photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 4 November 2011

Kasihku Yang Satu [Bab20]

Bab 20
          Minggu ini adalah minggu terakhir untuk dia mengulangkaji pelajaran. Semua pelajar semakin sibuk. Kadang kadang dirasakan waktu untuk mengulangkajinya tidak cukup, pernah juga Hanna menegur apabila dilihat Dannia begitu tekun belajar sehingga makan minum dilupakan. Makin sakit kepalanya apabila nasihat yang diberi hanya dipandang sepi. Sudahnya dia yang makan hati berulam jantung dengan perangai endah tak endah gadis itu.
            Bagi Dannia, dia cuma mahu menumpukan pada pelajarannya memandangkan ini merupakan peperiksaan akhir untuk tahun terakhirnya di universiti. Dia perlu mempersiapkan diri dengan ilmu di dada, dia tidak menghiraukan suara suara sumbang yang mengatakan dia belajar di saat akhir, apa yang penting dia mahu melakukan yang terbaik. Biarlah hanya seminggu dua ini dia bersengkang mata asalkan dia terasa puas dengan apa yang mahu dicapainya.
            Hanna dan Dannia jarang bercakap walaupun mereka serumah. Masanya banyak dihabiskan dengan menelaah buku pelajaran. Begitu juga dengan Hanna, dirasakan tidak perlu membuat perkara uang tidak membawa faedah kepadanya. Mereka hanya akan belajar bersama jika subjek yang agak susah untuk mereka fahami, mereka saling membantu jika salah seorang daripadanya meminta untuk mengajar. Begitulah sebaliknya.
            Akhirnya penantian yang ditunggu tiba juga...
            Masing masing menarik nafas lega apabila peperiksaan berakhir. Wajah masing masing ada yang tersenyum lega dan juga sebaliknya. Wajah Dannia dan Hanna jelas terpamer riak kelegaan. Di kepala sudah bermacam macam rancangan sepanjang mereka bercuti sementara menunggu keputusan akhir.
            “Nia, apa rancangan kau kali ni? Nak buat apa?” ketika itu mereka sudah bergerak menuju ke kereta, bersedia untuk pulang.
            “Tak tahu. Kerja kot. Kau?”
            “Kerja jugak. Lepas ni susah la kita nak jumpa kan? Mesti aku rindu giler kat kau nanti. Yelah, sorang duk kat utara yang sorang lagi duk kat selatan.”
            “Alah kau ni..macam lah tak boleh berhubung langsung. Apa guna internet ada cik Hanna oi?” tangannya menyeluk beg untuk mencari kunnci kereta. Setelah tangannya mencapai segugus kunci lantas dia mengeluarkannya dan menekan butang hijau.
            “Apa kata kita pi jalan jalan dulu nak. Besok kan dah nak start kemas kemas barang. Aku nak beli barang sikit nak bawak pulang.”
            “Boleh..boleh..jomlah. Aku pun dah lama tak shopping.” Berseri wajah Hanna apabila diajak shopping. Gila shopping! Dannia tersenyum, sudah dapat diagak reaksi Hanna.
            Tanpa membuang masa, Dannia menjatuhkan handbrek lalu ditekan gearnya. Laju keretanya meluncur meninggalkan Universiti. Hari ini adalah hari terakhirnya di sana. Entah bila lagi agaknya dia akan bertandang ke sana. Destinasinya kini adalah ke Mall yang berada di pulau itu. Dia mahu menghabiskan masanya di sana. Mahu melapangkan fikiran tentang  segala galanya. Alasan mahu shopping hanyalah alasan semata mata. Dia tidak mahu merosakkan mood Hanna yang sedang gembira dan ceria untuk bershopping.
            Mereka berdua berjalan jalan di sekitar Mall di tengan bandar Pulau Pinang. Dari ke sebuah ke sebuah kedai mereka masuk. Dannia hanya mengikuti langkah Hanna. Setiap kedai yang dikunjunginya langsung tidak menarik perhatiannya. Hanya Hanna yang membeli sakan untuk dibawa pulang ke Kedah nanti.
            Setelah melewati semua kedai, mereka melepaskan rehat di KFC yang berdekatan. Sementara memesan makanan untuk mereka tengah hari nanti. Hanna membelek barang barang yang dibeli olehnya. Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya. Puas hati dengan apa yang dibelinya.
            “Kau ni dari tadi senyum memanjang kenapa?”  Pelik betul. Entah apa yang lucu.
            “Saja aku nak senyum.  Tak boleh ke?” makin lebar senyumannya.
