photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 23 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab13]

Bab 13
                Dewan kuliah yang tadi senyap kembali bising apabila pensyarah mereka keluar dari bilik itu. Bunyi sorakan rakan lelaki mengusik kembali memeriahkan dewan itu. Dannia tidak ambil pusing dengan itu semua, lantas dia berkemas mahu segera keluar dari situ. Dia mahu keluar dari dewan yang terasa rimas dengan orang ramai. Dia mahu mencari sedikit ketenangan. Menghilangkan rasa sesak di dalam dadanya yang kian bertamu.
            “Dannia, kau dah nak balik ke?” Hana melihat Dannia yang sedang berkemas segera bertanya.
            “Yup, balik lah. Lagipun kelas dah habis ni kan? Kau ada plan nak pergi mana mana ke?”
            “Jom kita lepak dulu nak?” Hana sudah mengutarakan cadangan yang tak berapa bernasnya.
            “Kau nak lepak kat mana pula ni. Macam tak ada kerja je.” Dannia sempat mengerling jam di tangannya. Baru pukul sebelas, awal lagi nak balik. Kalau balik pun bukan ada orang kat rumah. Nak harapkan muka Harith tercongok kat rumah jangan haraplah selagi matahari tak terbenam.
            “Jom la lepak kat mana mana. Temankan aku pi shopping ke?”
            “Hish kau ni tak de benda lain ke? Asyik nak shopping aje kerja kau” Dannia mengerutkan muka. Nak shopping apa lagi la minah ni. Minggu lepas dah shopping, hari ni nak shopping lagi. Banyak betul duit minah ni. Haiye...
            “Please. Aku sorang ni. Lagipun kau nak balik awal awal kat rumah laki kau bukan ada pun.” Hana menjuih bibir. Tahu sangat akan sifat Harith yang satu. Bencinya pada Harith tak pernah surut, malah makin hari makin bertambah.
            “Ok lah, jom” Dannia berfikir sejenak sebelum bersetuju dengan Hana. Dia juga sebenarnya stress dengan kehidupan yang dilalui bersama Harith. Harith tidak pernah mahu berubah. Namun perangai lelaki itu semakin hari semakin melampau. Balik rumah mabuk mabuk, naik seram dia melihat perangai Harith. Apabila Harith mabuk, dia kan segera menguncikan diri di dalam bilik sehingga keesokan harinya. Dirinya sudah tidak betah untuk tinggal di sana. Selama lima bulan lebih dia tinggal bersama Harith seolah olah sudah tahu akan jadual rutin suaminya itu. 
            Dannia dan Hana mengambil keputusan untuk melawat dan bersiar siar di sekitar Penang. Soal Harith diketepikan dahulu. Dia tidak mahu memikirkan perihal suaminya.  Dia mahu menghabiskan masanya dengan berjalan jalan. Mahu menghilangkan stress, sekurang kurangnya dapat dia melepaskan diri daripada menghadap muka suaminya itu.
            Mereka menuju ke Mall. Dengar kata kawan kawannya kat sana mengadakan sale, Hana lah orang yang beria ria mengajaknya ke sana. Gila shopping minah ni. Diikut sahaja sahabatnya tanpa banyak kerenah. Yang pasti, dia tidak mahu segera pulang ke banglo suaminya. Sedang mereka leka berjalan menuju ke sebuah butik, tiba tiba....
            “Dannia!” dia mematikan langkahnya apabila terasa seseorang memanggil dirinya. Matanya meliar mencari gerangan yang memanggil dirinya.
            “Dannia” pantas dia menoleh. Bulat matanya memandang jejaka yang berdiri sambil tersenyum menawan. Zafrey!! Secara automatik senyuman terukir cantik di wajahnya. Manis.
            “Abang Zaf, buat apa kat sini?” girang hatinya bertemu jejaka yang sudah lama tidak bersua muka. Hanya telefon yang menghubungkan mereka berdua. Jarak antara mereka menyebabkan susah untuk mereka keluar bersama, tambahan lagi sibuk dengan kuliahnya manakala lelaki itu sebuk dengan kerjanya. Maklum sajalah lelaki bekerjaya.
