photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Saturday 15 December 2012

Sneak Peek KYS [Bab55]

Bab 55





Sedari petang tadi dia tidak senang duduk di pejabatnya. Sungguh perbualan Kak Leha dan Amira benar-benar menganggu emosinya sejak dua hari yang lalu. Penat dia berfikir dan mencari jalan untuk bertemu dua mata dengan dia. Akhirnya rezeki berpihak padanya setelah setahun lebih dia mencari. Sungguh jika mahu diikutkan hatinya ingin sahaja dia menyerbu masuk ke pantry dan bertanyakan hal yang sebenarnya kepada  dua manusia itu. Namun jika difikirkan semula ada baiknya dia mengatur sendiri untuk bertemu tanpa melibatkan orang lain. Tambahan pula Amira dan Zaleha seakan mahu merahsiakan sesuatu darinya.
Harith mengucap syukur. Tidak pernah di sangka selama ini dia berulang alik dari companynya sendiri ke R & K Holding untuk menguruskan projeknya. Langsung tidak di sangka dia akan bertemu lagi dengan isteri kesayangannya dan berada di bawah satu bumbung yang sama walaupun mereka dari dua company yang berbeza.
      Ya Allah, bersyukur padamu kerana menemukan aku dan isteriku.
      Sepanjang petang itu, dia berfikir bagaimana caranya untuk bertemu Dannia. Bagaikan tahu sahaja dia di dalam kesusahan, kehadiran Iqbal membantunya untuk menolongnya dalam projek yang selama ini diuruskan olehnya. Malah Iqbal yang memberinya jalan untuk bertemu dua mata dengan isterinya itu. Dalam susah payah dia membuat perancangan yang teliti untuk bertemu dengan isterinya itu. Setelah dua hari bersengkang mata menyiapkan beberapa keperluan lain dan meneliti apa yang perlu, barulah dia dapat merehatkan diri. Dia melakukan semua ini untuk mendapatkan sesuatu yang lebih menguntungkannya kelak. Biarlah untuk dia hari ini dia berpenat lelah, asalkan di kemudian hari, apa yang di kehendaki menjadi miliknya kelak.


            Dannia memandang lagi jam di I-phone yang diletakkan di atas meja. Rasanya sudah hampir lima belas minit menunggu, namun kelibat lelaki yang dikenali sebagai Encik Daniel masih belum kunjung tiba. Di hati dia membebel geram, ingatkan dia yang paling lewat, tetapi lelaki itu yang lebih lewat darinya. Dia sebenarnya hairan, kenapa kali ini lelaki itu sendiri yang mahu bertemunya, sedangkan selama ini dia hanya wakilkan sahaja untuk berbincang. Ah, mungkin dia ingin mengetahui lebih lanjut, tekanya di dalam hati cuba mengusir andaian buruk.
            Dannia terpinga-pinga ketika seorang pelayan datang membawa dulang kepadanya, namun yang lebih aneh, pelayan itu hanya membawa dulang kosong. Tidak berkelip matanya memandang pelayan itu, mukanya berkerut inginkan jawapan. Pelayan itu tersengih sumbing, sebelum  merendahkan lagi dulang tersebut dengan lebih dekat dengannya itu supaya senang untuknya mengetahui apa yang ada di dalamnya.
            “Untuk saya?” Dannia menyoal setelah mengambil kertas yang berupa kad yang bereben merah dan bergambar hati dengan teragak-agak. Melihatkan anggukan pada wajah pelayan itu, Dannia membuka kad dan membacanya perlahan.
Senyumlah selalu,
sesungguhnya senyummu membuatku merindu,
tawalah selalu,
kerna tawamu membahagiakanku,
andai dapat ku undurkan waktu,
tak mungkin ku mensiakanmu.
‘Kaulah doktor cintaku’..

