photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 18 November 2011

Kasihku Yang Satu [Bab22]

Bab 22
“Biar Zaf yang pujuk dia. Boleh tunjukkan bilik dia yang mana?” Zafrey meminta kebenaran setelah semuanya diam membisu. Syahmin bingung, terasa berat mahu menerima semua ini. Adik yang disayangi akan meninggalkan keluarga mereka.
            “Tingkat atas, bilik paling hujung.” Encik Zamani memberitahu. Ingin dihalang, tidak mampu. Zafrey ada hak ke atas Dannia.
            ‘Terima kasih pak cik.” Zafrey sempat mencapai sampul surat sebelum berlalu ke bilik Dannia. Dia perlu memebawa surat itu bersama sebagai bukti, jika gadis itu bertanya nanti. Setibanya di depan pintu yang dimaksudkan oleh Encik Zamani, dia mengetuk perlahan. Berkali kali namun sepi.
            “Abang masuk ya.” Zafrey menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Daun pintu ditolak perlahan. Kelibat Dannia kelihatan di atas katil. Mukanya ditekup dengan bantal, kedatangannya langsung tidak dihiraukan. Dengan teragak agak Zafrey melabuhkan punggungnya di birai katil. Bilik itu diperhati sebelum pandangannya jatuh pada tubuh adiknya.
            “Nia..” bahu Dannia disentuh dan diusapnya perlahan. Cuba meredakan hati kecil milik gadis itu.
            “Abang tahu apa yang Nia rasa sekarang. Tapi percayalah cakap mama dan papa. Mereka tak pernah berniat mahu berpisah dengan Dannia. Ianya kerana kerana perbuatan khianat.” Zafrey berhenti sebentar, Dannia masih tidak berkutik dari duduknya. Namun langsung tidak menghiraukannya.
            “Nak dengar tak cerita abang ni?” Zafrey bertanya bertanya perlahan untuk menarik Dannia supaya bersuara. Tetapi Dannia diam membisu. Denagn perlahan bahu Dannia ditariknya supaya bangun dan duduk di sebelahnya. Gadis itu hanya menurut, tangisannya masih bersisa dan teresak kecil.
            “Berhenti menangis. Dan dengar apa yang abang Zaf nak ceritakan. Alkisah pada suatu masa dahulu...” Dannia menjelingnya tajam. Terus kata katanya terhenti dan tersengih sebelum mengangkat tangannya meminta maaf. Lawaknya tidak menjadi..huhuhu.. Dannia hanya masam, tiada masa dia mahu melayan lawak Zafrey..
            “Okey, dulu masa Nia dalam kandungan atuk meninggal. Masa tu Abang Ez dan Abang zaf kecil lagi. Tak tahu apa apa pun. Semua saudara mara kita berebutkan harta atuk. Semasa atuk masih hidup mereka semua tidak pernah menghiraukan keadaan atuk. Papa dan mamalah orang yang bersusah payah jaga atuk seorang diri. Yang lain hanya tahu menghabiskan harta. Semasa wasiat dibacakan, semua adik beradik tiri papa tak puas hati sebab papa dapat harta yang paling banyak. Mereka mengata papa macam macam. Sehinggalah suatu masa, mama nak bersalin dan lahirkan Nia, kesempatan tulah adik tiri papa gunakan untuk serahkan semua harta yang dimiliki oleh keluarga kita kepadanya. Dia menculik Nia dan dijadikan tebusan. Papa turutkan jugak, tetapi semasa papa pindah milik harta, adik tiri papa ternyata menipunya. Nia di serahkan kepada oarang lain. Puas papa memujuk adik tirinya supaya kembalikan Nia pada keluarga. Namun nasib baik juga papa dah laporkan tentang penculikan tu. Lepas tu adik papa mati terkena tembakan kerana cuba membunuh mama. Adik papa meninggal kat situ juga, tapi tak sempat beritahu keberadaan Nia. Masa tu, mama dan papa paling sedih..mama macam dah berputus asa nak hidup...” Zafrey berhenti seketika. Menarik nafas menahan sebak menginggati kembali kejadian yang menimpa yang hampir memusnahkan keluarganya..
            Zafrey mengusap perlahan kepala Dannia sebelum dibawa kebahunya untuk bersandar.
