photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Sunday 16 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab17]

Bab 17
            Iman menemani satu satunya kakak ipar yang amat disayanginya. Sedih dan sakit hatinya masih terbungkam mengenangkan sikap abangnya. Sanggup menghalau Dannia semata mata perempuan tak sedar diri tu. Kenapa abangnya begitu buta mahu menilai kebaikan kakak ipar. Wanita yang seksi itu juga mahu diagung agungkan.  Matanya masih lagi mengalirkan air mata, terasa sedih dengan keadaan Dannia. Kakak iparnya kelihatan sugul sekali. Masih bingung dengan keadaan yang menimpa rumah tangganya. Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, Dannia lebih berminat dengan pemandangannya diluar. Air mata masih terhambur keluar walaupun sudah berkali kali disapu. Namun masih degil mahu  menodai pipinya.
            “Kak Nia, Iman minta maaf atas perbuatan abang. Sampai hati abang buat macam tu pada Kak Nia. Iman ingatkan selama ini rumah tangga akak bahagia. Tak sangka macam ni rupanya. Iman tak sangka macam ni perangai abang. Maafkan Iman dan keluarga kami.” Sayu sahaja suara Iman kedengaran. Kakak ipar yang selalu ceria, rupanya memendam duka.  Kenapa dia tidak perasan akan semua ini..selama ini gadis itu hanyalah berdusta, berpura pura bahagia disamping abangnya. Malah abangnya pun tak kurang hebatnya bila berlakon. Ditatang bagai minyak yang penuh bila Iman berkunjung di rumah. namun, setinggi mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tengoklah buktinya hari ini, terbentang di depan mata.
            “No, Iman dan keluarga memang tak salah. Semua ni salah akak, kalaulah keluarga akak tak terima pinangan dan perkahwinanan mesti semua ini takkan terjadi, mesti abang Iman tak perlu menanggung semua ni kan. Tapi memang ini takdir, akak kenalah redha. Iman janji satu benda dengan akak...” Dannia cuba berhenti menangis, mencari kekuatan untuk berbicara dengan Iman.
            “Apa dia Kak Nia, Iman janji kalau semua ini dapat menggembirakan hati akak. Iman janji kak...” dengan penuh yakin, tangannya memegang erat tangan Dannia tanda membuat apa sahaja untuk gadis itu.
            “Janji Iman takkan beritahu mama dan papa pasal ni. Kak Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit. Tentang akak, tak payah Iman bimbang. Promise me..”  lirih suara Dannia penuh mengharap.
            “Tapi kak...” Iman terkejut. Terasa terlalu berat permintaan Dannia. Bagaimana jika mama dan papa bertanya akan menantunya. Papa dan mama tahu dia menziarahi rumah abangnya hari ini.
            “You promise me already. Jaga keluarga Iman baik baik. Sampaikan salam buat mereka, katakan Kak Nia minta maaf dan halalkan makan minum Kak Nia sepanjang bergelar menantu mama dan papa. Kak Nia sayangkan keluarga Iman. Jaga diri ” Dannia seraya memeluk Iman erat. Seolah olah tidak akan lagi berjumpa. Seolah olah ini adalah pertemuan terakhir antara mereka.
            Iman teresak esak di dalam pelukan Dannia. Terasa sayang mahu melepaskan gadis secantik dan sebaik kakak iparnya untuk pergi. ‘Iman akan selalu mendoakan kesejahteraan akak. Iman janji suatu hari nanti Kak Dannia pasti akan kembali pada keluarga kami’. Itu janji yang diikat di dalam hatinya.
            Mungkin waktu ini Harith tidak sedar akan semua itu, lelaki itu masih lagi leka dan alpa dengan dunianya. Permata di depan mata tidak nampak berkilauan, kaca juga yang dipuja puja separuh mati.  Mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal.  Dia tidak mahu lagi menasihati abangnya yang sudah tersasar jauh. Biarlah dia dengan dunianya... mungkin suatu hari nanti dia akan terasa dengan kehilangan Dannia. Waktu itu mungkin sudah terlambat bagi Harith... ‘Abang, sedarlah. Pujuk balik Kak Dannia’ hatinya menjerit kuat. Sekuat manapun hatinya merintih, dia tahu Harith tak mungkin akan mendengarnya.