            “Awak pasti ke ini untuk saya?” tanya Dannia pelik.
            Melihatkan pelayan itu sekali lagi menganggukkan kepala, Dannia bertambah hairan. Ish takkanlah peminat misteri kot..merepek.
            “Siapa yang bagi ni?”
            “Maaf cik, saya tak tahu, saya cuma di minta untuk sampaikan kad ini sahaja.” Belum sempat Dannia ingin bertanya lebih lanjut, pelayan itu terlebih dahulu beredar. Dia memandang sekeliling, manalah tahu jika dia ternampak si pengirim. Dia memerhati lagi di belakangnya pula untuk mencari tanpa menyedari dia diperhatikan dari sebalik tiang besar yang berada di situ.
            Dannia berputus asa. Kali ini di menumpukan pada lelaki yang masih lagi tidak kunjung tiba. Kad yang diterimanya tadi diletakkan ke atas meja setelah puas dia menilik. Seketika kemudian, datang lagi seorang pelayan. Kali ini dia menghantar pelayan  yang lain pula dengan membawa jambangan mawar merah. Bunga tersebut di letakkan di atas meja sebelum datang pelayan lain membawa makanan untuk dua orang menjamu selera. Dannia bengang.
            “Excuse me, rasanya you salah tempat. I datang sini untuk meeting.” Dannia menyuarakan rasa tidak selesanya apabila beberapa pengunjung yang lain mula tertoleh-toleh padanya.
            “Taklah, memang kami diarahkan untuk bawa semua ni ke meja cik.” Sopan sekali pelayan itu memberitahunya. Dannia bingung. Barangnya yang diletakkan ke atas meja terus dialihkan ke tepi. Kertas pembentangannya pula di letakkan di atas kerusi berdekatan dengannya. Ish, takkanlah aku pulak yang salah tempat. Tapi memang tak ada sesiapa pun cakap tempat ni dah kena  reserved.
            “Sorry I’m late.” Mendengar suara yang amat dikenalinya, Dannia terus berpaling ke belakang. Terbuntang matanya melihat orang yang selalu menghadiahkan luka padanya. Mata lelaki itu redup memandangnya. Serentak itu Dannia bangun, tidak sanggup rasanya mahu berada di situ dengan lebih lama.
            “Rasanya saya tak tunggu awak. Saya ada meeting and tengah tunggu klien saya. Please leave..” tegas Dannia bersuara.  Langsung tiada perasaan.
            “Tunggu siapa?” Harith enggan beredar. Masih berdiri statik di kerusi berhadapan dengan gadis itu. Ingin beramah mesra setelah sekian lama menunggu.
            “Mind your own business. Saya tunggu Encik Da..ni..el” Mulutnya terhenti tiba-tiba teringatkan sesuatu. Oh my.. Tak mungkin! Bulat matanya dengan rasa tidak percaya.
            “Yes, I’m Daniel. Daniel Harith.” Senyuman meleret lelaki di hadapannya memperkenalkan diri. Tesenyum mekar, geli hati melihat wajah terkejut Dannia. Comel.
            Dannia terasa mahu pitam. Bagaimana dia boleh terleka untuk mengetahui butiran kliennya dengan lebih lanjut?  Kalau dia tahu Encik Daniel itu adalah Harith, takkan sesekali dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Dia rela menyerahkan semua itu pada orang bawahannya.
            “Jangan nak buat lawak kat sini. Saya tak ada masa nak layan lawak tu.” Dingin Dannia bersuara, langsung tiada perasaan walaupun hatinya berdebar sakan. Malah senyuman Harith bertambah membuatkan dirinya penasaran untuk mendekati lelaki itu. Sungguh dia rindukan suaminya itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meluru dan memeluk Harith. Tetapi itu semua tidak mungkin terjadi, Harith sudah mempunyai wanita lain di sisinya.
            Dannia menyembunyikan tangannya yang terasa menggigil. Dikepal tangannya kuat cuba melawan rasa hatinya yang kian sebak menahan rasa yang entah apa yang mahu di rungkaikan.
