photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 11 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab16]

Bab 16
                Awal pagi, Dannia seperti biasa bangun pagi dan bersedia menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang patuh. Walaupun hatinya masih lagi sakit dengan perangai Harith, sebaik mungkin dan sedaya upaya ditahan rasa hatinya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, hari ini genaplah 6 bulan perkahwinannya dengan Harith. dia berfikir sejenak, sampai bilakah mereka akan hidup begini. Bagaimana dengan masa depannya, makin lama difikir terasa makin kelam dan kabur dengan masa depannya.
            Hari ini dia perlu menyiapkan secepat mungkin, mahu menyiapkan semua assignment yang kian tertangguh.  Kalau boleh cuti kali ni dia akan pulang ke kampung. Tengah hari nanti dia akan bertolak ke kampung. Pada Harith dia menyatakan hasratnya mahu pulang. Walaupun lelaki itu diam membisu bahasa, sekurang kurangnya dia mahu lelaki itu tahu di mana keberadaannya. Tidak perlu lelaki itu bersusah payah jika keluarga mertuanya bertanya itu dan ini.
            Dalam kesibukan membersihkan rumah, tiba tiba gelak ketawa bergabung  di ruang tamu menggamit Dannia untuk melihat gerangan tetamu. Semakin lama dia mendekat semakin yakin dengan suara nyaring perempuan yang sedang bergelak ketawa. Suzanne! Sejak bila perempuan itu datang dia tidak tahu. Mendengar deruman kereta pun tidak. Takkanlah Suzanne datang dengan teksi, tak logik langsung. Dia tahu taste wanita itu yang tinggi melangit.
            Apabila sampai di ruang tamu, bulat matanya melihat adegan yang terbentang dihadapan matanya. Astaghfirullah.. khusyuknya diorang ni buat maksiat. Ya Allah apa nak jadi dengan Harith. Langsung tak fikir dosa dan pahala. Sampai hati, mungkin Harith menganggap dia sudah pulang ke kampung agaknya. Bunyi gelas plastik tanpa sengaja dilanggar menyentakkan pasangan yang sedang berkucupan terhenti dengan tiba tiba.
            Bulat matanya memandang Dannia di hadapan mata. Disangka Dannia sudah pulang ke kampung. Tak disangka masih wujud di rumahnya. Mungkin gadis itu tidak tahu Suzanne yang menumpang tidur di rumah mereka semalam memandangkan dia pulang lewat pagi. Mana taknya melepak di club sehingga mabuk, Suzanne yang menghantarnya pulang. Sedar tak sedar, elok sahaja dia tidur berdakapan di atas katil. Nasib baik tidak terjadi apa apa di luar jangkaannya.
            Serba salah Harith apabila melihat riak wajah yang terlukis di hadapan mata. Merah padam, tidak tahu sama ada marah, malu, sakit hati ataupun sedang menahan tangis. Sungguh tidak di duga Dannia melihat mereka buat kali pertama sedang berkucupan mesra. Sebelum ini dia tidak begitu kisah dengan perlakuannya yang bebas memeluk teman wanitanya. Tidak pernah di tunjukkan pada Dannia  aksi romantis mereka ketika bersama.  Kelu mulutnya daripada berkata kata. Terasa suara tersekat di kerongkong. Sakit..
            “Nia akan siapkan makanan tengah hari sebelum keluar nanti. Kejap lagi Nia panggil lain untuk makan. Bagi masa untuk Nia siapkan your lunch.” Antara dengar tidak dengar, suara Dannia menutur. Dikawal suaranya supaya tidak bergetar. Namun, suaranya dirasakan begitu kuat bergetar. Tanpa menunggu lebih lama, dia menuju ke dapur. Seboleh mungkin dia mahu segera keluar dari rumah itu. Seakan mahu pecah dadanya menahan sakit. Air mata yang mahu menitis diseka cepat cepat.
            Harith pula masih tidak berkutik pandangannya daripada pintu gerbang ruangan ke dapur. Hatinya dipalu sedikit rasa, terasa mungkin dengan sikap Dannia yang selamba tanpa menunjukkan rasa dihati. Sekurang kurangnya dia perlu tahu akan perasaan Dannia ketika itu. Namun kosong, sifar. Suara Dannia yang sedikit pun tiada perasaan amat menakutkannya. Sebelum ini, Dannia sentiasa lemah lembut dengannya. Penuh perasaan gadis itu berbicara, namun hari ini hilang semuanya.
            “Honey, bila you nak singkirkan perempuan tu dari hidup you?”  Suzanne yang perasan akan riak Harith mula bersuara. Terasa tergugat dengan perempuan kampung. Perasan akan perangai Harith yang kian dirasakan berubah dari hari ke hari.
