photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 9 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 8]

Bab 8
         Dannia merenung lautan yang terbentang indah dihadapannya. Dia mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Harith hilang entah ke mana, mungkin keluar dating dengan kekasih hatinya kot, sudahnya tinggalkan dia terkontang kanting seorang diri di sini. Mahu berjalan jalan awal awal lagi dia sudah surender, yelah dia mana tahu selok belok kawasan ini, takut untuk bersendirian. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk tinggal di biliknya sahaja, nasib baik jugalah bilik yang didiami olehnya menghadap laut dan dekat dengan kawasan pantai. Baru beberapa jam sampai di pulau ini, dia terus ditinggalkan sendirian. Menguruskan halnya sendiri untuk booking bilik dan membawa begnya yang agak berat, sehingga berpeluh peluh dirinya.
         Ingatannya teringat akan pertemuan dua mata dengan teman wanita Harith, siapa lagi kalau bukan Suzanne, pertama kali dia melihat wanita itu, memang tidak dapat dinafikan wanita yang diangkat oleh Harith sebagai teman wanitanya agak hebat dan cantik. Maklumlah model, Cuma pakaiannya sahaja yang agak menyakitkan mata. Jelingan dan senyuman sinis dihadiahkan kepadanya, mungkin bangga kerana dialah wanita yang berjaya menundukkan Harith. Jelas terpampang kemesraan yang sengaja ditunjukkan kepadanya, tangan Suzanne yang melingkari tangan Harith dan memaut manja tangan yang melingkari pinggang Suzanne. Ketawa manja dan kegedikan wanita itu amat menyakitkan matanya. Dia sudut hati, timbul juga perasaan cemburu, namun cepat cepat dicantas dan menghalaunya pergi. Wake up Dannia, dia tak ditakdirkan untuk kau. Kau harus terima itu semua.
         Harith begitu bijak menyembunyikan rahsia teman wanita yang mengikuti mereka. Di depan keluarga mertuanya, Harith mesra dan wanita itu berada agak jauh dari mereka sekeluarga. Tapi mata wanita itu sentiasa mengawasi gerak geri Harith, sesekali pandangan mata Suzanne melekat pada wajahnya, kemudian dirinya dihadiahi senyuman sinis. Rimas dengan semua itu, Dannia menagambil keputusan untuk tidak ambil peduli.
         “Kamu jaga Dannia baik baik Harith. Dia satu satunya menantu kesayangan mama” pesan datin Rosma.
         “Don’t worry la ma, I will. Kan Nia” pandangannya dialihkan pada wajah muram Dannia. Hish tak pandai berlakon betul minah ni.
         “Ya, ma. Nia dah besar panjang, tahulah Dannia jaga diri Nia” Dannia hanya tersenyum pahit. Cit, aku tahulah ko tu mana nak jaga aku. Mesti berkepit dengan minah saleh celup tu. Cit, podah, ingat aku heran sangat ke nak bercuti dengan kau. Namun kata kata itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja. Bunyi suara pengumuman flight ke Terengganu diumumkan, Harith pantas meminta diri diiringi Dannia. Mereka bersalaman seketika sebelum masuk ke balai berlepas.
         Tepat jangkaannya, dalam perut kapal terbang, dirinya di tempatkan agak jauh daripada Harith dan Suzanne. Seat yang sepatutnya diduduki telah bertkar tangan dengan Suzanne, sudahnya dia di tempatkan di tempat yang agak jauh selang beberapa seat dengan Harith. Hatinya berdongkol geram dengan Suzanne. Namun bila difikirkan balik, bagus jugak, tak lah telinganya di sumbat dengan bebelan dan makian si mulut longkang tu. Siapa lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu. Mestilah Harith. hehehehe... aisemen termengumpat pulak.
Perjalannan yang hanya memakan tidak sampai dua jam, Dannia mengisi masanya dengan menulis cerpen dan diari. Minatnya dalam bidang penulisan merupakan hobinya tika masih kecil. Malah dia selalu menghabiskan masa remajanya dengan menulis novel dan cerpen. Buktinya sekarang ini, bukunya telah pun di terbitkan. Follower di blognya juga semakin ramai, namun ada yang bertanya ke mana hilangnya diri penulis yang telah lama tidak menyapa di laman itu. Sejak berumah tangga, dia tidak sempat untuk mengisi hobinya. Dirinya menyepi beberapa bulan. Memandangkan dia bercuti untuk  ‘honeymoon’ maka ada baiknay dia membawa laptop kesayangannya bersama sama bercuti. Boleh juga mencari idea untuk nukilan yang seterusnya.
