photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Monday 8 August 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 4]

Bab 4
                Hari ni genaplah tiga hari berada di kampung Dannia. Tidak betah Harith berada di sana, bosan berada di kampung sudah tidak dapat dibendung lagi. Rindu pada rumah dan aktiviti hariannya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mana mungkin dia berada dikampung yang serba kekurangan. Segera dia mengemaskan barang barang untuk dibawa ke pulang. Dia terjenguk jenguk mencari Dannia. Apabila melihat kelibat Dannia di ruang tamu, segera dia memanggil.
“Kau kemas barang barang sekarang, aku nak balik.” Harith memberi arahan bersahaja. Dirinya tidak betah tinggal di kampung, terasa rindu pada Suzanne. Rindu pada kawan kawannya dan aktiviti yang biasa dilakukan. Rindunya pada Suzanne sangat menggamit perasaanya. Namun Suzanne langsung tidak bertanya khabar padanya. Masih merajukkah gadis itu. Sudah berkali kali dia menghantar pesanan ringkas dan menelefon gadis itu. Langsung tidak diangkat, malah mematikah telefon bimbitnya. Harith mengeluh kecil, pening memikirkan cara memujuk gadis itu.
“Tapi, ada lagi dua tiga hari kan sebelum kita balik Penang?” Dannia pelik melihat Harith yang pantas memasukkan baju ke dalam beg mahalnya.
“Aku cakap kemas sekarang,  kau jangan bagi alasan. Cepat, kalau tak kau balik sendiri.”
Dannia masih lagi membatu. Memerhatikan Harith yang sedang berkemas, hendak ditolong awal awal lagi sudah ditegah. Keras kepala betul si Harith ni. Mesti kena ikut kepala dia tu.
“Hoi, yang kau tercegat lagi kat situ apasal?” lelaki itu mencerlung tajam, merah mukanya sama ada marah ataupun cuaca yang panas. “Tapi...”
“Tak ada tapi tapi lagi. Kau ni memang menyakitkan hati aku lah. Cepat kemas. I said now!” jerkahnya. Dek kerana terkejut bercampur takut, Dannia melangkah laju menuju ke almari bajunya untuk berkemas. Hanya baju yang penting sahaja diambil, selebihnya dibiarkan dahulu. Takkan nak angkut semua kot.
“Aku tunggu kau kat kereta. Kalau keluarga kau tanya cakap aku ada hal pejabat. Urgent” pesannya lalu melangkah keluar sambil menjinjit beg baju. Wajah Dannia sedikitpun tidak dipandang. Dannia mengeluh lagi, kenapalah dia dikahwinkan dengan lelaki ini. Tak baik menyalahkan takdir Dannia..Dia beristighfar lagi.
Sebelum masuk ke dalam kereta mewah milik Harith, Dannia sempat menyalami semua ahli keluarganya. Wajah shamir masam mencuka melihat kedinginan Harith. Sebal Hatinya melihat sikap Harith yang tergesa gesa masuk kedalam kereta, seolah olah mengelak dari bersoal jawab dengan abah dan ibunya. Abangnya Syahmin menggeleng kepala kesal melihat sikap kurang ajar Harith. Dia tidak memahami dengn perangai Harith, sekejap sopan dan melayan baik abah dan ibunya, sekejap pula dilihat dingin dan tak bersopan. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Abah cakap mungkin Harith mempunyai masalah pejabat. Syahmin hanya mengiakan sahaja, malas mahu menjawab. Nanti tak pasal pasal abah menyatakan dia sengaja mahu mencari kesalahan Harith. Jauh di sudut hati, Syahmin tahu abahnya terasa dengan sikap Harith.
Dannia hanya sempat mengenakan baju kurung pink. Rambutnya yang panjang hanya diikat satu. Ni semua Harith punya pasal. Tak sempat dirinya hendak bersiap sempurna.
-kau tak payah nak bersiap segala. Pakai je baju apa apa pun. Kau tu bukan cantik sangat.’ Berdesing telinga Dannia mendengar ucapan yang keluar dari mulut Harith. Sakit hatinya, Harith memang tak sayang mulut.
-‘ok. Awak tunggu kat luar dulu’ Dannia menyabarkan hatinya.
-‘cepat sikit. Terhegeh hegeh, lembab. Dasar betina kampung’ Sabar Dannia. Sedang Dannia menukar baju ke bilik air, kedengaran bunyi hon yang bingit di luar rumah. Pasti Harith. Kelam kabut Dannia menyarungkan baju kurung dan mengikat rambutnya yang panjang. Pantas tangannya mencapai beg bajunya keluar.
“Adik jaga diri baik baik. Ingat, adik dah bersuami. Sebaik baik isteri adalah disisi suaminya. Patuhlah dan taatlah pada suami. Isteri yang solehah akan ditempatkan disyurga. Jangan sesekali melawan cakap suami.” Puan Diana sempat menasihati anak gadis yang disayangi sepenuh hati. Sayu hati untuk melepaskan permata hati yang satu. Berat hatinya.
