photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Wednesday 28 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab29]

Bab 29

“Yes Iq, come in.” Dannia mempelawa Iqbal namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang ke biliknya.
“Hai Nia. Macam tahu tahu je I nak datang. Instinct ke apa?” ketawa Iqbal. Dannia hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng geleng, tak habis habis Iqbal mahu mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar ayat nakal Iqbal.
“Amboi busy nya. Ni datang nak kenalkan you dengan our new CEO” mendengarkan ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Saat matanya menjamu sesusuk tubuh yang telah lama mahu di usir dalam hidupnya, dia menelan liur. Terlalu kesat seperti menelan pasir rasanya.
Sesak nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah. Tangannya yang kian menggigil cepat cepat di sembunyikan di belakang. Sedaya upaya di kawal reaksi mukanya supaya tidak ketara di penglihatan dua lelaki di hadapannya.
“Nia are you okay?” Iqbal memandang pelik wajah Dannia yang jelas berubah dengan kehadiran Harith.  
You all kenal each other ke? ” soalnya lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot. Tapi takkanlah... Iqbal memandang mereka dengan rasa yang curiga.
I...I’m okayNope, I tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia menjawab sedikit gugup. ‘Ya Allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak dapat dikesan oleh Iqbal. Sungguh, dadanya bergetar hebat di saat ini, apatah lagi berdepan dengan dua manusia ini sekaligus.
“Daniel Harith” tangannya dihulurkan. Ujar lelaki itu dengan wajah yang tenang malah sempat menghadiahkannya senyuman manis. Senyuman yang tidak mampu untuk dia membalasnya. Huluran tangan lelaki itu dibiarkan lama sebelum tangan Dannia bertaut dengan tangan kasarnya.
“Dannia” setelah itu cepat-cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman Harith mengenggam tangannya. Seolah olah memberi amaran padanya. Atau peringatan barangkali..Relaks Dannia. Cool..
“Well I harap you dapat berkenalan dan kita dapat bekerjasama di masa hadapan.” Ujar Iqbal ringkas. Dia pula mengambil tempat di hadapan Dannia dan melabuhkan duduknya di situ. Dipandang wajah Harith dan Dannia silih berganti. Aneh. Suasana diantara keduanya terasa dingin dan kaku. Lalu tanpa mahu berfikir lebih panjang, dia mengambil fail yang di hantar kepada gadis itu untuk di semak awal pagi untuk melihat dan meneliti semula.
Hampir lima belas minit meneliti, suasana masih lagi sepi. Malah kedudukan Harith dan Dannia juga masih tidak berubah. Masih berdiri di tempat yang sama. Cuma mata antara mereka masih memandang antara satu sama lain, dan sesekali Dannia melarikan wajahnya dan berpaling ke arah lain. Sangat jelas akan situasi itu, Iqbal akhirnya mengalah. Terasa bosan dengan suasana itu sebenarnya.
“Okay harap you dapat memberi tunjuk ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan I, baru lagi. I pun masih belajar. Okay Nia?” tanya Iqbal. Langsung tidak menghiraukan situasi itu. Mahu bertanya di rasakan tidak mungkin. Biarlah, suatu hari nanti pasti akan terbongkar juga. Kita tunggu dan lihat.
“Okay” jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada Iqbal, namun yakin senyumannya agak canggung. Di dalam hatinya berharap agar Iqbal membawa Harith keluar dari  biliknya secepat mungkin. Dadanya sudah tidak tahan dengan rasa semput untuk bernafas. Seakan faham dengan situasi itu, Iqbal mengajak Harith keluar dari situ.
“Jom Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith berbual di biliknya. Masih banyak yang mahu di bualkan dengan sepupunya itu. Mahu selidik serba sedikit tentang kehidupan Harith. Manalah tahu jika dia dapat informasi tentang suasana yang berlaku sebentar tadi. Dannia yang mendengar ajakan itu sedikit hairan.
