photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Monday 10 February 2014

Terikat Cinta [Bab 4]




Bab 4
                Dyana Kamilia melepaskan penatnya seharian bekerja. Mujur sahaja pelanggan sudah beransur reda. Dia menjeling jam yang berada di dinding berhampiran dengan kaunter. Seperti biasa dia melepak di meja dibawah pokok Sena. Terasa nyaman setiap kali berada di situ. Angin yang bertiup lembut..wah, syoknya kalau dapat tido kat sini. Huarghh..
                Kemudian datang pula Dilla dan Asmad diikuti kak Eton dibelakang mereka menatang sedulang air minuman. Mereka mengambil tempat semeja dengan Dyana kamilia. Tangan Dilla pantas mengagihkan air yang dibawa oleh Kak Eton. Sudah terbiasa dengan situasi seperti itu setiap kali berehat atau pelanggan tiada.
                “Weh, apasal muka minah setengah tu berkerut semacam aje dari tadi?” Dyana Kamilia terus bertanya akan perihal Kak Seha. Apa yang tak pelik apabila melihat gadis itu sering berulang alik dari tandas. Setiap lima minit pasti akan berlari pecut menuju ke tandas. Duduk kat depan pun dah macam cacing kepanasan aja.
                Mendengarkan pertanyaan Dyana Kamilia, Dilla, Asmad dan kak Eton ketawa mengekek. Riuh dengan gelak ketawa mereka memenuhi restoran itu.
                “Kau tak tahu ke minah tu terkena cirit birit?” sambil ketawa Dilla membuka mulut. Begitu payah gadis itu mahu bertutur kerana menahan ketawa.
                “Eh, dia salah makan ke apa?” Dayana Kamilia masih tidak mengetahui apa apa bertanya dengan jujurnya.
                “Kau tanya budak ni. Ni dia puncanya.” Kak Eton mengetuk kepala Asmad perlahan.
                “Apa kau dah buat ni Mad. Kesian budak tu aku tengok.”
                “Eh, yang kau bela sangat kenapa? Kan ke aku dah rancang petang tadi. Kau dah lupa lah tu?” Asmad cuba meredakan ketawanya. Aduh, susah betul nak berhenti.
                “Bagitahulah. Jangan duk ketawa aje dari tadi. Naik pening aku tengok kau ketawa macam orang gila.” Dyana Kamilia tidak sabar mahu mengetahui cerita yang sebenar. Mesti syok ni, wah Dyana kau pun dah terikut sekali.
                “Aku letak julat kat minuman dia tadi. Time dia duk menggedik dengan Zakuan. Time tulah aku tolong hiangkan minuman untuk diorang.” Hahahahha.... Asmad menyambung kembali ketawanya. Diikuti Dyana kamilia.. Fuh, mesti syok kalau dapat tengok depan depan muka reaksi Kak Seha. Mesti hilang ayunya yang dah tak ayu tu.
                “Kau ni jahat betul” Dyana Kamilia menggelengkan kepala dengan kenakalan Asmad. Bengong betul, kesian budak tu.
                “Eh, tapikan bukan ke dulu kau minat giler hampir angau kat si minah separuh tu. Sekarang apa macam?” Dilla bertanya tiba tiba, terus ketawa Asmad berhenti. Terkejut agaknya dengan soalan maut Dilla.
                “Bila masa pulaknya ni. Kau jangan nak buat fitnah la.” Asmad ketawa kecil menutup gugup yang tiba tiba bertandang.
                “Eleh, kau jangan nak kelentonglah. Kitorang semua tahu kecuali Dya.” Kini giliran Kak Eton pula bersuara. Asmad dahulu separuh angau dengan Kak seha yang tua setahun darinya. Siap minta tips lagi dengan Dilla dan Kak Eton. Entah di mana menariknya tentang Kak Seha, tergedik gedik adalah. Yang lain hampeh...
                “Eh, betul ke Mad? Habis sekarang apa cerita. Dah tak suka ke?” Dyana Kamilia bertanya dengan nada mengusik. Bahu Asmad ditunjal perlahan berkali kali dengan nada usikan. Sungguh dia tidak tahu bahawa Asmad pernah menyimpan perasaan untuk gadis itu suatu ketika dahulu.
                Asmad sudah gelabah diusik sedemikian rupa. Adeh, malu siot. Mukanya merah padam menahan malu.
