photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 29 July 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 3]

Bab 3
                Bunyi jam loceng yang dikunci di telefon bimbit mengejutkan Dannia dari tidur. Pukul 5.30 pagi. Lantas dia bangun untuk membersihkan diri untuk solat subuh. Selesai mandi, dia bersolat Subuh. Dannia sempat membentangkan sejadah untuk suaminya sebelum keluar dari bilik. Harapnya Harith akan bangun dan solat. Pagi tadi baru Dannia perasan, dia tidak pernah nampak Harith bersolat sepanjang berada di rumahnya. Begitukah kehidupan Harith selama ini? Lupakah dia pada penciptanya. Agaknya begitulah semua keluarga mentuanya. Bolehkan dia bertahan selama menjadi isteri Harith. Mengingatkan itu semua, Dannia beristighfar panjang.
        “Ehem, awal bangun pengantin kita” Along berdiri di dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan. Dilihat alongnya tersengih sengih macam kerang busuk. Ibu pula tersenyum manis. Gurauan anak sulungnya dubiarkan sepi. Puan Diana meneruskan kerjanya menyiapkan Nasi Lemak untuk mereka bersarapan.
        “Yang tersenyum macam kerang busuk tu kenapa? Menang loteri ke semalam?” tanyaan berbaur sindiran. Dannia menjeling geram. Tahu sangat perangai Syahmin yang kuat mengusik.
        “Haram tau main benda tu. Hai nak senyum pun tak boleh ke, senyumkan satu sedekah. Pagi pagi yang indah ni eloklah kita tersenyum, sambil tu buat senaman mulut sekali. Garang ya orang tu sejak berpunya ni.” Nak perli akulah tu.Pantang duk termenung ada saja idea nak kenakan orang.
        “Bukan tak boleh. Tapi senyuman along tu menyakitkan hati tahu tak?” tukasnya geram. Matanya menjeling Syahmin. “Amboi, tajamnya jelingan tu. Sakit jantung along ni. Rasa macam nak tercabut.” Puan Diana tergelak kecil mendengar celoteh Syahmin.
        “Ibu, tengok along ni, suka sangat kacau adik.” Panjang muncung Dannia. Geram betul alongnya. Ibunya hanya tersenyum. Faham benar keretah anak terunanya yang sulung. Tak boleh duduk diam, pasti ada benda yang hendak dibuatnya. Kadang kadang jika bukan Dannia, pasti dirinya yang disakat. Abahnya hanya sekali sekala terkena, takut barangkali dengan ketegasan Encik Zamani.
        “Angah mana bu?.” Dannia tercari cari wajah Shamir apabila angahnya tidak berada di dapur. Biasanya dialah yang tertenggek di dapur menolong ibu. Walaupun lelaki, Shamir tidak kekok berada di dapur, malah angahnya lebih pandai memasak berbanding Dannia.
        “Entah, tadi ibu dah kejutkan si angah tu. Dia tidur balik agaknya.” Tanpa membuang masa, Dannia menuju ke bilik angahnya, setelah diketuk baru dipulas tombol pintunya. Amboi sedapnya terbongkang tidur. Shamir tidur pulas, ‘ni dah solat ke belum. Dah hampir pukul lapan. Sejak bila dia ni suka tidur balik lepas subuh ni.’
        “Angah, bangun la.” Dannia menggongcangkan badan Shamir. Eh, liatnya nak bangun. Kenapa dengan angah ni. “Angah!!!” Dannia menjerit kuat di telinga Shamir. Dek kerana terkejut, Shamir terjatuh dari katil menghempap badan Dannia. Adoi, sakitnya badan aku. Beratnya angah ni.
        “Apa adik ni. Sakit telinga angah.” Shamir pantas berdiri apabila melihat badannya menghempap tubuh kecil Dannia. Terpenyek pulak budak ni. Telinganya digosok beberapa kali. Gila kuat suara, cair tahi telinga aku. “Aduh sakitla angah. Beratnya badan angah, keturunan apa ni.” Tangan Dannia dicapai untuk membantu Dannia berdiri.
        “Mana ada berat, adik tu yang ringan sangat kot.” Shamir duduk sebelum berbaring ingin menyambung kembali tidurnya. Matanya kembali terpejam, man taknya balik eumah pukul 3 pagi. Nasib baik abahnya tak sedar, kalau tak memang kenalah dia nanti. Langsung tak sedar asyik duk bersembang punya pasal.
        “Eh, nak tidur lagi ke? Bangunlah teman adik pergi pasar.” Dannia menarik kuat tangan Shamir supaya bangun.
        “Harith kan ada. Kenapa tak ajak dia. Bawalah dia, mana tahu dia nak jalan jalan kat kampung ni” matanya dipejam.
