photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 7 January 2014

Terikat Cinta [Bab 3]









Bab 3

                Dyana Kamilia bersiap sedia untuk memasak. Hari minggu dia sedikit sibuk dan perlu awal ke tempat kerja memandangkan ramai orang yang akan berkunjung di restoran itu. Al maklum saja lah, pada hujung minggu begini lah ramai orang yang keluar untuk menenangkan fikiran atau keluar makan bersama keluarga masing masing.
                Dyana Kamilia ke hulu ke hilir berperang di dapur menyiapkan makan tengah hari sebelum ke tempat kerja. Rutin hariannya. Syaqir pula sibuk dengan kebunnya di belakang, entah baja dan benih apa yang dibawanya pulang ke rumah ketika adiknya itu membeli ikan di pasar. Syaqir memang pekebun yang berjaya walaupun hanya secara kecil kecilan. Susah benar jika mahu mencari anak muda yang rajin seperti adiknya sekarang ini. Kebanyakan daripada mereka lebih suka melepak sesama sendiri atau lebih mudah merayau entah ke mana.
                “Qir..o..Syaqir” Dyana Kamilia melaung kuat memanggil nama adiknya. Hilang keayuannya mendengar jeritan nyaring dan kuat mengalahkan guna mike. Kemudian tersembul muka Syaqir yang termengah mengah menahan nafas. Kembang kuncup hidung mancungnya menahan nafas.
                “Apa kak? Panggil dah bunyik macam mak tiri jer.” Syaqir bersuara tersekat sekat. Nafasnya masih belum reda.
                “Hehehe..sorry la. Kau tolong ambil sayur kat belakang tu. Aku nak masak, lupa nak ambil tadi.” Dyana Kamilia tersengih seperti kerang busuk. Kesian Syaqir penat berlari mendapatkannya. Takut sangat kakak dia yang cun ni terjadi apa apa.
                “Lah, tu je.. ingatkan apa tadi. Nak sayur apa ni?” Syaqir merungut perlahan. Ceh, buat penat aku berlari jer..ingatkan kena serang perompak ke, terbakar ke, terluka ke.. ermm alih alih suruh ambik sayur. Hampeh betul dia ni.
                “Kacang botol, cili, bayam.”
                “Nak masak apa hari ni?” tanyanya lagi.
            “Sayur putih, sambal belacan, ulam and ikan goreng.” Dyana Kamilia menyebut satu persatu menu yang terlayar di ruang matanya. Wah, sedap ni.. umph gitu..
                “Ok” laju langkah Syaqir mengambil sayur yang dipesan. Ruang matanya sudah terbayang dengan menu tadi. Mesti terangkat lah. Solute habis dengan masakan Dyana Kamilia. Memang terror.
                Hampir sejam juga dia berperang di dapur, menyiapkan menu makan tengah hari mereka. setelah itu dia mengajak Syaqir dan Nek Zahnya makan bersama. Alhamdulillah, kesihatan Nek Zahnya bertambah baik dengan penjagaan rapi oleh mereka berdua. Setiap bulan dibawa Nek Zahnya ke klinik walaupun ditegah oleh wanita tua itu. Namun langsung tidak diambil peduli akan rungutan Nek Zah. Apa yang penting neneknya itu sihat walafiat.
                “Tambah lagi Nek, Qir.” Dyana Kamilia mempelawa Syaqir dan Nek Zahnya untuk menambah. Namun hanya gelengan yang diterima daripada dua manusia dihadapannya. Dyana Kamilia tersenyum melihat Syaqir yang bersandar kekenyangan di ruangan itu.
                Dyana Kamilia pula mengemas semua peralatan yang digunakan dan juga pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Nek Zahnya pula beredar ke beranda depan untuk mengambil angin petang. Selesai mengemas, Dyana Kamilia bergegas mandi dan bersolat. Dia perlu ke tempat kerja pula. Di sana dia terbayang akan kerja yang bakal dipikul sebentar lagi. Kerja yang boleh membuatkan hatinya gembira tanpa berfikir akan masalah masalah yang berserabut di kepala.