Matanya sesekali memandang ke arah pasangan sejoli tadi. Kadang kadang gelak ketawa Suzanne yang agak kuat menganggu ketenteraman penumpang lain. Seakan akan sengaja mahu dia mendengar ketawa manjanya bersama Harith. Ceh, nak buat aku cemburu la tu. Malam sikit ya aku nak cemburu. Buang karan jer. Ada baiknya aku cemburu kat kerbau kat kampung aku tu yang selalu dijaga dan ditatang dengan anak Pak mail yang kureng tu. Huh! Gelak macam pontianak mengilai jer. Naik seram bulu roma aku. Kalau lah kat dalam hutan, sah sah lah aku ni dah lama pengsan. Ingatkan pontianak mengilai, rupanya manusia jelmaan pontianak. Aduh seram seram....
Lagu Fiction dari kumpulan B2ST kegemarannya berkumandang tanda pesanan ringkas masuk. Tersenyum tatkala dia membaca mesej itu. Hana! macam tahu aje minah ni aku tengah bosan.
-Uits, senyap jer sejak ko kahwin. Buzy dengan laki ker? Kihkihkih
-hotak kau. Macam kau tak tahu aku dengan Harith macam mana. kau buat pa tu?
-Buat cerdik. Amboi, garangnya. Sejak jadi bini orang makin garang kau ni ya? Pembawakan budak eh? Kwa kwa kwa.. :p
                Ewah ewah sedap mulut kau Hana. Jaga kau, terkumat kamit bibir comel Dannia membebel. Apa yang dikutuk entah.
-Kau ni aku pang laju laju nak?
-Relaks la aku gurau jer. Aku lupa nak tanya kau. Kau HONEYMOON dekat mana ek?
Eh, dia ni aku pang jugak si Hana ni. Sesedap rasa jer nak perli aku. Tak pe, jagalah kau kalau kita jumpa nanti.
-Kenapa? Kau nak datang ke kalau aku bagitahu?
-Ala, bagitahu jer lah. Kedekutnya.. macam la aku nak kacau kau dengan laki kau tu”
-HANA!!!
-Joking ok? hehehehe... boleh jer nak suruh aku datang. Lagipun dekat Terengganu je pun. Small matter la.
-Betul ni?
-Yeah. Mestilah Dannia ku sayang.
-Pulau Redang. Datang tau, jangan tak datang pulak!
-Small matter, besok aku pi sana ok. Just wait. Jangan lupa bagitahu aku tempat kau menginap nanti. Senang aku nak cari. I’ve got to go now. Bye! See u tomorrow dear J
Dannia tersenyum gembira, lepas ni bolehlah aku keluar jalan jalan dengan Hana. Bestnya, tak sabar menunggu hari esok. Yahoo...Kau ingat kau sorang je ke yang oleh bersuka ria kat sini Harith? aku pun gembira ok? dannia menegrling jam di tangannya. Ya Allah, dah Asar rupanya solat belum lagi. Perutnya sudah menyanyi minta diisi. Solat dulu, lepas ni bolehlah dia keluar cari makan. Tapi dimana? Ah, lantaklah kat mana mana pun, perut aku dah lapar ni.
Selepas siap mengerjakan solat dan mandi, Dannia bersiap ala kadar dan melangkah keluar dari biliknya keluar menuju ke destinasinya. Ke mana ya? Resoran la. Perut lapar kan? Hampir setengah jam berjalan, Dannia sampai di sebuah restoran masakan panas, tanpa membuang masa, dia memanggil pelayan untuk memesan makanannya, perutnya sudah terasa pedih mencucuk. Sesekali mukanya berkerut menahan sakit. Tangannya masih setia menekap perutnya yang pedih.
