photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Thursday 6 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab15]

Bab 15
                Hari ini sudah lebih dari 4 hari dia keseorangan di rumah banglo ini. Demamnya sudah kebah sejak semalam. Semakin hari terasa semakin berserabut kepalanya. Masalah datang bertimpa timpa dalam hidup. Harith pula hilang entah ke mana, sepanjang mereka bertekak sejak minggu lepas dia langsung tidak nampak bayang Harith. Entah ke mana pula mamat tu bertamadun.
            Sepanjang ketiadaan Harith, terasa tenang dan aman hidupnya tanpa suara pekikan dan jeritan daripada mulut mamat singa tu. Namun hatinya sedikit gelisah, bimbang jika ibu mertuanya bertandang dengan tiba tiba, apa yang mahu dikelentongnya nanti. Cukuplah dia tidak mahu menambah dosa lagi. Tak tertanggung rasanya dengan segala pembohongan yang telah dilakukan.
            Teringat akan pesanan Datin Rosma yang menyuruhnya pulang ke banglo mertuanya seminggu yang lalu. Sejak berpindah keluar dari banglo mewah itu, belum pernah lagi dia bertandang ke rumah ibu mertuanya. Iyalah tak ada motif langsung untuk ke sana, mahu pulang keseorangan bimbang jikalau Datin Rosma cuba mengorek rahsia rumah tangganya, lagi parah jika Datin dan Dato’ meminta cucu. Jangan cari penyakitlah... ketaq lutut mendengar permintaan yang bukan bukan daripada mertuanya.
            Mengenangkan permintaan ibu mertuanya sudah membuat dirinya kecut perut. Harith belum lagi diberitahu. Nombor lelaki itu pun dia tidak tahu, apatah lagi mahu menelefon. Pening pening.
Petang nanti dia perlu keluar pula, ada temujanji dengan seseorang. Gembiranya hati tidak terkata. Bertemu dengan seseorang yang mampu meringankan masalah dan bebannya. Sekarang baru tengah hari, ‘lagi dua jam’ Dannia bergegas ke dapur mahu menyiapkan makan tengah hari, manalah tahu jika lelaki itu pulang dengan tiba tiba. Tak adalah dia berasa kelam kabut atau bimbang mahu meninggalkan rumah.
Setelah siap semuanya, Dannia segera keluar dari rumah dan menghidupkan kereta viva hitam miliknya. Dia mahu menjemput Hana terlebih dahulu sebelum bertemu dengan lelaki itu. Dalam kepalanya sudah bermacam macam plan mahu menghabiskan masa mereka hari ini. Plan jer tau.. belum tentu jadi. Hehehhe...
Setelah menyiapkan apa yang patut, Dannia segera melangkah ke bilik yang dihuni di hujung dapur. Dia perlu bersiap sedia, tambahan hati sudah melonjak gembira mahu bertemu dengan lelaki yang sudah dianggap abangnya. Lelaki itu banyak menolong sejak lelaki itu muncul dalam hidupnya.  Hubungan mereka juga bertambah erat sejak pulang dari ‘honeymoon’ bersama singa jantan tu. Siapa lagikan... huhuhu...
Dannia membunyikan hon apabila tiba di rumah sewa yang dihuninya dahulu. Malas mahu turun dari kereta dengan suasana panas terik. Lima minit menunggu, kelibat Hana muncul dengan sedikit termengah.
Kereta dipakir di ruangan yang disediakan. Mereka segera mencari tempat untuk lepak sementara menunggu kedatangan lelaki itu. Tangan Hana ditarik apabila mendekati food court yang terdapat di situ.
“Aku nak tanya something ni. Kau jangan marah pulak eh?”  Hana memulakan bicara setelah agak lama mereka diam membisu. Serba salah dia mahu bertanya, takut Dannia akan berasa hati. Namun dia harus juga bertanya, bukan mahu menyibuk, tetapi sebagai kawan rapat, dia tidak mahu Dannia menanggung masalah sendirian. sebolehnya dia mahu sama berkongsi masalah gadis itu.
“Apa dia? Sejak bila kau pandai minta izin ni. Selalunya main redah jer.”
“Aku serius lah. Janganlah main main.” Hana menarik muncung panjang apabila disindir.