                “Korang ni aku nak blah la kalau macam ni.” Dengan nada sedikit mengendur dia mahu beredar dari situ, namun tangannya ditarik oleh Dyana kamilia yang berada di sebelahnya.
                “Alololo merajuk pulak cik abang kita ni. Tapi ceritalah dulu. Aku pun nak tahu jugak kisah cinta tak kesampaian kau tu. Please...” dengan muka comelnya Dyana Kamilia merayu.
                “Tak mahulah aku. Cerita lama tu..tukar lain.”
                “Tak mahulah. Cerita jugak, kalau tak aku mogok seminggu dengan kau. Tak bercakap. Kita pinggirkan dia ni.” Dyana Kamilia menggugut. Dilla dan Kak Eton menjungkit bahu sambil membuat kening ala Ziana Zain.
                Gulp! Asmad sudah menelan liurnya. Habis aku nak kawan dengan siapa kalau diorang ni mogok. Nak kawan dengan Zakuan, tak mungkin. Lelaki itu serius memanjang. Dengan Kak Seha, ew tak mahu aku. Menggedik semacam je. Macam sotong pun ada. Dengan berat hati Asmad mengalah sambil mengangkat tangan menyerah kalah. Tak mungkin dalam masa seminggu dia tiada kawan. Hanya mereka di sini yang sudi berkawan dengannya. Selain mereka dia tiada satu teman pun diluar sana.
                “Ok..fine. Dulu memanglah, sebelum aku tak tahu perangai dia macam tu. Tengok dari jauh memang cantik.. tapi tak berkenan pulak bila tengok dari dekat...Mak ai, macam opera cina. Cina pun kalah. Tambah dengan perangai macam tu, terima kasih sajalah.” Dengan perasaan tidak bersalah dia mengutuk Kak Seha. Yang lain mendengar khusyuk, terangguk angguk kepala menghayati cerita Asmad. Kesian...kesian... siapa yang kesian? Mestilah Asmad, dia kan sudah tersalah jatuh hati pada gadis yang bernama kak seha.. huhuhuu...
                “Tapi bagus juga kau dah tak syok kat dia. Kalau kau ni dah jadi boyfriend dia. Sah sah aku reject kau jadi kawan aku.” Dilla menyampuk tanpa perasaan sebelum menghirup air.
                “Kenapa pulak?” Asmad pelik.
                “Yalah, kalau kau dah jadi boyfriend dia mesti juling bijik mata aku tengok dia tergedik menempel kat kau. Silap hari bulan dengan kau sekali tergedik macam ayam serama.” Kini giliran Kak Eton pula bersuara menyatakan pendapatnya.
                “Ish, tak mahu aku.” Asmad menggeletarkan badan. Siap buat aksi muntah lagi depan semua yang ada di situ. Gelak ketawa mereka bergema lagi.



                “What up girls..” Fitri muncul dengan gaya santainya.
                “Wei Fit. Kau dari mana ni?” Dyana Kamilia bertanya. Yang lain hanya diam membisu melihat gadis itu muncul. Asmad pula terpegun melihat gadis di depannya. Matanya tidak langsung berkelip. Dilla menyepak kaki Asmad dibawah meja untuk menyedarkannya aripada memandang Fitri. Jakun benar budak sekor ni. Pantang nampak gadis cantik cepat aje nak melopong mulut tu. Aku sumbat jugak dengan lalat ni. Tak malu betul. Kalau ya pun minat janganlah sampai memalukan diri. Sabar ajelah dapat kawan macam budak ni.
                Kak Eton pula ketawa kecil apabila melihat gelagat Asmad yang tersedar. Laju tangannya menutup mulut yang terlopong luas. Dilla di hadapan menggelengkan ketawa. Sesal dapat kawan seperti itu. Haiya..
                “Aku dari rumah la. Nak lepak kat sini boleh? Boring duk rumah.” Fitri bertanya selamba tanpa mempedulikan pandangan Asmad. Kerusi ditarik duduk berhadapan dengan Dyana kamilia dan bersebelahan dengan jejaka yang bernama asmad. Teruja sebentar, apabila Fitri berada berdekatan dengannya.
                “Hai, aku Fitri. Nice to meet you all.” Fitri tersenyum. Tangannya menarik minuman Dyana Kamilia dan menyedutnya perlahan.