            “Kau ni, bukan tak boleh. Tapi apa pulak kata orang nanti. Tak pasal pasal aku di copnya berkawan dengan orang gila.” Dannia membuat muka bimbang. Matanya meliar ke kiri dan kanan.
            Mendengarkan ayat power yang keluar dari mulut comel Dannia, senyumannya yang tadi lebar terus mati. Matanya mencerlung tajam memandang Dannia. Kurang asam betul kawannya yang sorang ini, langsung bermulut lepas. Ada dikatanya aku ni gila.    
“Kau ni kan. Ei.. geram aku. Ada ke patut aku ni kau kata gila.” Memang tak patut la kan? Belajar dah tinggi tinggi, takkan la nak ambil jawatan gila.
            Hanna bangun meninggalkan Dannia mahu memesan makanan. Ditinggalkan Dannia di situ untuk menjaga barang barangnya. Dannia pula hanya menjungkitkan bahu melihat telatah Hanna yang hanya menonong tanpa menolongnya memesan makanan.
            Sementara menunggu, matanya meliar ke sekeliling, melihat gelagat orang sekeliling yang datang untuk membeli belah. Tiba-tiba matanya terpaku pada sekumpulan manusia. Bukan kerana gelagat mereka semua, tetapi kerana sebatang tubuh yang banyak menghadiahkan keperitan dan kesakitan dalam hidupnya. Pantas dilarikan matanya dari memerhatikan kumpulan itu. Ditundukkan sedikit kepalanya, dengan harapan lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya di situ.
            Dalam hatinya dia berdoa, supaya sekumpulan manusia itu tidak akan singgah di kedai berhampiran dengan kedudukannya. Dadanya dipalu dengan hebat, berdetak kencang seakan berlari acara bermeter. Lantas, novel yang berada di dalam begnya dicapai untuk melindungi wajahnya.
            Hatinya berdetak lebih kencang apabila kumpulan itu menuju ke arah pintu utama KFC. Ya Allah! Dannia mengintai sedikit di celah buku novel yang dibacanya. Dari jauh dia nampak Harith dan rakannya mengambil meja yang berhampiran dengan pintu. Lelaki itu mengambil tempat bertentangan dengan arah pintu masuk. Alamak macam mana dia mahu keluar nanti, nak tunggu diorang beredar mesti memakan masa yang lama...mahunya empat, lima jam menunggu.
            “Hoi, kalau ya pun nak baca, janganlah dekat sangat. Buta nanti.. mata dah elok elok boleh jadi juling.” Hanna sedikit terpinga melihat gelagat Dannia yang membaca dengan jarak terlalu dekat. Separas dengan kepalanya. Dari jauh lagi dia memerhatikan Dannia yang disangka membaca tanpa menegtahui keadaan sahabatnya yang kalut dan cemas.
            “Hanna, kita kena pergi dari sini. Please?” Dannia sudah tidak peduli dengan sergahan Hanna. Kata kata itu langsung tidak berbekas dihatinya. Apa yang penting, mereka perlu beredar dari situ secepat mungkin sebelum disedari oleh Harith. Selama dua bulan berpisah walaupun bukan secara rasmi, mereka membawa haluan masing masing. Dia tidak pernah mengambil tahu lagi tentang Harith. Biarlah lelaki itu dengan dunianya yang dipilih.
            “Kau kenapa, aku dah siap order nak makan kat sini. Rugilah.” Hanna masih tidak dapat menangkap apa yang berlaku di sekelilingnya.
            “Ok fine. Kau makan kat sini sorang sorang. Aku nak balik. Pandai pandailah kau nanti.” Dannia lantas bangun. Bulat mata Hanna melihat perangai Dannia yang berubah tiba tiba. Kelam kabut dia mencapai barang barangnya.
            “Ok, aku ikut. Tapi tunggu aku kejap.” Hanna mengambil semula dulang makanan tadi dan kembali menghantarnya ke kaunter. Matanya mengekori perjalanan Hanna. Dilihat Hanna bercakap cakap dengan penjaga kaunter sebelum wanita berpakaian merah itu mengambil dan menmbungkus ayam yang belum sempat dijamah oleh mereka. Setelah itu, Hanna kembali mendapatkan Dannia.
            “Ok. Shall we?” Hanna mencapai barang barang lalu berjalan menuju ke pintu keluar. Tiba tiba Hanna berhenti mengejut dan berpaling ke arah Dannia yang berada dibelakangnya. Pucat mukanya memandang Dannia.