            “I’m not joking. Duduklah, kita makan dahulu before berbincang, pasti awak lapar kan?” Balas Harith bersahaja.
            Dannia terpanar sendiri. Harith membahasakan ‘saya awak’ dan tiada lagi abang dan sayang yang selalu bermain di bibir lelaki itu. Dannia megerti kini, dirinya sudah tercampak jauh dari hati lelaki itu. Harith sudah tidak memerlukan dirinya lagi. Dannia membuat kesimpulan tersendiri. Dannia menarik nafas panjang sebelum bercakap. Dia memerlukan kekautan untuk berdepan dengan situasi ini. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini..
            Harith menarik kerusi dan pantas duduk apabila Dannia hanya statik di tempatnya. Entah apa yang difikirkan oleh Dannia. Mungkin masih lagi terkejut atau Dannia sudah tidak betah untuk bersamanya ketika ini.
            “Have a sit. Lagi cepat kita makan lagi cepat kita bincang.” Kali ini tanpa diundang Dannia kembali duduk di tempatnya tadi. Kini mereka saling berada bertentangan antara satu sama lain. Dannia hanya menundukkan wajahnya, Harith pula sebaliknya. Sepanjang berada di hadapan Dannia, matanya tidak lepas memandang wajah yang dirinduinya selama ini.
            Harith mula mencapai makanan yang terhidang di depan matanya. Seleranya yang selama ini yang tidak seberapa bertambah apabila Dannia berada di hadapannya. Senang hatinya melihat wajah si isteri.
            Sepanjang menjamu selera, masing-masing diam membisu. Harith membisu kerana tidak ingin membangkitkan rasa tidak selesa isterinya apabila soal mereka berdua dibangkitkan. Dannia pula membisu kerana tidak mahu Harith mempersoalkan hal yang berkaitan dengan diri lelaki itu. Tidak mahu Harith menceritakan hal peribadinya bersama wanita lain di sisi lelaki itu. Tidak sanggup!
            “Nia apa khabar?” Harith mula bersuara apabila makanan di dalam pinggannya sudah licin. Kali ini dia benar-benar berselera. Tengok sahaja makanan yang terhidang, dia mampu menghabiskannya. Dia benar-benar kelaparan, apatah lagi terasa baru hari ini dia mampu makan dengan tenang dan senang hati.
            “Baik” jawabnya sepatah. Sedari tadi dia tidak mapu untuk makan dengan tenang. Pandangan Harith yang memaku padanya membuatkan dirinya kekok.  Perlahan air minuman di teguknya perlahan, cuba mengurangkan debaran di dada. Pinggan di tolak ke tepi, tidak mampu dihabiskan olehnya.
            “Kenapa tinggalkan abang?”
            Soalan Harith membuatkan Dannia terkelu. Mulutnya kaku untuk berbicara. Malah, dia tidak punyai jawapan untuk itu.
            “Kita datang sini untuk berbincang..” potong Dannia laju.
            “Kita tengah berbincang..”
            “Maksud saya.. our project.” Pintas Dannia laju sebelum Harith berkata lebih lanjut.
            “Sekejap lagi..kenapa Nia tinggalkan abang macam tu?” Lirih Harith bersuara. Harith inginkan jawapan, sungguh dia tidak dapat menerima apabila dirinya ditinggalkan tanpa sebarang perkhabaran. Hanya surat perletakan jawatan dan juga borang perceraian yang dititipkan padanya. Tangan Dannia yang berada di atas meja dicapainya lalu di genggam erat. Harith mengemaskan pegangannya apabila Dannia cuba menarik.
            “Nia..please. sanggup Nia tinggalkan abang macam tu. Why? Abang macam orang gila cari Nia. Kenapa Nia tak percayakan abang dan tak pernah dengar penjelasan abang?” Merah matanya menahan rasa hati. Diam Dannia membuatkan hatinya sakit.