                Sejak beberapa minggu yang lalu dia selalu menerima surat. Aneh! Bukan sebarangan surat dalam satu masa. Malah dua. Satu surat rasmi dan satu lagi surat cinta? Cinta? Siapa yang gatal nak berbini duk hantar surat kat aku ni... pelik bin ajaib betul, sebelum ni tak pernah pulak nak ada surat cinta. Aduh, siapa pula la...siap ada love dan bunga bunga lagi. Entah apa apa, kebudak budakan betullah mamat yang hantar surat ni..
                Ini lagi satu surat, surat rasmi, siap bercop segala. Tapi dia betul betul bingung akan kehadiran surat itu. Siap tulis nama penuhnya lagi, Tengku Dyana Kamilia bt. Ahmad Danni. Di situ dinyatakan tentang pertanyaan perkhabarannya. Aha, sebelum ni tentu ramai yang tidak tahu akan nama penuhnya, kawan sekelilingnya juga tidak pernah tahu akan kewujudan Tengku pada pangkal namanya. Dia lebih senang dengan nama tanpa gelaran Tengku itu.
                Berbalik kepada surat itu, dinyatakan akan keberadaan aku dan Syaqir dan juga tentang pertolongan jika mereka berdua ditimpa apa apa. Baik sungguh gerangan si pengirim itu, namun terima kasih saja lah, dia dan Syaqir baik baik sahaja. Malah lebih baik daripada dahulu kerana masing masing sudah mempunyai mata pencarian sendiri.
                “Kak, amboi dia ni asyik berangan dari tadi. Mentang mentanglah dapat surat cinta” Syaqir disebelah sudah memulakan serangan hendapnya. Dari jauh dia memerhatikan tingkah Dyana Kamilia yang asyik termenung.
                “Kau jangan nak mula eh. Tak ada masa aku nak fikir pasal tu semua.” Dyana Kamilia merengus perlahan menuruni tangga. Perlahan lahan dan berhati hati ketika menuruni anak tangga yang curam walaupun tidak setinggi mana.
                “Habis tu, kenapa dari tadi duk termenung. Ingatkan Abang Zakuan eh?” Syaqir masih giat untuk mengusik kakaknya.
                “Kau ni kan, aku pang laju laju jugak karang.” Bosan asyik dikaitkan dengan Zakuan. Bukan sahaja Syaqir, malah teman sekerjanya juga suka memperkenankan mereka berdua. Rimas! Tapi tak pula lelaki itu melenting seperti dulu. Hanya ketawa jer memanjang, pening sudah kepala aku ni...
                “Alololo..marah pulak. Hah, berbalik kepada surat cinta kau tu. Masih tak tahu siapa pengirimnya?” Syaqir sendiri hairan, sudah tiga pucuk surat yang diterima oleh kakaknya, namun nama tidak pula dinyatakan. Dia sendiri ketawa kelucuan apabila surat itu dibaca, jiwang nak mampus, beserta bait bait lagu cinta segala. Hahahah... sungguh kelakar tahap dewa. Nasib baik aku tak tahu siapa pengirimnya, kalau tak nak jer aku ketawa terguling guling kat depan mamat tu. Biar hijau mukanya menahan malu.
                “Entah, malas aku nak ambil tahu. Biarlah dia. Entah apa yang dia minat kat aku ni. Bukan lawa pun, nak kata cantik tak pun, kaya jauh sekali. Pandai pun bukan.” Dyana Kamilia berkata merendah diri.
                “Cop cop cop, silap, kau lawa apa and lagi satu bukan tak pandai, kau pandai cuma kita tak mampu jer ok?” laju Syaqir membalas percakapan Dyana kamilia. Pada pengamatan matanya, Dyana Kamilia begitu cantik, secantik ibunya. Tak perlulah bermekap segala, cantik Dyana Kamilia cantik asli dan natural. Putihnya melepak, hidungnya pula mancung walupun dicemari dengan bingkai kaca mata. Perfect, Cuma pakaian mereka sahaja yang kekampungan. Namun masih cantik dipandang.
                “Yelah tu. Nak ampu pape ke ni?” Dyana Kamilia mengambil tempatnya di belakang basikal kepunyaan Syaqir. Hanya menunggu lelaki itu memulakan kayuhannya sahaja.
