photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 16 August 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 6]

Bab 6
                Makan malam dihiasi oleh gelak ketawa Datin Rosma dan Mak Mah, Harith dan Dato’ Iskandar hanya kadang kadang ketawa mendengar celoteh datin Rosma. Mereka kelihatan ceria, Dannia pula hanya sesekali ketawa. Segan dengan kehadiran Harith, terasa janggal. Sesekali mata Harith memandangnya tajam. Dannia pula menundukkan wajah, takut dengan mata tajam yang menikamnya. Hilang seleranya, hendak bangun takut dikatakan kurang ajar pula. Habisnya dia hanya menguis makanan yang ada dalam pinggannya.
        “Dannia kenapa tak makan nasi tu?” teguran Puan Rosma mematikan lamunannya. Semua mata yang ada di situ memandangnya. Gulps.
        “Er, Nia dah kenyang la mama.”
        “Papa tengok sikit je Dannia makan. Makan lah lagi Nia jangan segan” Dato’ Iskandar  tersenyum sambil menegur.
        “Betul. Dannia dah kenyang.”
        “Kalau macam tu, pergilah tunggu kami kat depan. Kejap lagi Mama dan papa ada benda nak bincang dengan kamu berdua.” Datin Rosma bangun diikuti Mak Mah. Dia melangkah ke hadapan manakala Mak Mah pula mengemas meja. Harith dan Dato’ Iskandar sudah membontoti Dannia dari belakang.
        Dannia mengambil tempat dihadapan mentuanya, Harith pula mengambil tempat bersebelahan dengan Dannia, duduknya sengaja dirapatkan supaya nampak mesra. Tangannya sengaja diletakkan di belakang Dannia. Dato’ Iskandar dan datin Rosma tersenyum senyum melihat kemesraan yang terpamer di hadapan mereka. Muka Dannia sudah kelat, menyampah dengan perlakuan Harith yang dirasakan keterlaluan menunjuk kemesraan itu. ‘teover lah pulak mamat ni, jilat ludah sendiri, kata tak mahu sentuh aku, jijik lah, apa lah. Huh. Dannia membebel dalam hatinya. Mukanya masih lagi dikawal supaya tidak nampak ketara canggungnya.
        “Apa  ni papa?” tangannya menyambut huluran sampul surat dari tangan Dato’ Iskandar.
        “Bukalah” tangan Harith laju membuka sampul itu. Dannia pula menjenguk sedikit kepalanya mahu melihat isi kandungan, tersembul biji mata keduanya apabila isi kandungan itu ditarik keluar. Pakej bulan madu?? Mampus!
        “Papa, kami tak perlukan semua ni. Kenapa sampai luar negara ni?” mukanya kelat. Takkan mahu bercuti sampai luar negara. Dengan perempuan ni? Dah lah sejuk kat sana. Apa apa pun boleh jadi kalau macam ni. Tahan ke iman aku nanti?
        “Aik, bukan ke selama ni Rith memang suka ke keluar negara. Lagipun apa salahnya, Dannia mesti tak pernah pergi ke sana kan Dannia?” Mata mertuanya sudah diarah padanya.
        “Er, memang tak pernah. Nia rasa tak perlu lah keluar negara. Rasanya Harith sibuk kan abang?” Dannia cuba menolak menggunakan alasan kesibukan Harith. Eee, seram aku nak ke luar negara bersama lelaki ni. Nak mampus? Silap Haribulan penyakit gila mamat ni datang, tak ke naya aku. Tak berani aku. Jangan nak cari nahas Dannia.
        Harith tersentak. Hei, geram betul aku pulak disabitkan. Tapi betul jugak, cuti aku kan tinggal lagi dua hari. Lagipun takkan papa nak tambah cuti aku, kerja kat office mesti melambak.lagi satu Suzanne ni pasti mengamuk, lagipun dia ni bukan tak tahu perbalahannya dengan Suzanne masih lagi belum reda.
        “Betul jugak cakap Nia. Rith masih lagi banyak kerja kat pejabat tu. Lagipun cuti Rith lagi dua hari”
        “Papa boleh lanjutkan cuti Rith kalau itu yang kamu rungsingkan.” Dato’ Iskandar memberi jalan.