            Bunyi hon bas yang kuat menyentakkan lamunannya. Astagfirullahalazim... lama benar dia termenung, kelibat Dannia di dalam bas hanya dipandang sepi. Kakak iparnya hanya memandang dengan senyuman hambar. Jelas riak terluka dan kecewa diwajah cantik itu. Iman mengeluh perlahan.. bagaimana mahu berdepan dengan pertanyaan mama dan papanya jika dia menjejakkan diri di rumah banglo itu.
            Hari berginjak lewat waktu petang, barulah Dannia sampai di kampung, halaman rumahnya. Sengaja dia tidak mahu memberitahu akan kepulangannya. Dia tidak mahu menyusah dan bimbangkan akan keluarga tentang permasalahan yang menimpa dirinya. Dengan perlahan langkahnya menuju masuk ke halaman rumah kampung sebelum kakinya betul betul berdiri berhadapan tangga menuju ke pintu utama masuk. Teragak agak dia mahu melangkah masuk, bimbang akan pertanyaan demi pertanyaan yang bakal ditanya sebentar nanti.
            “Nia” sapa suatu suara sebelum sempat mulutnya mahu memberi salam. Terpacul wajah uminya. Seperti yang dijangka oleh akal dan minda, wajah uminya yang jelas terkejut dengan kepulangan yang tak disangka. Bertambah terkejut tiba tiba badan uminya dirangkul erat. Terasa sarat dengan kerinduan kerana sepanjang tempoh perkahwinannya, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah. siapa sangka kepulangan yang dirancang olehnya sekadar mahu melawat rupa rupanya adalah kepulangan untuk selamanya kembali ke pangkuan keluarga.
            “Umi” tangan uminya dikucup, tanpa dapat ditahan tahan, air mata yang cuba dikawal akhirnya menitis jua. Terlalu sebak dengan keprihatinan uminya. Teresak esak dia menahan sedih dengan semua ini. Terasa mahu pecah berkecai hatinya dengan paluan berdetak kencang. Sakit terlalu sakit.
            “Nia seorang ke..mana Harith” dadanya terasa semacam dengan riak terpamer di wajah anak gadisnya. Dannia hanya menyepi tanpa menjawab pertanyaannya. Kepalanya terjenguk jenguk melihat sekitar kawasan, mencari kelibat menantunya. Namun tidak kelihatan. Hatinya bertambah tidak enak melihat tangisan Dannia tidak terhenti malah semakin bertambah. Segera dia menarik anak gadisnya masuk dan dipimpin sebelum melangkah mengambil segelas air untuk anak gadisnya yang melayan hiba. Dalam kepalanya berfikir bermacam macam syak wasangka.
            “Nah minum dulu, jangan dilayan sangat perasaan tu. Lepas ni masuk dalam bersihkan diri dan berehat.” Hatinya resah memandang Dannia yang begitu asyik melayan sedih. Entah apa yang membelenggu hati anak gadisnya sehingga begitu sekali. Ayat yang terkeluar dari mulutnya seolah olah bagaikan angin lalu, langsung tidak singgah di kepala. Runsing hatinya...
            Setelah kelibat Dannia menghilang ke dalam bilik, barulah Puan Diana perasan akan sebuah beg besar yang terletak elok di tepi pintu rumahnya. ‘Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Dannia pulang keseorangan? Kelibat Harith langsung tidak kelihatan. Bila ditanya Dannia pula diam menyepikan diri. Lantas nombor Syahmin dan Syahmir didail. Mereka perlu dihubungi dengan segera. Hatinya sudah sarat dengan persoalan...

            “Nia” Puan Diana mengetuk pintu perlahan.
            “Nia, buka pintu sayang” Puan Diana mengetuk lagi dengan harapan mendapat sahutan. Namun hampa, kebisuan Dannia menyesakkan dadanya. Sejak dari petang tadi Dannia menyepikan diri di dalam bilik. Seolah olah ingin menghindari dari semua orang yang menghuni di rumah itu.
