photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Monday 18 February 2013

Sneak Peek KYS [Bab69]

Bab 69


                Dannia menyelak kain langsir yang tergantung elok di tingkap. Bunyi hon bertalu-talu begitu bingit kedengaran di luar rumah sewanya yang di duduki bersama Hanna. Dengan perasaan yang malas dia bangkit dari katil dan terus keluar dari biliknya. Sempat dia memulas tombol pintu bilik Hanna dan mencari kelibat gadis itu sebelum kembali ke biliknya.
            ‘Haih, berlingkar je kerja mak cik ni sorang’ Dannia menggelengkan kepalanya saat matanya melihat Hanna yang masih enak berlingkar di atas katil, tidur dengan nyenyaknya sampaikan langsung tidak berkutik dengan bunyi bising di luar rumah. Bunyi hon kedengaran lagi, kali ini lebih lama dan semakin kuat. Dengan perasaan sebal, dia menghampiri tingkap bilik dan menarik langsir lalu membuka sedikit tingkap untuk melihat siapa yang membuat onar di pagi hari.
            Dari kejauhan dia melihat seseorang berdiri di luar pintu pagarnya. Lama dia berdiri di situ cuba memerhatikan gerangan lelaki tersebut. Lama Dannia mengamati lelaki yang membelakanginya, dari susuk tubuh lelaki itu seperti dikenalinya, namun Dannia cuba berfikiran positif. Mana mungkin, Harith yang berdiri di situ. Sejak peristiwa di rumahnya, Harith langsung tidak muncul lagi di sana. desis hati kecilnya. Cuba menidakkan apa yang bermain difikirannya.
            Sekali lagi lelaki tersebut membunyikan hon. Kali ini lelaki itu memalingkan wajahnya sambil sebelah tangannya menekan hon kereta. Terkedu, itulah yang dirasakan saat ini, pantas tangannya menarik laju langsir menutup kembali tirai itu. Dannia diam tak terkutik sambil menahan debaran di dada. Dadanya turun naik menahan nafas.
            Bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitnya yang berada di atas katil dicapai.
“Harith” dia mengguman perlahan saat matanya melihat nama di paparan skrin telefon bimbitnya. Tangannya menekan butang untuk membaca isi yang terkandung di dalamnya.
           
Abg tahu Nia ada kat dalam. Tak payah nak sembunyi lagi, abang dah nampak ... Keluarlah... Abg nak jumpa Nia.

            Dannia mengetap bibirnya. Usahanya untuk bersembunyi dapat dihidu oleh Harith. Namun tiada tanda-tanda dia akan mendengar arahan datangnya dari lelaki itu. Lama dia membatukan diri, berharap agar Harith mengerti dan terus beredar dari situ.

Abg bagi masa lima minit, kalau tak keluar jugak abg akan tunggu sampai Nia keluar. Jangan paksa abg lakukan perkara yang bukan2”

