photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Thursday 1 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab24]

Bab 24
5 tahun kemudian...
“Adoi” jeritan yang agak kuat agak memeranjatkan ramai pengunjung yang sedang leka memilih barangan di kedai barangan kristal. Ada yang tertoleh toleh melihat simpati dan ada juga yang memandang sinis terhadap sesusuk tubuh yang jatuh terduduk dan sedang mengerang kesakitan. ‘mangkuk tingkat mana pulak yang langgar aku ni’ dengusnya geram  namun wajahnya langsung tidak memandang sekeliling mahupun empunya yang melanggarnya tadi. ‘nasib baik aku pakai seluar hari ni, kalu tak mesti dah tayang free show kat sini’. Adoyai, sakitnya bontot aku retak seribu la gamaknya. Sengal tulang punggung aku ni. Anak siapa la yang langgar, aku punyalah sikit besar ni tak nampak. Buta apa. Sakit hati, sakit bontot semua ada. Handphone aku!! Cantek tercampak kat kaki makhluk yang melanggarnya.
“Sorry. Are you akay?” sapa satu suara yang agak garau di pendegarannya. Namun tidak langsung menghulurkan bantuan.
“Errr... yeah i’m okay” suaranya dikawal sebaik mungkin, namun sakit hatinya hanya tuhan yang tahu. Tanpa memandang empunya suara yang menegurnya, terus dia berdiri dan berpaling untuk beredar dari situ. Sempat dia mencapai handphone di kaki makhluk tersebut. Bimbang akan kemarahannya tempias, dia malas mahu berbicara. Dibiarkan kata maaf pemuda berlalu. Beberapa langkah dia menjauhi pemuda itu, terdengar suara tadi memanggil namanya.
“Nia” langkah Dannia terhenti saat sahaja suara garau itu menyebut namanya. Suara itu!
“Kaseh Nur Dannia Danisha” suara garau itu menyebabkan langkahnya terhenti. Perlahan lahan berpaling kearah empunya suara tersebut. Saat terpandangkan satu wajah itu, Nia merasakan seolah olah mahu pitam. Pucat wajahnya dapat dirasakan. Langkahnya kaku, lututnya seakan lemah. Namun pandangannya masih tidak beralih daripada memandang wajah tersebut. Pemuda yang berdiri jauh beberapa langkah dengan memandangnya dengan tajam. Barbagai perasaan terbuku yang dirasakan di saat ini. Marah, geram, sakit hati, rindu semuanya bercampur baur. Satu wajah yang tak dapat dilupakan selama ini. Di saat wajahnya kian pudar dari ingatan, kini kembali melakar satu persatu. Tanpa menunggu masa lagi, Dannia terus beredar dari situ dengan pantas, tak ingin melihat wajah itu di saat ini. Dannia melangkah laju tanpa memandang kiri dan kanan. Apa yang ada dalam kepalanya hanyalah melarikan diri dan menjauhkan diri daripada lelaki itu. Laungan lelaki itu langsung tidak pedulikan lagi. Harapannya biarlah sekadar bermimpi. Mimpi ngeri dalam hidupnya.
Di suatu sudut, Nia melepaskan keluhan yang berat. Badannya disandarkan pada tiang yang agak besar, terlindung daripada pandangan orang lain. Tercungap cungap menahan nafas yang tidak teratur seakan membuat larian 400 meter acara padang.  Setelah nafasnya kembali teratur, dia duduk di bangku yang disediakan. Adui, sakit bontot aku. Punggungnya yang mencecah bangku masih lagi terasa sakit.  Relaks dulu, kang pengsan kat sini pulak. Letih betul,  sakit dibontotnya masih lagi terasa ditambah pula larian marathon tadi. Malang betul nasib aku hari ni. Nasiblah labu...
“Alamak !! macam mana aku boleh lupa ni, adoi.. ni mesti mamat tu punya pasal  ni. Kan da lupa si Hana.” patutla terasa pelik, rupanya tertinggal si Hana pulak kat kedai cenderahati tadi. Hish, kalau aku masuk sekali tadi kan senang, tak payah nak dilanggar oleh mamat tu and lari marathon. Pantas tangannya mencapai handphone dan mencari nombor Hana.
-‘Hana, kau kat mana ni?
-Aku kat Watson ni. Kau kat mana? da nak gerak ke?’