Kerja yang dibuat serba tidak kena, disentuh itu salah, dipegang itu salah. Kepalanya asyik dengan perangai Dannia yang aneh. Semua yang ditanya semua dibiarkan tidak berjawab. Pertanyaan daripada suaminya hanya dijawab dengan gelengan. Yalah mana nak tahu jika Dannia tidak menceritakan apa apa padanya.
            “Adik, bukak pintu ni.” Tegas kedengaran berselang seli dengan ketukan di pintu biliknya. Syahmin mengetuk kuat pintu bilik itu. Kemudian muncul Syamir dengan segugus kunci di tangan. Mujurlah dia teringat akan kunci pendua yang terletak di simpanan bilik rumah itu.
            Syamir mengisyaratkan supaya uminya masuk untuk memujuk Dannia. Kemudian mereka meninggalkan ruangan tu supaya Dannia dan uminya dapat berbincang. Setelah beberapa lama dibiarkan berdua, Dannia keluar bersama uminya di belakang. Namun wajah itu masih lagi sembab dan merah. Menangis lagi barangkali.
            Setelah memujuk Dannia supaya makan malam bersama mereka, barulah abahnya bertegas untuk berbincang walaupun Dannia cuba mengelak dan melarikan diri. Ketegasan Encik zamani membuatkan dia sedikit akur dengan arahan itu. Kesunyian Dannia membuatkan Encik Zamani sedikit sebanyak tercabar dengan kesabaran yang mencengkam hati tuanya.
            “Sampai bila Nia nak diam macam ni? Cuba cerita apa masalahnya.. menangis bukan jalan penyelesaian.” akhirnya soalan terpacul juga keluar dari mulut abahnya. Sedikit tegas menyentakkan kebisuan Dannia. Dia sebenarnya serba salah, entah dari mana dia mahu mulakan semuanya. Seolah olah dia membuka pintu aib rumah tangganya yang pincang. Tapi jika tidak diceritakan macam mana dia mahu menerangkan akan kesedihan dan kekecewaan yang jelas terpampang di mukanya. Mahu berbohong tidak sampai hati, jika dia berbohong sekalipun sampai bila dia mampu merahsiakan yang sebenarnya, mesti terbongkar juga suatu hari nanti.
            “Ceritalah dik, kita selesaikan sama sama. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bukan?” Syahmin yang diam dari tadi bersuara. Dikerling pula wajah Syamir yang berada di sebelahnya yang sudah panas punggung. Sedikit sebanyak dia perasan akan wajah yang merah padam. Namun tidak pasti kenapa, marah ataupun menahan sebak melihat adik yang disayangi demikian rupa.
            “Puan Diana yang setia disebelah gadis itu mengenggam erat jemari runcing anaknya. Seakan akan memberi kekuatan pada anak gadisnya supaya bersuara.
            “Sebenar......” Diceritakan semua dari satu persatu bermula dari perkahwinannya dengan Harith sehingga dia dihalau dan digantung tak bertali oleh suaminya. Setelah diceritakan semua yang terjadi sepanjang dia bergelar isteri kepada lelaki itu, barulah hatinya sedikit tenang. Separuh badannya terasa ringan. Tidak kesemua diceritakan pada keluarga, hanya sesetengah yang dirasaka perlu sahaja diceritakan. Keburukan Harith terhadapnya sedaya upaya disembunyikan.
            “Aku dah agak semua ni akan berlaku. Memang dasar jantan tak guna.” Tanpa dapat ditahan, Syamir menghamburkan marahnya. Sudah tidak dipedulikan umi, abah dan abangnya yang masih diruangan itu. Marahnya pada Harith semakin menggunung, memang dari dulu lagi, ditentang habis habisan dengan berita pertunangan dan perkahwinan Dannia dan lelaki keparat itu. Namun tentangannya tidak dihiraukan oleh umi dan abahnya. Sudahnya, hanya mampu melihat semua itu berlaku, sudah dicuba membuang perasaan tidak senangnya melihat sikap dingin Harith dengan keluarga mereka. Kalaulah lelaki itu berada dihadapan matanya sekarang, pasti sudah lama dibelasah dan di cincang lelaki itu menjadi 18 bahagian. Baru puas hatinya.  Memang dasar lelaki tak guna. Celaka!