                “Hoi, air aku tu.” Bulat matanya melihat keselambaan gadis itu. Langsung tiada perasaan malu.
                “Sorry, aku dahagalah. Hey you in the pink shirt. Come here.” Fitri menjerit memanggil gadis yang memakai baju pink itu. Tangan dan jarinya menggamit supaya gadis itu menghampirinya denagn gaya berlagak. Yang lain terbuntang mata melihat Fitri memanggil gadis itu. Ternyata gadis yang dipanggil itu milik Kak seha.
                Kak seha pula pelik melihat gadis asing di dalam kumpulan anti dengannya memanggil, dipusing kepala melihat ke kiri dan ke kanan jika gadis itu memanggil orang lain. Apabila dipandang sekeliling, hanya dia berdiri di situ. Kini tangannya pula dituding ke arah diri sendiri.
                “Yes, you lah. Come here. Meow meow..” dengan nada yang kuat dia membuat gimik seolah memanggil seekor kucing. Dilla dan Kak Eton tak semena menanya terhambur ketawa, lantas menekup mulut apabila Kak Seha semakin menghampiri. Dyana kamilia dan Asmad sedaya upaya menahan ketawa.
                “Ada apa cik?” dia datang menghampiri dengan muka kelat dengan senyuman tawar dihadiahkan pada gadis yang memanggilnya.
                “Tolong buatkan apple juice satu. Cepat sikit ya. Thank you.” Fitri membuat pesanan, kukunya dibelek belek. Tiada hati mahu memandang gadis dihadapannya.
                “Tapi kenapa tak suruh kawan you ni yang buatkan?” tanyanya dengan nada geram.
                “Oh, diorang ni pekerja kat sini ke? I Tak tahu pun. First time ni jumpa diorang. Dah alang alang you dah sampai kat sini apa kata you aje yang buat.” Fitri menjongketkan kening yang terukir cantik.
                “Baik cik. Sekejap ya.” Kak Seha berpusing ke belakang. Serentak itu Dilla membuat aksi muntah apabila Kak Seha menggunakan bahasa ‘I and you’ dengan Fitri.
                Ketawa yang ditahan tahan sedari tadi akhirnya meletus juga. Tidak disangka seharian Kak seha dikenakan tanpa dirancang. Malang sungguh nasibnya hari ini.
                “Gila la kawan kau Dya. Selamba je boleh kenakan minah separuh tu.” Kak Eton bersuara bersama ketawanya.
                “Apasal ketawa? Korang memang tak ngam ke ngan budak tu. Macam gedik je aku tengok.” Fitri bertanya kepelikan.
                “Yup, mana nak kamceng ngan minah macam tu. Tergedik sana tergedik sini. Kau nampak tak lelaki yang duduk kat bangku hujung sana tu.” Kak Eton bersuara sambil mulutnya memuncung ke arah Zakuan.
                “Mana? yang pakai baju hitam tu ke?” tanya Fitri sambil matanya meliar mencari.
                “Ha’ah. Yang tulah minah separuh tu duk usha seharian. Dia tu anak bos kat sini tau.”
                “Hensem tu.... Ye ke?” tangannya diletakkan di dagu sambil digosok perlahan. Akalnya datang..Dia berfikir sejenak sebelum tersenyum jahat ke arah Dyana Kamilia dan yang lain.
                Fitri terpandang kak Seha semakin mendekatinya membawa minuman yang dipesan olehnya sebentar tadi.
                “Er, you boleh tolong panggilkan I punya boyfriend tak kat hujung sana?” Fitri meminta tolong Kak Seha sambil menuding jari ke arah Zakuan. Matanya dapat melihat wajah terkejut Kak Seha.
                Mendengarkan ayat yang terbit dari bibir gadis itu, matanya melihat tudingan jari gadis di depannya. Hah, Abang Zakuan ke? Tak mungkin makwe abang Zakuan. Tak pernah pulak lelaki itu memberitahunya dia mempunyai teman istimewa..
                “Ap..apa maksud cik? Yang pakai baju hitam tu ke?” Puh minta minta lah bukan Zakuan. Berdebar debar dadanya menahan butir bicara daripada mulut gadis cantik dihadapannya.
