photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Monday 19 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab27]

Bab 27
            Hari ini Dannia mengenakan pakaian ringkas ke pejabat. Sekadar  berkemeja violet berlengan pendek dan seluar slack hitam. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang putih melepak. Rambutnya yang beralun cantik diikat tepi. Namun tidak mencacatkan wajah si pemakaian yang kelihatan anggun dan cantik. Dannia sekadar mengenakan solekan nipis. Bibirnya yang sedikit pucat dioles dengan sedikit lipgloss merah jambu. Cantik. Langkahnya ke pejabat hari ini dengan penuh yakin dan bersemangat. Setiap langkahnya di pejabat, ramai pekerja lelaki yang menoleh memandangnya. Dannia hanya membalas dengan senyuman nipis
            Suasana riuh di pejabat pagi itu amat pelik baginya. ‘kenapa pelik sangat hari ni.’ Dannia menghala ke arah Mira setelah barang pejabatnya diletakkan dalam bilik yang disediakan khas untuknya.
            “Oit Mira, apasal aku tengok hari ni riuh semacam je ni” semua mata memandang ke wajahnya tepat.
            “Kenapa? Aku ada buat salah ke?” gugup dirinya.
            “Kau tak tahu ke hari ni anak Encik Badrul masuk” bersinar mata Mira menjawab.
            “Hari tu kau kata minggu depan. Hari ni baru hari Rabu kan.” Nia buat muka peliknya. ‘Ke hari ni hari Isnin?. Aku silap hari ke ni’.
            “Dia tak jadi masuk minggu depan, sebab ada mesyuarat, dia kena attend meeting ni.”
            “Oooo” bulat mulutnya menjawab. Bunyi deheman suara Encik Badrul memeranjatkan mereka. Segera bergerak kembali ke tempat masing masing.
            Dannia kembali masuk ke dalam biliknya. Beberapa pekerja yang di tempatkan diluar biliknya sedang bersapa dengan Encik Badrul dan seorang lelaki. ‘Mungkin anak Encik Badrul kot’ dia membuat andaian sendiri. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya dibuka.
            “Selamat Pagi Encik Badrul’” sapanya mesra beserta senyuman.
            “Pagi Nia. Come i want to introduce my sonHe will takeover my place. Aiman Iqbal.” Dannia mengalihkan pandangannya ke arah pemuda tersebut. Bulat matanya memandang dengan riak terkejut. ‘Iqbal’. Muka Iqbal tersenyum lebar dan menunjukkan tanda peace.  
            “Iqbal” Dannia tesenyum gembira.
“Hai Nia” Iqbal tersenyum membalas. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah yang menjadi pujaan hatinya.
            “You all kenal each other ke?” soalan Encik badrul kehairanan.
            “Yup, kami study satu U kat London dulu pa. Kenal sangat dengan Nia ni” panjang lebar Iqbal menjawab.
“Baguslah kalau macam tu, papa harap lepas ni senang lah kamu bekerjasama. Apa apa hal, kamu rujuk dengan Nia ok?.” Pandangannya terarah ke arah wajah anaknya yang terlebih gembira berjumpa Dannia.
            “Kalau macam tu papa keluar dulu” Encik Badrul melangkah keluar dari bilik Dannia meninggalkan Iqbal. Setelah pintu di tutup Iqbal lantas mengalihkan kembali memandang wajah dannia.
            “So... lama tak jumpa Nia. Lepas balik dari London terus menyepi ya?” Dannia sekadar tersenyum. Bukan niatnya ingin menyepi diri. Dirinya begitu sibuk menguruskan diri mencari rumah sewa dan mencari pekerjaan. Kerana kesibukan itulah Dannia terlupa terus pada Iqbal yang telah banyak membantunya selama berada di London.
“Maaflah. Nia sibuk kebelakangan ni.” Jelas Nia. Bimbang juga Iqbal takut berkecil hati dengannya.
            “Urm tak pe. Iq faham. Don’t worry. Tak ambil hati pun.”
            Mendengarkan kata kata Iqbal, Dannia menarik nafas kelegaan.
But, you must pay for this” sambung Iqbal. Nah.
“Er apa dia?” Teragak agak Nia sambil  mengerutkan dahinya. ‘comel’.
“Macam biasa, lunch date. Boleh?” Dah agak dah si Iqbal ni. Memang tak ada benda lain di minta. Tak berubah ubah perangai. Aduhai.
“Bolehlah, but not just to of us. Nanti merajuk pulak kawan Nia. Kita pergi berempat boleh?” Iqbal mengangguk riak kecewa cuba dikawal agak ketara di pandangan  Nia. Susah betul nak keluar berdua dengan Nia. ‘tak apalah, mungkin boleh pada hari lain’. Bukan ke hari ini sahaja, aku berjumpa dengannya. Setiap hari.
            “Kita jumpa lunch nanti” Iqbal bangun untuk keluar dari bilik Nia.
“Ok. Bye” Nia lantas membelek report yang harus disiapkan olehnya. Iqbal pula menuju ke bilik ayahnya yang kini menjadi miliknya. Walaupun hanya sekadar timbalan CEO. Iqbal tidak kisah akan itu semua. Hasratnya mahu menjadi peguam tidak tercapai apabila papa mendesaknya bekerja di syarikat itu. Seboleh bolehnya dia ingin membuka syarikat firguama sendiri.oleh kerana kesihatan papanya tidak begitu sihat, dia memutuskan dahulu untuk menggantikan ayahnya.