            “Kerana kehilangan Nia, mama berputus asa untuk hidup..mujur sahaja kami berdua ada, kerana kami berdua mama teruskan perjuangan dan berazam untuk mencari Nia kembali. Mama tak pernah lupakan Dannia. Setiap hari dia berdoa supaya kita dapat bersatu kembali. Kalau nia tak percaya, mama selalu membelikan hadiah untuk Dannia setiap kali ulang tahun Nia. Kemudian disimpan rapi di dalam almarinya.” Zafrey mengusap pula pipi Dannia, menghapuskan air mata yang mengalir. Dirinya turut berasa sebak, air mata di tubir mata dikesatnya dengan jemari kasar.
            “Nia nak tahu, selepas bertahun lamanya kami menunggu, secara tidak sengaja kita dipertemukan di Pulau Redang. Nia masih ingatkan?” Zafrey bertanya. Dannia mengangguk perlahan. Mana mungkin dia lupa perkenalan mereka itulah yang membawa kepada kebenaran hari ini.
            “Kalau Nia nak tahu, sejak kali pertama pandang wajah Nia, abang dah perasan iras muka antara mama dan Dannia. Muka Nia sebijik macam muka mama waktu muda. Abang sengaja ajak Nia ke majlis tu untuk perkenalkan Nia pada mama dan papa.”
            Masih terbayang di ingatannya, muka Tan Sri dan Puan Sri saat pertama kali mereka bertentang mata. Dirinya tertanya tanya tentang kelainan di wajah keduanya. Tidak disangka pula mereka menahan perasaan. Puan Sri sibuk berborak dan bertanya perihal keluarganya ketika mereka keluar pada keesokkan harinya.
            “Papa suruh Abang mengupah penyiasat untuk menyiasat tentang latar belakang Dannia. Alhamdulillah, ternyata doa mama dimakbulkan. Dannia adik kandung abang yang dicari selama ni. Abang bersyukur sangat. Mama dan papa membuat sujud syukur.”
            “kenapa tak berterus terang saja pada Nia waktu kita jumpa dulu?” Dannia mula bersuara. Zafrey tersenyum kegembiraan melihat reaksi positif Dannia.
            “Time tu kan Nia ada exam. Abang tak mahu Nia kusutkan kepala dengan semua ni. Biarlah satu satu. Nia boleh terima kami kan?”
            “Urmh...” hanya anggukan yang diterima, namun sudah mampu mengembirakan hatinya.
            “Lepas ni Abang zaf nak Nia cakap elok elok dengan mama dan papa. Jangan lukai lagi perasaannya. Boleh?”
            Dannia mengangguk lagi.
            Bunyi ketukan dari luar menyentakkan mereka berdua. Kemudian muncul wajah Ezmiel dengan senyuman manis. Dia melangkah menuju ke arah mereka berdua sebelum melabuhkan duduknya di sisi kiri Dannia.
            “Nia ok?” Ezmiel memandang Dannia. Gadis itu hanya tersenyum.
            “So sekarang ni bolehlah abang Ez pula yang peluk Nia. Rindunya pada adik abang yang seorang ni. Rindu sangat...” Ezmiel memeluk Dannia ke dalam pelukannya. Erat. matanya memandang abang sulungnya, tersenyum terharu, lebih kepada gembira. Akhirnya keluarga mereka bersatu semula setelah sekian lama. Mereka saling berpelukan erat sebelum masing masing dilepaskan.
            “Jom kita turun. Jumpa papa dan mama.” Ezmiel menarik perlahan tangan Dannia mengajaknya untuk bersua muka dengan Tan Sri dan Puan Sri. Dannia hanya mengikuti langkah kedua abang kandungnya. Setibanya di ruang tamu, Dannia terus meluru memeluk Puan Sri Kamilia.
            “Maafkan Nia, kerana bercakap kasar tadi.” Tangan Puan Sri kamilia dikucupnya memohon maaf. Kemudian tangan Tan Sri Razif pula dicapai sebelum dikucupnya. “Maafkan Nia ,papa.” Tan Sri Razif memeluknya pula ke dakapannya. Yang lain tersenyum.
            “Kami maafkan Isya.”
            “Isya?” pelik di pendengarannya apabila dipanggil sebegitu rupa. Terasa janggal.
            “Isya. Sejak lahir nama itulah yang kami panggil.” Tan Sri Razif menyampuk. Keluarganya kini lengkap malah semakin bertambah dengan kehadiran Encik zamani dan keluarga. Penantiannya tidak sia sia. Alhamdulillah..