            “I know. Jalan je and buat tak nampak. Tolong cover aku.” Dannia memohon pengertian. Kini barulah dia faham kenapa Dannia naik angin dengannya tiba tiba dan sedikit kalut, ada singa jantan rupanya. Huh! Ok Hanna, you got a mission.. Hanna berjalan selamba melintasi meja yang diduduki oleh Harith dan teman mereka yang lain. Dannia pula berjalan sedikit rapat dibelakang Dannia untuk melindungi wajahnya daripada dilihat Harith. Hanna melihat Harith langsung tidak perasankan mereka kerana terlalu leka berborak, tanpa mengetahui keadaan sebenar lelaki itu yang sudah menyedari kehadiran mereka sejak tadi.
            Semakin dekat kakinya melangkah menuju ke arah pintu keluar, semakin kencang degupan jantungnya. Seolah olah seluruh tubuhnya dipam dengan kuat. Dahinya berpeluh, walaupun kawasan itu berhawa dingin. Semakin hampir...makin dekat.. dan akhirnya. Fuh!! Selamat keluar. Setelah berjaya melepaskan diri, tangan Hanna ditarik supaya mengikutinya. Beberapa langkah dia menapak menjauhi pintu utama tiba tiba....
            “Dannia” satu laungan yang cukup membuatkan dirinya tahan nafas. Langkah Dannia kaku.
Baru sahaja Hanna mahu memalingkan wajah melihat gerangan yang memanggil kawannya, Dannia lebih pantas menarik tangan Hanna dan berlari sepantas mungkin. Terkial kial Hanna mengikuti langkah Dannia, ingin tercabut tangannya ditarik sebegitu rupa. Mujur tidak tersembam, dan nasibnya lebih baik kerana tidak memakai baju kurung. Kalau pakai baju kurung mahu terkoyak kain.
            Dannia melepaskan nafasnya yang mahu putus. Hanna apatah lagi, dengan barang yang dibawa disebelah kanan manakala tangannya sebelah kiri ditarik oleh Dannia. Terasa mahu pitam, terasa pucat mukanya tidak berdarah. Apa punya kawan lah dia ni.. sabar jelah, kalau ya pun nak buat acara larian, bagilah aku ready dulu... mahu tak semput aku...
            Setelah keadaan mereka kembali reda, Dannia tiba tiba ketawa. Ditekan tekan perutnya dan hampir terduduk.
            Hanna yang melihatnya sedikit terkejut. Apa kena dengan Dannia ni, dua tiga hari moodnya sentiasa berubah dengan tiba tiba. Sekejap gembira, sekejap termenung kemudian tersenyum pulak. Jangan gila sudah..tekanan perasaan punya pasal.
            “Kau kenapa Nia, ketawa tak ingat dunia. Kau sedar ke tak ni. Jangan nak takutkan akulah” Hanna sedikit marah, takut sebenarnya melihat keadaan Dannia. Malu pun ada, mereka masih ditempat orang ramai, nanti apa kata orang disekeliling? Dannia masih ketawa, malah ketawanya makin kuat, tangan Dannia menunjuk ke arah Hanna. Hanna pantas berpusing kebelakang, disangka Dannia suruh dia melihat benda yang ditunjukkan. Matanya cuba diliarkan melihat apa yang lucu. Tak ada pun? Makin hairan..
            “Nia, seriuslah.” Hanna semakin bengang. Panas hatinya melihat ketawa gadis itu seakan Dannia mahu mempermainkan dirinya yang masih blur. Dannia pula sedaya upaya meredakan ketawanya, kemudian ditarik tangan Hanna menghampiri tiang yang agak besar umpama cermin. Hanna masih lagi blur, apabila matanya beralih melihat tiang itu, terbuntang luas matanya. Astagfirullahalazim... aku ke ni? Tangan Hanna meraba raba mukanya.. Ya Allah comotnya muka aku, rambut aku!
            Dannia kembali melambakkan ketawanya. Hilang sudah perasaan takut dan cemas tadi. Kelakar betul rupa Hann sekarang. Macam orang meroyan pun ada, dengan maskaranya yang sedikit comot, bedaknya yang sedikit bertompok dengan rambutnya lagi yang kusut masai... aduh, parah betul.
            “Dannia!” ditampar bahu kawannya sehingga mengaduh kesakitan. Tangannya menyelongkar beg sandangnya mencari tisu. Masam mencuka wajahnya, panjang bebelannya memarahi Dannia.
            “Ni kau punya pasal, habis make up aku. Kalau kau tak tarik aku tadi, tak jadi macam ni tahu?” Sambil membebel memarahi Dannia, tangannya melakukan kerja membersihkan wajah.
