photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Saturday 23 November 2013

Terikat Cinta [BAB 1]




Bab 1

Dyana Kamilia mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Kepalanya sudah cukup berserabut memikirkan di mana mahu mencari duit untuk perbelanjaan adiknya yang bakal mengambil peperiksaan PMR. Sudah beberapa kali adiknya mengadu supaya menjelaskan bayaran itu, jika tidak, adiknya akan tersingkir atau lebih mudah dikatakan tidak layak untuk mengambil peperiksaan itu. Dia tidak mahu membiarkan nasib adiknya menjadi seperti dirinya yang hanya lepas setakat SPM. Bukannya dia tidak pandai,malah dirinya adalah pelajar yang terpintar di sekolah tapi kerana keadaan yang terdesak di arus kemiskinan dia tidak dapat meneruskan pelajarannya. Tidak sampai hati pula dia mahu menyusahkan lagi  neneknya yang sudah tua.
            Walaupun Nek Zah menyuruhnya menyambung lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dia menolak dengan baik. Jika difikirkan kembali, mahu tergadai tanah yang mereka duduki sekarang. Jika itu semua terjadi, dimana mereka sekeluarga mahu tinggal? Inilah satu sarunya tinggalan arwah atuknya walaupun hanya sekangkang kera. Kehidupan mereka sekarang pun sudah cukup naif. Bergantung pada tanaman yang ditanam di belakang rumah mereka. hanya sayuran yang dijadikan lauk dan ulaman. Kalau ada rezeki lebih bolehlah mereka merasa ikan hasil sedekah daripada tauke keli, kolam ikan ait tawar yang dijaga oleh adiknya Syaqir.
            “Along..aku nak berhenti belajar boleh?” melihatkan kakaknya yang diam membisu sekali lagi dia bersuara. Sedikit teragak agak.
            “Aku nak tolong kau dapatkan duit untuk rawatan Nek Zah” teragak agak lelaki yang berusia awal belasan tahun, begitu berhati hati menutur kata. Begitu cekal dengan hidup mereka. Tak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya yang serba kekurangan. Malah tiket itu mengajarnya supaya lebih cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang akan mendatang. Kehilangan ibu bapanya beberapa tahun lalu tidak pernah menjadikan dirinya berputus asa dan hilang arah. Malah mengajar anak muda itu lebih berdikari untuk berdiri di kaki sendiri tanpa bantuan.
            “Qir, jangan kau hampakan harapan mak dan ayah. Kau dah lupa harapan mereka nak tengok kita berjaya? Dah lupa itu semua?” Dyana Kamilia mengalihkan pandangannya dari menatap akhbar. Tangannya yang leka menconteng dan membulatkan sesuatu pada kertas itu terhenti tiba tiba. Pandangannya menatap wajah Syaqir yang mengikut wajah arwah bapanya.
            “Aku tak pernah lupa semua tu. Tapi tengoklah keadaan kita sekarang ni. Mana kita nak cekau duit sebanyak tu. Aku tak nak sesuatu menimpa Nek Zah. Aku tak nak susahkan dia lagi.” Dia benar benar berharap agar kakaknya bersetuju dengan cadangannya. Dia bukannya suka suka bagi cadangan tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Sudah dua hari dia berfikir akan wajarnya dia berhenti belajar.
            “ No, aku tak benarkan. Kau mesti teruskan pelajaran sehingga berjaya. Pasal duit, kau jangan bimbang. Aku akan cari. Cuma kau yakinkan cikgu kau pasal bayaran yuran tu. Bagi tempoh sehingga hujung bulan.” Dyana Kamilia bertegas. Suaranya mendatar cuba menahan rasa sebak. Dia meneruskan menatap akhbar dan kembali menconteng iklan yang terpapar. Wajah Syaqif mengingatkannya pada arwah ayah. Saling tak tumpah.
            Tapi kak..” dia ingin membantah tapi jelingan maut mematikan niatnya untuk meneruskan niatnya.
            “Untuk kali ni, tolong dengar nasihat aku. Aku mohon sangat..jangan buat aku rasa makin tertekan.” Untuk kali ini dia rasa tidak kuat melawan perasaannya. Lantas dia bangun meninggalkan Syakir yang masih bertinggung di sisinya. Terpaksa akur dengan kehendak kakaknya. Mungkin benar kata kakaknya itu, sedikit sebanyak dia kembali berfikir akan kebenaran yang dikatakan sebentar tadi.