                “Eh, mana ada. Aku puji ikhlas ni. Oh ya, surat yang satu lagi tu macam mana?” teringat pula akan surat untuk mereka berdua.
                “Surat mana pula ni?”
                “Ala yang ada cop segala tu lah.” Selanya sambil mengayuh perlahan basikalnya.
                “Oh, yang tu aku pun tak tahu. Pelik kan? Sebelum ni tak ada pula ibu dan ayah cerita kat kita apa apa. Nak tanya nenek, aku seganlah pula. Jatuh sakit pulak nenek nanti.” Dalam menjawab pertanyaan Syaqir, dia memikirkan cara untuk mendapatkan penjelasan tentang isi surat itu.
                “So, apa plan kau?”
                “Kita ignore je dulu surat tu. Nanti kalau berkesempatan kita telefon sendiri. Nombor, orang tu dah bagi. Kau tak perlu nak berserabut dengan itu semua, yang penting kau fokuskan kat study kau. Jangan hampakan harapan ibu dan ayah ok. Janji dengan aku.” Ujarnya penuh yakin.
                “Kau jangan risau, aku tak pernah abaikan pelajaran aku.”
                “So, lagi dua bulan dah nak PMR kan? Dah prepare?”
                “Erm, dalam preparation la ni. Aku akan pastikan semuanya ok.”
                “Ok, aku percayakan kau. Soal duit aku akan pastikan semuanya ok ya. aku sangat berharap dengan kau. Hanya ilmu yang dapat keluarkan kita dari kemiskinan ni. Kau faham apa maksud aku kan?”
                “Ya, dah banyak kali kau ingatkan aku. Dah tersemat elok kat kepala hotak aku ni.” Syaqir tergelak kecil. Asyik asyik cakap benda yang sama. Hampir setiap hari pulak tu.. macam tak ada ayat yang lain.
                “Yalah yalah..” Dyana Kamilia mencebik geram.
                Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual. Ada sahaja topik yang yang dibicarakan. Gelak ketawa memenuhi perjalanan mereka berdua. Sedang mereka bergelak ketawa, tiba tiba seorang gadis menghalang perjalanan mereka, berdiri di tengah tengah jalan sambil mendepakan tangannya. Entah dari mana munculnya gadis itu, tiba tiba sahaja muncul dihadapannya. Hampir sahaja basikal yang ditunggang terbabas ke dalam semak yang berhampiran.
                “Hoi, nak mampus ke?” panas hati Syaqir melihat gadis dihadapannya dengan muka selamba tanpa riak bersalah. Kalau ya pun mahu mati, janganlah jadikan dia pembunuh. Ni basikal kot, bukan motorsikal ataupun kereta nak langgar sampai mati. Paling tak pun cuma luka jer dan paling parah pun cuma terseliuh. Cetek betul akal perempuan ni.
                “Hoi, kau pekak ya? tepilah kitorang nak lalu?” bengang betul apabila melihat gadis itu hanya tersengih sengih bagaikan kerang busuk. Sayang, cantik memang cantik tapi gila. Ish..ish...ish..
                “Fitri?” Dyana Kamilia menjenguk sedikit dari belakang Syaqir mahu melihat gerangan manusia yang menghalang perjalanan mereka berdua.
                “Hola...” Fitri tersengih lagi. Namun masih belum berganjak dari tempatnya berdiri dari tadi.
                Tanpa sedar, Dyana Kamilia sudah memeluk erat gadis yang dikenali sebagai Fitri. Hairan dia melihat dua manusia yang berpeluk erat tanpa menghiraukannya sedng memerhati. Sebelum ini tidak pernah pula dia melihat gadis itu berdampingan dengan kakaknya. Apatah lagi berkawan.
                “Fitri, lama tak jumpa kau. Kau ke mana menghilang. Habis sekolah terus sahaja tanpa khabar berita. Langsung tak jumpa kau.” Dyana Kamilia memulakan serangannya. Sudah lama dia tidak bertekak dengan Fitri. Temannya seorang ini memang suka bertekak menegakkan pendirian masing masing sehingga hampir kepada pergaduhan mulut.
                “Sorrylah kawan. Aku tak sempat nak jumpa kau, aku terus balik rumah kakak aku kat KL.” Fitri menerangkan keadaan sebenarnya.
