photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Tuesday 3 January 2012

Kasihku Yang Satu [Bab30]

Bab 30
            Selama seminggu lebih bekerja sebumbung dengan Harith, Dannia masih lagi dapat melarikan diri daripada Harith. Apabila bertembung dengannya Dannia sengaja melencong ke arah lain. Kadang kadang apabila berselisihan dengan lelaki itu sengaja gadis itu membelek belek dokumen di tangan tanpa memandang wajah Harith. Kadang kadang sengaja bercakap di telefon dan bermacam ragam lagi. Waktu pagi Dannia lebih rela datang awal dan melepak dahulu di pejabat Hana di tingkat 20. Hampir pukul lapan barulah dia beredar dari situ dengan menaiki tangga. Pejabatnya yang berada di tingkat 21 memudahkannya tanpa perlu tergesa gesa. Dia lakukan ini semua kerana tidak mahu bertembung dengan Harith. Lelaki itu dilihat kadang kadang berada di lobi berhampiran lift. Tertenggek di situ sambil membaca surat khabar. Macam la dah tak ada bilik, padahal boleh jer baca kat pejabatnya. Apabila nampak kelibat Dannia barulah dia bergegas menuju ke pintu lift. Nasibnya dua kali berturut turut seolah olah ingin berada dekat dengannya tidak membuahkan hasil. Sering sahaja lift yang  dinaiki mereka dipenuhi staf stafnya. Oleh kerana hormatkan Harith selaku CEO syarikat, Harith seringkali berada dihadapan pintu bagi memudahkannya keluar dahulu tanpa perlu bersesak dengan stafnya yang lain. Nia pula sengaja berada dibelakang sekali, menjaga jaraknya dengan Harith.
            Masuk kali ketiga, Dannia nekad untuk datang awal dan melepak dahulu di pejabat Hana. Pada mulanya Hana amat pelik dengan kawan memerangkap housemate yang seringkali lepak dipejabatnya pada waktu pagi.
            “Mimpi apa kau lepak kat pejabat aku ni?”
            “Kenapa? Aku kena mimpi dulu ke baru boleh datang pejabat kau ni?”
            “Huish kau ni, serius la. Ni mesti ada benda ni. Kan?”
            “Mana ada, aku oring la nak duk kat pejabat aku. Nak masuk awal lagi. Jadi apa salahnya aku muhasabah kat sini kejap.” Dannia membuat muka comel. Matanya sengaja dikelip kelipkan walaupun panjang bulu matanya tak sepanjang bulu mata palsu hana.hihihi.. sempat lagi mengutuk. Dengan menggunakan alasan yang agak logik pendengarannya, Hana mengabaikan sahaja. Malas dia mahu memanjangkan cerita. Suatu hari pasti akan dikoreknya jugak. Kau tunggu ya Dannia.
            “Awal kepala kau. Ni da nak masuk waktu sekutu dengannya ni. Eleh, macam la aku ni baru kenal kau sehari dua. Tapi tak pe, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...pot pet pot pet”      Mula dah nak madah berpujangga kat sini. Haila... dah datang angin monsun barat daya. Memang tak boleh bagi can kat si Hana ni. Silap ambik kos la dia ni..
                        “Dah, malas aku nak layan kau, sampai petang karang tak habis lagi. Aku chow dulu.” Tanpa pamitan dari Hana, dannia melangkah pantas menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas. Memang turun la berat badan aku kalu hari hari macam ni. Tak payah pergi jongging. Kena berterima kasih la kat Harith. Heheheheh....
            “Morning Nia” sapa suatu suara garau.
            “Morning Iq. Awal sampai  hari ni. Mimpi apa ni?”sindir Nia.
            “Mimpikan you la.” Serentak itu Iqbal ketawa lucu memandang wajah Nia yang membulatkan matanya.
            “Mengarutlah Iq ni. Ada pulak macam tu.” Nia tersenyum malu.
            “Nia, ni untuk kau” Mira tiba tiba menghulurkan sejambak bunga merah padanya. Belum sempat bunga itu bertukar tangan. Iqbal merampas bunga tersebut daripada Mira.
            “Hoi, ni bukan kau punya la” marah Mira.
            “Shhhh... diam sikit ya.” Iqbal menjelirkan lidahnya. Ditolaknya Mira ke tepi. Dengan selambanya Iqbal separuh melutut sambil tangannya menghulurkan bunga tersebut kepada Nia.
            “Khas buat adindaku tersayang. Cintaku untukmu..bla bla bla.....” Iqbal membuat muka lucunya. Keningnya diangkat persis Ziana Zain. Serentak itu melambak ketawa Nia bergabung dengan Mira. Beberapa staf yang berdekatan tersenyum lucu padanya. Nia rasa macam nak terguling guling dengan keleteh Iqbal. Ada sahaja lawak nak dibuatnya.
            “Ambil la Cik Nia oi, lenguh da ni lutut hamba duduk macam ni”
            “Cheh, nak jadi Mat Romeo pulak pepagi buta kat sini.” Mira masih lagi ketawanya.
            “Dah la Iqbal, bangun lah, buat malu jer buat macam ni.” Nia menarik lengan baju Iqbal menyuruhnya bangun. Pantas tangannya merampas bunga daripada Iqbal.
            “Dari siapa Nia” Iqbal melihat bunga yang berada dalam dakapan Nia.
            “Ntah tak de nama pengirimla” Nia leka membelek bunga di tangannya. Sekali sekala mencium bunga tersebut. Deheman kuat di belakang Iqbal membuatkan mereka berdua berpaling.
            “Selamat pagi tuan” sapa mereka serentak. Dannia hanya menundukkan wajahnya tanda hormat. Mira pantas kembali ke mejanya, Iqbal pula masih setia disisi Dannia, tiada tanda tanda mahu pergi dari situ. Bunga di tangan didakap erat. Mata Harith memandang bunga yang berada di dakapan Dannia kemudian beralih memandang Dannia dengan renungan tajam. Tanpa membuang masa, Harith berlalu ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Terkejut staf staf yang berada di pejabat itu. Kecut perut dibuatnya.
            “Apa hal tu. Lain macam je” Iqbal mengomel. Dannia sekadar menjungkitkan bahunya.
            “Ntah, datang bulan kot. Dah la Iq, Nia masuk dulu, nanti tak pasal pasal mengamuk pulak harimau kat dalam tu. Mengaum tak tentu pasal. Di katanya kita ni makan gaji buta pula.” tergelak kecil Iqbal mendengar ayat selamba yang keluar dari bibir mungil itu.
                       