            Dyana Kamilia berjalan menyusuri jalan menuju ke tempat yang selalu dikunjunginya ketika menghadapi masalah mahupun ketika berserabut. Tempat yang nyaman tanpa gangguan dan orang ramai.  Tempat yang menyimpan banyak kenangannya bersama ibu dan ayah. Berada disana seolah olah kenangan mereka menggamit kembali ke masa lalu. Seolah olah baru semalam dia bersama dengan mereka semua. Masih tersemat kukuh diingatannya akan kenangan indah semalam..
            “Dya, besar nanti nak jadi apa?” suatu petang, mereka sekeluarga berpicnic di situ. Si ayah dan si adik leka memasang umpan di pancing. Ibunya pula menyediakan sandwich untuk mereka. ketika itu dia berada di tingkatan satu. Adiknya pula berada di sekolah rendah.
            “Dya nak jadi seorang bisneswoman yang berjaya. Bolehkan bu?” ketika itu, berkobar kobar dia meluahkan akan cita citanya, bersinar sinar matanya ketika itu. Dia begitu berminat mahu mempunyai sebuah bisnes sendiri, walaupun kecil kecilan. Waktu itu apalah sangat yang diketahui oleh budak seusia dengannya.
            “Mestilah boleh. Tapi Dya mestilah belajar bersungguh sungguh. Barulah boleh capai cita cita tu.” Tg. Aisyah tersenyum mendengar cita cita anak sulungnya. Darah bisnes aliran dari keturunan sebelahnya turut mengalir pada anak gadisnya.
            “Mestilah Dya nak belajar bersungguh sungguh. Dya nak bantu keluarga kita, nanti bila Dya dah berjaya kita akan jadi senang. Tak payah susahkan ayah lagi kan bu.” Tg. Aisyah tergelak lagi, sedikit lucu dengan kata kata anak gadisnya. Bukan dia tidak tahu anaknya yang sedikit liat bila waktu belajar. Selalu mengelat bila disuruh mengulangkaji pelajaran. Ada sahaja alasan yang digunakan. Namun tidak sesekali dia berkeras dalam mendidik anak anaknya. Sebaliknya cuba menasihati dengan pelbagai cara yang menyebabkan anaknya itu mengikut dan patuh.
Jika ada yang salah, anak anaknya akan ditegur dengan memberikan nasihat. Cuma ayahnya, Encik Zamri yang kadang kadang agak tegas jika anak anak mereka tidak mendengar kata. Namun ketegasan Encik Zamri terbatas, tidak pernah dia melihat lelaki itu memukul atau memarahi anak anak mereka. Itulah lelaki yang dicintai ibunya, sentiasa bersabar dan bertanggungjawab dalam tugasnya sebagai seorang suami dan ayah.
Sepanjang mereka hidup bersama, Tg. Aisyah tidak pernah menyesal memilih lelaki itu, sebaliknya dia bersyukur. Dia tidak pernah melihat wanita itu meninggikan suara pada Encik Zamani, walaupun kehidupan mereka yang serba sederhana, wanita itu tidak pernah mengeluh. Ibunya memang baik dan penyabar. Ayahnya pula sentiasa melayan Tg.Aisyah dengan baik, selalu membimbing mereka sekeluarga. Setiap hari, pulang dari sekolah mereka akan diajar mengaji, jika ayahnya tidak mempunyai masa, giliran Tg.Aisyah  mengajar. Tidak pernah meninggalkan rutin yang satu itu.
Sepanjang Tg. Aisyah hidup, ibunya tidak pernah menceritakan akan keluarga sebelahnya. Bila ditanya Tg. Aisyah hanya tersenyum tanpa menjawab. Kata ayah, suatu hari nanti, jika rezeki kami pasti akan diketemukan juga oleh saudara mara sebelah ibu. Dia sebenarnya tidak kisah jika Tg. Aisyah tidak mahu bercerita, mungkin ibunya ada cerita yang menyedihkan yang berlaku dalam hidupnya. Memori pahit yang cuba dilupakan. Tetapi sedikit sebanyak dia ingin mengetahui apa yang terjadi, tetapi disabarkan hatinya.
Bila tiba Hari Raya, wajah ibunya sedikit mendung dan sedih. Tg. Aisyah kelihatan begitu muram dan sering kali termenung seolah olah memikirkan sesuatu. Sesekali dia ternampak ibunya menyeka air mata. Dari kejauhan, dia melihat ayahnya menenangkan ibunya dan tangan lelaki itu menyeka air mata yang mahu menitis di wajah ibunya. Mulut lelaki itu seolah olah sedang memujuk wanita yang disayanginya sebelum ibunya memeluk sang suami. Begitulah setiap tahun jika aidilfitri menjelma. Malah tersemat kukuh diingatannya. Setiap perlakuan keduanya telah dihafal sejak dia mengenal erti lebaran pada setiap umat islam.