-Ha’a. Cepat la sikit! tengok jam dah pukul berapa ni. Kau ni shopping satu kedai ker? Cepat sikit, kalu tak aku tinggal ko kat sini.’
-Hek eleh kecohla ko ni minah, tunggu la sat. Aku tengah pilih barang ni. Apehal lak nak cepat2 ni?
-Aku nak pi Mid Valley sat. Jom la pi jalan kat sana plak.
-Eh, tadi kata tak nak pi sana. Kau ni betul ke x? Hilang ingatan ke?

                Cis, berani betul ko ni Hana kata aku hilang ingatan lagi, siap ko.’ Nia hanya mencebik bibirnya. Husna ni memang kalau dah shopping habis barang yang nak dibeli, memang boros betul. Shopping mengalahkan orang yang bergaji lebih RM 3K.
-Ko ke aku yang hilang ingatan ni? Aku cakap nak p sana tadi kan? Kau 2 lost memory. Cepat sikit, lambat memang ko kena tinggal. Aku bagi ko 5 minute jer.aku tunggu kat parking!! Don’t be late.!!
Jadi Hitler sekali sekala apa salahnya. Malas mahu lama lama di sini, takut terserempak dengan pemuda itu lagi. Harap harap Hana tak perasan. Kakinya melangkah meninggalkan bangku yang diduduki sebentar tadi keluar dari bangunan untuk ke tempat parking.
Sepuluh minit menunggu, kelihatan Hana tergesa gesa berlari menghampiri kereta. Dannia tergelak halus melihat muka Hana yang merah padam. Kepanasan barangkali. Saat pintu kereta dibuka, Dannia melambakkan tawanya. Sakit perut macam nak berguling guling pun ada melihat wajah mencuka Hana. Dannia sekadar tersengih sumbing tatkala melihat wajah Hana yang menjeling tajam. ‘eleh ingat aku takut ke ngan muka singa dia tu.. tak takut langsung, dah kalih. Kata itu hanya mampu berkata dalam hati bimbang Hana merajuk dengannya.
Destinasi mereka seterusnya menuju ke Mid Valley, Dannia mahu menghabiskan masanya melepak di sana. Hilangkan rasa bosan. Sekali sekala apa salahnya menghilangkan stress. Hihihi... lagipun dia ada barang yang mahu dibeli. Apa lagi mestilah novel. Dah lama rasanya tak mengisi masa lapangnya sewaktu cuti semester dulu. Habis novel dibelinya. Sudah penuh rak buku dengan koleksi novel. Tapi semua novel telah dipindahkan ke rumah papa dan mama. Teringatkan mama dan papa, rindunya membuak pada mereka. Sudah lama tidak pulang, hampir dua bulan. Mama ada berpesan suruh pulang hujung minggu ini. Maknaya minggu ni la. Erm tak apalah, nanti malam aku balik lah, lagipun dekat je dengan rumah sewa aku. Hanya setengah jam jer. Dannia berkira kira dalam hatinya. Sekuntum senyuman terukir dibibir merahnya.
“Hoi, kau ni angau ke apa?” prangg.. hilang lamunan Dannia. Dia menjeling Hana disebelah yang tersengih sengih macam kerang busuk. His kacau daun la dia ni.
“Banyak lah kau angau. Aku teringatkan mama aku la. Aku nak balik petang nanti. Aku tidur sana la kot.Kau nak ikut tak?”
“Lah ye ke? Sorang lah aku malam ni? Erm tak kot.”
“Jom la. Kadang kadang mama aku tanya pasal kau tau.” Bukannya Dannia tak tahu Hana segan dengan abang abangnya yang suka menyakat Hana.
“Ish segan la aku. Kalau abang kau tak ada tak pe la jugak.” Bingo. Dah agak da, minah ni! “Lagipun aku ada banyak kerja yang aku bawak balik. Nanti tak sempat nak buat pula” Dannia mencebik, alasan lapuk!
“Betul ni? Jangan menyesal pula tau.”
Hana mengangguk laju bak burung belatuk.
“Ok la. Suka hati kau. Aku nak pi beli buah tangan kat family aku lah. Nak bawak balik nanti. Nak jalan sekali or nak berpecah ni?” Dannia bertanya, kot kotlah Hana mahu mengikutnya.