 ‘Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, dorang kenal satu sama lain ke? Kawan ke?’
“Kau keluar dulu. Aku nak stay sini jap. Ada benda nak discuss.” Iqbal memandang Harith, mukanya sedikit terpinga pinga. Discuss? Baru masuk hari ni dah nak discuss segala? Biar betul...tapi tentang apa?
“Amboi semangatnya kau. Biar betul kau ni? Nak discuss apa pulak?”. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk berborak sebelum lelaki itu mula bekerja tertunda. Kini hatinya melonjak ingin mengetahui apa yang mahu di bincangkan oleh Harith.
“Adalah, tak lama pun. Kau keluar dulu ok?” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah Nia. Masih merenung tajam seraut wajah ayu milik Dannia. Ah, lama sungguh dia tidak melihat wajah itu, hampir sebulan setelah pertemuan secara tidak sengaja antara mereka. dan hari ini sekali lagi mereka bertemu. Dengan situasi yang berbeza di mana gadis itu menjadi pekerja bawahannya. Kali ini pasti dia tidak akan terlepas. Desis hatinya. 
“Ok la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati pintu. Kepalanya di garukan beberapa kali. Walaupun dia hampa dengan arahan Harith yang mahukan dia beredar dahulu dan sekaligus mematikan niatnya untuk terus berada di bilik itu.
“Nia, hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy tau. Jangan terpedaya dan terpikat. Ingat kat saya sikit..” Pesannya dan serentak ketawa yang dibuat buat sebelum melangkah keluar.
Yeah, of course I will” jawabnya bersama senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Dannia. Setelah yakin Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan kembali menghampiri Dannia yang masih kaku dan berdiri statik di tempatnya seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku.
Berubah wajahnya apabila Harith menekan tombol pintu biliknya. Lelaki itu kembali melangkah menghampirinya. Setiap langkah Harith mengundang debar di hati. Sangkaannya selama ini dia cukup kuat dan yakin untuk berdepan dengan Harith. Namun ianya tidak mudah yang di sangkakan. Benarlah kata orang, jangan terlalu yakin jika kita masih belum yakin dengan apa yang bakal mendatang. Kini semuanya terbentang di depan mata dan ini realiti yang terpaksa dia hadapinya sekarang.
 Suasana di dalam sunyi. Masing masing diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan lelaki itu dengan renungannya. Dia hanya membutakan matanya dengan kehadiran lelaki itu. Tangannya membelek fail yang berada di depannya. Cuba fokus apa yang yang di baca. Berharap agar Harith akan memahami akan kesibukannya dan keluar dari bilik itu.
“Nia apa khabar?” akhirnya dia bersuara, mengalah dengan kebisuan Dannia yang ternyata dingin bagaikan ais beku. Dari penglihatannya, Dannia sudah berubah, gaya, pertuturan yang matang, dan paling ketara wajahnya yang dingin apabila berhadapan dengannya. Kecantikan wajahnya yang semakin cantik dan ayu, bertambah menyerlah dengan mekap yang tipis.
“Nia sihat?” Dannia malas mahu menjawab, pantas membelek kertas yang berada dihadapannya dengan  sedikit kasar. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan sepi.
“Nia, abang tanya ni. Kenapa diam?” Harith masih tidak berputus asa bertanya khabar.
Huh, sejak bila mamat ni membahasakan dirinya sebagai abang. Jangan harap aku nak panggil kau macam tu. ‘tak takut ke jatuh  standard bahasakan diri kau tu abang dengan perempuan kampung macam aku ni’. Dannia masih lagi membisu. Harith pantas merampas fail yang berada di tangan Dannia.
“Apa yang nak dibincangkan?” kepalanya didongak untuk memandang Harith. Pandangannya berlaga dengan anak mata hitam pekat milik Harith. Lama. Segera Dannia mengalihkan pandangannya apabila dirasakan hatinya berdetak kian kencang dan kalah dengan panahan mata itu.