            ‘Haish, dia nilah, suka sangat main ugut-ugut macam ni. Jangan harap aku nak keluar. Kau duduklah sampai esok kat situ’ gumannya dengan geram. Dannia menonong kembali ke katilnya dan dengan selamba dia berbaring dan menarik kembali selimut membungkus dirinya. Niatnya untuk melakukan kerja terbantut gara-gara Harith. Laptopnya ditolak sedikit ke tepi. Baru sahaja dia ingin lena, bunyi bingit kembali kedengaran.
            Bulat matanya apabila terdengar namanya di panggil berkali-kali. Kemudian bunyi bising jiran tetangga yang merungut dengan perangai selamba Harith yang membuat bising di pagi hari juga kedengaran. Dannia terasa mahu sahaja menjerit. Memang bukan Harith namanya kalau tidak nekad dengan apa yang dimahukan.
            Bunyi ketukan di pintu biliknya kedengaran sebelum wajah mamai Hanna tersembul di muka pintu. Dengan wajahnya yang kuyu dia mencebik geram kerana terganggu mungkin.
            “Nia, keluarlah. Dah tak sanggup aku dengar bunyi bising kat luar. Laki kau dari tadi duk memekak. Malulah.” Tegur Hanna apabila gadis itu selamba menyelak langsir di biliknya untuk melihat lagi keadaan di luar sana.
            “Huh” Dannia merengus geram. Kali ini keluhannya sedikit kuat. Menyampah dengan apa yang terjadi. Lantas dia bangun dan berjalan laju dengan kakinya dihentak kasar. Pintu rumahnya dikuak kasar sebelum laju langkah kakinya menonong menuju ke pintu pagar rumahnya.
            “Nak apa? Tak malu ke melalak, melolong kat depan rumah orang pepagi buta ni?” dingin sahaja suaranya yang terbit dari mulut comel itu. Masam mencuka wajahnya ketika itu. Malu pun ya jugak.
            “Ingatkan dah tak nak keluar tadi.” Tanpa menjawab soalan Dannia dia tersenyum lebar. Wajah comel Dannia dipandang dengan penuh minat, dengan rambut ditocang ke belakang menyerlahkan lahi leher jinjang miliknya. Rindu sungguh dia pada Dannia. Dua hari gadis itu mengelak dari berjumpa dengannya.
            “Tak payah nak cakap melalut kat sini. Nak apa?” Dannia terasa mahu menjerit apabila Harith langsung tidak mengendahkan pertanyaannya sebaliknya lelaki itu menekapkan telefon ke telinga setelah mendail nombor seseorang. Beberapa saat, Harith menghulurkan telefonnya ke arah Dannia. Wajah Dannia berkerut dan terpinga-pinga melihat perlakuan Harith.
            “Mama nak cakap” telefon itu dihulurkan dengan lebih dekat kepadanya. Dannia mencerlung matanya dengan perangai jengkel Harith yang sesuka hati menggunakan ibu mertuanya.
            Dengan hati yang paksa separuh rela, Dannia mengambil juga telefon yang dihulurkan dan segera menapak beberapa langkah menjauhkan diri dari Harith yang masih leka menatap wajahnya. Sesekali mata Dannia mengerling ke arah Harith. Dan setiap kali matanya bertentangan dengan anak mata milik Harith, dia menghadiahkan jelingan maut. Harith di situ hanya mampu tersengih dengan perangai keanak-anakan Dannia. 
            “Mama cakap apa?” laju harith bertanya dengan senyuman manis setelah dia menyambut kembali telefon miliknya.
            “Jangan sibuk” memuncung wajahnya. Rasa sakit dihatinya masih berbaki dengan peristiwa dua hari yang lepas. Setiap kali dia melihat Harith, wajah sinis Athirah terlayar di ruang mindanya.
            “Cepatlah bersiap. Mama nak kita balik? Bawa Harraz sama. Dah lama mama nak jumpa anak kita” ujarnya lagi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
            “Pergilah balik dulu. Saya boleh balik sendiri” tegas Dannia sambil berpeluk tubuh.
            “No...No...mama dah pesan suruh kita balik sekali. Cepatlah bersiap. Nanti lewat pulak” gesanya lagi sedikit memaksa.
            “Tak mahu. Saya nak balik sendiri. Tahulah saya jalan balik ke sana”  tanpa menunggu masa yang lama dia terus berpaling dan menonong masuk ke dalam rumah. Belum sempat kakinya melangkah masuk, bunyi kaca yang pecah mematikan langkahnya. Dia berpaling untuk melihat. Dannia melopong di situ apabila melihat cermin depan keretanya yang sudah hancur. Berlari anak dia menuju ke arah kereta kesayangannya ingin melihat keadaan kereta miliknya.
            “Harith” menjerit sakan Dannia apabila melihat wajah Harith yang langsung tiada perasaan bersalah sambil ditangannya masih lagi memegang batu bata di tangannya. Bukannya sekecil tapak tangan batu bata di tangannya. Kalau terkena kepala mahunya masuk ICU. Lelaki itu bersiul sambil matanya berpura-pura memandang ke arah lain.           