                “Yalah. Tu boyfriend I. Takkan you tak tahu kot. Oh lupa pulak, dia mana pernah bagitahu rahsia dia kat orang lain. Lagi lagi kat you kan? Apa lah dia ni... “ Fitri ketawa. Asmad pula mengeluh perlahan, gadis idaman yang baru muncul rupanya sudah berpunya. Kepunyaan bosnya pula. Terlepas lagi... nasib nasib...
                “Boleh panggilkan tak?” Fitri bersuara lagi apabila tidak mendapat respon daripada gadis yang dikenali sebagai Kak Seha.
                “Kejap” Kak Seha berpaling semula menuju ke arah Zakuan. Hancur hatinya apabila mengetahui lelaki yang dipuja sudah berpunya. Sia sia sahaja dia berdendam dengan Dyana Kamilia semata mata kerana Zakuan.
                Sementara itu, Fitri sudah mengekek ketawa. Hanya dia yang faham. Yang lain hanya memerhati sketsanya. Tidak tahu jalan cerita yang sebenar. Dari jauh dia melihat Zakuan bercakap cakap dengan Kak Seha, kadang kadang pandangan mereka berpaling ke arah tempat yang didudukinya. Kemudian Zakuan bangun dan melangkah menuju ke arah meja kami. Kak Seha pula berada di belakang mengekori Zakuan.
                “Sayang” Fitri menjerit manja lalu memeluk Zakuan. Terkejut semua yang ada di situ dengan perlakuan selamba Fitri yang memeluk Zakuan erat. Kak Seha apatah lagi, hampir terduduk melihat jejaka yang dipuja dipeluk oleh gadis lain. Mulutnya luas melopong.
                “Fitri. Buat apa kat sini” Zakuan gagap bertanya. Kak Seha beralih berada di sebelah Dyana Kamilia.
                “Kenapa terkejut ni sayang?” sempat Fitri mengenyit matanya untuk berlakon sama. Zakuan yang faham dengan isyarat Fitri terus tersenyum. Di fikirannya kini hanya untuk menjauhkan diri daripada Seha yang selalu menghimpitnya.
                “Bila balik ni sayang. Tak bagitahu pun..” dengan manja Zakuan menarik pinggang Fitri yang rapat padanya. Dahi gadis itu dicium penuh kasih. Matanya sempat melirik melihat perubahan pada Dyana Kamilia dan Kak Seha. Jelas keduanya terkejut beruk melihat adegan peluk memeluk di hadapan matanya. Bukan sahaja Dyana Kamilia dan Kak Seha, malah Dilla, Kak Eton dan Asmad juga melopong. Tersedak kuat Asmad yang sedang menyedut air sehingga berair matanya.
                “See.. sekarang you percaya?” Fitri bertanya ke arah Kak Seha yang masih diam tak berkutik memandang ke arah mereka berdua. Pautan masih belum dilepaskan.
                “Tak. Aku tak percaya. Selagi Abang Zakuan tak bagitahu sendiri.” Nadanya bertukar menjadi kasar. Terus menggunakan bahasa ‘aku dan kau’ tiada lagi ‘I and you’. Cemburunya kini sehingga ke kepala.
                “Seha, kenalkan girlfriend abang. Fitri namanya. Sebelum ni dia kerja kat KL.” Lancar lidahnya menutur. Ini sahaja peluang untuk dia melepaskan diri daripada gangguan Seha walaupun agak kejam. Sudah berkali dia memberitahu gadis itu, bahawa dia hanya menganggap Seha sebagai kawan. Gadis itu yang berkeras dan degil tidak mahu mendengar kata. Harapannya selepas ini, biarlah Seha akan menjauhkan diri daripada menganggunya.
                “Kenapa sebelum ni abang tak pernah bagitahu yang abang ada girlfriend?” bergetar suaranya menahan tangis.
                “Kan abang dah cakap, ada seseorang yang abang suka. Seha yang degil terus berharap dekat abang. I’m really sorry. Abang pernah cakap kita hanya kawan. Tak lebih dan tak kurang. Abang harap Seha faham. ”
                Fitri yang mendengar terus terkedu. Drama semakin hangat ni, ingatkan dia hanya ingin memainkan Kak Seha, tak tahu pula mereka serius. Perlahan lahan tangannya melepaskan rangkulan tangan Zakuan di pinggangnya. Namun makin kemas pula tangan Zakuan memeluknya. Haiya.. aku main main je.. adui, menyesalnya..
