photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Wednesday 14 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab10]

Bab 10
                “Hai morning Dannia” Zafrey seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Dannia.
            “ Morning” Dannia tersenyum. Hari ni dia terasa begitu bersemangat, al maklumlah petang nanti Hana dan abangnya mahu datang. Mana tak gembira apabila cutinya berteman.
            “Dah makan ke belum ni”
            “Belum. Kata nak breakfast sekali kan?” Dannia tersenyum.
            “Oh, ok. lupa pulak” Zafrey tersengih malu. Tangannya menggamit pelayan restoran untuk memesan makanan. Matanya masih lagi memandang Dannia yang agak riang.
            “Erm, kenapa semacam jer hari ni. Gembira semacam je. Special day ke?” Matanya masih merenung anak mata Dannia. Cantik. Desis hatinya.
            “Mana ada. Just happy je.” Juntaian rambut di dahi dikuak dengan jarinya. Rambutnya yang agak keperangan diikat  ketepi. Rimas dengan angin yang sepoi sepoi bahasa.
            “Anyway, saya nak bagi something kat awak. Nah” Zafrey mengulurkan kertas kepadanya. Kad jemputan kahwin ke? Dannia mengerutkan dahinya.
            “Kad apa ni?”
            “Bukalah. Saya harap awak datang memeriahkan lagi majlisnya. Kalau nak ajak kawan pun tak apa.” Dia mahu memperkenalkan Dannia pada keluarganya. Dia mahu menemukan Dannia pada Tan Sri Razif. Harap harap semuanya berjalan lancar seperti yang diatur. Dia mesti merungkaikan persoalan ini di benaknya.
            “Family day? Kenapa jemput saya? Boleh ke ni saya datang lagipun saya bukannya staff kat syarikat awak” Pelik, kenapa nak ajak aku.
            “Boleh jer. Lagipun boleh teman kan saya, jadi partner saya dinner malam tu k? Saya tak de partner. Yang lain semua ada partner, saya sorang jer yang belum ada lagi. Bolehkan?” muka Zafrey penu mengharap.
            “Segan lah. Lagipun nanti apa kata staff awak nanti?” Adui, macam mana nak lepas kan diri eh? Pening kepala aku macam ni.
            “Janganlah macam ni. Tak sudi tolong saya?” Zarfey menayangkan muka kasihan. Puh minta minta Dannia lembut hatinya.
            “Yelah yelah.”
            Yes. Zafrey tersenyum senang.
            Asyik mereka berbual, Ezmiel datang menyergah dari belakang. Tersedak sedak Zafrey menahan sakit tertelan nasi. Mangkuk la budak ni.
            “Along, patutlah awal pagi menghilang. Kat sini kau rupanya. Tak tunggu aku pun nak breakfast sekali” Ezmiel dengan selamba menarik kerusi di sebelah abangnya. Langsung duduk tanpa dipelawa. Dannia di hadapan terpinga pinga dengan kehadiran lelaki dihadapannya. No manner.
            “Hai, harap awak tak kisah saya join sekali.” Ezmiel tersenyum, sebelah tangannya menggamit pelayan restoran. Setelah itu, dia berpaling kembali meneroka wajah cantik di hadapannya.
            “Dannia, kenalkan budak tak betul ni adik saya. Ezmiel. Jangan dilayan sangat dia ni. Buasa tembaga ni” Selamba Zafrey memperkenalkan Ezmiel kepada Dannia.
            “Apa ni along. Saja je nak kenakan orang. Jangan percaya cakap along. Let me introduce myself. Hai, saya Khairul Ezmiel. Adik kesayangan lelaki di sebelah” matanya dikenyitkan.
            Dannia di hadapan hanya ketawa melihat telatah dua manusia dihadapannya. Sungguh rapat hubungan adik beradik dua orang ni. Tak rugi aku berkenalan dengan mereka ni.
            “Dannia. Nice to meet you Ezmiel.”
            “Ops, just call me Ez okay?” Ezmiel membetulkan panggilan Dannia terhadapnya. Matanya masih merenung Dannia sehinggakan membuatkan gadis itu resah gelisah.
            “Ehem, oit.” Zafrey yang melihat Dannia serba salah apabila direnung begitu segera mengetuk kepala Ezmiel membuatkan lelaki itu tersentak, sebelum tersengih malu.
            “Sorry.”
             Apabila pelayan menghantar makanan mereka, lantas masing masing menjamu selera. Kadang kadang diselitkan dengan perbualan dan senda gurau. Sepanjang mereka bersama, langsung tidak dihiraukan dengan sekeliling. Hilang semua masalah yang dialamainya. Hilang wajah Harith dan perangai yang menjengkelkan. Yang ada kini semuanya rasa gembira dan teruja. Gembira akan percutiannya tanpa wajah Harith dan datenya dengan kedatangan Hana dan rasa terujanya dengan dua jejaka tampan yang amat akrab.