            “Apa yang awak buat ni?” Turun nafas dadanya menahan amarah.
            “What? Abang buat apa?” soalnya dengan wajah innoncent. Batu bata di tangannya dicampak ke tepi. Harith mengerdipkan matanya berkali kali membuat muka baby face. Dannia pula menjulingkan mata ke atas menyampah dengan gelagat Harith.
            “Jangan buat tak tahu pulak. Tengok apa dah jadi dengan kereta saya. Ganti balik” hampir sahaja dia menjerkah Harith. Geramnya hanya Allah yang tahu...
            “”Sorry lah. Sekarang kereta dah tak boleh nak guna kan, nampaknya terpaksalah Nia balik dengan abang. Janganlah marah, nanti abang ganti cermin tu ok?”
            “Arghhh..geramnya aku..” tangannya mahu sahaja mencekik leher Harith. Geram yang teramat sangat dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Terasa mahu meraung pun ada apabila mini cooper kesayangannya dibuli.
Harith ketawa kecil apabila melihat Dannia yang mengehentakkan kakinya sambil membebel entah apa yang keluar dari mulut isterinya itu. Semua itu langsung tidak di simpan di dalam hati, namun hanya ada rasa bahagia bertandang.
            Mukanya masih mencuka. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, Dannia langsung tidak bersuara. Hanya bunyi bising Harraz yang kedengaran bertanyakan itu ada ini. Dan hanya sesekali Dannia menyampuk apabila Harraz bertanyakan macam macam. Sekurang-kurangnya hilang rasa janggal antara mereka berdua dengan melayan kerenah Harraz. Itupun dengan wajah terpaksa. Harith juga kadang kala sengaja membuat Harraz bercakap dan mengaitkan dirinya sekali apabila setiap gurauan Harith di biarkan sepi.
            Hatinya membuku marah dengan Harith yang sengaja menggunakan nama Datin Rosmaria, dan di sebabkan itulah dia kini berada di sini, bertiga di dalam kereta untuk pulang ke Pulau Pinang. Terasa ingin sahaja di luku kepala Harith apabila Datin Rosmaria menelefonnya supaya pulang. Pada mulanya alasannya dapat diterima untuk tidak pulang ke Penang, namun setelah campur tangan Harith, Datin Rosmaria berubah fikiran dan terus memintanya pulang bersama Harith. Alasan yang di berikan pula langsung di tolak mentah mentah.
            “Mama nak kamu balik dengan Harith. Balik ya, mama tunggu. Mama nak sangat jumpa cucu mama.”
            “Insyaallah, kalau tak ada aral lintang, Nia balik ok? Lagipun sekarang ni Nia sibuk dengan deadline untuk satu projek ni. Dah hampir benar ni.”
            “Tapi Harith cakap projek tu lagi dua hari kan? Lepas projek tu Nia boleh balik. Lagipun majlis tu lagi seminggu, bukan dalam masa terdekat ni”
            Dia menggigit bibir. Apa lagi alasan yang perlu di berikan? Harith! Lelaki itu selalu mengambil kesempatan yang ada. Bukan Harith namanya jika nasib lebih memihak kepada lelaki itu.
            “Er, Nia…”
            “Mama tak kira. Nia balik dengan Harith. Jangan bagi alasan lagi atau Nia dah tak sayangkan mama?” sendu suara di hujung talian. Dan ternyata dia gagal lagi untuk mengelak daripada lelaki itu. Arahan berbaur nada sedih membuatkan hatinya tersentuh. Dia kalah lagi.
            Berkali kali dia menilik jam di tangannya. Terasa lambat benar waktu berjalan. Berada di sisi Harith membuatkan dia tidak selesa. Tangan Harith pula gatal tidak bertempat, sengaja lelaki itu menyentuh tangannya apabila Harraz berada di riba Dannia. Apabila ada sahaja peluang, laju tangannya merayap. Ingin di tarik, keadaan Harraz pula yang menjadi penghalang. Hish, menyampah.
            Harith tersenyum senang, walaupun berkali kali Dannia ingin melarikan diri, akhirnya kini wanita itu berada di sisinya. Terbit rasa bahagia di hati. Walaupun dia dan Dannia masih lagi belum jelas dengan hubungan mereka, namun Harith gembira. Sepanjang perjalanannya terasa cepat sahaja berlalu, lalu dia sengaja memperlahankan keretanya supaya dapat berada lebih lama dengan wanita kesayanagnnya. Terasa hidupnya kini lengkap.
            Berada di samping insan kesayangannya membuatkan dia disapa rasa bahagia. Mempunyai seorang isteri yang cantik dan jelita dan mempunyai anak lelaki yang comel dan pandai. Tiada apa yang menggembirakan selain berada di sisi mereka berdua, walaupaun dihadiahkan dengan jutaan ringgit sekali pun tetapi masih belum mampu menandingi anak dan isterinya dan sekaligus membuatkan hatinya tenang sebegini.