        “Tak payah lah papa. Lagipun cuti semester Dannia dah nak habis. Tinggal seminggu aje lagi. Kalau boleh, Nia nak buat preparation sebelum semester baru. Boleh batalkan ya mama, papa?” Puh, bismilllah, minta mintalah mama dan papa setuju.
        Kini giliran Datin Rosma pula mengeluh. Dia sedikit kecewa dengan penolakan Dannia dan Harith tidak mahu menerima hadiah dari mereka.
        “Kalau macam tu, mama tangguhkan dulu tiket ni. Tapi bulan madu tetap kamu berdua akan pergi. Fullstop.”
        “Apa??” serentak suara Harith dan Dannia. Alamak ingatkan dah habis isu ni. Haiya! Mati aku macam ni.
        “Apa lah kamu berdua ni. Terkejut sampai macam tu sekali.” Datin Rosma dan Dato’ Iskandar ketawa melihat wajah anak menantunya yang terkejut beruk. Masing masing tersenyum kambing dengan teguran mama dan papa. Wajah masing masing kelat.
        “Yalah. Bukannya nak suruh kamu berdua buat apa pun. Suruh bercuti pun terkejut. Kalau ya pun excited janganlah menjerit macam tu. Sakit telinga papa ni” Dato’ Iskandar mengusik dan masih lagi ketawa. Lucu betul dengan mereka berdua ni.
        “Eh, tapi..”
        “Tak ada tapi tapi lagi. Kamu berdua pilih aje nak pergi mana dalam malaysia ni. Papa sponsor. Tak ada bantahan lagi. Orang lain beria ria nak pergi honeymoon. Korang ni pulak lain, macam tak suka pulak.”
        “Bukan macam tu papa. Kami betul betul busy” Harith cuba berdalih.
        “Papa tak kira, kamu ikut cakap papa, atau kamu pergi honeymoon luar negara. You decide yourself.” Dato’ Iskandar memberi kata dua. Mereka sudah tidak punya pilihan.
        “Ok fine. Pulau Redang.” Laju Harith membuat keputusan, tanpa berbincang. Dannia sudah melopong. Hah, biar betul dia ni. Adui..masalah masalah. Bimbang juga kalau sesuatu yang tidak diingininya bakal terjadi. Ya Allah lindungilah hambamu ini..
---------------------------------------------------------
        “You nak bercuti? Kenapa tiba tiba?” Suzanne. Gadis keturunan serani itu mengelus manja pipi Harith. Tangannya sedari tadi tidak berhenti merayap di tangan Harith. Bangga dapat memiliki pemuda setampan dan sekaya Harith. Senang hatinya dapat menumpang kemewahan lelaki itu tak perlulah dia bersusah mahu mencari kerja lain, maklumlah model tempatan mana nak sama dengan model antarabangsa. Bunyi bising di sekelilingnya  tidak dihiraukan.
        “Papa I paksa untuk pergi bulan madu” selamba Harith berkata tanpa melihat wajah Suzanne yang sudak bertukar riak. Matanya masih meliar melihat manusia manusia di depannya meliuk lentok berdansa mengikut rentak musik yang begitu rancak. Sesekali mata nakal mencari kelibat gadis gadis cantik, cuti mata..hehehhehe...
        “Apa, bulan madu?? You jangan nak bergurau dengan I.” Gelak ketawa Suzanne kedengaran. Mustahil, setahunya Harith belum berkahwin, sudah hampir enam bulan usia perkenalan mereka. Malah secara tak rasminya Suzanne telah diangkat menjadi teman wanita Harith. Lelaki itu telah melamarnya. Dan lelaki itu adalah Harith.
        “I tak tipu. Papa I dah arranggekan semuanya. I cuma perlu bawa diri dan wife je.” Gelak Suzanne terhenti tiba tiba. Mulutnya melopong, tak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Harith. Hati yang tadi bagaikan taman, kini mulai layu, diganti dengan hati yang panas membara. Shit!
        “You tipu I Rith. You cakap dulu you belum kahwin kan?” Suzanne sudah menjerkah Harith. Sakit hatinya dipermainkan sesuka hati. Mati mati dia ingatkan Harith cintakannya separuh mati apabila Harith sanggup membuat apa sahaja demi memikatnya dahulu.