        “Tak syok la pergi dengan dia. Dia letih lagi tu. Takkan dia nak pergi tempat tempat macam tu. Boleh la Please?”
        “Angah letih la dik. Semalam tidur lewat. Ajak Along la eh?”
        “Ala, along ada kerja la. Jom la Angah temankan adik. Kesian adik nanti kena kacau lagi dekat budak budak hujung kampung tu. ” Dannia membuat muka kesian. Cuba cara phycho. Dia tahu angahnya cepat cair bila dia membuat wajah sedih. Shamir masih lagi tidak menghiraukan Dannia yang memegang erat tangannya. Aik? Tak de respon pulak...
        “Fine, kalau angah tak nak teman adik, lepas ni jangan bercakap lagi. Jangan harap. Biar adik kena kacau kat bebudak tu. Angah memang tak sayang adik” pantas tangan Shamir dilepaskan. Lalu Dannia melangkah ingin keluar, Shamir yang tersedar segera memaut tangan Dannia.
        “Yelah. Tunggu angah mandi dulu. Ya intan payung ku sayang?” Dannia mengukir senyum. Berjaya juga akhirnya memujuk angah. Bukan tak tahu perangai Dannia yang suka merajuk dengannya, dengan orang lain tak pulak. Geram aku, jenuh aku nak pujuk pulak. Haila...
        “Ni yang buat adik bertambah sayang ni.” Dannia tersenyum manis. “Dah, keluar dulu. Ke nak tengok wayang free kat sini.” Shamir mengacah untuk menarik boxer yang dipakainya. Menjerit Dannia , segera mencicit lari dengan pantas. Shamir ketawa melihat Dannia. Macam budak kecil, tak padan dah jadi isteri orang.
        “Apa yang bising sangat ni adik? Menjerit pagi pagi, kamu tu dah jadi isteri orang, jadi matang sikit Dannia.” Puan Diana sudah membebel. Pepagi dah menjerit, bising rumahnya dengan perangai Dannia yang riang.
        “Angah lah ibu, ada ke patut nak buat wayang free. Tak senonoh betul dia tu.” Dannia tersenyum kecil manakala Puan Diana hanya tersenyum. Itu lagi sorang anak terunanya, nakal sungguh. Kesian Dannia dapat abang abang yang suka mengusik.
        “Harith mana? dah bangun belum, panggil dia sarapan pagi. Panggil abah dan abang abang kamu sekali.” Dannia mengangguk perlahan mendengar arahan ibunya. “Baik mem” tangannya mendabik di kepala tanda menerima arahan. Puan Diana menggeleng perlahan. Dannia berlari untuk memanggil diorang makan. keanak anakkan sungguh Dannia. Wajah itulah yang membuatkan hidupnya menjadi tenang. Bahagia betul keluarganya dengan kehadiran Dannia. Dia lah racun dialah juga penawar hidup Puan Diana dan Encik Zamani. Memang dia amat menyayangi Dannia, malah sayangnya melebihi anak kandungnya sendiri. Maklumlah Dannia seorang sahaja perempuan. Namun sedikit pun tidak menimbulkan cemburu dihati anak anak terunanya. Malah anak teruna mereka juga amat menyayangi dan mengasihi Dannia seperti adik kandungnya sendiri.
        Dannia amat dilindungi oleh abang abangnya. Jika ada yang membuli Dannia, pasti orang itu akan menerima akibatnya. Pernah satu ketika, seorang budak mnggelarnya anak haram, apabila dia mengadu pada along dan angah, teruk budak itu dibelasah. Sejak hari itu, tidak seorang pun yang berani mengatakan hal tersebut. Di sekolah, dirinya dilindungi oleh angah, memandangkan dia satu sekolah dengan abangnya yang tengah. Bila ada pelajar lelaki yang ingin mendekati Dannia, Shamir segera memberi sepatah dua kata, terus pelajar itu beredar. Di sekolah, pening angahnya itu hendak mengawal Dannia. Ramai betul peminat adiknya yang bongsu. Ada sahaja surat surat yang diterima Dannia oleh kawan kawan lelaki. Nak dibuat adik angkat, keluarga angkat, abang angkat, semuanya berangkat. Namun surat itu langsung tidak dibaca.
        “Ehem. Assalamualaikum ibu” Harith memberi salam. Wajahnya dimaniskan, berlakon la.
        “Waalaikumsalam, dudukla Harith. Adik tolong ambilkan makanan untuk Harith” Puan Diana sibuk menghiris timun.
        “Adik tolong angah jugak.” Huluran pinggan disambut setelah pinggan Harith yang penuh dengan nasi lemak diletakkan dihadapannya.
        “Along jugak” Syahmin tersengih. Terangkat keningnya ala ala Ziana Zain.
        “Along dan angah ni pemalas betul. Nasib baik ada adik yang baik hati ni.” Dannia perasan sendiri. Tak ada orang nak puji, baik puji diri sendiri.