                “Seha akan terus tunggu abang. Selagi abang tiada apa apa ikatan dengan perempuan ni, selagi itu, Seha tak pernah berhenti mencintai abang.” Tiada tanda tanda Seha mahu menyerah kalah.
                “Seha, tolong faham abang. Abang tak mungkin sukakan Seha, abang dah ada Fitri.” Zakuan juga tidak berputus asa memujuk Seha supaya melupakannya. Fitri pula sudah bingung.. tadi dia nak jadi heroin, sekarang ini dah terbalik pula rasanya. Terasa dirinya menjadi orang ketiga yang menghalang dua manusia bersatu. Dah jadi pelakon tambahan pulak aku kali ni. Dah salah timing ni..
                “Sayang, duduk diam diam” terus terkaku Fitri apabila zakuan menegurnya dengan nada yang mendatar. Ya Rabbi, bila nak lepaskan aku ni. Mati lemas jugak aku kang tak cukup nafas.
                Dyana Kamilia dan yang lain hanya diam membisu memerhatikan sketsa dihadapannya. Namun hanya tersedar apabila seorang pelanggan memanggil untuk membuat pesanan. Tangan Dyana Kamilia menarik satu persatu tangan rakan rakannya supaya mengikutinya beredar dari situ. Mereka beredar dari situ untuk membiarkan Zakuan, Fitri dan Kak Seha menyelesaikan masalah mereka.
                Dalam fikirannya terfikir fikir apa yang dilihat olehnya sebentar tadi. Semacam tak percaya apabila Zakuan dan Fitri sepasang kekasih. Dia sendiri terkejut apabila Zakuan sendiri yang mengaku, namun itulah kenyataannya. Tak apalah, jawapan akan ditagih daripada Fitri selepas ini. Dyana kamilia mengambil tempat duduk agak jauh daripada adegan tadi. Matanya masih memerhati gerak geri cuma hanya butir bicara yang tidak didengarinya.
               


                Dyana Kamilia mengambil beg sandang lusuhnya. Setelah dipastikan tiada barang yang tertinggal segera dia ingin melangkah keluar dariada restoran itu. Tanpa menunggu masa, dia berlari anak mendapatkan Syaqir. Kesian adiknya terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana lambat menutup restoran dan mengemas. Ini gara gara sketsa tadi.
                “Dya, abang nak cakap something ni.” Zakuan menghalang perjalanan Dyana kamilia. Ditarik lengan baju gadis itu supaya menghentikan langkahnya.
                “Eh ,apa ni pegang pegang. Besok ajelah, Dya dah lambat. Kesian dah lama dia tunggu dari tadi. Fit jumpa kau esok. Bye” sempat dia berpesan denga Fitri dan meninggalkan Zakuan di situ.
                Zakuan mengeluh lagi, dia bimbang jika Dyana Kamilia akan menjauhkan diri daripadanya. Kerana itulah dia ingin menjelaskan semuanya pada gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu salah faham dengan sketsa tadi. Ingin sahaja dia mengejar gadis yang semakin hilang dalam kepekatan malam. Terasa pening memikirkan itu semua. Inilah kali pertama dia merasakan dadanya begitu sesak, sebelum ini dia yang angkuh dengan gadis dikampung. Tastenya hanya dengan perempuan bandar. Tidak sangka akhirnya dia tersungkur kerana jatuh cinta dengan gadis kampung.
                “What up bro? Takut dia salah faham ke? Kau ada perasaan ngan Dya eh?” Fitri dari tadi memerhatikan wajah resah Zakuan segera menegur. Wajah itu dipandangnya. Lelaki itu hanya diam dan membisu, soalannya dibiarkan sepi.
                “Nampaknya kau ni dah gila angaukan kawan aku tu. Relaks la, nanti aku tolong kau risik dia ok?” Fitri mengumpan Zakuan untuk bersuara.
                “Betul ke ni?” bersinar sinar mata Zakuan mendengar ayat Fitri.mukanya tadi yang muram kini bertukar ceria. Fitri mahu menolongnya mendapatkan Dya. Yahoo...
                “Aku acah aje. Hahahaha...” Fitri meledakkan ketawanya. Macam kanak kanak ribena betul si Zakuan ni. Tak padan dengan umur dua puluh enam tahun, dah boleh jadi bapak orang tu.