####
           
“Hana” Dannia menjerit sambil melambaikan tangannya ke arah gadis ayu dihadapannya. Gembira tak terperi kerana cutinya bakal dihabiskan dengan Hana.
            “Nia. Rindunya aku dengan kau”
            “Assalamualaikum Dannia” sapa seorang lelaki yang berada di belakang Hana. lelaki itu tersenyum gembira.
            “Waalaikumsalam Abang Fiq. Lama tak jumpa, apa khabar?” mulutnya mengukir senyuman. Sudah lama tidak bertemu dengan Abang Hana.
            “Baik. Dannia pula macam mana?”
            “Ok”
            “Ehem, amboi terus lupa eh, bila dah jumpa Dannia.  Abang Fiq, jangan nak mengada ngada ya. So, Dannia, kita nak buat apa satu hari ni?” Hana segera mencelah apabila perbualan yang semakin hangat diantara keduanya tanpa mempedulikan Hana termanggu mangu sendirian.
            “Entahlah. Kita jalan jalan jelah nak?”
            “Erm, okay, tapi malam ni aku nak ajak kau ke rumah emak saudara aku. Makan malam kat sana. No excuse cause aku dah bagitahu Mak Ngah aku yang aku bawak kawan.”
            “Ada pilihan lain”
            “Of course no, dear” Hana tersengih sengih.
            “Fine, jom lah kita bertolak sekarang”

####
               
Bunyi keriuhan di pantai dengan staff R&K Holding yang meriah  menggamit Dannia dan Hana untuk menyertai mereka.  Zafrey dan Ezmiel awal awal lagi telah menyertai perlawanan bola tampar. Dannia hanya memerhati dari jauh. Sementara menunggu, Dannia dan Hana berehat di bawah pokok sambil berbual. Beberapa minit kemudian zafrey dan Ezmiel tercungap cungap menghampiri mereka dengan peluh merenik di dahi. Segera Dannia menghulurkan air pada mereka berdua.
            “Penat?”
            “Yup. Tapi seronok. Kenapa tak join dorang tu main? Segan?”
            “Malas. Duk kat sini lagi best.” Dannia tersenyum segan.
            “Apa kata kita join treasure hunter. Kawan Dannia boleh join sekali. 1 group 4 orang. So kita satu geng lah. Amacam?” Ezmiel mengemukakan cadangan. Sambil mengesat peluhnya yang nerenik di dahi.
            “Ok juga cadangan tu. Join kami ok?” Zafrey mengiakan cadangan Zafrey.
            Dannia hanya menjungkitkan bahu sambil mengangkat keningnya ke arah Hana meminta pandangan.
            “Ok kot. Lagipun bosan juga kalau asyik duduk jer.” 
            “Ok set.”
            Petang itu, mereka menyertai treasure hunt seperti yang diatur oleh pengacara majlis. Dannia benar benar gembira dengan aktiviti yang diikutinya. Permainan ini benar benar mencabar dirinya. Hampir tiga jam mereka berlari dan berjalan mengikuti arahan yang tertera pada setiap kertas sebagai petunjuk. Namun, hasilnya agak memuaskan hati mereka semua walaupun tidak memenangi tempat pertama. Sudah lama dirasakan tidak segembira ini. Tenang hatinya dari semua masalah yang menimpanya sejak beberapa minggu ini. Terasa ingin menjerit gembira dengan kebebasan walaupun hanya sekejap cuma. Sepanjang hari bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Hana sendiri naik hairan dengannya yang asyik tersenyum. Apabila ditanya, dia hanya menggeleng tanpa menjawabnya.

#####
           
Harith menghempas kasar punggungnya di sofa bilik. Suzanne menghilang entah ke mana. Dia tidak mahu ambil peduli tentang ketiadaan gadis serani itu. Bengang dengan Suzanne dan pada Dannia. Suzanne dengan perangainya yang selalu menghilang, katanya mahu bercuti bersama, tapi asyik menghilang entah kemana.  Hatinya pada Suzanne semakin lama semakin berkurangan. Entah kenapa, perangai Suzanne semakin hari semakin liar. Puas dinasihati gadis itu, namun hanya sia sia. Tapi dia tidak begitu kisah akan itu, tapi hatinya semakin panas apabila melihat Dannia bersama dua lelaki yang sedang bergelak ketawa langsung tidak menghiraukan sekeliling.
Niatnya membawa Suzanne untuk menyakiti hati Dannia gadis kampung yang sedikit sebanyak menggugat hatinya. Namun sebaliknya berlaku, kini dirinya yang sakit hati melihat kemesraan yang terpamer di depan mata. Di lihat dannia langsung tidak mempedulikan dirinya selama mereka berada di sini. Dia mengagak dannia akan merayu padanya atau sekurang kurangnya akan mencari dirinya. Namun gadis itu langsung tidak mencari apatah lagi menjenguk untuk bertanya khabar di mana dirinya menghilang.
Hatinya sedikit lega apabila melihat kelibat Dannia yang sedang minum sambil menghayati udara pagi di sudut hujung. Kakinya lantas mengambil tempat yang agak jauh dari pandangan Dannia supaya kelibat dirinya tidak disedari oleh gadis itu. Leka dia menatap seraut wajah cantik menawan walaupun tanpa dikenakan sebarang mekap. Nampak begitu mulus dan semulajadi. Sedang asyik menatap wajah itu, tiba tiba gadis itu didatangi seorang lelaki, dilihat lelaki tersebut bercakap cakap sebeluh mengambil tempat berhadapan dengan Dannia. Hatinya terbakar apabila melihat Dannia yang sedang berborak dengan lelaki yang agak segak penampilan walaupun hanya berpakaian santai. Kelihatan begitu mesra. Kekasihnya kah? Setelah agak lama melihat mereka, Harith segera berlalu dari situ dengan hati yang membuku. Sakit hatinya bukan kepalang. Perempuan curang! Niatnya mahu manyakiti Dannia namun sebaliknya dia pula yang sakit hati. Kurang ajar!!



















No comments:

Post a Comment