            “Petang nanti kami mahu bertolak pulang. Isya ikut kami balik ya?” soal Puan Sri Kamilia. Dannia tersentak. Dia masih belum memikirkan hal itu. Masih belum bersedia untuk menjawab persoalan itu. Matanya dihalakan pada wajah ibu dan abahnya yang masih menunggu jawapan darinya. Dannia menjadi serba salah. Tersepit di tengah tengah.
            “Nia belum fikirkan lagi. Beri Nia masa ya mama, papa?” dia menagih simpati. Berharap agar Puan Sri Kamilia dan Tan Sri Raziff faham akan kedudukannya.
            “Kenapa bahasakan diri Nia? Tak suka kami panggil Isya? Masih tak boleh terima kami?” sayu pandangan mamanya. Bertalu talu petanyaannya, sedikit kecewa. Tan sri Raziff menggosok perlahan tangan isterinya supaya tidak mengikut perasaan. Dia faham hati isterinya yang mahukan penerimaan ikhlas dan inginkan kepulangan Dannia ke pangkuan keluarganya.
            “Maaf, bukan Nia tak boleh terima, Nia terima dengan hati yang ikhlas bila jumpa keluarga kandung Nia dan bukan juga kerana tidak sukakan panggilan nama Isya. Cuma Nia masih berasa kekok. Nia akan biasakan. Mama jangan bimbang, Nia akan biasakan nanti. Tapi soal satu lagi.. Nia tak fikirkan lagi. Mama bagilah masa untuk Nia fikirkan ya?” pintanya lagi. Masih mengharapkan pengertian mama dan papanya.
            “Baiklah kalau itu yang Isya pinta. Kami hormatkan keputusan Isya. Tapi mama berharap Isya dapat pulang bersama kami nanti.” Puan sri Kamilia masih tidak berputus asa.
            “Insy’allah mama.” Dia menguntum senyum buat kedua ibu bapa kandungnya.
            “mama... Is..Isya nak minta kebenaran dari mama dan papa...” teragak agak dia membahasakan dirinya dengan panggilan manja. Masih terasa janggal sebenarnya. Mendengarkan ayat itu, Puan Sri Kamilia menguntum senyuman.
            “Apa dia sayang. Cakaplah..”
            “Isya nak tinggal di sini dahulu sehingga bulan ni boleh?” soalnya lagi. Lebih kepada  meminta kebenaran.
            “Kenapa tak mahu balik sekali?” dengan rasa kecewa dia bertanya pada anak gadisnya. Sedikit terasa dengan penolakan anak bongsunya.
            Dannia serba salah melihat riak keruh yang terpamer pada wajah Puan Sri kamilia.
            “Bukan. Maksud Isya, kat sini Isya masih bekerja. Tak boleh berhenti macam tu aja. Mama kenalah faham. Biar Isya settle kan masalah kat sini dulu. Then barulah Isya balik sana. Boleh” duganya.
            Puan Diana dan Encik Zamani mengangguk bersetujun dengan cadangan Dannia. Bolehlah merka menghabiskan masa bersama lebih sedikit sebelum anak gadisnya berpindah ke Kuala Lumpur. Puan Sri kamilia mengeluh perlahan. Sedikit sebanyak terpujuk dengan alasan Dannia. Lupa dengan pekerjaan anak bongsunya di sini.
            “Baiklah papa setuju. Selesaikan dulu masalah kat sini. Nanti bila dah settle, papa minta Zaf datang kemput kamu kat sini ok?” Tan Sri Razif yang tadi diam bersuara memberi kata putus. Tidak adil jika mahu mengongkong kehidupan anaknya terus. Itu sudah baik jika Dannia mahu pulang ke pangkuan keluarganya.
            “Terima kasih papa, mama.” Dannia tersenyum gembira. Senang dengan keputusan yang telah dibuat oleh papanya. Sedikit lega dengan keputusan yang tiada bantahan dari mamanya.
            “Sepatutnya kami berterima kasih kerana kesudian Isya pulang ke pangkuan keluarhga.”
            “Jangan cakap macam tu. Isya yang gembira, papa dan keluarga berusaha cari Isya. Kalau tidak sampai bila pun Isya tak tahu bilakah akan jumpa keluarga kandung Isya.” Dannia memeluk erat Puan Sri Kamilia. Ingin merasai hangatnya tubuh ibu kandungnya yang sebenar. Mahu merasai betapa hangatnya kasih sayang yang menjadi miliknya. Dalam pelukan Dannia tersedu sendiri.