            “Angah, bawa bertenang nak, jangan bertindak melulu.” Encik Zamani bersuara setelah melihat anak keduanya itu naik hantu.
            “Habis tu takkan nak dibiarkan aje budak tak guna tu. Dari dulu lagi Mir dah cakap, lelaki itu tak sesuai dengan adik, tapi tak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi.” Syamir hampir menjerit. Sakit hatinya bukan kepalang, lupa sudah dengan siapa dia bercakap.
            “Angah behave yourself. Sedar sikit dengan siapa kau bercakap.” Keras suara Syahmin menegur Syamir. Adiknya, kalau marah mudah lupa diri. Tak kira dengan siapa bercakap semuanya diredah. Terlalu panas baran...entah perangai siapa yang diikutnya.
            Syamir mengeluh kuat. Terlalu geram, sakit hati semuanya bercampur. Punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi yang didudukinya tadi. Puan Diana pula memeluk erat Dannia, sesekali matanya mengesat pelupuk mata yang mengalirkan air mata. Ibu mana yang tidak sedih melihat satu satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga dijatuhkan hukuman yang begitu berat bagi seorang isteri oleh lelaki bergelar suami. Tambahan lagi Dannia terlalu muda dengan semua ini. Timbul penyesalan dengan keputusannya dahulu.. kalaulah dia tidak menjodohkan Dannia dengan Harith, kalaulah dia mendengar pendapat Syahmir... terlalu banyak kalau.... tapi semuanya telah berlaku. Nasi telah menjadi bubur....
            Disebabkan Harith, Dannia menderita. Ingin menyalahkan takdir dia tidak mampu kerana itu sudah menjadi lumrah setiap manusia yang diduga dengan setiap dugaan dalam hidup setiap yang bernyawa. Namun tidak disangka sampai begini rupa adiknya diduga. Terlalu berat bagi gadis seusia itu diduga sedemikian rupa.
            “Habis tu macam mana sekarang ni?” Syamir makin tak senang duduk dengan kebisuan ahli keluarganya. Masing masing seolah olah bingung..Abahnya diam membisu. Syahmin dengan termenungnya, uminya pula menangis...Syahmir, angahnya memicit kepala. Sesekali Syahmir mengeluh kuat.
            “Biar Mir yang pergi jumpa dan selesaikan masalah ni dengan budak tak guna tu” tanpa pamitan Syahmir bersuara memecahkan kebisuan mereka sekeluarga.
            “Tak payah, biar along dan abah je yang pergi.” Laju bantahan keluar dari mulut abahnya. Takut nanti kecoh pula dengan amukan anak bujangnya yang satu. Bukan boleh diharap, mahu berbincang, alih alih nanti jadi pergaduhan pula.
            “No, angah tetap nak ikut. Apa nak jadi jadilah.”
            “Angah dengar cakap abah. Kami boleh selesaikan benda ni.” Syahmin cuba menenangkan hati Syamir. Cuba menghalang keinginan Syamir untuk mengikutnya ke Penang.
            “No. Keputusan angah muktamad” Syahmir pantas bangun dan mengambil kunci kereta miliknya lalu keluar dari rumah itu. Sakit kepala mahu berlama lama di dalam rumahnya itu. Tambah kalau tengok wajah Dannia yang sembab dan sedih. Lagi parah hatinya. ‘jangan harap aku akan lepaskan kau Harith. Tunggu dan lihat apa yang akan aku buat nanti.’
            “Abah... adik minta tolong sangat jangan libatkan mama dan papa dalam hal ni.” Dannia bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
            “Kenapa pulak?” sepatutnya keluarga besannya patut tahu apa yang menimpa anak gadisnya.