“Berpecahlah, aku nak pi butik jap. Nak tengok dress la”
“Ok, jumpa lagi satu jam lebih dari sekarang. Pukul satu nanti tunggu aku dekat kereta ok?. Kita lunch.”
“Oraite lady boss” Hana mendabik tangannya sebelum melangkah ke arah bertentangan dengan Dannia.





Terpaku dirinya melihat empunya badan yang dilanggar sebentar tadi. Seraut wajah yang dirindui sekian lama. Saat tubuh itu berlanggar dengannya, dia dapat merasakan getaran di hati. Dia kenal dengan wangian itu. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu. Gembira hatinya bukan kepalang. Lalu dia meminta maaf pada gadis itu supaya gadis itu mendongak dan memandangnya. Namun sedikit kecewa apabila gadis itu hanya diam membisu, saat gadis itu bangun dan mahu melangkah pergi dia memanggil Dannia.
“Nia” gadis itu berhenti setelah beberapa langkah ke hadapan. Namun langsung tidak berpaling. Langkah gadis itu mahu diteruskan, sekali lagi dia memanggil.
            “Kaseh Nurdannia Danisha”. Sekali lagi dia memanggil gadis itu. Kali ini gadis itu berpaling, tetapi melihatkan dirinya, muka gadis itu pucat dan jelas terlukis wajah terkejut melihat dirinya. Harith ingin menghampiri Dannia, tetapi gadis itu terus berpaling dan melarikan diri dengan tergesa gesa, macam nampak hantu lagaknya. Laungannya langsung tidak dihiraukan.
            Harith cuba mengejar Dannia yang semakin menjauh, kehadiran Julia yang muncul dengan tiba tiba membantutkan niatnya. ‘Nia’ desis hatinya. Rindunya pada Dannia amat membebankan hati dan perasaannya. Sudah lama dia menjejaki wanita itu sejak 3 tahun lamanya. Sudah banyak dia berhabis duit untuk mengupah penyiasat menjejaki Dannia. Hampir hampir berputus asa setiap kali orang suruhannya memberikan jawapan negatif. Seolah olah gadis itu amat licik bersembunyi. Namun hari ini, tanpa diduga dia terserempak dengan Dannia. Wajahnya jauh berubah. Hatinya yakin gadis itu adalah Dannia. Pada saat terpandang wajah gadis yang menunduk itu hati seakan berdebar kecil namun sepantas kilat jantungnya berdebar hebat apabila mendengar suara wanita tersebut. Dia bertambah yakin apabila suaranya menyebut sebaris nama yang membuatkan gadis itu berpaling dan memandang wajahnya. Dapat dilihat wajah pucat dan terkejut yang terlukis di wajah gadis itu.
Hatinya berbunga riang. Tanpa diduga tubuhnya terlanggar Dannia saat dia tergesa gesa mengejar masa untuk berjumpa cliennya. Hatinya melonjak gembira, namun sesaat itu, dirinya amat kecewa apabila Nia melarikan diri tanpa mempedulikan panggilannya. Pedih hatinya. ‘benci sangatkah dia padaku’. Memang dia ingin mengejar Nia, namun terhalang oleh Julia wanita disisinya pantas memaut erat lengannya.
“Siapa tu sayang?” soal Julia sambil matanya menangkap kelibat gadis yang semakin jauh daripadanya. Matanya masih meliar mencari kelibat gadis tadi.
‘shit, tak sempat aku nak kejar’ jerit hatinya dengan sumpah seranah.
No one la”pendek Harith menjawab.
“Berapa kali i dah cakap jangan pegang tangan i and don’t call me like that, kenapa  you ni degil sangat?”dengus Harith sambil menepis tangan Julia. Julia mencebik geram.
“Why, i sayang you, that’s why i call you sayang. betul ke no one? Kenapa nampak terkejut betul perempuan tu tadi macam nampak hantu jer..?” tanya Julia masih dengan wajah yang tak berpuas hati.
“Betulla, dah la. Jom kita da lewat ni” Harith melangkah laju meninggalkan Julia yang terkedek kedek mengejarnya dari belakang. Rimas betul dirinya dengan Julia. Sudah berkali kali dia mengatakan tidak mempunyai apa apa perasaan pada Julia. Tapi gadis itu tetap buat tidak endah. Julia selalu berada disampingnya kerana terikat dengan hubungan kekeluargaan. Julia adalah anak bongsu Pak Longnya. Ingin memarahi bimbang Pak Longnya akan berkecil hati, jadi terpaksalah dia membiarkan. Bukan sahaja itu, jawatan Julia di dalam syarikatnya menyebabkan dia terpaksa bekerjasama dengan Julia.