“Nia sihat?” Harith masih menagih jawapan.
As you can see” jawabnya selamba walaupun nada suaranya terasa bergetar namun masih mengekalkan kedinginannya.
“Family Nia? Nia ke mana menghilang selama ni?” soalnya lagi. Begitu susah untuk mendengar suara Dannia. Seolah olah ada emas di dalam mulutnya.
That is my personal. Tak ada kena mengena dengan you” Sibuk je nak tahu. Bukannya selama ni Harith peduli akan dirinya. Buat apa susah susah nak bagi report pada Harith. Buang masa aje.
Harith tersenyum dengan jawapan Dannia. Masih marah, desis hatinya. Namun dia suka dengan penampilan baru isterinya. Nampak begitu yakin di tambah dengan satu sut persalinan yang agak sesuai dengan jawatan yang disandang.
That is my personal too. You’re my wife Nia. Hal yang berkaitan Nia akan jadi hal abang jugak. Jangan nak nafikan tentang itu” tungkas Harith pantas. Tiada kedengaran lagi bahasa ‘nama dan awak’ kini diganti dengan ‘I and you’. Jelas jelas Dannia mahu membina tembok antara mereka. membina satu tembok yang susah untuk menembusinya.
“Do I know you, Encik Harith? Jangan nak perasan, Encik Harith. I takkan kongsi my personal dengan sesiapa pun including you.” Sakit hatinya dengan pertanyaan Harith. Pedih hatinya mengenangkan status yang disandang di samping lelaki itu. Layakkah Harith mahu bertanyakan perihalnya setelah bertahun lama dia dibuang dari kehidupan lelaki itu dan tidak dihiraukan.
Berubah wajah Harith dengan soalan Dannia. Mungkinkah itu salah satu niat Dannia untuk membuatnya sakit hati. Kalau benar, ya hatinya terasa sakit dan sayu apabila isterinya sendiri seolah olah tidak mengenali dirinya. Disangka pertemuannya kali ini akan membuatkan angan angannya menjadi realiti di mana Dannia akan menerimanya seperti dahulu. Nampaknya dia terpaksa akur, Dannia kini dan dulu sudah banyak bezanya. Dannia yang dulu sudah pasti akan berlembut hati untuk menerimanya kembali tanpa teragak agak.. tetapi jika sekarang.. Harith nampak kabur.
“Nia masih marahkan abang kan?” Harith sengaja ingin menduga Dannia dan menanti dengan sabar. Wajah Dannia yang dingin dan tiada perasaan dipandang. Mencari jika ada riak wajah yang terpamer. Hampa, tiada langsung.
“Dah la Encik Harith. Kalau tak ada apa apa lagi sila keluar dari bilik ini. I ada banyak lagi kerja nak buat” Harith tidak mempedulikan arahan Dannia, malah mengambil tempat duduk bertentangan dengan gadis itu. Diamati wajah Dannia dari dekat. Diikutkan hatinya, mahu sahaja memeluk Dannia. Rindunya pada Dannia hanya Tuhan yang tahu.
Dannia yang bangun mengejut membuatkan Harith tersentak. Muka Dannia yang merah padam dipandangnya sebelum gadis itu melangkah laju menuju ke arah pintu. Belum sempat tangan Dannia mencecah tombol pintu, Harith menarik kuat lengan Dannia. Tarikan yang kuat menyebabkan mukanya tersembam di dada Harith. Lantas tangan Harith merangkul erat tubuh Dannia yang kecil itu.
“Apa ni Encik Harith” Nia meronta di dalam pelukan Harith. Tangan kasarnya memaut keras pinggang Dannia, malah mengeratkan lagi pelukannya ke tubuh itu yang kian kuat meronta. Terasa lekuk tubuh Nia yang hangat di badannya. Namun sekuat mana rontaan Dannia langsung tidak dapat melawan tubuh sasa dan tenaga lelaki Harith.