“Abah lepaskan tanggung jawab ni pada Harith. Dannia bukan lagi tanggungjawab abah dan hak kami. Sebaliknya dah jadi hak Harith. Syurga seorang isteri terletak pada suami. Jangan sesekali membelakangkan suami dalam apa jua keadaan.” Encik Zamani mengusap perlahan kepala anaknya. Dilihat mata abahnya sayu dan berkaca kaca. Sebak. Dannia terhenjut henjut menahan tangis. Sedih  hatinya ingin meninggalkan keluarganya. Dannia memeluk erat ibu dan abahnya serentak. Kucupan dipipi dihadiahkan buat Dannia.
“Adik jangan nakal nakal ya. Along sayang adik along yang manja ni. Selalu lah jenguk kitorang kat sini ya. Jangan lupakan kami kat sini.” Hidung Dannia dicuit lalu dipeluk erat adik kesayangannya. Dannia beralih pula pada angah yang berdiri agak jauh dari ibu dan abah.
“Jangan lupa call angah selalu ok? Ada pape hal jangan rahsiakan dari angah. Beritahu perkembangan adik ok? Kalau Harith buat pape kat adik terus call ok? Janji?” Shamir menghulurkan jari kelingkingnya untuk bertaut dengan jari kepunyaan Dannia. Dannia tersenyum hambar, tidak sanggup rasanya melihat wajah Shamir yang keruh. Shamir sedaya upaya menahan sebak yang bertandang dilubuk hatinya. Pasti bosan jika Dannia tiada. Dannia memeluk Shamir dengan erat. Sebelum Dannia melepaskan pelukan, Shamir sempat berbisik ditelinga Dannia. “Angah sayang adik sangat sangat” lalu dikucup dahi adiknya lama.
Pemergian Dannia meninggalkan rasa sayu pada ahli keluarganya. Biar pun bukan keluarga kandung, Dannia tetap dianggap anak kandungnya. Tiada siapa yang dapat menafikan hal itu. Pada anak anaknya dipesan supaya jangan pernah mengungkit asal usul Dannia. Rindunya pada Dannia amat menggebu, ah baru beberapa jam Dannia meninggalkan keluarga. Terasa sepi dan kosong rumah batu dua tingkat milik keluarga Puan Diana dan Encik Zamani.
Sepanjang perjalanan menuju ke penang, Dannia hanya menyepikan diri. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar dari mulut Dannia. Langsung tiada hati untuk bercakap dengan Harith. Rindunya pada keluarga amat menggunung. Masih terasa hangat pelukan ahli keluarganya. Dannia memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Tiada niat untuk berbual dengan Harith, membiarkan lelaki itu memandu sendirian. jika dia ingin bertanya, belum tentu Harith akan menjawab pertayaannya. Kalau diberi peluang, Harith tentu akan menyakitkan hatinya. Yang terkeluar dari mulutnya pasti hinaan atau cacian yang menyakitkan telinga. Terlalu lancang. Sudahnya Dannia memejamkan mata, tidak sedar bila dia terlena.
        Bunyi deheman yang kuat mengejutkan Dannia dari lena. Dengan mata yang terpisat pisat dannia menoleh ke arah harith. Terpinga pinga melihat Harith yang sedang memandu. Matanya mahu dipejamkan kembali, namun suara Harith telah membantutkan niatnya.
        “Aku nak depan family aku nanti, kau melakonkan watak yang baik. Kalau kau tak ikut kata aku, tahulah kau macam mana nak ajar kau.”
        “Hei, kau ni dengar tak? Pekak ker?” terkejut Dannia mendengar suara jeritan Harith yang bergema di ruang kereta. Keturunan tarzan ke dia ni. 24jam asyik nak memekik aje. Aku tak pekak lagi lah. “Saya dengarlah”. Perlahan suara Dannia kedengaran.
        “Dah tu tak reti nak jawab cepat sikit? Kau ingat aku ni tunggul ke?” sakit hatinya apabila Dannia hanya mendiamkan diri. Terasa malas mahu melayan kerenah Harith, dia berpaling ke arah tingkap.
        Brek mengejut oleh Harith menyebabkan Dannia sedikit terhumban ke hadapan. Kecut perutnya melihat muka tegang Harith. Apa lagi yang tak kena dengan mamat separuh singa ni. Dah bermacam macam gelaran yang diberikan oleh Dannia pada Harith. Padan muka. Dannia berpaling ke belakang, fuh nasib baik tak ada kereta kat belakang. Kalau tak mesti dah ada yang masuk wad. Suka hati dia je nak berhenti, macam bapak dia punya jalan. Opps... bapak mertua aku jugak. Haila....
        “Kau ni kan, aku tak habis cakap dengan kau lagi. Apasal kau palingkan muka kau kat luar?” sakit hatinya melihat wajah selamba Dannia.
        “Apa lagi yang awak nak cakap. Saya tengah dengar ni”
        “Kau!!” Harith menuding jari telujuknya tepat ke arah Dannia. Geramnya aku kat perempuan ni. Sengaja nak menyindir aku.
        “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya betina. Kalau kau berani nak kurang ajar dengan aku tahulah aku macam mana nak buat. Jangan cabar aku. Dasar sundal.” Harith tidak jadi mahu berbicara, hilang segala perkataan yang mahu diucapkan dek kegeraman yang terlampau. Memang melampau, dah berani sindir aku. Jaga kau. Harith menjatuhkan handbrek lalu memecut laju. Perjalanan mereka sepanjang perjalanan, masing masing mendiamkan diri.
         

No comments:

Post a Comment