“Ok..Ok, asyik nak sentap jer kau ni. Hah tanyalah. Kalau boleh aku jawab, tapi agak agak kau susah tak? Jangan heavy sangat eh? Tak dapat jawab pulak nanti?” Dannia tersengih sengaja mahu mengusik Hana.
“Er, kau dengan Harith macam mana?” perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Serba salah sebenarnya, takut merosakkan mood Dannia yang kian pulih.
“Kau rasa macam mana?”
“Eh, manalah aku tahu. Aku tanya kau, kau tanya aku balik pulak?”
“Macam tu lah. Still lagi berangin macam tu. Tak tahu ke mana pula dia menghilang kali ini. Tak balik balik lagi.” Pada siapa dia mahu lagi mengadu. Pada ibu dan abah tak mungkin. Dia tak mahu bimbangkan ibu dan abahnya. Tambahan lagi kalau diketahui angah dan alongnya, mesti mengamuk sakan dua orang tu. Baik tak payah, silap haribulan dibelasah si Harith tu. Bukan boleh dijangka perangai Syahmir.
“Sampai bila korang nak macam ni Nia?”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Kepala aku dah berserabut tahu tak. Bukan kepala je, semuanya.. muka aku ni tak tahu dah nak letak kat mana. siapa yang tak malu bila orang  sekeliling kata suami aku ni curang. Semua orang bercakap pasal kami. Tak tahu mana nak letak muka aku. Malu sangat Hana” suaranya yang kian sebak ditahan. Sedaya upaya ditahan air mata yang mahu mengalir. Tidak mahu merosakkan moodnya.
“Habis tu kau nak buat apa sekarang ni? Teruskan bersabar, macam tunggul kayu. Macam tu?” Hana semakin sakit hati dengan Harith. Lelaki itu sentiasa mahu mneyakitkan Dannia. Entah apa masalah mamat tu. Bajet handsome, kaya dan semua orang terhegeh hegeh nakkan padanya kot. Sebab tu jadi macam tu, riak semacam. Berbakul bakul sumpah seranah untuk Harith. Sakit hatinya mengingatkan beberapa hari yang lepas, sakit pening Dannia langsung tidak dihiraukan. Nasib baik Dannia ada menelefonnya, kalau tak, entah apa yang akan jadi. Harith ni memang lelaki yang tak bertanggungjawab.
Dalam dua hari jugaklah dia berkampung di rumah milik Harith semata mata mahu menjaga Dannia. Harith ni pun satu, kalau ya pun tak sukakan Dannia, sekurang kurangnya bertimbang rasalah sikit.
“Dah tu apa hak aku Hana?” lemah suara menuturkan kata. Pahit..
“Apa kata kau duduk berbincang elok elok. Ambil kata sepakat, berpisah secara baik.” Hana mengemukakan cadangan, walaupun peratusannya amat nipis.
‘Harith dan Dannia duduk berbincang’ Dunia nak kiamat kot. Kalau Dannia boleh diterima akal untuk duduk berbincang. Kalau Harith, berani potong jari la. Lelaki angkuh macam tu takkan nak dengar pendapat orang. Kirim salam jelah..
“Kau tahu, kalau boleh memang aku nak berpisah. Tapi kena fikirkan pihak keluarga kami pula. Apa kata diorang nanti, perkahwinan kami tak sampai pun setahun. Baru enam bulan takkan dah nak bercerai.” Bersediakah dia mahu berpisah, walaupun Harith tidak pernah menganggapnya sebagai kawan jauh sekali sebagai isteri, hatinya sedikit menyimpan perasaan sayang buat lelaki itu. Tetapi dipendam sendirian. Biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu.
“Assalamualaikum...” sapaan seseorang membantutkan perbincangan dan sesi luahan mereka. Dannia mengalihkan pandangan sebelum berpaling pada satu tubuh yang berdiri dihadapannya. Cuba mencari kekuatan dan ketenangan sebelum berdepan bersua muka.
“Waalaikumsalam..Abang Zaf.” Hana menjawab.
Salam Zafrey hanya dijawab di dalam hati. Dannia menguntum senyuman pada Zafrey.
“So, kita nak buat apa hari ni?” Zafrey bertanyakan agendanya pada Dannia dan Harith. Sebenarnya dia ke sini kerana Dannia. Pada Dannia diberitahu kepada gadis itu mempunyai hal pejabat. Mahu bertemu client dan menguruskan projek.



No comments:

Post a Comment