 “Lepaskan.....” jeritan kecil Nia terhenti apabila terasa kucupan di bibir mungilnya. Terkejut bukan kepalang dengan perbuatan Harith yang berani. Bulat matanya memandang Harith. Dannia sedaya upaya melepaskan mulutnya dari bibir Harith. Setelah beberapa minit bibirnya dilepaskan. Sesak nafas dirasakan. Namun pelukan dibadannya masih jitu bersatu dengan Harith.
“Abang rindukan sayang” Harith berkata perlahan. Sebuah kucupan dihadiahi di dahi Dannia. Dia langsung tidak mempedulikan kata rindu yang diucapkan oleh Harith. Pelukan Harith sedaya upaya dileraikan.
“Lepaskan saya Encik....” sekali lagi bibirnya dipagut, kali ini terasa bibir Harith menekan lembut bibirnya. Namun kali ini Nia tidak meronta lagi. Dirinya statik tidak bergerak. Terasa lemas dengan kucupan Harith. Sayu hatinya dengan perbuatan Harith. Sampai hati Harith melakukan perbuatan ini padanya. Tiba tiba sahaja diri Nia menolak kuat tubuh Harith menyebabkan tautan bibir mereka terlerai. Harith yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Nia mengesat bibirnya dengan telapak tangan. Matanya berkaca kaca memandang Harith yang kaget. Sedaya upaya menahan air mata yang mula bertakung di tubing matanya. Lantas pintu bilik Nia dihempas.
Nia melangkah laju menuju ke tandas. Dia perlu mententeramkan hatinya yang gundah itu. Didalam bilik, Harith meraup muka berkali kali. Menyesal dengan perbuatannya, sikapnya yang terburu buru menyebabkan Nia terluka. Kemudian Harith perlahan meninggalkan bilik Dannia dan menuju ke biliknya. Hatinya turut gundah mengenangkan sikap Dannia yang dingin. Gadis itu awal awal lagi telah membina benteng untuk menjauhinya, ‘Bagaimana harus ku pujuk Nia’.
Dibilik air, Nia teresak esak menahan tangisnya. Lama dia berteleku di dalam bilik air. Ingin keluar bimbang staff yang lain melihat wajahnya yang mendung dan matanya yang merah. Segera dia mencapai telefon bimbit yang berada di dalam poketnya dan menaip mesej untuk mengambil emergency leave. Kepada Iqbal mesej itu diberitahu, bimbang jika ada yang tercari cari.




Kereta Dannia meluncur laju diatas jalan raya. Dia mengerling ke arah jam di dashboard, baru pukul 3.50 petang. Patutla jalan tak sesak, awal lagi rupanya. Dannia berkira kira untuk menuju ke arah tasik, iaitu satu satunya tempat yang selalu dikunjungi pada waktu lapang ataupun ketika dilanda masalah. Hatinya perlu tenang sebelum kembali ke rumah. Dia tidak mahu Hanna mengetahui keadaannya. Hanna tidak perlu tahu tentang ini. Biarlah Hanna tidak mengetahui tentang keberadaan Harith di Kuala Lumpur.

            Hatinya merintih, mengapa perlu berjumpa lagi dengan Harith. Tidak cukup lagikah lelaki itu ingin menyeksa hidupnya. Harith telah banyak melukakan hatinya semenjak bergelar isteri kepada lelaki itu. Harith tidak segan silu menghina dirinya yang kekampungan. Mulut lelaki itu lancang mengatakan dirinya jijik dan tidak setaraf dengan dirinya yang kaya. Malah dirinya dibuat perbandingan dengan koleksi teman wanita Harith yang up to date. Dirinya di cemuh sepanjang hari dan setiap masa. Tak cukup dengan itu, Harith tidak langsung menghormati dirinya sebagai isteri apabila membawa balik teman wanita ke rumah. Dirinya dijadikan sebagai orang gaji, setiap kesalahan yang dilakukan pasti akan mendapat cacian.