            “Abang ada meeting kat Penang ni. Sekarang dah habis. Hah, Dannia buat apa kat sini. Tak de kuliah. Ke ponteng ni?” Zafrey membuat muka serius. Buat muka garang. Macam lah Dannia takut dengannya. Hehehehe...
            “Mana ada ponteng. Dah habis lah. Nia teman si Hana jalan jalan. Boringlah nak balik rumah awal awal.” Dannia seolah mengadu pada Zafrey.
            “Betul ke ni. Kalau macam tu korang berdua temankan abang jalan jalan kat sini boleh?” Dia memandang gadis berdua dihadapannya secara bergilir gilir. Dannia dan Hana saling berpandangan meminta pendapat. Saling menjungkit bahu.
            “Ok kot. Tapi kami dah beli tiket nak tengok wayang. Macam mana?” Dannia serba salah mahu menolak cadangan Zafrey. Tiket sudah dibeli tadi, takkan nak cancel kot, sayanglah.
            “Kalau macam tu abang join and temankan korang dulu, then korang temankan abang pulak macam mana? nak beli ole ole untuk mama” Memang niatnya mahu membelikan sesuatu untuk wanita kesayangannya itu. Tidak pernah lupa jika dia keluar outstation oasti akan dibelikan wanita itu sesuatu. Tidak pernah pulang dengan tangan kosong.
            “Ok lah. Jom, sebelum tu kita pi makan dulu la eh? Dah lapar ni.” Dannia memegang perutnya. Sengaja membuat muka kesian. Dannia oh Dannia....
            “Ok little princess. Jom, belanja abang eh?” Giliran Zafrey pula membuat muka kesian.
            “Eh, kami mana ada duit. Abanglah yang belanja kami. Abang Zaf kan dah kerja. Kitorang ni student lagi. Mana ada duit. Kan Hana?” Dannia memprotes.
            “Yelah. Kedekutlah korang ni. Ni bila Nia nak turun KL? Mama dah lama rindu kat Dannia. Asyik tanya Dannia je.” Zafrey menyatakan hasrat mama padanya. Sudah bernanah telinganya mendengar rungutan dari mulut mamanya yang selalu bertanyakan perihal anaknya yang bongsu. Entah bila mereka mahu memberitahu akan Dannia tentang pertalian mereka. Kata mama dan papa tunggu masa yang sesuai. Mereka tidak mahu mengejutkan Dannia tentang berita itu sekaligus membuatkan pelajaran Dannia terganggu. Cukuplah mereka tahu anak bongsunya masih hidup dan sihat walafiat. Suatu hari nanti pasti Dannia akan tahu juga, Cuma tunggu masa sahaja.
            “Maaflah, bukan Nia tak mahu turun KL. Sekarang banyak betul assignment. So busy sikitlah. Tak pe nanti cuti sem Nia turun KL ok? Promise!” Dannia membuat janji, tangannya membuat tanda sumpah. Zafrey tersenyum lucu dan gembira dengan telatah adiknya.
            “Dah jom lah.”
            Sepanjang hari mereka menghabiskan masa bersama. Dannia dan Hana membawa Zafrey melawat sekitar bandar Pulau Pinang. Seronok dapat menghabiskan masa dengan lelaki itu yang sudah dianggap sebagai abangnya. Sempat mereka membeli belah untuk Puan Sri Kamilia sebagai buah tangan untuk wanita itu. Rindunya pada Puan Sri Kamilia amat mnggamit hatinya. Apabila teringatkan wanita itu, rindunya pada ibu di kampung semakin kuat. Sudah lama dia tidak menghubungi ibunya di kampung lantaran sibuk dengan kuliahnya. Nekadnya dia mahu menghubungi ibunya di kampung apabila pulang nanti. Sudh tidak sabar rasanya mahu mendengar suara umi dan abanhnya di kampung. Suara abang abangnya yang selalu mengusiknya. Rindunya... Jam menunjukkan waktu Isyak barulah mereka bergegas pulang ke rumah masing masing.