            “Sorry, aku tak sengaja lah. Tapi kalau aku tak tarik kau. Takkan aku nak tinggalkan kau kat sana sorang sorang. Nak balik jalan kaki?” ternyata dia tidak mahu mengalah dengan Hanna.
            Ye tak ye jugak. Dahlah teksi cekik darah. Mahu melayang duitnya lima puluh..Hanna menjeling geram. Kenyataan yang keluar dari mulut Dannia tidak dapat disangkal.
            “Dah, jomlah balik. Aku dah lapar la. Banyak juga energy kita tadi eh?” Dannia berseloroh nakal sambil tergelak lucu. Teringat kembali acara pecut tadi. Tapi masih tertanya tanya siapa gerangan yang memanggil namanya. Macam familiar je suara tu... siapa ya? takkan Harith, lelaki itu tak pernah sekali pun menyebut namanya sepanjang mereka tinggal sebumbung. Hanya panggilan yang menyakitkan telinga yang mencemari cuping telinganya saban hari. Jangan mimpi disiang harilah...
           

            “Nia, kau dah siap packing ke barang barang kau?” Hanna bertanya apabila dilihat gadis itu hanya bersantai malas malasan di atas kerusi sambil membaca novel yang sempat dicapai olehnya di kedai buku petang tadi.
            “Belum.. besok jelah. Kan free..buat apa nak rushing sangat cik Hanna oi.” Matanya masih belum beralih dari membaca buku. Terasa sayang mahu mengalihkan perhatian daripada membaca novel di tangannya, amat menarik.
            “Bukan rushing, kemas lah sikit sikit. Nanti taklah penat sangat. Kau tu, kena rehat lebih. Penat kang susah pulak nak drive. Nak harapkan aku, memang tak lah kan?” sepanjang mereka tinggal bersama, Hanna banyak bergantung kepada Dannia lebih lebih lagi soal pengangkutan. Mujur sahaja dia sama kelas dan jurusan dengan Dannia. Ternyata jodoh persahabatan antara mereka terikat erat.
            “Kejap lagilah. Bagi aku masa habiskan novel ni dulu.”
            “Huh, haramm..!” tahu sangat perangai Dannia tu. Takkan berganjak ke mana mana jika novel sudah berada ditangannya. Sabar jelah Hanna...
           

            “Assalamualaikum...” bunyi suara diluar pagar membantutkan pekerjaan Dannia. Salam hanya dijawab dalam hati, namun dia meneruskan kerjanya. Langsung tidak melihat siapa yang bertandang ke rumahnya tengah hari ketika matahari terpacak di atas kepala. Busy...
            “Waalaikumsalam.. Ya encik. Cari siapa?”
            “Rumah Cik Dannia Danisha ke? Kalau betul, boleh saya jumpa dengannya?” Lelaki berkulit hitam manis itu sopan bertanya.
            “Ya. tapi dia sibuklah. Kenapa ya?” siapa dia ni. Siap bawak bunga segala. Peminat ke? Cuba mengingati wajah dihadapannya.
            “Oh ya. kalau macam tu sila tanda tangan kat sini. Dan bunga serta hadiah ni untuk dia. Terima kasih.”
            Oh, penghantar bunga rupanya. Bengong betul kau Hanna. Langsung tak boleh bezakan mereka ni. Dah terang tang tang dia pakai baju uniform. Dia tersengih malu..setelah menandatangani, bunga dan kotak hadiah bertukar tangan.
            “Terima Kasih.”
            “Nah untuk kau. Wah, sejak bila ada peminat ni eh?” Hanna menghulurkan bungkusan dan jambangan bunga mawar kepada Dannia.
            “Dari siapa ni.?” Dannia mengambil bungkusan dan jambangan bunga tersebut lalu dibawa ke hidung. Wanginya...
            “Tapi kenapa ada dua jambangan ni. Banyak betul duit orang ni. Mahu beratus melayang.”
            “Entah, bertuah kau ya. Cuba kau tengok kad yang terselit tu.” Mulut Hanna memuncung ke arah kad yang dimaksudkannya.
            Dannia mencapai kad yang berada di jambangan mawar merah, lalu dibaca perlahan.
‘Salam rindu... maaf diatas segala kekhilafanku.’
                                                                                                Ur DH
            “Khilaf apa bendanya pulak ni. Makhluk mana pulak yang buat silap kat aku ni Hanna? Setahu aku, tak ada. Ni DH mana ntah. Guna nama samaran pulak tu. Macamlah aku ni terror bab teka meneka. Ntah ntah salah hantar kot. Kau pasti ke bunga ni untuk aku.?’ Dannia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Macam macam lah orang zaman sekarang ni.