Sepanjang perbincangan tersebut, Harith tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perbentangan ringkas cliennya. Dirasakan terlalu lama masa berjalan. Panas punggung dibuatnya. Julia di sisinya hanya menjeling. Fikirannya masih kepada seraut wajah yang ditemui sebentar tadi. Apa yang dibincangkan oleh cliennya hanyalah sekadar pandangan kosong. Sifar.
Di fikirannya semua tentang gadis itu. Ya, gadis itu. Dia tertanya tanya dimanakan selama ini gadis itu menghilangkan diri. Dimanakan gadis itu tinggal selama ini. Hatinya semakin resah mengingatkan Nia. ‘macam mana aku nak jejak Nia ya’ laju otaknya memikirkan cara untuk menjejaki Nia. Setelah selesai perbincangan dengan Encik Rasyid, cliennya. Pantas Harith meminta diri. Julia di sebelahnya yang merengek meminta Harith menemankan membeli belah dipandang sepi. Oleh kerana terlalu rimas, ditemani jua Julia yang gedik itu. Berbulu matanya memandang pakaian Julia yang agak menjolik mata itu. ‘memang tak cukup kain betul minah ni’ huh.
Dulu dirinya amat bangga berdampingan dengan Julia dan lain lain gadis yang mengejar dirinya. Semua perempuan dikeleknya. Siapa yang tak bangga pabila dirinya dijadikan perhatian oleh semua mata mata gadis.  Pakejnya yang lengkap dengan ketampanan, berstatus tinggi, berpelajaran dan kaya dan berada serta merupakan anak Dato’ yang terpengaruh menyebabkan ramai gadis tergila gilakan dirinya. Tambahan lagi pangkatnya sebagai CEO di syarikat papanya.
“You ni buta ke apa hah? Jalan pakai mata lah. You ni jalan pakai kepala lutut ke?” suara Julia yang nyaring membuatkan Harith tercengang cengang lalu memandang Julia memarahi seorang gadis yang sebaya dengannya. Leka termenung sehingga tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
“Maaf saya tak sengaja cik” gadis tersebut menundukkan kepala seolah olah dimarahi oleh majikannya.
Sorry sorry, tu la. Lain kali kalau nak jalan tu pandang pandang la sikit” jeritnya lantang tanpa menhiraukan mata mata memandang.
“Apahal ni Jue?” tanya Harith sambil memandang gadis yang tertunduk tadi. “Budak ni la sayang, sakit tahu tak badan i ni. Dah la langgar i ni besarnya anak gajah” celupar sungguh mulutnya berbicara tanpa mempedulikan renungan mata gadis tersebut. ‘Cis, longkang punya mulut, badan aku yang kurus kering di panggilnya anak gajah. Macamla badan dia tu lawa sangat. Harap kurus sikit jer dari aku. Harap muka jer lawa, mulut jamban’ kata tersebut hanya mampu diluahkan dalam hati.
“Maaf ya cik. Kami pergi dulu.” Harith menarik kasar lengan Julia. ‘Kesian kat lelaki tu, da la handsome dapat awek mulut longkang pulak. Kesian...kesian’.
“Lepaslah sayang sakit tau tak” menyeringai Julia menahan sakit.
You ni tak malu ke terpekik melolong kat situ?” Harith menghamburkan marahnya pada Julia. Malu dirinya menjadi perhatian ramai.
“Bukan salah sayang. Budak tu yang langgar i, mana tak marah.” Julia mempertahankan dirinya. Huh ada aku kisah. Julia sekadar mencebik. Harith pantas meninggalkan Julia.
“Sayang tunggulah i” jerit Julia kuat. ‘pakai speaker ke ape minah ni, cair taik telinga aku’. Langkahnya dilajukan meninggalkan Julia yang semakin jauh dibelakang.






Setelah sampai tempat yang dituju, Dannia dan Hana segera keluar dari kereta seraya menghala ke arah restoran yang begitu ramai pengunjung. Mereka memilih tempat yang agak tersorok dari pengunjung yang lain. Niat untuk melepak sebentar menghilangkan letih dan makan dengan tenang tanpa gangguan pengunjung yang pelbagai ragam.
