. Dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Dia perlu menjauhi perempuan itu. Ya, itulah yang akan dibuat. Menjauhinya. Laju keretanya memecut, dipandu kereta menuju entaj kemana. Hanya mengikut kata hatinya tanpa sedar, sudah dua jam dia memandu.. sedar tak sedar dirinya sudah berada di persimpangan menuju ke Kuala Perlis. Eh, aku nak buat apa kat sini. Termanggu sebentar, drive punya drive, keluar dari Penang pun sampai tak sedar. Parah sungguh kau Harith.
            Dia kembali teringat kejadian di rumahnya hampir 3 jam berlaku. Masih terbayang  di ruang mata bagaimana kuatnya Dannia menerima penangan tamparan daripada tangannya. Hampir sahaja tersungkur gadis itu, terasa dayus apabila memukul wanita, namun kesabarannya kian menipis dengan rengekan Suzanne yang mengganggunya dari tidur, kemarahan itu di tempiaskan pula pada Dannia. Tiba tiba dia teringat kembali pada parti yang diadakan di rumahnya malam tadi... Dia tidak dapat menggingati sepenuhnya, bagaimana dengan Dannia ya? Bila dia pulang dari kuliah? Dari mana gadis itu sehingga lewat malam baru pulang? Semalam, kalau tak silap dia menampar seseorang, siapa yang ditampar dan kenapa?
            Kepalanya memicit micit cuba mengimbas kembali apa yang berlaku. Mungkinkah?? Ya dia perasan dengan wajah Dannia sebelum dia menampar pipi mulus gadis itu. Pipi gadis iu sedikit lebam, bibir mungil itu sedikit luka. Tetapi kini dia pula menambahkan lagi luka di wajah Dannia. Harith? teganya kau menyakiti hati dan badan seorang wanita? Tiba tiba..
            ‘Dia memang patut menerima itu semua, bukankah perempuan itu yang merampas semua kehidupan kau?. Kehidupan kau tak lagi bebas, terikat dengn ikatan bodoh ni.’
            ‘Tidak Harith, dia sepatutnya dilindungi. Kau sebagai suami patut melindungi seorang isteri. Apatah lagi perempuan seorang yang lemah. Patut dihormati dan dilindungi. Bukannya sepak terajang dan caci maki yang harus diterima. Bertaubatlah Harith...’
            ‘Ah, bukan ke kau tak pernah cintakan dia, buat apa dibela dengan perempuan itu. Bukankah kau dah ada Suzanne? Dia jauh lebih cantik dan seksi berbanding dengan budak perempuan tu.’
            ‘Tidak Harith, kecantikan bukan dinilai dari luaran, isterimu jauh lebih baik berbanding dengan perempuan perempuan yang mendampingimu. Mereka Cuma mahukan kekayaan yang mengelilingimu, bukannya hati...’
            Benarkah? Arghh... berserabut dirinya dengan kata kata yang entah dari mana. sayup sayup kedengaran bergema di telinganya...hatinya masih lagi ragu...dia sendiri tidak dapat meneka perasaannya kini? Kesal? Marah? Cinta? Rindu? Sudahnya fikirannya hanya tinggal kosong dan sifar...
            

No comments:

Post a Comment