            Namun tak disangka olehnya akan ditemukan dengan Nia. Hatinya melonjak gembira. Terasa mahu menjerit. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan yang tahu. Telah lama dia memendam perasaan sayang dan cinta buat gadis itu. Namun belum punya kekuatan untuk meluahkannya. Takut Nia bertindak menjauhkan diri darinya. Biarlah dahulu. Takkan lari gunung dikejar. Bukannya Iqbal tidak tahu sikap Nia. Gadis itu terlalu mementingkan persahabatan. Mana mana lelaki yang ingin berkenalan darinya disambut hanya sekadar sahabat. Tidak lebih dari itu.
            Ketukan pintu berbunyi sebelum tersembul wajah Iqbal tersengih di muka pintu. Namun tidak masuk, badannya hanya disandarkan pada pintu sambil menyilangkan tangannya.
”Jomla. banyak lagi kerja you yang belum siap?” dilihat Nia hanya memandangnya sekilas sebelum beralih pada kertas yang bersepah di meja Nia.
“Jap, Nia kemas dulu. Masuk la dulu.”
            “tak pe, Iq tunggu kat sini je. Take your time” Dannia mengemas meja dan menyusun kertas kertas yang bersepah sebelum di masukkan ke dalam fail. Setelah selesai, laju tangannya mengambil tas tangan kemudian keluar beriringan dengan Iqbal. Mira dan Kak Leha hanya memerhati dari tempat mereka. Pelik agaknya.
            “Duk pandang apa? Jom la lunch” terkebil kebil mereka memandang Dannia yang sudah berdiri di pintu lift.
“Encik Iqbal follow kita lunch.” Sambungnya lagi setelah tiada sahutan daripada mereka bersua.
 “Korang ni kenapa diam je dari tadi”. Sergah Nia.
            “Tak de pe la. Betul ke Encik Iqbal ikut sekali ni.” Teruja betul si Mira ni. Macam jumpa artis pulak. Apa nak jadi pada sahabatnya yang seorang ni. Pantang nampak jejaka handsome, cepat je perasaan teruja tu datang. Tak cover langsung. Buat malu aku jer.
            “Hai Encik Iqbal” Mira dan Kak Leha menyapa serentak. Mira  tersenyum malu malu kucing. Datang dah penyakit miangnya. Huih.
“Hai” Iqbal membalas pendek. Takut dikatakan sombong.
“Jomla naik kereta Iq, Iq nak makan kat Restoran masakan Timur. Dengar kata restoran tu baru buka.” Nia memandang dua manusia didepannya meminta persetujuan. Melihat anggukan pada Mira dan Kak Leha Nia hanya menurut.
“Ok”’ Lantas Nia menapak masuk ke dalam kereta perdana hitam milik Iqbal.
            Sesampai mereka di sana. Mereka memilih makanan yang disediakan secara catering dan lantas menjamu selera. Sambil makan mereka bercerita dan bergelak ketawa. Macam macam cerita yang di kongsi oleh mereka. keramahan Iqbal amat menyenangkan mereka. pada mulanya agak segan untuk berbicara. Namun ternyata Iqbal pandai memainkan peranannya dalam mebuat lawak. Tidak disangka oleh Mira dan Kak Leha, pada pertama kali berjumpa dengan Iqbal semasa sesi perkenalan, Iqbal amat lokek dengan senyuman, malah dikatakan sombong dan angkuh. Andaian itu meleset sama sekali dan pandangan mereka terhadap Iqbal berubah terus.
            “Erm, you all nak tahu tak, Nia ni dulu time kat London ramai tau peminat. Tak terlayan dia ni” Iqbal memulakan perbualannya. Matanya merenung Dannia sambil tersenyum. Mira dan Kak Leha sudah tersengih sengih.
            “Ala kat pun sini apa kurangnya En. Iqbal, tiap tiap hari terima bunga tau. Bukan calang calang orang kat depan kami ni.” Kak Leha menggiat Dannia yang berada di depannya bersebelahan Iqbal. Dannia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Suka sangat mengusiknya.
            “Mengarutlah korang ni kan? Saja jer nak bagi aku segan” dalam marah bergurau Dannia menangkis penyataan itu.
            “Eleh, tak nak mengaku pulak.”
            “Ye ke? Hai melepas lah I, dah lah time kat London dah ramai pesaing. Kat sini lagi ramai rupanya” Iqbal mengeluh, saja mahu mengusik Dannia. Tapi itulah kenyataannya. Dia sengaja berkata begitu untuk bagi hint. Entah faham ke tidak Dannia ni, naif sangat, tapi itulah wanita yang membuat tidurnya tidak lena saban hari.
            “Hah tengok, lagi sorang peminat kau Nia. Terima jelah Encik Iqbal ni.” Mira mencelah. Mahu melihat reaksi Dannia yang agak kelam kabut.
            “Korang percaya lah sangat kat Iqbal ni. Suka sangat menyakat orang, bab mengenakan orang memang nombor satu. Lepas ni korang kena  berhati hatilah ya.” Dengan selamba Dannia mengenakan Iqbal. Iqbal melopong, dalam diam dia terkena kembali. Kak Leha dan Mira ketawa sakan melihat muka Iqbal yang sudah kelat dan masam mencuka. Adeh, buruknya. Hahahahahaha....



No comments:

Post a Comment