        “Yup, time tu memang belum kahwin. Tapi sekarang I’m married man.” Nadanya masih tenang. Sedikitpun tidak gentar dengan suara Suzanne bagaikan halilintar itu.
        “Bila dan kenapa I tak pernah tahu pun pasal ni? Habis I  ni macam mana Rith. Jawab” soalan Suzanne bertubi tubi. Air matanya merembes keluar. Lakonan dimainkan, dia tahu Harith akan kalah dengan pujukan dan airmatanya.
        “Dengar dulu apa I nak cakap ni.. Perkahwinan tu aturan keluarga. I tak pernah dan tak akan cintakan perempuan gila harta tu. I just sayang you sorang jer.”Harith menarik perlahan tubuh gadis itu lalu dirangkulnya erat.
        “I tak percaya. You mesti tidur sebilik kan?” Suzanne menolak perlahan badan Harith. Rimas! Air matanya diseka. Wajah muram tetap dipamerkan memohon simpati.
        “Memang kami sebilik, tapi bukan sekatil ok?”
        “Tapi I takut bila you berdua duaan kat sana nanti. Apa apa pun boleh terjadi. Tambahan pula hubungan you all are spouseI tak mahu itu semua.” Wajahnya dimuramkan.
        “Don’t worryI akan sewa bilik lain nanti. Why not kalau you ikut I sekali. Boleh kita bercuti bersama.” Harith memberi cadangan sekadar memujuk Suzanne gadis yang disangka dicintainya.
        “Betul ni, I boleh ikut you sekali?” Seakan tidak percaya Harith sudi mengajaknya bercuti bersama. Hatinya girang. Sebuah kucupan diberikan pada Harith. Lelaki itu hanya tersenyum senang melihat buah hatinya kembali ceria. Ceh, senang jer nak pujuk minah ni..
        “Jomlah menari. I nak menari sekarang ni” Suzanne mula ceria kembali sambil memaut tangan Harith supaya mengikut. Mereka menuju ke tengah ruang, lalu menari dengan rancaknya. Badan Suzanne dirangkul erat, sesekali leher gadis itu dicumbunya. Begitu asyik mereka menari sehingga malam mula menginjak subuh. Jam empat barulah Harith pulang membawa Suzanne yang sudah kemabukan. Dirinya pula sudak berasa sedikit pening lalat meneguk air haram itu, tapi masih boleh memandu pulang. Gila mahu minum sampai tak ingat dunia. Kalau Dato’ Iskandar tahu mati dirinya dikerjakan. Papanya bukan boleh dikira, bila angin taufannya melanda mesti dia akan terseksa, silap haribulan dihalau keluar. Ketika tiba di perkarangan rumah, Harith memarkirkan keretanya lalu menghendap masuk ke dalam rumah. Lagaknya bagaikan pencuri. Nasib naik dia membawa kunci, kalau tidak bermalam diluarlah. Dengan berhati hati dia menuju ke arah tangga, bimbang perlakuannya dapat dihidu oleh Dato’ Iskandar.
        Dannia sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Langsung tidak sedar akan kepulangan Harith yang mabuk. Perlahan lahan Harith merebahkan dirinya diatas katil. Bajunya langsung tidak ditukar, dirinya sudah tidak bermaya dan terlalu mengantuk. Dia memerlukan rehat yang secukupnya. Lupa sudah pada sang isteri yang baru dua minggu dinikahinya.
        Pada Harith dia tidak ada kena mengena langsung dengan Dannia, apa yang gadis itu mahu lakukan dia tidak akan masuk campur sama sekali. Itu nekadnya, asalkan mereka pandai melakonkan watak masing masing di hadapan keluarga mereka. Hanya satu yang diimpikan olehnya, harta Dato’ Iskandar mesti jatuh ke tangannya. Selepas itu, hal Dannia akan jatuh ke tangga kedua. Dia akan menyingkirkan Dannia dari hidupnya dan hidup bahagia dengan Suzanne. Dalam lena, Harith bermimpikan kemewahan yang bakal di kecapinya bersama senyuman kemenangan..



No comments:

Post a Comment