            “Umi, Nia tak mahu sesuatu menimpa mama dan papa. Diorang tak bersalah dalam hal ni. Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit nanti. Lagipun diorang tak tahu menahu pasal hal yang terjadihari ni.” Tidak mahu kerana dirinya, mama dan papa pula yang jatuh sakit, dia tidak mahu menjadi penyebab jika sesuatu menimpa keluarga mentuanya. Biarlah mereka tidak tahu akan perihal ini. Tidak mahu membebankan mereka, kerana dia amat menyayangi mama dan papanya.
            Dannia masih termenung di dalam biliknya. Telefon bimbitnya awal awal lagi dimatikan. Sempat dia menghantar sms pada Hana ketidakhadirannya ke kuliah selama beberapa hari. Selepas itu langsung di offkan. Dia sudah penat rasanya mahu memikirkan masalah yang menimpa. Yang dimahukan hanyalah ketenangan. Dia ingin berehat dan tidur, badannya sudah tidak mampu menampung keletihan yang kian memberat. Dia mahu tidur, biarlah segala yang berlaku hari ini adalah mimpi semata mata, apabila dia membuka mata nanti biarlah ianya hanya sekadar mimpi ngeri..

#####

Harith termenung di sofa ruang tamu. Masih tak percaya dengan apa yang telah dilakukan tadi. Sungguh, dia tidak sengaja mahu menampar adiknya dan menghalau Dannia dari rumah, di saat itu egonya tinggi melangit, tambahan pula kemarahannya yang tidak dapat ditahan. Apatah lagi saat adiknya melihat pergaduhan yang terjadi antara mereka bertiga. Tak disangka yang Iman akan menjenguk mereka pada hari ini. Apatah lagi ketika itu Suzanne menampar Dannia yang disaksikan Iman. Apa lagi naik mengamuk gadis itu melihat kakak kesayangan ditampar dan dihina. Jika dilihat keadann Suzanne petang tadi, teruk juga lukanya akibat amukan Iman. Terkejut dia melihat amukan Iman yang menggila.
Entah angin mana yang meresap ke dalam tubuh gadis itu apabila dengan selambanya menyindir kemesraan mereka berdua di ruang tamu tengah hari tadi. Sakit hatinya, seolah olah Dannia telah merendahkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Apatah lagi dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Terasa begitu kerdil dirinya berdiri di samping Dannia. Suzanne pula hanya ketawa sinis seakan akan turut mengiakan kata kata Dannia. Berasap telinganya, terasa egonya tinggi melangit tercabar dengan kata kata Dannia.
            Setelah mengheret Dannia dan Iman keluar dari rumah, kakinya melangkah laju menuju ke bilik yang dihuni oleh gadis itu. Diambil semua pakaina milik Dannia dan dihumban kasar ke dalam beg besar. Dibawa beg itu keluar dari rumahnya dan mencampakkan di hadapan Dannia disaksikan oleh Iman. Dimana kewarasannya ketika itu..
            Masih terbayang wajah sendu Dannia yang terkejut kerana dihalau. Kata kata kasar dan kesat dihamburkan pada Dannia sebentar tadi sebenarnya turut menghiris hatinya. Tapi sekarang ini hatinya begitu resah, entah kenapa setiap ruang sudut dirinya seakan akan melihat Dannia. Dannia yang sibuk mengemas, memasak bahkan sedang menyapu sekalipun dia dapat melihat dengan jelas. Sudah gilakah? Malas mahu dilayan semua itu. Apa yang tidak kena dengannya, terasa hatinya begitu kosong sekosong kosongnya.
            Nampaknya aku betul dah mereng. Come on lah Harith, perempuan tu dah berambus pun dari hidup kau. Lepas ni kau dah tak perlu berserabut lagi dengannya. Kan dah ada Suzanne.. lagipun Suzanne lebih sesuai berdampingan dengan kau yang segak dan sesuai menjadi isteri kepada lelaki berkaporat macam kau. Baru sesuai...
           



No comments:

Post a Comment