            “Apa maksud you ni?” Harith tersentak dengan pertanyaan Suzenne. Tak pernah dia berniat mahu menyingkirkan Dannia. Dulu mungkin tapi sekarang... entahlah, terasa berat mahu membebaskan gadis itu dari hidupnya.
            “Hari tu you dah janji dengan I nak ceraikan dia. You nak kahwin dengan I kan? Bila lagi tempohnya?”
            “Sabarlah Suzanne, takkan you tak tahu parent I tu macam mana. Dannia tu menantu pilihan keluarga I. You ingat senang ke nak singkirkan dia.” Harith mendengus perlahan. Kusut kepalanya dengan permintaan Suzanne. Melepaskan Dannia? Tidak sama sekali, walau bagaimanapun, dia tidak akan sesekali melepaskan Dannia dari hidupnya. Melepaskan Dannia ibaratkan membunuh jiwanya. Walaupun tidak pasti akan kata hatinya, namun perkataan ‘melepaskan’ amat membunuh dan menyakitkan hatinya.
            Suzanne melepaskan keluhan geram. Dia berlalu ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh gadis kampung itu. Disaat inilah dia mahu menyakitkan hati gadis itu. Setibanya di dapur dia sengaja menghimpit Dannia, mengambil segelas minuman fresh orange lalu meneguk rakus. Matanya masih lagi memerhatikan tingkah laku Dannia. Sengaja dia mencampakkan gelas ketika gadis itu sedang membasuh pinggan mangkuk, habis kotoran mengena pada pinggan mangkuk yang baru dicuci. Dannia menjeling, hatinya disabarkan dengan perangai jelik Suzanne. Sengaja mahu mencari pasal dengannya.
            “Kesian you kan?” Suzanne mulakan serangan pertama.
            “Terima kasih jelah. Tak payah nak kesiankan saya. Tak cukup kesian lagi.” Selamba tanpa memandang Suzanne di sebelah. Berdesing telinganya mendengar ayat terbit dari mulut itu.
            “ I bukannya apa, suami you sendiri tak pernah nak iktiraf you sebagai isteri. Kalau I la kan, I akan minta cerai” sengaja dia tekankan perkataan tak iktiraf sebagai isteri kepada Dannia. Biar gadis itu beringat sikit. Sakit hatinya dengan perangai selamba Dannia. Langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.
            “Itu you, bukannya I. Lagipun I tak nak la minta yang bukan bukan pada suami I, bergegar tiang arash nanti. Tak tau la kot kot you tak tahu pasal ni. Who know?”  kau ingat aku nak tunduk dengan kata kata kau ke? Ambik kau sebijik.
            “Kau! Huh, I nasihatkan you lebih baik you berambus dari hidup kitorang. Tak malu ke jadi perampas?” angkuh sekali. Hatinya bertambah sakit.
            “Ye ke jadi perampas? Bukan you?”  tangannya masih lagi ligat menyediakan makanan tengahari. Sebenarnya malas dia mahu melayan kerenah Suzanne. Apatah lagi, perempuan itu sengaja mahu menaikkan darahnya.
            “Hey, setahu I Harith tu boyfriend I, you tu cuma orang ketiga je. Orang luar yang tak tahu apa apa. Apa yang family you bomohkan pada family dia agaknya kan sampaikan dia mahu berkahwin dengan you. Orang kampung macam family you tu pantang kan tengok orang kaya macam Harith tu. Sanggup jual anak gadis sendiri untuk kesenangan mereka. Well I tak salahkan Harith, coz dia tu memang ditakdirkan untuk berada.” Panjang lebar berhujah menyatakan pendapat yang entah apa apa.
            Kali ini giliran Dannia pula panas telinga apabila kluarga dikaitkan dalam perbincangan mereka.
            “Tak kisahlah apa yang you nak kata pun. Tapi pada pandangan orang luar you tu perampas. Peruntuh rumah tangga orang. So....” Dannia bertentangan mata dengan wajah Suzanne dan menghadiahkan senyuman sinis.
            “I will make sure that you akan tersingkir dari kehidupan Harith. Dia tu milik I.”
            “Well, we’ll see. The best woman win.” Sengaja membakar hati Suzanne. Mencerlung gadis itu menahan marah. Tangan Suzanne mencapai gelas kaca dan....
            Prangg!!
            “Suzanne kenapa ni?”  cemas lelaki itu bertanya, apatah lagi melihat Suzanne terjelepok di lantai sambil mengaduh kesakitan. Dannia statik di tempatnya, kaget.