            ‘Alhamdulilah Ya Allah. Aku bersyukur padamu......’





Bunyi bising motor diluar pagar rumahnya menyebabkan Dannia menghentikan serta merta kerjanya menyidai kain diampaian bersebelahan dengan garaj keretanya. Dia menjenguk sebentar gerangan orang yang memberi salam. Melihatkan seorang lelaki yang berpakaian uniform, Dannia bergegas meninggalkan bakul yang terisi pakaian dan segera mendekati lelaki itu. Setelah sampul bertukar tangan, dia segera mengucapkan terima kasih dan masuk semula ke dalam rumah. sempat dia membelek satu persatu sampul yang berada di tangannya.
            Sedang dia membelek satu sampul yang agak besar, matanya tertancap pada satu logo, serta merta dia menguntum senyuman. Langkah dilajukan memasuki ruang tamu. Makin kuat debaran di dadanya. Dengan perlahan dia membuka sampul berwarna coklat dengan lafaz bismillah...
            “Yes!! Yahoo...” Dannia bersorak gembira. Dia melompat girang, terloncat loncat bagaikan beruk terkena belacan. Jeritannya bergema di ruangan ruang tamu rumah batu dua tingkat. Kuat bergema memenuhi segenap ruang rumah itu. Puan Diana dan Encik Zamani yang kebetulan juga berada dirumah berlari terkocoh kocoh apabila mendengar jeritan anak gadisnya. Terkejut dengan jeritan itu, Encik Zamani sempat mencapai batang penyapu sebagai langkah berjaga jaga. Bimbang jika rumah mereka dimasuki pencuri.
            Bulat mata pasangan itu yang melihatkan Dannia yang terlompat lompat di atas sofa. Saling berpandangan antara satu sama lain. Astagfirullahalazim, budak bertuah ni..
            “Adik, kenapa sampai terlompat lompat ni. Kamu tu perempuan. Tak elok dipandang tahu?” tegas suara Puan Diana menegur anak gadisnya yang masih terloncat riang. Apa kena dengan budak sorang ni..Datang sudah perangai kanak kanak ribena dia tu. Hisy, macam manalah perangai budak ni kat tempat kerja. Kalau lah buat perangai macam ni dekat luar, mesti malu. Nanti jika ditanya, mesti tidak mengaku anak.
            “Ibu, abah...eiy.. happynya. Tengok apa yang adik dapat ni. Yahoo...” Dannia menarik tangan ibu dan abahnya. Penyapu ditangan abahnya sempat dicapai dan dibaling ke tepi..ditarik tangan keduanya menuju ke sofa. Lantas sampul tadi dihulurkan pada Puan Diana dan Encik Zamani.
            “Baguslah adik, tercapai juga kan impian nak sambung study. Tapi kenapa jauh sangat?” Puan Diana sedikit tidak berpuas hati untuk melepaskan anak gadisnya belajar jauh. Kalau setakat dalam negara ni tak apalah juga. Hanya selang beberapa buat negeri sahaja, malah tidak ambil masa yang lama untuk sampai. Jika di luar negara, berbatu batu jauhnya, itu satu masalah. Sekarang ini yang membimbangkan dirinya Dannia adalah perempuan. Agak bahaya untuknya berdikari di negara orang, malah berlainan bangsa.
            “Tak apalah ibu. Lagipun memang adik nak merasa berada di negara orang. Bolehkan ibu, abah?” Dannia betul betul mengharapkan persetujuan ibu dan abahnya. Jika tidak punahlah harapannya yang satu.
            “Kami tak boleh kata apa apa. Dah beritahu papa dan mama kamu?” Encik Zamani tiba tiba teringatkan keluarga Tan Sri Razif. Tak jadi juga jika tak beri keizinan, Tan Sri Razif juga berhak ke atas Dannia memandangkan mereka adalah keluarga kandung anak gadisnya. Kini, apa apa yang berkaitan Dannia tidak lagi boleh dibuat mengikut keputusannya seorang.
            “Belum. Kejap lagi adik telefonlah. Ibu dan abah setuju tak. Kalau boleh, adik nak keizinan dari semua orang, baru tenang adik nak belajar. Bolehkan?” Tangannya mencapai dan mengenggam erat tangan kedua tangan milik ibu dan abahnya. Dia tidak mahu jika ibu dan abahnya terasa diketepikan kerana sudah mempunyai papa dan mama. Walau bagaimanapun, Puan Diana dan Encik Zamanilah yang membesarkan mereka selama ini.