Ketika itu, hatinya meronta ingin bertanya, bila ditanya pada nenek dan datuknya, mereka hanya memberi nasihat supaya jangan mencampuri urusan ayah dan ibu. Persoalan demi persoalan terpaksa dipendamkan di hatinya sahaja. Tak apalah mungkin suatu hari nanti dia akan tahu juga. Petang itu, emosi ibunya bertambah baik, lebih gembira. Ibu mengajak mereka semua berkunjung di rumah saudara mara sebelah ayahnya. Dirumah neneknya mereka berkumpul, saling bermaaf maafan antara satu sama lain. Wajah ayah dan ibu yang paling ceria.
Kegembiraan Dyana Kamilia dan Syakir diragut dengan kejam selepas menerima berita kemalangan ibu bapanya yang mahu pulang ke rumah kerana ada barang yang tertinggal. Waktu itu, ayah dan ibu membonceng motosikal yang dipinjam oleh ayah saudaranya, memandang hanya mereka berdua yang mahu pulang. Dyana Kamilia dan Syaqir sedang bermain dengan sepupunya yang lain menolak apabila diajak pulang bersama.
Sebelum bertolak ayah dan ibu sempat berpesan supaya menjaga Syaqir dengan baik dan belajar bersungguh sungguh. Ibu pula memeluk Dyana kamilia dengan erat sambil mengusap kepalanya sebelum beralih memeluk erat Syaqir. Wajah ibu betul betul membuatkan mereka sebak. Ayah pula menyuruh mereka berdua bersalam dengannya. Erat genggaman yang bertaut jemari Dyana Kamilia dan Syakir seperti memberi semangat. Entah kenapa, hatinya terasa pedih dan ngilu namun cuba tidak dihiraukan.
Tg. Aisyah dan Encik Zamri sempat melambai ke arah mereka dengan pandangan sayu sebelum mereka berdua bertolak. Sejam setelah ibu dan ayah bertolak, mereka mendapat panggilan yang mengatakan ibu dan ayah terbabit dalam kemalangan. Hampir pitam Dyana Kamilia mendengar berita itu. Dia jatuh terjelepok di tepi kerusi sebelum menangis teresak esak. Tanpa menunggu masa, mereka semua yang ada di rumah nenek segera bertolak menuju ke hospital.
Ketibaannya disambut dengan berita tentang kematian kedua ibu bapanya. Terasa kelam hidupnya ketika itu. Sungguh dia tidak dapat menerima ibu bapanya sudah jauh meninggalkan meraka berdua di muka bumi ini. Mereka menjadi anak yatim piatu, sebelum sempat dia mencapai cita citanya, sebelum sempat dia berjaya.
Jenazah ibu bapanya dikuburkan dikampung nenek. Sepanjang pemergian ibu bapanya ke rahmatullah, Dyana Kamilia menjadi seorang pendiam. Perangainya berubah seratus peratus. Langsung tidak dihiraukan tentang adiknya. Terasa hidupnya kini tiada tempat untuk berpaut. Tiada lagi nasihat untuknya, tiada lagi gurau mesra antara mereka, tiada lagi suara yang selalu bertegas dengannya. Semuanya diragut dalam satu hari.. hari dimana manusia sedang bergembira menyambut aidilfitri. Itulah kenangan yang paling pahit dalan hidupnya. Sejak dari itu, mereka diambil oleh datuk dan neneknya pula untuk menjaga mengenangkan semua saudara mara mereka tinggal jauh di ngeri orang.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dia bangkit semula hanya kerana sebuah mimpi. Dalam mimpinya, ibu dan ayah hadir memberikan semangat untuknya dan juga menuntut sebuah janji.  Janji dimana dia akan menjaga satu satu adiknya dan janji untuk mencapai cita cita sehingga berjaya seperti yang dikatakan kepada ibu bapanya.
Ketika itu, barulah dia sedar, terlalu lama rasanya dia leka akan hajat yang disampaikan oleh arwah ibu bapanya. Terleka dengan kesedihan yang membelenggu diri tanpa menghiraukan nenek , atuk, adik dan orang sekelilingnya.