                “Oh,  belajar ke?”
                “Tak lah. Aku kerja. Result aku tak berapa ok. sebab tulah aku terus kerja. Kau macam mana?” Fitri sudah maklum akan kedudukannya kepada Dyana Kamilia, dia bukan seperti gadis itu, pandai dan pintar kerana dia sendiri tidak minat mahu belajar. Mujur sahaja ada Dyana kamilia menyedarkannya akan kepentingan SPM. Kalau diikutkan hati, dia mahu sahaja berhenti sekolah tanpa mengambil peperiksaan penting dalam hidupnya. Itupun sudah lewat untuknya mengulangkaji pelajaran kerana waktu itu hanya tinggal seminggu. Bertungkus lumus mereka berdua belajar, jika ada yang tidak difahaminya Dyana Kamilia lah yang mengajarnya. Tetapi, alhamdulillah walaupun resultnya tidak begitu bagus, dengan menggunakan sijil itulah dia mendapat pekerjaannya sekarang ini.
                “Ehem, cik kak, kau dah lewat ni nak masuk kerja. Nanti bos kesayangan kau marah pulak. Nanti nanti ajelah sembang tu.” Syaqir menegur kerana hampir lima belas minit Dyana Kamilia bersembang dengan kawannya. Lagi tinggal sepuluh minit sebelum kerja bermula.
                Dyana kamilia menepuk dahinya. Terlupa sudah pada kerjanya.
                “Weh, kita sambung lain kali jelah. Aku dah lewat ni. Jumpa nanti okeh? Adios.” Dyana Kamilia berlari mendapatkan Syaqir. Bersedia meneruskan perjalanannya yang tertangguh tadi.
                “Eh tunggu kejap. Bagitahulah kau kerja kat mana. senang aku nak cari.” Sempat Fitri melaung ke arah Dyana Kamilia yang sudah beberapa meter darinya.
                “Restoran Pak Mail” Dyana Kamilia juga turut menjerit memberitahu tempat kerjanya. Tidak sempat  mahu berhenti kerana dia sudah benar benar terlewat.
                “Qir, kayuh lah laju sikit. Aku dah lewat ni.” Dyana Kamilia sudah benar benar cemas. Dia tidak mahu menimbulkan kemarahan Zakuan walaupun semakin hari lelaki itu semakin rapat dengannya walaupun sudah banyak kali dia mengelak daripada berada rapat. Kak Seha juga sudah beberapa kali  memeberi amaran kepadanya supaya menjauhkan diri daripada Zakuan.
                “Hah, tu lah bersembang tak ingat dunia.” Dengan nada sindiran Syaqir menjawab. Tahu takut. Huhuhuhu...
                Dia terlewat sepuluh minit. Dengan sepantas kilat dia terkocoh koch masuk ke dalam restoran. Dengan perasaan takut dia melihat sekeliling mencari bayang Zakuan. Dan tiba tiba satu suara sumbang yang menegurnya dari belakang...
                “Amboi, awal sampai. Kau ingat ini restoran bapak kau ke? Sesuka hati datang.” Dengan sinis Kak Seha menegurnya.
                Huh, minah senget ni lagi. Nasib aku malang, datang aje mesti muka dia yang aku nampak dulu. Kenapalah Pak Mail ambil dia ni bekerja kat sini. Terkejut kan? Buat pengetahuan semua, Kak Seha sudah hampir sebulan bekerja di sini sebagai menjaga kaunter bayaran. Bukan sepertinya hanya pelayan dan kadang kadang menjadi pembantu memasak di dapur. Semenjak gadis itu bekerja di sini, ada sahaja kerja yang dilakukannya tidak kena di matanya. Seolah olah restoran ini miliknya.
                Selalu juga dia dimarahi di depan customer yang lain walaupun bukan kesalahan yang dilakukan. Sengaja mahu dia mendapat malu, atau lebih senang dia bukan pekerja yang berdisiplin. Jika berhadapan dengan Zakuan pandai pula gadis itu bercakap baik baik. Dasar perempuan talam dua muka. Naik muak dia melihat lakonan Kak Seha. Bukan dia sahaja muak dengan lakonan kak Seha, manum hampir semua pekerja di situ.