            Masih tersemat kukuh di ingatannya, pernah sekali di rumah mereka diadakan parti untuk menyambut ulang tahun kelahiran Harith. Harith menjemput ramai kawan kawannya datang. Kawan kawan perempuan dan teman wanita Harith yang menghadiri pula berpakaian yang menjolok mata, tanpa segan silu berpeluk dan bercumbu antara satu sama lain. Hati Dannia benar benar hancur melihat sendiri suaminya berpelukan dengan wanita lain. Erat tangan tersebut melingkari pinggang tanpa melepaskannya. Teman wanita Harith yang menghadiri majlis tersebut memandang sinis ke arah Dannia. Malam itu dia hampir hampir menjadi mangsa usikan nakal rakan rakannya. Harith hanya memandang sekilas ke arahnya tanpa menolong. Harith hanyut dengan dunianya tanpa meghiraukannya. Tanpa menunggu lebih lama, dia berlari menuju ke bilik lalu mengunci biliknya. Teresak esak tangisannya sehingga ketiduran. Di mana tanggung jawab Harith ketika itu. Apakah layak dia memberi kemaafan buat lelaki yang hampir membuatnya hilang kesucian?          
Tidak cukup dengan itu, pada pagi keesokkan harinya, Dannia turun dengan niat untuk mengemaskan rumah. Setibanya di tangga, terbeliak matanya memandang suaminya yang tidur di atas sofa di ruang tamu memeluk teman wanitanya. Mengucap panjang hatinya. Segera Dannia mengejutkan mereka yang enak dibuai mimpi, tanpa sengaja kakinya tersepak barang lalu tangannya tertepis air yang berada di atas meja tersebut. Apa lagi, teman wanitanya menjerit nyaring segera bangun dan menampar pipinya. Tak cukup dengan itu, difitnah olehnya mengatakan Dannia sengaja menjirus air ke arahnya. Harith pantas berdiri menghadiahi, tegang mukanya lalu sebiji penampar di hadiahi padanya tanpa mendengar penjelasan dari Dannia. Perit pipinya menahan sakit. Terasa darah pekat mengalir di celah celah bibirnya. Terasa bengkak dan sengal seluruh wajah. Apakah layak lelaki itu masih mahu berdiri di tepinya di saat dia bulat bulat tidak pernah percaya dengan apa yang mahu dibicarakan? Pada waktu dia memerlukan seseorang di sisinya?
            Penangan yang diterima daripada Harith menyebabkan Dannia demam tiga hari. Sepanjang dia sakit tidak pernah sekali pun Harith menunjukkan dirinya. Makan minumnya ditanggung sendiri. Sejak hari itu, dia jarang bertembung dengan Harith. Manakan hendak berjumpa jika Harith keluar disaat Dannia pergi ke kuliah, malamnya pula pulang ketika dia sedang nyenyak dibuai mimpi. Begitulah kehidupan hariannya sepanjang menjadi isteri kepada lelaki itu. Harith langsung ciri ciri lelaki bertanggungjawab. Malah dirinya dibiarkan keseorangan ketika di dalam kesusahan.. Tidak! Dia tidak boleh menerima lelaki yang seenaknya mencampakkan dirinya sesuka hati tanpa belas kasihan.
            Harith tidak pernah peduli tentang dirinya. Harith mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Tidak pernah memberinya nafkah zahir. Sikap Harith yang panas baran selalu menjadikannya mangsa untuk melempiaskan amarahnya. Dirinya dimarahi sesuka hati walaupun jelas jelas bukan salahnya. Walaupun berkali kali dia menyatakan redha dengan itu semua. Tetapi hatinya tidaklah seikhlas itu. Dia masih punyai hati dan perasaan sebagai manusia yang khilaf dengan rentetan hidupnya.
Hanya satu yang masih tidak di abaikan, tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah di abaikan. Di jaga makan minum Harith. Baju Harith sentiasa digosok setiap kali lelaki itu ke pejabat. Rumah yang didiami bersama Harith dijaga sebaik mungkin. Namun semua itu dibutakan oleh pandangan Harith.