Tidak tahu apa yang terjadi, berpaling sahaja dia sudak melihat Suzanne elok landing di atas lantai. Padan muka, kalau Tuhan nak balas tak payah tunggu, kat atas dunia dah dapat pembalasan. Cash lagi. Dannia sembunyi senyum menahan ketawa.
“Kau buat apa ni?” jerkahan Harith mematikan senyuman Dannia.
“Saya.....” belum sempat Dannia mahu membela diri Suzanne cepat cepat mencelah.
“Dia tolak I. Tolong papah I, sakit” mukanya berkerut kerut. Tangannya mencapai tangan Harith untuk berpaut.
“Aduh!” menjerit kecil apabila cuba bangun.
Tanpa menghiraukan Dannia di situ, dia mendukung Suzanne menuju ke sofa. Dirawat wanita kesayangan kononnya, tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Beberapa lama kemudian Harith kembali ke dapur dengan wajah merah padam. Dihatinya terdetik cerita apa yang disook oleh Suzanne.
“Kau kan memang tak sedar diuntung. Tak tahu bersyukur kan bila kau tumpangkan kau kat sini. Nak tunjuk lagak dengan girlfriend aku.” Harith menolak kasar tubuh Dannia. Mujurlah bekas lauk yang terakhir dihidang sempat mendarat di meja makan. Kalau tak mesti landing baik punya jatuh ke lantai.
Dannia mengeluh perlahan. Wajahnya langsung tidak memandang pada Harith yang menyinga.
“Saya tak salah. Dia jatuh sendiri”
Belum sempat Dannia beredar dari situ, Harith merentap dan menarik kasar tangan Dannia menuju ke ruang tamu. Tangannya dicengkam kasar oleh tangan besar Harith. Menyeringai muka Dannia menahan sakit, dia cuba melepaskan tangannya tapi makin kuat cengkaman Harith.
Tiba di ruang tamu, Harith merentap seraya melepaskan cengkamannya. Terdorong Dannia ke hadapan.
“Aku nak kau minta maaf dengan dia” Harith menghalakan jarinya tepat ke muka Dannia. Betul betul mengena pada dahi Dannia.
“No. Saya tak akan minta maaf. Bukan salah saya.” Dengan takut takut dia menjawab.
“Aku kata minta maaf sekarang.” Harith menjerkah kuat.
Adui, pekak telinga aku!
“No.”
Harith mengetap bibirnya menahan marah. Suzanne pula membuntangkan matanya, sakit hati dengan kedegilan Dannia, walaupun bukan salah gadis itu. Terasa tercabar dan tewas dengan Dannia apabila gadis itu enggan berbuat demikian.
“I takkan minta maaf. You dengar sini Suzanne. You jangan ingat you tu hebat, boleh menundukkan suami  I”
“You jangan....”
“No......I belum habis cakap lagi. Apa you ingat hebat sangat ke bila you all berdua berbuat maksiat? Tak malu ke? I tahu you gadis moden, tapi berpada pada la sikit. You tak pernah belajar agama ke? You ingat I heran sangat nak bersuamikan lelaki macam ni? I tak heran sikit pun.”
Sempat jari telunjuknya menghalakan ke arah Harith yang merah padam mukanya. Dia sudah tidak kira, apa nak jadi jadilah. Hilang sudah impiannya mahu menjadi isteri mithali. Kesabaran yang ditahan akhirnya meletus juga.
“I tak heran langsung dapat suami macam ni. Lebih baik tak ada lah daripada dapat suami yang macam. Langsung tak bertanggungjawab. Dayus... I tak perlukan dia. I masih mampu hidup sendiri la. Kalau you hadap sangat ambiklah. Free je I bagi.”  Suara Dannia makin meninggi.
Harith pula terkejut. Tak disangka selantang ini Dannia bersuara. Tak pernah dia melihat Dannia sebegini rupa marahnya. Sebelum ini gadis itu hanya diam dan menurut kata.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku?” Harith bengang. Kata kata Dannia tepat mengena padanya. Tambahan lagi gadis itu dengan lantang memperkecilkan dirinya sebagai suami.
“Kenapa tak betul ke saya cakap ni? Awak ingat saya ni gadis apa, boleh dibuat sesuka hati awak. Saya tak rasa bangga langsung bila bersuamikan awak. Malah malu dengan orang ramai bila suami sendiri dikatakan kaki mabuk dan kaki perempuan.” Lembut Dannia menjawab jerkahan Harith. Riak takut hilang entah ke mana, hanya amarahnya yang tinggal.
Pangg!!