                Tiba waktu rehat, mereka yang tidak sekutu dengan Kak Seha akan berkumpul bersama Dyana Kamilia bersembang. Kak Seha tak lain tak bukan, di mana lagi gadis itu jika tidak menempel dengan zakuan. Sakit mata dia memandang pasangan itu. Cemburu? Mestilah bukan. Cuma dia meluat dengan situasi sekarang. Melihat sikap gedik Kak Seha dengan Zakuan yang berlebihan. Kesian pula dia melihat Zakuan yang melayannya. Pernah juga mereka ketawa kelucuan melihat telatah keduanya. Macam cerita hisdustan pulak. Hahaha...
                “Kenapa bising bising ni Seha?” Zakuan muncul menyelamatkannya daripada serangan Kak Seha.
                “Ni tanyalah budak ni. Datang lewat, tak berdisiplin langsung. Ingat restoran ni bapak dia punya agaknya.” Sekali lagi kata kata Kak Seha melukakan hatinya.
                “Kak seha cakap elok elok sikit. Jangan kaitkan mak ayah saya dalam hal ni.” Dyana Kamilia cuba bersabar menenangkan hatinya yang kian sebak.
                “Huh, betullah. Oh lupa, mak ayah kau dah tak ada. Sorry.” Dengan sinis Kak seha menjawab sambil tersenyum. Amat menyakitkah hati kepada siapa yang melihatnya.
                “Cukup tu. Pergi buat kerja masing masing. Dya sambung kerja awak.” Dengan malas dia meleraikan perang mulut berbisa Seha. Sudah banyak kali Dyana Kamilia terkena, hairan juga orang lain tidak pula Seha mengambil peduli, Cuma gadis yatim piatu ini Seha begitu benci. Dia tidak buta dengan semua itu. Boleh dia melihat dari pandangan Seha, cemburu agaknya dengan Dyana kamilia.
                Dyana Kamilia berlalu dari situ. Hatinya membengkak dengan apa yang terjadi, si Zakuan tu pun satu, suka sangat membela minah lidah bercabang itu, bukannya mahu ditegur. Kalau ya pun dah kemaruk sangat bercinta, janganlah sampai hal peribadi pun masuk dalam hal kerja.
                “Dya, kau kenapa dari tadi masam mencuka. Kena serang lagi dengan minat separuh tu?” Asmad menegur apabila melihat gadis itu seperti menahan marah. Nampak jelas wajah merah padam dan tegang.
                “Yalah tu, siapa lagi kalau bukan minah separuh tu. Ada je yang tak kena kat mata dia. Mentang mentang baik dengan Pak Mail dan Zakuan. Nak tunjuk Diva kat sini pulak. Macam manalah Pak mail tu boleh ambil dia bekerja kat sini.” Dilla mencelah tiba tiba. Sakit hati melihat Dyana Kamilia diserang.
                “Kau sabar jelah Dya, tak kemana minah tu nanti. Tengoklah macam mana aku kenakan dia. Kau tengok jer kejap lagi,” tanduk syaitan dah tumbuh dikepala. Otaknya memenag bergeliga jika mahu kenakan orang. apatah lagi orang yang tidak disukainya.
                “Kau nak buat apa pulak? Kau jangan, nanti aku pulak kena tuduhnya.” Dyana Kamilia bimbang, namun sebaliknya dia tidak sabar apa rancangan yang bakal dikenakan pada Kak Seha.
                “Jangan bimbanglah. Aku kan terror. Hehehe...” dengan yakin Asmad berkata.
                Dyana Kamilia hanya menggelengkan kepala. Biarkan sahaja Asmad yang uruskan Kak Seha. Harap harap tak teruklah, jangan sampai membunuh sudah. Tak sanggup aku nak bersubahat. Itu belum lagi diketahui oleh Kak Eton, kalau tidak lagi teruk penangannya. Kak eton dan Asmad sama aja. Dua kali lima, sekufu dan sekutu.
                “Dah, jom buat kerja. Nanti mengaum singa betina tu. Bajet Diva la kononnya.”  Asmad semakin rancak mengutuk Kak Seha. Hai mamat ni, dulu dia ada juga tunjukkan minat dekat KaK Seha, tapi sekarang lain pula. Macam macam la manusia kat sini.