            Harith bijak memainkan peranannya, apabila ibu bapa ataupun adiknya datang melawat Harith melayannya dengan baik. Dirinya pernah diugut supaya bekerjasama untuk berlakon di hadapan keluarganya. Kadang kadang dia terfikir perangai Harith yang agak berbeza dengan sikap kedua mentua dan adik iparnya. Mereka melayaninya dengan baik dan menatang Dannia bagai minyak yang penuh. Adik iparnya pula terlalu manja dengannya, malah dijadikan tempat mengadu jika merajuk dengan ibu bapanya. Dannia terlalu menyayangi keluarga mentuanya. Kerana itulah dia tidak sanggup melukakan hati mereka. Mereka terlalu baik untuk disakiti. Biarlah dia yang menabggung beban itu seorang diri.
            Genap 6 bulan perkahwinannya, dirinya digantung tak bertali. Bukan salahnya, adik iparnya Iman Adira yang kebetulan datang kerumah tanpa diundang amat memeranjatkan Harith dan Dannia. Waktu itu, suara Harith yang nyaring memarahinya dihadapan teman wanita. Mereka bertekak hebat, seolah olah berdebat untuk mencari pemenangnya. Teman wanita Harith hanya tersenyum sinis melihat dirinya dimarahi. Iman pada ketika itu sempat menyaksikan penampar sulung Suzanne yang hinggap pada pipinya, Iman Adira pantas menuju ke arah Suzanne dan menolak keras tubuh itu sehingga terjelepuk jatuh. Mengamuk sakan adik iparnya dan nyaring suara Iman Adira memarahi Harith serentak itu menarik tangan Suzanne dan menampar pula pipi gadis itu. Tamparan Harith yang mengenai pipi adiknya membuatkan Dannia terpana. Segera Nia menarik tangan Iman Adira menjauhi Harith. Mengalir air mata dipipi mulus Iman Adira, tidak disangka disebalik sifat abangnya yang penyayang itu terselit satu sifat yang keji. Tergamak membiarkan kakak ipar kesayangannya dihina dan hampir ditampar oleh Suzanne. Kemarahan Harith yang meluap luap menyebabkan mereka dihalau. Kepada Dannia Harith mengatakan dirinya akan digantung tak bertali, Harith menghilangkan diri di dalam rumah sebelum muncul dengan sebuah beg besar milik Dannia. Dititipkan kata buat Nia yang mengharamkan kakinya untuk kembali ke rumah itu lagi. Dicampak beg itu sehingga berteraburan isi didalamnya sebelum pintu besar rumah dihempas kasar. Pilu hatinya seakan mahu pecah. Hatinya hancur bagai dihiris lumat. Dirinya dihalau bagaikan pengemis tanpa sebarang kasihan.
            Iman Adira menangis teresak esak disampingnya meminta maaf, disebabkan dirinya  Dannia dihalau dan dan digantung tak bertali. Iman Adira mengajak kakak iparnya untuk pulang ke banglo mertuanya tapi ditolak mentah. Takut akan kesihatan ibu mertuanya yang menghidap sakit jantung, dia melarang keras Iman supaya merahsiakan daripada papa dan mamanya.
            Petang itu juga Dannia membawa diri pulang ke kampung halaman. Membawa hati yang lara. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, air matanya tidak berhenti mengalir, penumpang disebelah gelisah memandang dirinya. Setibanya di kampung, keluarganya memandang dengan riak terkejut kerana membawa pulang beg besar di tangannya. Ibunya menyuruh dia berehat dahulu dan membersihkan diri. Resah hati melihatkan anak perempuan tunggal kesayangannya yang sembab dengan air mata.