            “Kita berhenti makan dulu ok? Lagipun dah masuk waktu zohor ni” Harith bersuara sebelum membelokkan keretanya menuju ke sebuah restoran yang berhampiran. Dannia hanya membisu tanpa suara. Malas mahu menyampuk, dia hanya mengikut rentak Harith tanpa banyak soal.
            “Jom, Harraz nak jalan atau nak papa dukung ni?” soal Harith sebaik sahaja pintu di sebelah penumpang dibuka. Pantas sahaja pergerakannya, sebelum sempat Dannia membuka sendiri. Harraz menggapai tangannya supaya Harith mendukungnya. Dengan senyuman manis, Harith menunduk untuk mengambil Harraz yang berada di ribaan Dannia.  Sempat bibir Harith singgah mengucup sepantas lalu pipi isterinya. Dannia mencerlungkan matanya apabila Harith mengambil kesempatan yang ada di atas kelekaannya sendiri.
            ‘Gatal’ guman Dannia begitu perlahan, tetapi masih dapat didengari oleh Harith.
            “Abang gatal dengan sayang aje.” Kata itu dibisikkan di tepi telinga Dannia.
            “Dahla, jom. Kita makan dulu. Ni mesti tak makan lagi kan? Pagi tadi abang tengok Nia serabai aje, baru bangun tido eh?” tagan kiri Harith menaril lengan Dannia supaya mengikutinya menuju ke restoran. Panas terik kian terasa membuatkan mereka semua berada dalam keadaan tidak selesa.
            ‘serabai? Hello aku dah mandi okey?’
            Mereka bertiga menuju ke sebuah restoran yang ada di situ. Sebelah tangannya mendukung Harraz dan sebelah lagi mengenggam erat tangan Dannia walaupun berkali-kali isterinya itu cuba menarik kembali. Dannia hanya pasrah dan membiarkan tangannya di genggaman Harith apabila cubaan untuk meleraikan tangannya tidak dapat dileraikan.
“Kenapa masam je ni? Dari tadi abang bercakap sorang sorang je?” rungutnya sambil memandang wajah Dannia. Lama matanya memaku pada seraut wajah yang di cintainya.
            ‘Ada aku kisah, lantak kau la nak cakap ke, nak meraung ke kat sini suka hati. Malas aku nak layan kerenah kau’ desis hatinya hambar sekali. Perbuatan Harith langsung tidak menarik minatnya. Malah semakin meluat. Dia tidak akan membenarkan hati dan perasaannya di permainkan sesuka hati. Cukuplah sampai di situ. Hatinya sudah terlalu parah untuk berdepan dengan semua ini.
            “Nia” tangan Dannia di sentuh. Digenggam erat tangan gadis itu apabila Dannia cuba menarik tangannya.
            “Please, jangan buat abang macam ni. Abang tahu Nia nak seksa perasaan abang. Abang faham. Tapi tolong jangan keterlaluan. Jangan tunjukkan depan mama dan papa. Abang tahu selama ini abang silap. Silap menilai gadis yang berada di hadapan abang sekarang adalah sebenarnya kaca padahal ia adalah permata yang berkilauan. Berikan abang peluang, sayang.” Ujarnya panjang lebar. Dia nekad takkan berputus asa untuk mengembalikan Dannia supaya menjadi haknya yang mutlak. Bukan seperti sekarang, isteri yang hanya pada dasarnya di atas kertas. Mungkin dulu dia yang mahukan ini semua, tetapi itu dahulu, sekarang hatinya hanya ada Dannia.
            “Harith, sudahlah tu. Saya dah nekad nakkan perpisahan. Biarkan saya bahagia. Awak dah ada isteri, jadi awak jaga sajalah isteri awak yang seorang tu. Lepaskan saya…”
            “No, abang takkan sesekali lepaskan Nia dari hidup abang. Never” laju Harith memintas percakapannya
            “Perkahwinan kedua abang langsung tidak bahagia. Abang tak pernah cintakan Athirah. Tiada siapa yang layak di sisi abang selain Nia”  Harith mengusap lembut tangan Dannia yang berada di atas meja. Langsung wajah Dannia yang mencuka di pandang sayang. Redup matanya menikam wajah putih bersih isterinya.
            Dannia mengetap bibir geram dengan perlakuan lepas Harith. Sesuka hati memegang tangannya. Dia masih cuba menjarik tangannya dari genggaman Harith namun lelaki itu semakin menguatkan pegangannya. Sudahnya dia hanya mampu membiarkan. Harith apa lagi, wajahnya tersenyum lebar.
            “Abang nak jelaskan apa yang Athirah cakap semuanya fitnah. Abang tak pernah sentuh dia. Kalau nak, abang boleh bersumpah dan sanggup menjunjung Al-Quran. Anak tu bukan anak abang. Anak abang hanya Harraz seorang. Percayalah..” ujarnya lagi tanpa jemu. Redup matanya memandang seraut wajah dannia. Lama mereka bertentangan mata sebelum Dannia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
            Lukanya terlalu dalam. Tak mungkin dia dapat menerima Harith dalam masa tedekat ini.
            “Please forgive me..” ucapan itu bertalu-talu di telinganya. Langsung tiada kata putus yang diberikan pada Harith…