                Dyana mengambil penyapu untuk menyapu di hadapan dan sekitar meja makan. dipastikan dahulu bersih daripada pasir dan sampah sarap yang tertinggal sebelum kerusi diturunkan daripada meja. Dia mengambil port dibahagian kiri restoran, manakala Dilla di bahagian kiri restoran. Asmad pula sibuk menurunkan kerusi setelah lantai dibersihkan. Kak Eton sibuk di dapur mengantikannya sementara selesai dia menyapu. Si Diva tu pula hanya membersihkan tempatnya sahaja. Mana lagi kalau bukan kaunter. Huh, dasar pemalas betul. Takut tangan kasarlah apalah, kalau begitu baik jangan bekerja.
                “Dya, tolong abang jap.” Dari jauh Zakuan melaung namanya. Serba salah dia mahu menghampiri Zakuan apabila melihat jelingan tidak puas hati Kak Seha.
                “Dya sibuk bang. Seha boleh tolong.” Denagn senyum simpul Seha menghampiri Zakuan. Sengaja dia berkata begitu supaya Dyana kamilia tidak berada dekat dengan Zakuan. Sakit hatinya jika melihat mereka bersama.
                Dyana kamilia hanya memerhatikan sahaja. Malas mahu masuk campur dan bergaduh dengan Kak Seha hanya kerana pertolongan yang diminta oleh Zakuan. Dia membiarkan Kak Seha sahaja yang menolongnya. Asmad dan Dilla hanya menggeleng melihat Kak Seha dari jauh. Masing masing mencebikkan mulut tanda meluat.
                “Er, boleh ke ni?” Zakuan bertanya. Terbantut untuk meminta pertolongan Dyana kamilia. ‘Sibuk betul minah ni. Nak menempel 24 jam’. Dia mengeluh perlahan, baru tadi dia berangan mahu berdua dengan Dyana Kamilia membuat kerja di situ. Kacau daun betul.
                “Boleh je. Nak buat apa ni?” Kak Seha tersenyum simpul dan mengambil tempat berhadapan dengan lelaki pujaan hatinya. Senanglah nanti nak tengok wajah kacak Zakuan.
                “Tolong basuh semua ni, then bawak masuk kat dalam. Boleh?”  Huhuhu.. time membuli.
                “Boleh” Mukanya sudah kelat. Alamak, habislah kotor dan kasar tangan aku. Ew! Namun dimaniskan wajahnya.
                “Good. Abang nak masuk dalam kejap. Jangan curi tulang.” Zakuan lantas bangun membiarkan Kak Seha membuat kerja membasuh sayuran yang dipenuhi dengan pasir dan lumpur kerana baru dikutip dari kebun.
                Melihatkan wajah kak Seha yang kelat di sudut itu, masing masing sembunyi senyum. Ambik kau, nak tolong sangatkan...hehehe..sudahnya Zakuan berlalu menuju ke arah Dyana kamilia yang sedang khusyuk mengelap pinggan mangkuk di meja berdekatan dengan dapur. Langsung tidak sedar akan sketsa yang berlaku di sekelilingnya.
                “Banyak lagi ke Dya. Nak abang tolong?” Zakuan bersuara setelah kedatangannya tidak mendapat reaksi daripada gadis pujaannya yang sedang khusyuk mengelap pinggan di tangan.
                “Eh, er tak adalah. Tak payahlah, Dya boleh buat sendiri.” Dyana Kamilia menolak pertolongan Zakuan, dia bukannya lemah nak lakukan kerja ini berdua. Bukan berat sangat pun, cuma mengelap sahaja.
                “Tak apa, abang tolong Dya. Lagipun abang tak ada kerja ni.” Zakuan masih berkeras ingin menolong. Tak ada kerja? Kerjanya dibuat oleh Seha yang beria ria mahu menolongnya.
                Dilla yang terdengar perbualan itu hanya mendehemkan suara. Tahu sangat dengan taktik Zakuan yang mahu mendekati Dyana Kamilia. Tersengih sengih gadis itu sambil membuat kerjanya.  Sekali sekala matanya melirik ke arah zakuan dan Dyana kamilia. Huih, berita hangat ni.. hehehe..