            “Kalau datang sini semata-mata nak cakap benda yang tidak berfaedah, I think better we end up our discussion.” Tegas Dannia bersuara. Dia tidak mahu hatinya terpujuk dengan rayuan Harith. Cukup! Hatinya sudah cukup terseksa. Padanya, hubungan antara mereka sudah tamat di saat lelaki itu menikahi perempuan lain.
            “Nia please, I need an explaination.” Harith cuba manghalang Dannia, lengan Dannia dipaut erat apabila Dannia cuba beredar dari situ. Dannia mencerlung garang, hatinya panas dengan Harith, sesuka hati memegang tangannya. Ikutkan hati terasa mahu sahaja direntap tangannya dengan kasar. Dia cuba menarik lengannya tetapi terasa semakin erat pula pegangan Harith.
            “Take off your hand” Sepantas kilat dia merentap tangannya.
            Harith terkejut. Namun dia juga pantas berdiri dan memegang erat kedua belah bahu Dannia. Pandangan orang ramai langsung tidak dihiraukan. Apa yang lebih penting kini ialah Dannia. Dia tidak mahu melepaskan Dannia dari hidupnya lagi. Cukuplah dua kali dia ditinggalkan. Rasanya dia tidak mampu untuk teruskan hidup tanpa gadis itu.
            Mata Harith dan Dannia saling bertentangan. Dannia gelisah, dia malu apabila adegan mereka di tonton oleh orang lain.
            “Lepaskan saya.” Dannia cuba meleraikan tangan Harith.
            “Listen here, abang takkan benarkan Nia pergi dari hidup abang. Abang tak pernah berlaku curang, kenapa Nia tak pernah nak percayakan abang?”
            “Please, orang ramai ni. Tak malu ke?” tanpa menjawab soalan Harith. Mukanya sudah merah padam melihat beberapa orang yang turut sama berada di dalam restoran itu sesekali memandang mereka dan kemudian berbisik. Ada yang tersenyum-senyum melihatnya.  Mungkin menyangkakan pergaduhan pasangan kekasih.
            “Biarlah diorang nak tengok. Abang tak kisah.” Selamba Harith menjawab sambil merenung tajam wajahnya.
            “Saya ni bukannya macam awak. Awak tu memang muka tak tahu malu.”
            “Whatever..” Langsung tiada marah dengan sindiran Dannia kepadanya. Rasa rindunya melebihi rasa marah dan geram. Lama dia merenung Dannia. Sedikit sebanyak rindunya terlerai, ikutkan hatinya mahu sahaja dipeluk erat tubuh itu. Tetapi dia masih waras, Dannia masih tidak dapat menerimanya kembali.
            “I miss you so much” bisik Harith perlahan. Redup matanya merenung wajah gelisah Dannia.
            “I hate you” balas Dannia.
            “I know, but i love you
            “Benci sangat ke Dannia pada abang?” Dannia bungkam dengan soalan Harith. Lidahnya kelu. Dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Hatinya semakin lama semakin merintih. Dia sayangkan Harith, cintakan Harith, tetapi dia tidak dapat menerima ada wanita lain di samping suaminya itu.
            Dannia merentap kuat dan terus berlalu pergi. Harith yang tidak menduga terlepas pegangannya dari bahu Dannia. Laungan Harith langsung dibiarkan dan tidak dihiraukan. Hatinya menangis. Dari langkah yang laju bertukar menjadi larian apabila dia menoleh dan melihat Harith sedang cuba mengejarnya. Sebaik sahaja dia sampai di tempat parkir kereta, Dannia terus meloloskan dirinya ke dalam perut kereta dan lantas pintu dikunci. Enjin kereta terus dihidupkan, tanpa menghiraukan ketukan yang bertalu di cermin dan laungan Harith, keretanya meluncur laju meninggalkan Harith. Dari cermin dia dapat melihat harith masih mengejarnya sebelum berhenti memerhatikan keretanya sehingga bayangan Harith langsung hilang dari pandangan.
           

No comments:

Post a Comment