Sejak hari itu dia berubah menjadi seorang yang lebih cekal. Dirinya dilatih supaya tabah dan cekal dalam mengharungi hidup. Ternyata perubahan dirinya mengembirakan orang sekeliling terutamanya adiknya Syaqir. Tak lama kemudian, datuknya pula menyusul kerana sakit uzur. Kehidupannya diuji satu demi satu, namun dia masih tidak berputus asa.
“Ibu..ayah.. Dya rindu sangat kat ibu dan ayah” dia bersuara perlahan menahan sebak. ingatannya pada arwah ibu dan ayah sangat mencengkam hati walaupun hampir lima tahun perkara itu berlalu. Panas terik matahari memaksa dirinya bangun dan berganjak ke bawah pokok. Ah, sudah hampir petang rupanya. Perlahan lahan dia meninggalkan tempat yang banyak menyimpan kenangannya itu. ‘nanti Dya datang lagi’ ujarnya perlahan di hati.
“Dya, kemana kamu nak? Risau nenek. Kamu ni dari mana saja?” sampai sahaja di rumah usang itu, wajah nenek terpamer riak kerisauan. Mukanya yang berkedut semakin berkedut dimamah usia.
“Dya tak kemana pun nek. Janganlah bimbang ya.” Dyana Kamilia tersenyum manis. Dia sudah berkira kira mahu mencari kerja di restoran yang berada di pekan apabila petang nanti. Jika rezeki berpihak padanya, mungkin kerja di restoran itu yang akan menjadi kekuatan untuk mencari duit perbelanjaan mereka sekeluarga.
Tanpa menunggu masa, Dyana Kamilia terus ke belakang rumah untuk menjenguk hasil tanaman untuk dibuat lauk pauk. Di sana dia melihat Syaqir yang tekun sedang mencangkul tanah. Adiknya memang rajin menolongnya lebih lebih lagi apabila bercucuk tanam. Tanpa disuruh, Syaqir menjaga tanaman itu dengan baik. Malah setiap hasil tanaman menghasilkan pokok yang begitu subur. Ada juga sesetengah penduduk yang mahu sayuran yang segar bertandang ke rumah mahu membeli sayuran, malah dengan gembira Syaqir menjualnya walaupun murah. Duit itu pula akan dibelikan barangan keperluan.
“Qir, hari ni nak masak apa?” Dia mengambil tempat disebelah Syaqir yang masih ligat dengan mengembur tanah. Bersih dan kemas. Malah ditanam dengan teratur. Kata orang, bila tanamannya subur, orang yang menanam itu ‘tangan sejuk’. Buktinya, tanaman Syaqir amat subur, tanpa ada cacat celanya.
“Apa apa ajelah kak. Ambillah yang mana berkenan. Free je” Syakir berseloroh nakal. Ketawa sendirian walaupun tidak kelakar.
“Banyaklah kau. Kalau kau nak jual pun, aku tak nak bayar. Hah lagi satu, petang ni kau tolong tengok tengokkan Nek Zah. Aku nak ke pekan kejap.” Ujarnya sambil mendekati tanaman kangkung.
“Buat apa pulak. Nak beli barang ke?” ada barang yang tak cukup ke ni?
“Bukan lah. Aku ada hal sikit.” Dyana Kamilia mencabut beberapa tangkai kangkung sehingga menjadi beberapa ikat. Kalau beli kat kedai mahu melayang dua ringgit nih.
“Hal apa pula ni kak.” Terasa sedikit tidak puas hati dengan jawapan kakaknya. Syaqir terus sahaja meninggalkan kerjanya dan menghampiri Dyana Kamilia. Ditolong pula gadis itu memegang kangkung yang berada  ditangan kakaknya.
“Adalah, kau jangan nak sibuk.” Dyana Kamilia beralih pula pada pokok cili yang masak ranum. Laju tangannya memetik dan mengisinya didalam bekas yang berada di tangannya. Syakir masih mengekorinya di belakang sehingga terasa rimas.
“Eh, kau ni kenapa ikut aku. Kerja kau dah siap ke?”
Syaqir hanya tersenyum kambing. Namun kakinya masih belum berganjak dari sisi Dyana Kamilia. Dia memerhatikan tangan putih itu ligat memetik buah lada.
“Bagitahulah aku. Kau nak buat apa kan pekan? Nak jumpa pakwe eh? Aku nak intip lah.” Tangannya jarinya telunjuknya dihayunkan pada wajah Dyana Kamilia yang sedikit memerah. Bukan kerana malu, tetapi kerana panas terik.