            “Macam nilah, adik bagitahu diorang dulu. Nanti kita bincang lain ya. Kalau mama dan papa dah beri keizinan, kami pun akan setuju. Kami nak yang terbaik untuk adik.” Encik Zamani memberi sepatah dua kepada Dannia, melihatkan wajah anaknya yang penuh mengharap, dia tidak mampu menolak atau melukakan hati Dannia.
            “Terima kasih ibu, abah” Dannia pantas mengucup pipi Puan Diana dan Encik Zamani sekilas sebelum memanjat tangga menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Dia mahu memberitahu Syahmir. Mesti lelaki itu tidak percaya berita yang bakal diterimanya nanti.
            Sebelum menunggu laptopnya di onkan, Dannia mencapai telefon bimbitnya, lantas nombor rumah Tan Sri Razif didail. Tiga kali deringan, taliannya diangkat.
            “Hello, mama ada?” tanpa salam, Dannia menerjah.
            “Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” suara duhujung talian itu pula bertanya.
            Aik, aku tanya dia tanya aku balik... pembantu rumah kot.
            “Er.. Danisha ni. Mama ada?” Dannia bertanya sekali lagi apabila suara dihujung sana tidak menjawab panggilannya.
            “Oh, Cik Isya ya. Sekejap saya panggilkan ya.”
            “Hello sayang..” setelah lama menunggu, suara Puan Sri kamilia kedengaran.
            “Hello mama. Apa khabar?” Dannia berbasi basa sebelum memberitahu berita penting hidupnya.
            “Sihat. Isya sihat? Mama rindu sayang. Bila nak balik rumah mama?”  Puan Sri kamilia pula bertanya soalan yang hampir menjerut lehernya. Sejak kedatangan keluarga kandungnya dua bulan yang lalu dia belum pernah lagi pulang ke rumah asalnya. Walaupun diajak pulang, namun dia menolak dengan baik, atas alasan dia bekerja di sana. Sayang mahu meninggalkan pekerjaannya.
            “Isya pun rindu mama. Sebenarnya Isya nak bagitahu berita penting ni.” Dengan sabar dia menyusun ayat.
            Puan Sri Kamilia mengeluh perlahan apabila soalannya dibiarkan sepi. “Apa dia sayang”. Walaupun sedikit terkilan dengan anaknya yang sebolehnya mahu mengelak apabila soal ‘pulang’ dibangkitkan.
            “Isya dapat tawaran sambung belajar kat London.” Hanya sekali nafas, dia menuturkan ayatnya.
            “Betul ni? Baguslah. Course apa?” suara Puan Sri Kamilia yang sedikit sayu bertukar nada. Gembira dengan perkhabarannya.
            “Business. Mama dan papa benarkan Isya tak ni?”
            “Pergilah. Mama dan papa benarkan. Tapi mama nak Isya balik rumah dulu sebolehnya sebulan sebelum Isya nak bertolak.” Puan Sri Kamilia sudah menjangkakan hal itu, memandangkan Tan Sri Razif sendiri yang telah melihat dan tahu akan hal itu daripada kawannya sebagai pengarah di Jabatan Kementerian Pelajaran dua hari lalu. Sengaja mereka tidak mahu memberitahu Dannia.
            Dannia pula terpempan dengan permintaan Puan Sri Kamilia. Dia mengira jari, maknanya lagi seminggu. Alamak! Macam mana ni...
            “Insya’allah ma, nanti Isya beritahu ibu dan abah, ok?”
            “Mama berharap sangat. Kami ibu bapa kandung Isya. Isya faham kan?” dengan nada berharap, Puan Sri meluahkan rasa hatinya.
            “Isya janji. Mama jangan bimbang ya.” Dannia terpaksa berjanji. Terasa bersalah dengan Puan Sri Kamilia, mungkin wanita itu terasa hati dengan sikapnya, seolah olah dia tidak pernah mengharapkan kewujudan keluarga itu dalam hidupnya.
            “Ya. Mama pegang janji Isya. Kirim salam pada ibu dan abah. Nanti jangan lupa ajak mereka sekali datang, nanti mama nak buat kenduri sikit. Assalamualaikum.. Love you sayang.”
            “Ya ma. Wasalam.. Love you too.” Dannia mematikan talian sebaik sahaja talian dihujung sana ditamatkan.