                “Dya, tolong aku kat sana. Banyak sangatlah sayur tu kalau basuh sorang sorang.” Kak Seha bersuara mengejutkan Dyana kamilia yang asyik dengan pinggan mangkuk. Mujur sahaja tidak terlepas pinggan yang berada di tangannya. Masyaallah, kuat giler suara minah ni. Macam duduk sebatu jauhnya bila bercakap. Sabar jelah...
                Dyana Kamilia terus bangun dari tempatnya menuju ke arah sayuran yang masih banyak berbaki. Pandanagnnya langsung tidak berkalih untuk memandang Zakuan yang terpinga pinga dihadapannya. Kini, kerjanya diambil alih oleh Kak Seha untuk mengelap pinggan mangkuk bersama Zakuan. Sementara dia pula mencuci sayur dari kekotoran pasir tanah.
                Zakuan merengus geram. Terbantut lagi.. Dijeling penuh geram wajah Seaha di depannya.
                “Banyak lagi ke sayuran yang tak dibersihkan?” Zakuan bertanya malas.
                “Bolehlah, tangan Seha dah lenguh nak membersihkan sayur tu. Banyak sangat, lagipun Seha tak suka lah buat yang tu. Kotor.” Tanpa sedar dia merungut kepada Zakuan. Terkelu lidahnya sebentar dengan kelancangan mulutnya.
                “Habis tu kalau banyak kenapa tinggalkan Dya buat sorang sorang? Dahlah, Seha buat yang ni, lagi sikit tu. Abang nak pergi basuh sayur. Kejap lagi nak masak pulak.” Zakuan mula membebel. Ditinggalkan Seha bersendirian lagi. Kak Seha pula menyental kuat pinggan ditangannya kegeraman. Sakit hatinya melihat Zakuan yang sedaya upaya mahu bersama Dyana Kamilia. Bertambah tahap kebenciannya terhadap Dyana Kamilia. Budak bercermin mata itu jugak yang dia nak dekat. Bukannya cantik pun, aku ni lagi hot dari dia. Menyampah.
                “Bak sini biar abang tolong.” Zakuan mengambil sayuran dari tangan Dyana Kamilia. Tersentak gadis itu. Dia memandang pelik Zakuan. Aik? Tadi nak sental pinggan, ni duk menyibuk kat sini pulak. Hai makin berasaplah minah tu nanti. Dikepalanya sudah terbayang bayang gelagat Kak Seha yang masam mencuka.
                “Kalau macam tu, Dya tolong kat dapurlah.” Rimas mahu berada dekat dengan Zakuan, bukan kerana Zakuan tetapi dengan jelingan Kak Seha.
                “Tak payah. Tolong abang kat sini.” Tegas berbaur arahan nada Zakuan.
                “Tapi...” Dyana Kamilia ingin membantah.
                “Siapa bos kat sini. Dya ke abang?” belum sempat Dyana kamilia membuka mulut Zakuan sudah memintas.
                “Abang Wan.” Pendek dia menjawab.
                “Dah tu. Ikutlah.” Zakuan sembunyi senyum melihat Dyana Kamilia memasamkan wajahnya. Kelat dan muncung sahaja mulutnya. Terasa mahu dicubit pula mulut comel milik gadis itu. Kalaulah Dyana kamilia sah miliknya, mahu dicium mulut itu sepuas hatinya.
                Dengan berat hati Dyana Kamilia kembali duduk bertentangan dengan Zakuan. Ingin memberontak tak mungkin, nanti angin puting beliung melanda. Sudahnya dia hanya menurut. Terbantut niat untuk melarikan diri daripada lelaki itu. Tidakkah lelaki itu tahu yang Kak Seha menaruh hati padanya? Terang terang lagi gadis itu mahu dia menjauhi Zakuan. Tapi langsung tidak diambil peduli dengan semua itu. Namun makin dekat pula Zakuan memendekkan jarak dan jurang antara mereka. Naik pening dia dengan situasi sekarang...

                p/s: jangan lupa komen atau tegur mana yg x kena.. :) tenkiu