        “Perasan” serentak  kata kata itu terkeluar dari mulut abang abangnya. Dannia membulatkan matanya “Apa?”
        “Ok tak, pe lepas ni jangan harap la adik nak tolong kalian berdua kalau ada masalah.” Dannia memuncungkan bibirnya yang mungil. Kehadiran Harith disisi langsung dia lupakan. “Amboi merajuk pulak puteri ni. Meh sini along tolong ambilkan nasi untuk adik”
        “Along, bak sini pinggan tu, aku nak letak sambal pulak.” Angahnya mencapai beberapa hirisan timun. Mata Dannia bertambah bulat melihat along dan angahnya meletak bermacam macam bahan di dalam pinggannya, hampir penuh satu pinggan. Dah berbukit tingginya.
        “Oit, dah dah, ni nak bagi adik makan ke nak bagi siapa ni? Nak suruh mati kekenyangan ke?” Dannia mnjerit kecil, muncungnya bertambah panjang, geram hatinya melihat kedua abang mengenakannya.
        “Korang ni depan rezeki tak elok bercakap banyak. Syah, Amir cuba kamu jangan nakal sangat. Tak kesian kat adik ker asyik kena buli.” Puan Dania menggeleng, tangannya pantas memulas telinga kedua dua anak teruna. Abahnya pula menghadiahkan jelingan maut. Tersentak keduanya. Dannia ketawa kecil sempat menjelirkan lidahnya pada mereka. “Padan muka”. Dannia mengangkat ibu jarinya tanda thumb up. Harith tersenyum kecil, ceria betul. Sedaya upaya dirinya menahan ketawa melihat gelagat abang abang iparnya. Di sudut hati terbit perasaan senang dengan keluarga mentuanya. Tersedar akan itu, cepat cepat diusir perasaan yang ingin bercambah.
        Setelah makan, Syahmin ke pejabat kerana ada urusan yang hendak dilaksanakan. Maklum sajalah, peguam memang tiada masa lapang. Sibuk memanjang. Banyak kes yang perlu diselesaikan katanya. Walaupun mempunyai syarikat sendiri yang dikongsi oleh rakannya, dia tidak pernah menggoyang kaki, makan gaji buta. Syahmin dilihat amat komited dengan kerjayanya. Shamir pula bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat pengeluaran barangan import dan eksport. Angahnya itu tidaklah begitu obses dengan kerjanya jika dibandingkan dengan along. Seboleh bolehnya, shamir tidak akan membawa pulang kerja kerja untuk disambung dirumah. Baginya waktu pejabat ialah kerja. Bila dirumah, kerja mesti dilupakan. Entah dari mana prinsip itu datang. Kerana itulah Dannia lebih rapat berbanding angahnya.
        Selepas sarapan, Dannia dan Shamir bertolak ke pekan, Harith pula lebih suka menyendiri dan bersiar sendirian tanpa ditemani Dannia. Jika terlalu bosan, dia akan menyusur ke ternakan ikan keli milik mentuanya yang berada tidak jauh dari rumah. Melihat sendiri projek ikan yang diusahakan oleh Encik Zamani.
        “Kau ke mana tadi” suara kasar Harith menerpa ke gegendang telinganya.
        “Saya ke pekan dengan angah. Beli sayur dan ikan nak dimasak tengah hari nanti” Dannia pelik rasanya bukan ke dah diberitahu kepada ibu, malah Harith ada sekali tadi. Pekak agaknya mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati aku la tu.
        “Hei betina, kau tu nak pergi mana mana mesti dapat kebenaran aku tahu tak? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kalau aku tak izinkan tadi macam mana?” Kasar Harith melenting.
        “Sa..saya ingatkan awak dah tahu tadi. Awak kan ada sekali tadi?” Dannia tergagap gagap menjawab.
        “Kau ingat aku kebulur sangat ke aku nak dengar kau bercakap dengan keluarga tak guna kau tu? Kalau kau tak bagitahu macam mana aku nak tahu. Bodoh punya orang” bukannya Harith tidak dengar perbualan Puan Diana dan Dannia. Dia dengar, malah didengar sangat jelas. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Dannia. Hatinya cukup puas melihat wajah Dannia keruh. Rasakan.
        “Maafkan saya” Dannia menunduk. Dia lebih rela memandang kakinya daripada muka Harith yang garang. Ucapan maaf Dannia dibiarkan sepi. Harith keluar dari bilik itu dengan senyuman. Puas hatinya dapat melepaskan geram pada Dannia. Dapat menyakitkan hati Dannia dan juga melihat wajah itu keruh. Entah kenapa dia suka sangat melihat wajah itu merah padam. Kelakar pun ada melihat wajah itu. Hahahahahahah...  

No comments:

Post a Comment