                “Kau ni. Tolong lah aku...please?” kedua tangannya diletakkan di dada. Memohon pertolongan. Dia benar benar mengharapkan Fitri, kerana Dyana Kamilia kawan baik Fitri. Itupun baru diketahui sebentar tadi dari mulut gadis itu sendiri. Rupa rupanya kawan baik yang selalu diceritakan oleh Fitri adalah Dyana kamilia. Sungguh kecil dunia ini. Oh.. Dya..
                “Tengoklah macam mana. Ada upahnya tau.”
                “Kau ni selalu macam tu.”
                “Nak tak? Kalau tak nak tak apa. Oklah dah mengantuk ni. Besok nak jumpa Dya pulak. Good Night.” Fitri berpura pura untuk beredar dari situ.
                “Ok..ok.. Nanti ada upah. Tak Ikhlas langsung nak tolong.” Gumannya perlahan.
                “I heard that.” Fitri menegur.
                “Sorry, nanti aku upah. Ok sayang?” Zakuan tersenyum miang.
                “Ew, yukss. Malas nak layan. Good Night” Fitri keluar dari restorannya. Pelawaan Zakuan untuk menghantarnya ditolak baik. Dekat je pun nak hantar. Dari sini boleh nampak atap rumahnya.
                “Good Night sayang.” Zakuan melaung kuat sambil ketawa. Hatinya sedikit tenang. Fitri akan menolongnya. Harapannya agak cerah untuk mendekati Dyana kamilia. Dya oh Dya..


                “Assalamualaikum..Dya oh Dya?” Fitri memberi salam.
                “Waalaikumsalam. Cari siapa?” Nek Zah yang tekun menjahit segera menjenguk melihat gerangan yang memberi salam.
                “Er, Dya ada nek?” dengan sopan Fitri bertanya.
                “Dia ada kat belakang. Nanti Nek Zah panggilkan. Naiklah.” Nek zah mempelawa tetamunya masuk. Kain yang dijahit ditinggalkan di atas tikar mengkuangnya.
                “Eh, tak payah susah susah nek. Biar saya yang pergi. Bolehkan Nek?” Dia tidak mahu menyusahkan Nek Zah yang kelihatan agak payah untuk berdiri dan berjalan.
                “Boleh. Dia ada kat belakang dengan Syaqir agaknya. Pergilah.”
                “Terima kasih.” Fitri segera menuju arah yang dimaksudkan oleh Nek Zah. Dari pintu dapur dia dapat melihat Dyana Kamilia yang sedang mencangkung memerhatikan Syaqir menanam sesuatu ke dalam tanah. Dengan perlahan lahan dia menuju dengan niat untuk mengejutkan gadis itu. Syaqir yang menyedari hanya mendiamkan dirinya setelah diberi isyarat supaya diam.
                “Huargh” Fitri menjerit kuat di telinga Dyana Kamilia. Terlompat gadis itu dek kerana terkejut dengan suara nyaring. Pucat mukanya kerana ketakutan.
                “Fitri!” Dyana Kamilia menjerit kegeraman. Dadanya diurut perlahan, gila kuat jantung dia berdegup. Macam lari seratus meter je gamaknya. Dup dap dup dap...Syaqir terguling guling di tanah melihat kakaknya terlompat macam beruk. Hahaha..
                “Kau ni salam tak bagi, apa tak bagi terus menjerit kat telinga aku. Naik tuli tau tak?” marahnya.
                “Ala relaks la. Jom kita ke sana. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Tanpa mempedulikan bebelan Dyana Kamilia yang semakin panjang, dia menarik tangan gadis itu supaya mengikutinya. Sempat dia berpesan pada Syaqir untuk menyediakan minuman untuk mereka bertiga. Tanpa banyak soal, Syaqir menurut.
                “Apa yang kau nak cakap ni?” Dyana Kamilia terus bertanya tidak sabar. Persoalan semalam masih mengganggunya.
                “Aku tanya kau jawab dengan jujur ok?”
                “Ok.. ta..” Fitri terus memotong percakapan Dyana Kamilia sebelum gadis itu sempat menghabiskan ayatnya.
                “Ok. kau pernah jatuh hati pada sesiapa tak sebelum ni?”
                “Apa kaitan pulak ni?” ujarnya hairan.
                “Just jawab ajelah..”
                “Tak ada. Kenapa?”