Harith terkedu apabila tangan Suzanne pantas hinggap di pipi Dannia. Langsung tak dijangka perbuatan Suzanne.
Dia hanya mampu melihat Dannia terdampar di kakinya.
“Abang!!” bunyi pekikan kuat mengejutkan Harith dan Suzanne. Sekali lagi Harith terkedu melihat Iman berdiri dengan muka bengis, merah padam muka itu apabila melihat kakak kesayangan ditampar.
“Kurang ajar. Jaga Kau.” Laju langkah Iman menuju ke arah Suzanne. Gadis itu berundur setapak menjauhi Dannia.
Pangg!! Pangg!! Laju tangan kecil Iman mengenai wajah Suzanne, tanpa sempat dihalang.
“Berani kau tampar kakak aku. Kau siapa?” giliran Iman pula menjerit nyaring. Iman tidak dapat menahan marah lalu dipukul gadis itu sekuat hati. Bagaikan histeria Iman memukul dan menghamburkan caci maki terhadap Suzanne. Harith sendiri tidak dapat menahan serangan Iman, jeritan Harith langsung tidak dihiraukan, malah makin lama makin kuat amukan Iman. Suzanne yang jatuh terjelepok sudah lemah dan serabai. Sesiapa yang melihat pasti mengganggap gadis itu tidak siuman.
Pangg!!
Perlakuan Iman terhenti. Terkejut dengan penangan yang tiba tiba mencecah ke pipinya. Tajam mata Iman merenung Harith, matanya berkaca kaca. Hatinya sebak dengan perlakuan Harith. Siapa sangka abang yang dulu penyayang dan melindunginya kini telah berubah. Tak pernah dia diperlaku sedemikian rupa oleh abangnya, kini hari yang bersejarah dalam hidupnya apabila abang yang disayangi sepenuh hati telah menyakiti tubuhnya untuk perempuan seperti Suzanne.
“Sampai hati abang pukul Iman kerana perempuan tak guna tu. Dia tu siapa yang abang nak bela sangat hah?” buat pertama kali dalam hidupnya meninggikan suara kepada Harith. Sungguh dia rasa sangat kurang ajar pada abangnya.
“Iman jangan masuk campur dalam urusan abang. Pergi balik” kuat suara harith melengking pada Iman.
“No. Perempuan tu sepatutnya yang patut berambus dari rumah ni. Bukan orang lain” Iman menjerit, matanya sudah berbalam balam dengan airmata,hanya menunggu masa untuk menitis.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang! Keluar!!” jeritan Harith bergema lagi.
“No, Iman takkan puas hati selagi betina ni tak keluar dari sini” Sekali lagi Iman membuat serangan, tapi Harith lebih pantas merentap tangannya. Diheret tangan Iman menuju ke arah pintu utama sebelum menolak kasar adiknya.
“Awak, jangan buat Iman macam ni. Dia adik awak.” Dannia cuba menghalang.
“Kau pun sama. Keluar dari rumah aku.” Kini giliran Dannia pula menjadi mangsa. Tubuh Dannia diheret kuat sebelum tercampak keluar. Terjelepok dia jatuh ke lantai, nasib baik Iman cepat menghalang daripada Dannia betul jatuh tersembam. Harith masuk semula menghilangkan diri  ke dalam rumah sebelum muncul kembali bersama sebuah beg besar milik Dannia. Tanpa pamitan, dia mencampakkan beg itu sehingga terburai isi dalamnya.
“Mulai hari ini kau diharamkan jejakkan kaki ke rumah aku lagi. Kau pergi dari sini. Agaknya hukuman gantung tak bertali sesuai untuk kau kan. Berambus kau. Jangan berani kau tunjukkan muka kat aku selagi aku masih hidup.” Disertai hempasan pintu yang kuat.
‘Ya Allah’ sebak hatinya apabila dihalau bagaikan kucing kurap.
“Kak Nia, Iman minta maaf kerana Iman Kak Nia dihalau. Maafkan Iman...” teresak gadis itu menangis di sisinya. Sungguh abangnya telah berubah sama sekali.
“Shhyy...Kak Nia ok. Jangan menangis.” Sedaya upaya ditahan rasa hatinya. Tidak mahu ditunjukkan pada Iman. Mungkin inilah suratan hidupnya, tiada bahagia yang tercipta. 
Dannia perlahan mendekati beg pakaian, dikutip satu persatu pakaian yang berterabur di tanah.  Dimasukkan semula ke dalam beg pakaiannya sebelum kakinya melangkah keluar dari kediaman rumah itu. Panggilan Iman hanya dibiarkan sepi...




           

No comments:

Post a Comment