“Kau kenapa Nia?” soalan yang terpacul daripada Hana agak memeranjatkan Dannia. Tersentak dan hilang terus ingatannya pada satu wajah yang dijumpainya pagi tadi.
“Kenapa apa pula kau ni”pertanyaan dijawab pertanyaan.
“Eleh kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Tak adalah, you look different today since sebelum Mid Valley lagi. Anything wrong?” Hana perasaan wajah Dannia yang sedikit pucat tadi, tapi malas mahu bertanya. Tunggu masa yang sesuai. Nah, sekarang masanya menjadi wartawan. Bakat yang terpendam nih.
Hana mengelipkan matanya berkali kali. Dannia sekadar tersengih melihat mata Hana yang berkelip kelip. Mengada ngada betul la. Tahu la bulu mata panjang. Kalu ori tak apalah juga. Hish!
Different? Mana ada. Aku macam biasa je la. Maybe little bit tired kot.” Nia cuba tersenyum menutup gelisah dihatinya. Memang letih! Letih melarikan diri dari pemuda tadi. Bukannya dia tidak tahu Hana yang selalu dapat baca reaksinya apabila dilanda musibah.
Come on la, aku da lama jadi kawan kau tau, bukan sehari dua, da hampir 6 tahun la.” Hana cuba mengorek rahsia hati. Dannia mengeluh kecil, namun sekadar menggelengkan kepala tanpa memandang Hana.
“Yelah, siapa la aku ni kan nak kongsi story kat aku ni. Aku sedar siapa la aku...” lirih suaranya meraih simpati Dannia yang termenung panjang.
“Betul la beb, aku okey. Tak ada masalah pun sekarang ni. Letih je. Kan da lama tak keluar macam ni. Kau ni pun...” Nia berhenti berbicara saat pelayan mahu mengambil order makanan mereka.
“Makan Cik” tanya pelayan lelaki tersebut memandang Dannia dan Hana silih berganti, namun pandangannya kembali terarah pada wajah Dannia. Mengkagumi ciptaan Tuhan. “Fresh Orange and Nasi Putih Tomyam”.
“Err... sama dengan cik ni ya! Terima kasih” Dannia bercakap sedikit kuat  mematikan renungan dari pelayan tersebut. Terleka dengan renungannya terhadap wajah yang cantik, pelayan tersebut berdehem beberapa kali sebelum beredar dari meja tersebut. Kantoi sudah!
 “Kau ni apahal? Gila ke apa?”
Tersengih sengih Hana melihat Dannia dengan senyuman nakal. Tisu yang berada di tangannya dilontar ke arah Hana. Tergelak Hana kerana usikannya yang amat sensitif pada Dannia. “heheheheh... relaks la Nia, aku bukan apa, kelakar betul mamat tadi, tengok kau macam tak pernah tengok perempuan. Aku kat sini langsung tak dipandangnya.” Menjuih bibirnya.
“Malas aku nak layan kau ni. Lepas ni kita pi solat jap. Then ko decide nak pi mana”.
“Betul ke ni. Kalau macam tu kita pi butik jap eh, then baru kita pi beli barang dapur.” Teruja betul si Hana ni. Pantang betul, bila da bagi green light ni, semua tempat mahu disinggahnya. Hish! Tergelak Dannia degan perangai Hana yang mengalahkan kanak kanak Ribena.Nasib baik dah tak tanya soalan cepumas tadi. Bisik hati kecilnya.
“Pukul 4 sharp aku nak balik.” Dannia memberi amaran.
“Perli aku la tu”
“Tau tak apa. Kau ni bukan boleh kira sangat, selagi matahari tak terbenam tak tahu jalan balik” Dannia tergelak kecil melihat Hana yang terkumat kamit, mentera apa ntah yang dibacanya. Macamlah Dannia tidak tahu Hana tengah membebel. Ketawa Dannia yang kecil menjadi semakin galak apabila Hana membaling tisu yang dilempar kepada Hana kembali kepada tuannya.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memandang kearah mereka tanpa jemu. Setelah selesai menjamu selera, mereka bergegas ke masjid, menunaikan solat bagi yang Maha Esa.          
Di butik, Nia menggeleng geleng kepala melihat telatah Hana yang asyik tertanya itu ini kepada pelayan butik tersebut. Kadang kadang ketawa sendirian melihat pelayan tersebut mencebik geram dan tak berpuas hati, mahu di marah itu customernya. Layan ajelah si Hana ni. Dannia juga tak lepas pandang melihat beberapa dress yang agak menarik perhatiannya. Segera membelek dress yang agak cantik pada pandangan matanya. Dress hijau lumut tersebut ditariknya. ‘cantik’ desisnya. Dress ringkas yang separas lutut yang agak kembang mengikut potongan badan tanpa lengan tersebut dicapainya. Kainnya yang agak lembut itu disentuh. Tanpa berfikir panjang, segera dibawa ke kaunter pembayaran. Selesai urusannya, dia mengajak Hana singgah ke Tesco untuk membeli barangan dapur. Setelah mendapat segala barang yang diperlukan, mereka terus pulang ke rumah sewanya. Dia harus berkemas untuk pulang ke rumah keluarga. Perkhabaran tentang kepulangannya telah diberitahu sebentar tadi. Mamanya bukan main gembira dengan perkhabaran itu.





Sekali lagi Harith terpana saat dia melangkah masuk ke sebuah restoran dan  terpandang wajah gadis yang dijumpai tadi sedang rancak berbual dengan sahabatnya. Sengaja Harith memilih tempat yang agak tersorok daripada pandangan Nia. Mungkin kah takdir dipertemukan lagi? Harith mengambil tempat bertentangan dengan Nia. Celoteh Julia di hadapannya hanya sekali sekala disampuk untuk mengelakkan curiga Julia.
Hatinya tenang menatap seraut wajah yang dirinduinya. Kadang kadang melihat Nia tersenyum, kadang kadang termenung. Adakalanya melihat Nia bergelak ketawa walaupun butirannya tidak jelas. ‘Jauh betul Nia berubah’  wajahnya dahulu tanpa secalit mekap sekarang dah pandai bermekap. Menambahkan lagi keayuan dan kecantikan semula jadinya. Pakaiannya sekarang dah up-to-date dan mengikut fesyen terkini, namun masih lagi mengekalkan kesopanannya. ‘sudah menpunyai penggantikah?’ mesti ramai yang mengintai bunga yang kian mekar. memikirkan perkara itu, hatinya semakin gelisah. Cemburunya semakin bertambah apabila melihat seorang pelayan lelaki yang leka memandang wajah Nia tanpa berkalih. Mahu sahaja menarik Nia jauh daripada pelayan tersebut. Memikirkan akal kewarasannya, hati itu disabarkan. ‘Jangan harap ada lelaki lain yang boleh rampas Nia daripada aku. Jangan harap’. Tekad hatinya.
Harith berpura pura memandang ke arah lain apabila Nia bersama rakannya bangun untuk beredar dari situ.
I nak pergi toilet jap. You tunggu kat sini until i return”. Lantas meninggalkan Julia tanpa menunggu Julia bersuara. Julia hanya memerhati langkah laju Harith dengan pelik. Harith mengekori langkah Nia tanpa disedari sehingga lah sampai di tempat parking kereta Nia. Laju otaknya mengingati nombor plat kereta berkenaan sebelum kereta hitam tersebut meluncur pergi. Mata Harith hanya mampu melihat tanpa merelakannya. ‘akan ku jejakimu sehingga kau kembali padaku’ desis hatinya. Pantas mengeluarkan handphonenya mendail seseorang.
Hatinya kembali tenang setelah membuat panggilan tersebut. Sekembali dimeja makan, Julia hanya memandang pelik.
“Sayang, apa yang seronok sangat ni. Gembira je i tengok” laju ayat tersebut dibibir merah milik Julia.
Nothing” dengan senyuman lebar.                                                                  
“Hurm, sayang makan la. Da lama sampai order you tu. Kejap lagi kita dah nak bertolak.”pinta Julia. Hatinya masih tertanya tanya dengan sikap Harith yang tiba tiba menjadi riang. Untuk bertanya kesekian kali takut pula menjejaskan mood baiknya. Bukannya boleh dikira si Harith ni. Cepat sangat berubah mood.


p/s : sorry kalau KYS kali ni agak tak memuaskan... Shaa akan cuba kat next n3.. kalau ader yg x memuaskan jgn segan silu bgtahu ok?? Dannia dan Harith....aishiteru, =)



No comments:

Post a Comment