                “sebenarnya apa yang kau nampak atau lihat semalam tu bukannya betul pun. Aku bukannya girlfriend Zakuan.” Tanda peace ditunjukkan.
                “Gila lah kau. Bukan girlfriend? Habis tu yang dia confess dekat Kak Seha tu macam mana pulak? Yang korang selamba berpeluk tu kenapa pulak? Kenapa dia cakap macam tu?” hah ambik kau. Jawab..jawab..
                “Oi, kau ni pun satu satulah. Macam senapang aje duk tembak aku. Sebenarnya macam ni. Zakuan cakap macam tu sebab tak nak Si Seha tu berharap dekat dia. Lagipun dah banyak kali Zakuan bagitahu Seha yang dia anggap seha tu macam kawan dia aja. Disebabkan rimas lah yang perempuan tu asyik duk menepel kat dia coz tulah dia cakap mcam tu...” panjang lebar Fitri menerangkan keadaan sebenar.
                “Dah tu yang korang selamba berpeluk tu kenapa?” Dyana Kamilia masih tidak berpuas hati dengan penerangan itu. Masih lagi meragui Fitri.
                “Kenapa kau jeles ke? Hehehehe..”
                “Aku nak jeles? Kepala hot kau.. malam sikit aku nak jeles” gila la si Fitri ni.
                “Eleh, kenapa malam baru nak jeles? Siang hari tak boleh ke? Haaa baik kau cakap kat aku betul betul..jeng..jeng .jeng..” Fitri mengekek ketawa.
                “Kau ni cakap betul betullah. Aku pang kau laju laju kang. Terteleng kepala kau seumur hidup. Kau nak?” geram betul dia dengan Fitri. Semua benda lawak baginya. Tak pernah serius..macam manalah bos kat tempat kerja budak ni boleh tahan dengan kepala tiga suku dia ni.
                “Ok..ok.. Aku dengan Zakuan tu sepupulah. Dah macam abang aku pun.” Fitri tersengih lagi.
                “Betul ke ni?’ agak was was Dyana Kamilia mahu percaya.
                “Betullah. Aku ni pernah tipu kau ke? Lagi satu aku ni bukan gadis yang mudah diperlakukan sesuka hati tau. Takkanlah senag senang jer aku nak pi peluk anak teruna orang.” muncung panjang terus terpamer di wajahnya.
                “Yelah..aku percaya. Tapi kesian betul kat Kak Seha tu. Nasib badan lah. Nampaknya lepas ni tak adalah perempuan tu selalu cari gaduh dengan aku..” Dyana Kamilia terasa lega.
                “Asal pulak.. dia selalu cari gaduh dengan kau ke?”
                “Ha’ah. Dia takut aku rapat dengan Abang Wan. Entah apa apa yang dia fikir dalam kepala minah separuh tu” tanpa rasa risau dia bercerita tentang perangai Kak Seha kepada Fitri.
                “Dia takut Abang Wan tu jatuh hati kat kau lah tu” Fitri memandang wajah Dyana kamilia tanpa cermin mata. Cantik! Desisnya hatinya.
                “Hish, aku berani bertaruhlah. Abang Wan tu takkan pandang aku, sebelah mata pun tak nak lah.” Dyana Kamilia ketawa lucu dengan telahan Fitri. Mengarut betul.
                “Kalau betul macam mana?” Fitri sengaja menduga Dyana Kamilia. Wajah itu dipandangnya untuk mencari riak yang terpamer. Hampa...
                “Tak naklah. Aku ni nak kerja kat situ nak cari rezeki, bukan bercinta. Aku tak suka bercinta buat masa ni. Yang penting sekarang ni untuk cari duit, buat Syaqir belajar. Yang lain belakang kira.”
                “Andai kata, Zakuan sukakan kau. Kau nak terima dia?” Fitri bertanya lagi.
                “Fit, aku dah cakap tadi kan. Aku tak mungkin bercinta buat masa sekarang. Tak mungkin dan tak akan. Aku takkan terima mana mana lelaki buat masa sekarang. Aku lebih senang sendiri. Tak ada komitmen dan aku tak bersedia untuk dilukai.” Dengan tegas Dyana kamilia menjawab.

                “Ok. aku faham...” Fitri tersenyum tawar. Musnahlah harapan kau Zakuan. Nasib kaulah jatuh hati pada Dyana kamilia....