Dari jauh sepasang mata memerhatikannya dengan riak sedikit bimbang melihatkan muka gadis itu yang berkerut seolah olah menahan sakit. Walaupun terasa benci namun hatinya masih lagi berasa kasihan melihat gadis itu ditinggalkan terkontang kanting sendirian di tempat asing. Dirinya pula bersenang lenang dengan wanita lain. Entah kenapa, apabila dia terpandangkan wajah itu, dia seakan akan tenang dan damai. Namun apabila tersedar, dia segera menepis perasaan itu semula. Dia tidak mahu jatuh kasihan pada Dannia, cukuplah dengan hanya terikat denga gadis itu dengan ikatan yang tersimpul mati. Walau seteguh mana ikatannya dengan gadis itu, dia tetap akan nafikan ikatan itu. Namun matanya masih tidak lekang dari memandang wajah Dannia, seakan sudah di gam dengan gam uhu.
Ah, leganya dapat makan. Fuh! Dannia bersandar kekenyangan. Wajahnya kembali ceria. Iyelah kan dapat makan, mestilah senang. Apa orang tua tua cakap, kenyang perut suka hati. Ha, something like that lah. Mana aku nak merayap lepas ni ek? Dia menebarkan pandangan ke sekeliling sambil otaknya ligat berfikir mahu kemana. Tiba tiba pandangannya tertancap pada sebentuk tubuh yang sedang leka membaca surat khabar. Amboi, khusyuk betul baca, angkat paper macam apa dah. Tenggelam kepala. Huhuhu.. menarik sangat ke berita kat dalam tu. Dia tersenyum kecil dengan gelagat manusia yang pelbagai ragam.
Selesai makan Dannia segera beredar dari restoran tersebut lalu melangkah menyusuri pantai. Dia berjalan jalan menyusuri pantai, sesekali kakinya bermain dengan air di gigi pantai. Cantiknya ciptaan tuhan, leka dengan pemandangan yang terbentang dihadapan matanya, tiba tiba matanya pula tertangkap sepasang kekasih yang boleh membuatkan hatinya yang tenang kembali geram. Ingin segera beredar di situ, mereka telah nampak kelibat aku kat sini. Nanti dikatakan cemburu pula. Ah, jalan je lah.. lantak lah korang nak kata apa pun, buat buat tak nampak bagus jugak nih. Ingat aku heran and hard up sangat ke? Ini Dannia la... malam sikit nak cemburu buta ni. Dannia melangkah meneruskan perjalannya. Langsung tidak menghiraukan merpati dua sejoli yang sedang asyik mabuk bercinta.
Semakin lama semakin hampir dengan pasangan itu, kedengaran sesekali gelak ketawa mereka. mana taknya, suara minah saleh celup tu kan macam guruh, adeh cair taik telinga aku nak dengar, bagus jugak tak payah la susah susah aku nak korek. Jimat duit aku nak beli kapas telinga. Guna yang semula jadi sudeh..bunyi gelak ketawa yang makin lama menyakitkan telinga memaksa Dannia untuk menoleh ke arah pasangan itu, matanya terbuntang melihat aksi pasangan dihadapannya. Masyaallah, teruknya laki sape lah ni, ish ish ish, teruk bebenor aku tengok. Laki sape? Laki aku la. Adoi, melihatkah Harith yang erat memeluk pinggang Suzanne yang memakai pakaian yang tak cukup kain, yang perempuan pulak tak segan silu mengucup pipi sambil mengusap lembut tangan itu. Dah tu depan aku pulak. Apa jenis perempuan lah Suzanne ni. Beristighfar panjang Dannia dalam hatinya. Ya Allah tabahkan lah hatiku ini. Harth memang tak pernah hormatkan aku, depan aku pun nak buat benda tak senonoh. Apa jenis suami dia ni?? Bukannya lelaki itu tidak nampak akan kehadirannya di sini, sengaja buat buat tak nampak. Suzanne apatah lagi, sengaja tunjuk mesra depan aku. Tanpa membuang masa, Dannia terus berlalu di situ, tanpa menoleh ke belakang lagi.


Hai, can i seat here?” sapa suatu suara yang amat garau di pendengarannya.