            “Eh, betullah kau. Tak salah pun. Tu lagi satu kau tak nak baca ke.” Hanna menghulurkan jambangan mawar putih bercampur peach kepadanya. Cantik! Gubahan yang cantik bersama anak patung kecil dihadapannya.
            Kini, tangan Dannia mengambil pula kad yang terselit di tepi patung jambangan bunga itu.
Hello princess, dah habis exam kan? Hope enjoy ur life after this. Jangan
Lupakan ur abang.
Lot of Love,
Zafrey & Family
          Dannia tersenyum lebar, gembira dengan jambangan yang diterima daripada zafrey. Kemudian diambil pula bungkusanyang dibalut cantik. Dibuka dengan berhati hati. Kemudian, dia mengeluarkan isi yang terkandung di dalamnya.
          “Cantiknya Dannia.” Hanna menjerit kuat.
          Dannia tersenyum manis. Memang cantik, sutera ditangannya disentuh perlahan. Dibawa ke badannya. Baju kurung sutera berlatarkan hitam bertambah cantik dengan sulaman di bahagian dada dan leher. Dengan kain yang dijahit secara duyung, kembang dibahagian bawah amat memukau hatinya. Kemudian Dannia mencapai pula surat yang terselit di dlam kotak itu.
Mama harap Dannia dah terima bungkusan ini. Mama mahu Dannia memakainya sewaktu majlis yang akan berlansung tidak lama lagi. Mama amat mengharapkan kedatangan Dannia. Terimalah hadiah yang tak seberapa daripada mama sebagai ucapan tahniah kerana berjaya menamatkan pelajaran. From Mama...
          “Dari siapa baju ni?”
            “Mama Zafrey.” Dannia tersengih lagi. Bajunya tadi dicapai kembali. Belum puas menilik, terlalu cantik.
            “Bakal emak mertua baru ke ni? Sayang betul pada kau ya.” Hanna berseloroh nakal, mengusik sahabatnya dari tadi memadankan baju di badannya.
            “Apa pulak. Diorang dah anggap aku macam ahli keluarga lah. Zafrey tu aku anggap macam abang aku jelah. Tempat meluahkan perasaan selain daripada kau. Sebenarnya Abang Zaf dah ada girlfriend. Kat mana pulak mahu dicampak girlfriend dia tu nanti kalau dia pilih aku.” Panjang lebar dia menyangkal ramalan Hanna.
            “Yelah yelah. Sambung kerja kau. Kejap lagi kita keluar makan pulak. Dah petang sangat ni.” Bunga yang diterima diletakkan di dalam balang kaca setelah diisi dengan air, untuk sementara waktu supaya tidak layu...
             
           
            Dannia melihat kali terakhir rumah sewanya. Rumah yang telah lama didiaminya sejak tiga tahun yang lepas. Rumah yang memberi perlindungan dari panas dan hujan. Rumah yang menjadi kenangannya sepanjang berada di negeri orang.
            “Nia, dah siap ke? Jomlah kita bertolak sekarang.” Hanna menyerahkan kunci rumah kepada pemilik sebenar rumah itu. Rumah yang kini bukan lagi milik mereka. Dannia hanya mengangguk perlahan. Dia segera bergerak memasuki perut keretanya. Hanya barang yang benar benar penting, dibawanya pulang bersama. Separuh lagi, telah diposkan. Perabot yang dibeli hanya ditinggalkan dirumah itu.
            Dannia  termenung, perlu kah dia berjumpa dengan mertuanya sebelum bertolak pulang? Dia takut jika kepulangannya nanti tidak disenangi oleh Harith. lagi pula dia tidak mahu bertembung dengan Harith. peratusan untuk bersua muka dengan lelaki itu adalah tinggi jika dia pulang menjenguk mertuanya. Setelah difikir fikirkan baik buruknya, dimatikan sahaja niatnya. Mertuanya mesti tidak tahu akan hubungannya dengan Harith.
            Tanpa berfikir panjang, keretanya menyusur menuju ke jalan keluar dari Pulau itu. Selamat tinggal Pulau Pinang... umur panjang akan ku jejaki lagi...




-p/s: semoga berpuas hati...sorry lambat sket update KYS kali ni. so.. enjoy! thanks kpd pembaca yg sudi singgah n komen kat blog ni.. thanks a lot okek? tegur if ada yg x kena ok? jgn lupa comment skali =)

No comments:

Post a Comment