            Dannia termanggu sendirian. Banyak perkara yang perlu diselesaikannya. Dalam masa seminggu, dia perlu menyelesaikan berkaitan dengan perletakan jawatannya. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Ah...masa begitu mencemburuinya. Belum puas rasanya mahu menjalani kehidupan seperti sekarang.
            Teringatkan sesuatu, Dannia menguntum senyuman, laptopnya yang di onkan sejak tadi dicapai. Lantas jemarinya menari diatas keyboard..
            KasEh cOmeL: Buzz!! Oleh
            Dannia segera menekan butang buzz apabila melihat Syahmir yang sedang online. Apa sahajalah yang dibuat oleh lelaki itu sekarang ini? Di tempat kerjakah?
          EmiR MacHo  : Buzz!! Waasup girl?
          KasEh cOmeL: Guess what?
          EmiR Macho  : What?
          KasEh cOmeL: Tekalah...
          EmiR Macho  : Ala..bagitahulah... apa dia? Hanna?
          KasEh cOmeL: Hish, tak ada benda lain ke? Awekss jer..No!!
          EmiR Macho  : Dah tu?
          KasEh cOmeL: Ish, boringlah angah ni...
EmiR Macho  : Amboi.. yela.. apa yang angah dapat?
KasEh cOmeL: Hanna..hehehe..
EmiR Macho  :                Hah! Betul ke ni... ok.
         KasEh cOmeL : Chit.. laju je kan kalau pasal Hanna... :p
EmiR Macho  : Gurau jelah.. Adik menang loteri ke?
KasEh cOmeL: Harammmm...
EmiR Macho  : hehe.. Abang Shah nak belikan kereta?
KasEh cOmeL: Tunggu kucing bertanduk dulu.. 
EmiR Macho  : kihkihkih.. nanti bagitahu along.
KasEh cOmeL: Hehe...oklah. sebenarnya......
EmiR Macho  : Iye..sebenarnya apa..?
KasEh cOmeL: Sebenarnya....
EmiR Macho  : Sebenarnya apa...??
KasEh cOmeL: Sebenarnya dragon ball ada tujuh bijik kesemuanya....hahahhha..
EmiR Macho  : Chit..podah... seyes lah.. !@#$%
KasEh cOmeL: hehehe..relaks la, sebenarnya adik dapat tawaran belajar kat London.Bestnya.. J
EmiR Macho  : Betul ke? Congrate ya, so angah yang ke berapa ni?
KasEh cOmeL: Ke-3. Lepas abah dan ibu and mama...
EmiR Macho  : Oh...
KasEh cOmeL:kenapa. Terasa ker? Janganlah. Abang Shah pun belum tahu lagi... hehehe buruklah muka kalau merajuk... L
EmiR Macho:   No lah, hilang la macho kalau merajuk.. :p
KasEh cOmeL:Ceh..tak abis2 nak perasankan diri. Before adik lupa, bila nak balik? Adik dah nak balik KL minggu depan before further study. Sempat jumpa tak? Kalau tak sempat datang KL coz mama dan papa nak buat kenduri. Ibu dan abah pun ikut nanti.
Syahmir mengeluh perlahan. Dannia nak berpindah ke Kuala Lumpur? Lepas ni mesti ibu dan abah sunyi nanti. Dah la dia ada di Kedah, jarang kalau boleh balik pun. Mesti sunyi..
EmiR Macho : Insya’allah dik. Kalau sempat angah balik. Gotta go now. Love      you.. Bye.
KasEh cOmeL:  Bye.

            Dannia melemparkan tubuhnya diatas katil. Rindunya pada Syahmir mencengkam diri. Sudah dua bulan abangnya tidak pulang ke Johor. Bila ditanya jawapannya mesti tak lain tak bukan sibuk memanjang.
            Teringat akan pesannya dengan Puan Sri Kamilia, dia segera berlari turun untuk mencari Puan Diana. Dia mencari kelibat ibu dan abahnya. Aik? Tak ada... ke mana pula wanita itu menghilang. Langkahnya ke ruang tamu terhenti apabila terdengar suara orang berbual rancak di belakang ruangan dapur. Dannia meneruskan langkahnya menuju ke tempat Puan Diana dan Encik Zamani berehat.



p/s: Ok tak kali ni.. kalau ada yg tersalah silap tegurlah ya...  =) thanks kpd sesiapa yg sudi baca n komen
      & meninggalkan sepatah dua kata kata kat sini  <"))))><

No comments:

Post a Comment