         “Hai, err yeah, sureThis is public place, so semua orang ada hak nak duduk dimana mereka mahu.” Balas Dannia acuh tak acuh. Pantas lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah Dannia. Lelaki itu ralit memerhatikan Dannia yang sedang asyik termenung. Sesekali terdengar keluhan terbit di bibir gadis itu. Sebenarnya sudah lama dia memerhatikan gadis itu dari jauh, hampir satu jam. Saat terpandangkan wajah itu, tiba tiba dia teringatkan akan seseorang. Lalu tanpa membuang masa laju kakinya melangkah mendekati gadis itu.
         “Cantikkan pemandangan kat sini. Pasti masalah akan hilang begitu je”  lelaki itu memulakan bicara untuk menarik sedikit perhatian dari gadis disebelahnya.
         “Yup, sangat indah ciptaan tuhan. Masalah beransur ansur hilang. Tapi peritnya tetap ada” Dannia menjawab dengan suara yang sedikit mengendur. Mendengarkan ayat itu, lelaki itu segera memalingkan wajahnya dari memandang lautan yang terbentang dihadapannya.
         “Datang ke sini bercuti or memang asal sini?”
         “Ermm” Dannia membalas pendek.
         “Which one?” lelaki itu tersenyum nipis. Nampak sangat gadis itu masih khayal dengan dunianya sendiri.
         “Hah? Er, bercuti” agak kelam kabut dia menjawab apabila disergah begitu. Matanya dikerling sekilas ke arah pemuda di sebelahnya. Erm..kacak. hanya itu yang lahir dari hatinya. Hish, tak semestinya kacak baik, Dannia!! Jangan menilai orang terburu buru. Tengok lah si Harith tu. Harap muka jer handsome, perangai nauzubillah, hampeh..
         “Seorang je ker bercuti?”
         “Er, yelah kot.” Jawapan Dannia membuatkan lelaki disebelahnya tergelak lucu. Apa yang lucu dia pun tak tahu. Pelik..Pelik.. makhluk mana lah yang tersesat kat sini.
         “Kot? Macam tak pasti jer bunyinya?”
         “Yup sorang. Puas hati” Dannia tersenyum menutup malu. Entah kenapa dia rasa senang untuk berbual dengan lelaki ini. Kebiasaannya dia terlalu menjaga tutur kata dan tidak melayan mana mana lelaki yang ingin mendekatinya. Tapi entah kenapa dengan lelaki ini dia begitu selesa dan terasa begitu rapat seolah olah mempunyai hubungan istimewa.
         “Awak pula macam mana?”
         “Macam mana apanya?” kini giliran Dannia pula tergelak halus.
         “Datang sini bercuti jugak ke?”
         “Oh,lebih kurang lah. Sambil menyelam minum air. Actually, company syarikat tempat saya bekerja mengadakan family day dan juga Annual Dinner kat sini. So, saya kat sinilah sekarang” panjang lebar lelaki itu menjawab.
“Ooo...” hanya itu yang keluar dari bibirnya. Mulut menjadi bulat.
By the way, dari tadi kita bercakap tak kenal pun nama masing masing kan. Saya Khairul Zafrey, panggil Zaf aje. And you, little princess?” matanya merenung anak mata yang amat menarik perhatiannya sejak tadi.
“Dannia Danisha. Just call me Dannia.” Mereka saling tersenyum. Nama itu, Zafrey mengerutkan mukanya, cuba mengingati sebaris nama yang telah lama tersimpan kukuh dihatinya. Empunya nama yang telah lama dirindui oleh dia sekeluarga. Diakah?
“Kenapa sampai macam tu sekali muka awak. Hai, buruk sangat ke nama saya sampai berkerut muka tu?” Dannia menyindir Zafrey.
“Eh, mana ada. Nama Nia cantik apa.” Zafrey menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Kalau orang tengok mesti kata kat atas kepala aku ni ada kutu. Hish, tak ada okey. Suci dari segala bau hapak dan binatang binatang penghisap darah ni! Malu kerana ditegur begitu.
Mereka meneruskan perbualan. Sesekali Dannia tergelak mendengar celoteh yang keluar dari mulut Zafrey. Mereka berborak sehinggalah matahari hampir terbenam, lalu dia meminta diri untuk pulang memandangkan hari sudah gelap. Lagipun dia tidak begitu selesa berada di samping lelaki itu, apabila sudah terlalu lewat. Takut terjadi apa apa yang boleh mendatangkan fitnah. Nauzubillah minta minta dijauhkan.


No comments:

Post a Comment