“Banyaklah kau punya pakwe. Ni tolong ambil buah kelapa kat bawah pangkin tu. Lepas tu pandai pandailah kau buat. Yang penting aku nak ambil santan.” Tanpa menunggu jawapan, terus Dyana Kamilia melangkah meninggalkan kawasan itu. Dibiarkan adiknya terkial kial dengan buah kelapa. Dia tersenyum kecil melihat wajah tidak puas hati lelaki itu. Mulutnya terkumat kamit membebel.
“Eh, nek buat apa ni?” terkejut dia melihat Nek Zahnya yang bersusah payah mencuci pinggan mangkuk di singki. Dahlah keadaan neneknya yang sudah uzur, tambahan lagi neneknya itu demam. Bertambah panik dirinya.
Dyana Kamilia segera berlari mendapatkan neneknya yang sebelah tangannya berpaut pada tiang kayu. Sebelah lagi mengambil pinggan mahu dicuci. Lalu dia menghentikan perbuatan itu sekaligus membantutkan niat neneknya mahu mencuci segala barang yang berada disingki lusuh itu.
“Nek masuk dalam. Biar Dya yang buat semua ni.” Tanpa menunggu lebih lama, neneknya segera dipapah sebelum dibaringkan ke tilam lusuh milik wanita itu. Sebelum meninggalkan neneknya, sempat dia menjenguk keluar.
Dyana Kamilia kembali ke ruang dapur yang hanya beberapa langkah dari bilik neneknya beradu. Dibasuh kesemua bahan untuk dimasak kemudian dipotong dengan teliti. Tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar. Biar kena dengan selera neneknya.
Sementara menunggu Syaqir mendapatkan santan yang diminta, dia mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Setelah kesemuanya selesai, dia memasak pula. Walaupun penat, digagahinya juga membuat segala urusan di rumah.  
Pada petang itu, Dyana Kamilia berangkat ke Pekan, pada mulanya Syaqir ingin turut serta untuk menemaninya. Namun awal awal lagi ditegas supaya menjaga neneknya yang sakit. Bimbang jika ada sesuatu yang diminta oleh neneknya nanti, tiada siapa yang dapat menolong pula. Dengan wajah yang kelat dia mengikut perintah Dyana Kamilia.
Seperti yang dijangka, akhirnya dia mendapat kerja walaupun hanya di restoran sebagai mengambil order, itupun setelah berkali kali dia merayu untuk mendapatkan pekerjaan itu dan ternyata petang itu, rezeki berpihak padanya. Mujurlah tauke kedai itu mahu menolongnya. Dengan gembira dia pulang dengan senyuman yang meleret. Sepanjang perjalanan dia tidak lekang dengan senyuman. Alhamdulillah..
Lewat petang barulah Dyana Kamilia tiba di perkarangan rumah usang mereka. Syaqir sudah menantinya di muka pintu. Wajahnya masih kelat, tetapi hanya untuk seketika bila diberitahu dia sudah mendapat kerja, Syaqir kembali senyum. Mulai dari esok, dia akan bekerja di restoran Pak Mail. Mujur juga perjalanan ke restoran itu tidaklah begitu jauh. Malah, Syakir sendiri yang menawarkan untuk mengambil dan menghantarnya ke tempat kerja memandangkan restoran itu berfungsi pada sebelah petang hingga waktu malam. Dyana Kamilia tahu, Syakir bimbangkan keselamatan dirinya sebagai seorang perempuan. Syakir memang seorang adik yang prihatin dan bertanggungjawab, macam arwah ayahnya.... ‘ayah, Dya rindu ayah’
Seperti malam sebelumnya, Dyana Kamilia menjalankan rutinnya yang tidak pernah ditinggalkan sejak dahulu. Selepas berjemaah bersama Syakir, mereka sama sama mengaji Al-Quran. Dulu rutin itu dibuat pada waktu petang, kini bertukar ke sebelah malam kerana masing masing sibuk dengan aktiviti harian.
Dyana Kamilia berbaring ditilam lusuh, setelah penat seharian di rumah. dirinya tidak sabar untuk memulakan kerja, terasa ringan sedikit bebanan yang ditanggung, selepas ini tidak perlulah mereka bersusah payah seperti dahulu lagi. Sekurang kurangnya duit hasil kerjanya dapat menampung sedikit sebanyak kehidupannya selepas ini. Dalam kepalanya sudah mecongak duit yang akan digajikan padanya nanti. Oh, malam cepatlah berganti siang.... 
Dalam tidur Dyana Kamilia tersenyum senang, itulah tidur yang paling lena sejak kebelakangan ini...












P/S : Sila tinggalkan Komen anda.. tenkiu

4 comments: