photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 29 July 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 2]

Bab 2

                Pintu biliknya dikuak perlahan. Gelapnya, hatinya tentanya tanya dimana suaminya berada. Lampu biliknya dibuka, bilik yang gelap diganti dengan cerah. Dannia terpandangkan satu tubuh yang lena di atas peraduannya. Harith! Nyenyak betul tidurnya. Langsung tak terkutik dan terganggu sedikit pun dengan silauan lampu bilik. Langkah kakinya menuju kearah pintu jendela. Maghrib begini banyak nyamuk, lalu ditutup pintu tersebut. Dannia segera berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Tubuhnya terasa melekit dengan peluh dan bajunya yang basah dengan simbahan air dan air sabun membuatkan dirinya terasa rimas dan busuk. Selesai mandi, dia segera mengenakan sehelai t shirt dan berkain batik.
        “Abang..” Dannia mengejutkan Harith yang lena.
        “Abang, bangun dah maghrib ni” Tangan Dannia menguis sedikit bahu Harith. Namun langsung tiada tindak balas. Malah harith mengiringkan badannya membelakangkan Dannia.
        “Abang” Dannia meninggikan sedikit tone suaranya.
        “Urmm... jangan kacaulah aku nak tidur.” Suara Harith kasar menerjah ke gegendang telinganya. Matanya masih tertutup. Liatnya nak bangun, macam ni ke orang kaya. Susah nak bangun. Ish..ish.. sempat lagi Dannia mengutuk suaminya dalam hati. Astaghfirullahalazim.... Dannia tak baik mengutuk suami sendiri. Haish.. terkutuk pulak.
        “Bangun la, dah maghrib ni.” Dannia tidak berputus asa. Masih lagi mengejutkan Harith dari tidur. Dannia seakan bertanggungjawab untuk mengejutkan Harith untuk mengerjakan pada yang Maha Esa.
        “Eh, kau ni kan, suka hati aku la nak buat apa. Jangan nak menyibuk la betina.” Mata Harith yang tertutup rapat pantas dibuka. Terkejut Dannia dengan kata sopan Harith. Disabarkan hatinya. Sabar Dannia.
        “Bangunla sembahyang. Kita sembahyang jemaah ya, kalau nak mandi dulu pun pergilah. Lepas ni kita turun makan ya ” tanpa menghiraukan cemuhan Harith, Dannia masih lagi memujuk lembut. Cuba mengambil hati.
        “ Hei betina, kau jangan nak buat baik dengan aku. Aku tak akan anggap dan takkan terima kau sebagai isteri aku. Kau tak layak dengan aku. Lagi satu jangan kau nak berabang abang dengan aku. Tak ingin aku. Lagipun kau tu cuma isteri atas kertas jer.” Harith mencerlung garang ke arah dannia yang hanya diam. Wajahnya ditundukkan. Harith segera berlalu, semasa melintasi Dannia segaja dia merempuh kasar bahu Dannia sehingga terdorong dan hampir jatuh terjelepok. Nasib baik tangannya sempat berpaut pada birai katil. Hai budak ni aku cepuk jugak karang. Aku buat baik, dia main rempuh rempuh pulak. Ingat aku ni apa! Sabar, Rileks Dannia.
        “Hah lagi satu, kau tak payah nak tunggu aku nak mengimamkan kau. Kau sembahyang sendiri.” Tukasnya lagi sebelum memasuki bilik air. Berdentum pintu dihempas olehnya. Dannia menggelengkan kepala mengenangkan sikap Harith. Baru sehari menjadi isterinya, dah bermacam macam sindiran dan makian yang diterima. Dannia mengeluh lagi. Dulu dirinya pantang mengeluh, namun sejak berita pertunangannya dengan Harith, dirinya selalu sahaja mengeluh. ‘Sabarlah wahai hati’. Sebaik baik isteri adalah taat kepada suaminya. Dannia berkata sendiri. Seboleh bolehnya, dia ingin menjadi isteri yang solehah buat sang suami. Dia tidak mahu menunjukkan sifat kasar dan suka melawan yang sudah sebati dengannya. Biarlah dia beralah, kalau orang lain, jangan harap ya! Aku lesing dulu.
        Selepas solat, dilihat Harith belum keluar dari bilik air. dia menunggu Harith dengan sabar. Hajatnya mahu sahaja dia turun makan tanpa menunggu Harith. Bimbang abah dan ibunya banyak soal, terpaksalah dia menunggu Harith untuk makan sekali. Pintu bilik air tiba tiba dikuak, Harith dengan lagak selamba menuju ke almari. Dannia segera menunjukkan wajahnya, malu melihat Harith yang hanya melilitkan tuala dipinggang. Harith menjeling Dannia yang berada di birai katil sambil tersenyum sinis. Sengaja dia melambat lambatkan diri untuk memakai baju.  ‘Padan muka’.
        “Hoi” tersentak Dannia, tidak sedar yang Harith sudah berada di muka pintu. Muka Harith yang tegang dipandang dengan sedikit gugup.
“Er, awk tak solat dulu?” Tanpa menunggu dan menjawab pertanyaan Dannia, dia melangkah menuju ke dapur. Dannia mengekorinya dari belakang. Sampai di dapur, Harith melambatkan langkah untuk berjalan seiringan untuk mengelakkan curiga mentuanya.
        “ Jangan lupa panggil aku abang depan diorang dan lagi satu, tak payah masuk dalam urusan peribadi aku.”pesannya. Wajah Dannia langsung tidak dipandang.
        “Duduklah Harith. Jangan malu malu. Kita dah jadi satu keluarga kan.” Abah menggamit Harith untuk duduk. Dia mengambil tempat yang berhadapan Syahmin, Dannia pula duduk disebelahnya berhadapan dengan abangnya yang tengah. Dilihatnya Harith begitu canggung berada di keluarganya yang sederhana. Shamir memandang sekilas. Dihadiahi adik iparnya senyuman yang cukup sinis, Harith perasan akan senyuman itu. Wajahnya diselambakan. Namun dalam hati sedikit gugup dengan jelingan tajam dan renungan Syahmin yang berada di depan.
        “Jemput makan Harith” ibunya menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepada menantunya yang bongsu. Syahmin pula menadah doa sebelum mereka sekeluarga makan malam.
        Selesai mereka makan, Dannia menyibukkan diri di dapur, menyediakan minuman untuk dibawa ke ruang tamu. Harith pula menyertai abah di ruang tamu ditemani along. Angah pula lesap entah ke mana. Selesai di dapur, Dannia segera masuk ke biliknya. Dirasakan badannya amat letih memandangkan seharian dia langsung tidak sempat berehat. Ingin dia meletakkan badannya diatas katil yang empuk. Terkebil kebil dia memandang syiling, berfikir akan masa depannya. Bagaimanakah cara kehidupannya selepas ini. Adakah Harith akan membiarkan dia meneruskan pelajarannya nanti. Mentuanya serta ibu dan abah sudah memberi kata putus untuk membiarkan dia terus belajar. Yalah umurnya baru 20 tahun. Umurnya setahun jagung dan cukup muda untuk menjadi seorang isteri sepenuh masa. Kawan kawan seusia keluar bergembira dan menghayati dunia setelah bergelar pelajar sekolah. Dia pula terikat dengan ikatan perkahwinan.  Terasa iri hati pada rakan sebayanya yang bebas diluar sana.
Baru beberapa bulan menjadi pelajar universiti, dia disuruh pulang untuk ditunangkan. Terkejutnya bukan main apabila diberitahu dia bakal berkahwin dalam masa sebulan. Belbagai alasan diberikan untuk memutuskan pertunangan ini, pujukan demi pujukan yang diasak ibu dan abahnya. Mana mungkin untuk Dannia menolak apabila ibu terlalu mengharapkannya. Ibu terlalu ingin berbesan dengan rakan baiknya yang terpisah. Ingin dirapatkan hubungan mereka, Dannia dijodohkan dengan anak lelaki tunggal mereka. Perit untuk dihadapi semua ini. Lelaki yang ditunangkan dengannya pula tidak habis habis mengasak supaya pertunangan ini diputuskan. Dirinya tersepit di tengah.
Pintu dikuak tiba tiba. Lantas Dannia bangun dari pembaringan, kekok rasanya mempunyai teman yang berlainan jantina berada didalam satu bilik. Dannia tersenyum melihat wajah itu walaupun dirasakan senyumannya tawar. Sebaliknya senyuman itu hanya dibiarkan sepi tanpa dibalas suaminya. Harith mengambil bantal dan selimut lalu dicampakkan ke bawah. Dannia mengerutkan mukanya. Pelik melihat Harith yang bercekak pinggan dihadapannya.
“Kau tidur kat bawah. Apalagi turun lah. Tak ingin aku tidur sekatil dengan kau. Kau perempuan kotor.” Lancang mulutnya mengutuk Dannia, tidak sedikit pun menghiraukan perasaan Dannia waktu itu. Asalkan hatinya puas megenakan dan menyakitkan Dannia. Walau selancang mana mulutnya mengutuk Dannia, gadis itu masih tenang. Walaupun dia perasan mata gadis itu sedikit sayu dan berkaca kaca. Baru tahu aku siapa, jangan harap aku nak kesiankan kau, perempuan murah.
“Aku nak tanya kau satu soalan, kenapa kau tak putuskan pertunangan ni. Kau tahu aku tak cintakan kau, malah aku takkan sesekali jatuhkan maruah aku untuk cinta dan sayangkan kau. Kenapa?” Harith mencengkam kuat bahu Dannia, membuatkan gadis itu bangun. Berkerut mukanya menahan sakit. “Kau nakkan harta keluarga aku ya! Jangan harap, aku akan sedaya upaya akan singkirkan kau dari keluarga aku. Kau takkan dapat satu sen pun. Dasar perempuan murah, bermata duitan. Betina macam kau ni tak layak untuk lelaki hebat macam aku”. Harith berlagak angkuh.
“Abang, jangan buat macam ni, sakit” Dannia menahan tangis, tidak disangka malam pertamanya dihadiahi kata kata keji suaminya. Dannia sedaya upaya melepaskan cengkaman itu. Namun makin erat dirasakan, terasa beku darahnya dibahagian bahu.
“Hei betina, kan ke aku dah cakap kau tak layak panggil aku guna panggilan macam tu. Kau tak faham bahasa ke perempuan jalang.” Herdik Harith, matanya sedikit merah menahan kemarahan yang meluap luap. “Kau dan keluarga kau sama je kan, bermata duitan. Sanggup jual anak gadis untuk mendapatkan harta. Orang miskin macam korang ni memang tak ada maruah diri. Sanggup memperhambakan diri untul duit semata mata.”
Dihumban Dannia ke lantai, nasib baik rumahnya diperbuat daripada batu kalau tak pasti bising rumahnya. Berkerut muka Dannia menahan sakit. “Awak, jangan kata macam tu pada keluarga saya. Mereka hanya nak rapatkan persaudaraan, lagipun mama awak yang beria ria nak kita bertunang dan berkahwin.” Dannia sudah teresak menahan tangis dan sakit. Terasa retak punggungnya dek tolakan kuat Harith.
“Jadi kau nak salahkan mama aku la” Harith makin menyinga. Kemarahannya yang disimpan kepada papa dan mamanya selama ini dihamburkan pada dannia. Tak cukup dengan itu, ditunjal tunjal kepala Dannia dengan tangannya.
“Hei betina, kau dengar sini. Perkahwinan ni takkan kekal lama, tiba masanya aku akan lepaskan kau, bila dan masanya aku aku akan tentukan. Sebelum puas aku buat hidup kau merana, aku takkan lepaskan kau. Biar padan muka kau. Baru kau tahu macam mana rasanya jadi isteri yang tak diiktiraf oleh aku.” Harith tersenyum sinis serentak itu ketawa.
“Awak jangan buat saya macam ni. Tolong, kalau benar awak tak sukakan saya lepaskan dengan cara baik.”Dannia menangis hiba. Kakinya Harith dipegang erat. Harith ketawa mendengar tangisan Dannia. Kakinya direntap kuat dari pegangan tangan Dannia. Pedih diperlakukan begitu apalagi suami yang tidak mengakuinya sebagai isteri.
“Ada aku kisah. Tu lah padahnya, kau nak sangat jadi isteri aku kan. Sekarang jangan kau nak menyesal pulak. Aku akan buat apa sahaja untuk buat kau merana.” Harith ketawa kuat lalu tubuhnya direbahkan di atas tilam. Dibiarkan Dannia teresak di tepi katilnya.
‘Ya Allah tabahkanlah hatiku untuk menempuhi perjalanan hidup ini. Kau ampunkan segala perbuatan suamiku. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku.” Dengan linangan air mata, Dannia mengambil comforter lalu dibentangkan di atas lantai berhampiran katil sebelum dirinya direbahkan. Terenjut menahan tangisan, ditekup mulutnya dengan tangan supaya tidak mengganggu tidur Harith. Entah pukul berapa dia terlena dengan linangan air mata dipipi.

No comments:

Post a Comment