########

Tepat jam 10 malam, Dannia tiba dirumah. Namun sedikit pelik apabila melihat rumahnya yang terang benderang. Pelik? Harith sudah pulangkah? Segera dia bergegas mendekati pintu rumahnya. Tiba di pintu, dia bertambah hairan apabila melihat begitu banyak kasut di hadapan pintu. Buat kenduri ke? Tak de pulak Harith memberitahunya apa apa. Bunyi bising dan bingit dirumah menarik narik Dannia untuk mengetahui keadaan di dalam.
            Sebaik sahaja pintu di buka, terbuntang matanya melihat suasana di dalam rumah. Masyaallah. Parti apa ni? Sakit matanya melihat suasana di dalam rumah. Dah macam disko. Perempuan dan lelaki berpeluk sakan di tengah ruang tamu tanpa segan silu. Saling berkucupan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Di sudut meja hujung berhampiran tangga sekumpulannya sedang minum air kencing syaitan sambil memeluk twman wanita masing masing. Ya Allah! Apa semua ni. Takut dirinya dengan suasana baru di rumah banglo itu. Matanya segera mencari kelibat Harith. Dia meredah laluan kawan kawan Harith yang sudah separa mabuk. Ditepis kasar tangan nakal yang cuba menariknya ke tengah ruangan tamu. Semakin panik apabila kelibat Harith tidak kelihatan di dalam rumah itu. Tiba tiba matanya tertancap pada satu tubuh yang asyik berpelukan dengan wanita yang begitu seksi. Wanita itu sudah meliuk lintuk di dalam dakapan suaminya. Harith! Berani berani lelaki itu mengadakan parti liar di rumah mereka.
            Dannia segera mendekati Harith. Dia sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah lelaki itu. Ditarik kasar lengan Harith yang erat sedang merangkul tubuh wanita di dakapannya sehingga terlerai. Segera dia mengheret tubuh Harith menjauhi yang lain dan merentap tangan kasar itu dari pegangannya. Panas hatinya seakan mahu terbakar.
            “Harith! Apa semua ni?” Dannia menjerit nyaring cuba melawan suasana bingit ditelinganya. Terkejut Harith dengan tengkingan kuat Dannia. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia meninggikan suara. Mukanya merah menyala menahan marah. Harith sudah melampau.
Terkejut Harith dengan tengkingan Dannia. Pertama kali Dannia menjerit nyaring sepanjang mereka bersama. Terasa tercabar egonya dengan tengkingan Dannia, apatah lagi di hadapan kawan kawannnya. Malu tak terkira, lebih malu daripada berdakapan dengan temannya sebentar tadi. Bengang.
            “Hey! Kau apahal sibuk dalam urusan aku. Jangan lupa ni rumah aku. Suka hati aku lah nak buat apa. Sedar diri kau sikit. Dalam rumah ni kau tu menumpang jer.” Harith menolak kasar tubuh Dannia di hadapannya. Tolakan kasar Harith menyebabkan Dannia terdorong ke belakang, nasib baik dia sempat berpaut pada tiang. Kalau tak mesti dia dah tersungkur mencium lantai marmar. Bunyi sorakan kuat di seluruh rumah amat memalukan Dannia. Dia sudah tidak peduli akan itu semua.
            “Sampai hati awak buat parti kat rumah ni. Awak sedar tak apa yang awak buat ni hah?” Dannia cuba melawan. Tahap kesabarannya selama ini yang disimpan sudah terhambur keluar. Cukuplah selama ini dia bertahan. Biar hari ini dia meluahkan semuanya.
            “Hey, kau peduli apa dengan apa yang aku nak buat. Kau tu masih budak hingusan. Jangan cuba nak ajar apa yang aku buat.” Bengang dirinya apabila Dannia melawan.
            “Memang saya peduli. Saya ni isteri awak tahu tak? Sekurang kurangnya hormat sikit. Hormat pada ikatan kita. Dah tak ada tempat lain awak nak buat semua ni sampaikan rumah ni pun nak buat maksiat?”
            “Kau diam. Blah lah, aku tak perlu minta kebenaran kau. Kau tak ada hak? Kau dengar sini baik baik. Kau tu bukannya siapa siapa bagi aku. Tak ada kena mengena pun. Lagipun selama ni aku tak pernah anggap kau tu isteri aku. Tolong sikit ya, perempuan macam kau mana layak dengan aku. Kau tu perempuan kampung. Macam sampah, menyemak jer dalam rumah aku ni.” Harith sudah melalut, pengaruh alkohol sudak menguasai diri.
            Oleh kerana terlalu geram dengan Harith, Dannia segera berlalu ke dapur. Kemudian muncul semula dengan segayung air, dengan pantas dia menyimbah air tersebut ke wajah Harith supaya sedar. Dia sudah tidak kisah akan keadaan sekeliling, apa nak jadi jadilah kali ini. Dia sudah tidak peduli.
            “Hoi, berani kau simbah air kat aku! Kurang ajar!” Harith mencengkam kuat bahu Dannia sehingga berkerut dan terjerit kecil gadis itu. Keadaan sekeliling sudah kembali diam, terkejut barangkali dengan pergaduhan mereka suami isteri. Pang! Dannia memegang pipinya, darah pekat mengalir di celah bibirnya. Senyuman sinis dihadiahkan pada dannia, sebelum lelaki itu kembali menarik teman wanitanya menuju ke sudut yang lain, sempat dia berpesan pada rakan rakannya.
            “Hoi geng, kau ajak betina ni join korang. Free of charge.” Harith menjerit kuat, dia sudah separa sedar. Dia khayal dengan dunianya. Dannia hanya dipandang sekilas lalu sebelum semakin hanyut dengan dunianya. Jeritan Dannia langsung dibiarkan sepi olehnya. Malah hanya dipandang wanita itu apabila rakannya mengusik dan cuba membuat bukan bukan pada gadis itu. Air di tangan diteguk rakus. Puas hatinya melihat Dannia diusik. Pelukan wanita dihadapannya semakin dieratkan. Dia langsung terleka, semakin lama, semakin jauh bunyi bising sayup sayup kedengaran sebelum suasana bertukar sepi..

No comments:

Post a Comment