            Malam itu, abangnya yang sulung  datang menagih jawapan. Mungkin ibunya yang menelefon abang Long. Angah dan abahnya pula berada di samping abang Longnya hanya mendiamkan diri menunggu bicara yang keluar dari mulutnya. Setelah di desak beberapa kali, akhirnya Dannia menceritakan dari awal sehingga akhirnya. Malam itu, suasana rumahnya tegang sekali. Jelas kelihatan muka abang Long dan angahnya merah menahan marah. Sakit hati pada Harith kerana melakukan perbuatan itu pada adik kesayangannya. Uminya pula tidak habis habis mengalirkan air mata, tidak disangka keputusan untuk berbesankan keluarga kawan baiknya Rosma yang ingin memperisterikan Dannia untuk anaknya membawa musibah. Hatinya turut menyesal dengan itu semua.
            Mereka sekeluarga berpakat pergi ke Penang untuk menyelesaikan masalah pengolakan rumahtangga Dannia, tetapi ditentang cadangan itu. Merayu dan melutut supaya masalah ini tidak boleh diketahui oleh keluarga mentuanya. Bimbang akan kesihatan ibu mertuanya yang kian merosot tambahan pula masalah jantung ibu mertuanya. Mendengarkan alasan itu, abah dan serta dua abangnya bersetuju untuk bersua muka dengan Harith sahaja. 
            Keesokan harinya, setelah bersarapan, abah dan dua abangnya bertolak ke Penang. Kedatangan mereka yang tidak diundang disambut oleh seorang wanita yang agak seksi yang hanya memakai singlet putih bertali halus dan berseluar ketat separas peha. Disangka salah alamat, kemudian terjengul wajah Harith disamping wanita itu sambil memeluk pinggang ternyata mengejutkan mereka sekali lagi. Terpandangkan wajah wajah yang berada di pintu pagar rumahnya hanya dihadiahi senyuman sinis. Tanpa mempelawa mereka masuk, Harith sekadar bertanya tujuan datang.
            Kedatangan abah dan abangnya dihina. Hampir bertumbuk angah dan Harith. Sakit hati pada Harith yang tidak menghormati abah dan abangnya semakin meluap luap. Lelaki itu dirasakan terlalu biadap dan kurang ajar. Malah Harith tidak segan silu untuk menelefon polis supaya mereka pergi dari situ. Kepulangan abah dan abang abangnya mengkhabarkan berita yang hampa dan melukakan. Dannia hanya mampu menangis. Tiada sekumitkah perasaan hormat pada ibu bapa dan ahli keluarganya di mata Harith? Sampai hati Harith sanggup menghina dan mencaci keluarganya. Mentang mentanglah keluarganya kaya raya dan ramai pengaruh. Sanggup dia menggunakan kesempatan ini untuk menghina dan mengugut keluarganya. Dannia hanya mampu pasrah pada takdir.
            Setelah sebulan peristiwa itu, keluarganya nekad untuk berpindah dari kampung itu. Keluarganya tidak tahan melihat dirinya difitnah yang mengatakan perkara buruk buruk tentangnya. Entah dari mana fitnah itu datang dan tersebar, dalam tempoh itu, dia membuat surat pertukaran universitinya dan ditukarkan ke Universiti Skudai, Johor. Keluarganya termasuk abangnya yang sulung yang sudah berkeluarga itu juga turut berpindah. Mereka semua membawa diri ke Johor, tempat kelahiran abahnya. Mereka sekeluarga berpindah ke Johor untuk memulakan hidup baru.

            Nekadnya dalam hati agar melupakan sebaris nama dan seraut wajah yang satu itu.



       Laungan azan menyentakkannya. Beristighfar panjang dirinya. Lama betul termenung mengingati peristiwa hidupnya yang menjadi sejarah. Lantas diseka air mata yang hampir kering di wajah. Laungan azan maghrib membuatkan dia kembali ke alam nyata. Segera bangun dari kerusi panjang yang didudukinya tadi. Langkahnya diatur menuju kearah kereta miliknya. Suntuk maghrib barulah Dannia tiba di rumah teres miliknya.

No comments:

Post a Comment