Harith menghempas kuat pintu biliknya. Sakit hatinya melihat kemesraan Iqbal dan Dannia. Cemburunya hingga ke kepala. Briefcase dihempas di atas meja. Nafasnya turun naik mengawal kemarahan. Masih terbayang wajah Iqbal dan Dannia silih berganti. Makin sesak nafasnya apabila melihat Iqbal melutut sambil memegang bunga untuk di berikan pada Dannia. Mesti orang lain menganggap mereka hot couple. Bukannya dia tidak dengar gossip hangat antara Dannia dan Iqbal sepanjang mereka bekerja di bawah bumbung yang sama. Pada mulanya dia tidak percaya, tapi mengenangkan insiden yang tidak sengaja dilihatnya, sakit hati hanya Tuhan yang tahu. Terbayang bayang insiden tadi, ketika dia memasuki pejabat, dia melihat Iqbal menghadiahi bunga kepada Dannia, mungkin staff yang lain tidak perasan akan kehadirannya. Malah semua staff yang ada di situ tersenyum senyum melihat mereka. Dirinya terasa tergugat, bercintakah Dannia dan Iqram? Memikirkan hal itu, kepalanya berdenyut denyut seolah memikirkan hal negara. Walhal bukan menteri pun.
Sepanjang hari itu, dia tidak dapat membuat satu kerja pun. Semua fail dan dokumen yang dibaca satu pun tidak melekat di kepala, malah ayat yang sama diulang ulang seakan mengingati formula matematik. Fail yang berada di atas meja menyerabutkan otaknya yang kian kusut. Padahal sebelum ini, fail yang berada di atas meja bertimbun timbun. Fokusnya pada kerja tak pernak terabai. Satu keluhan yang kasar terbit dari mulutnya. Entah untuk yang ke berapa kali dia sendiri tidak tahu. Dannia!



Sepanjang hari ini ada sahaja tengkingan yang keluar dari mulut bosnya, siapa lagi kalau bukan Harith. Semua yang dibuat ada sahaja tak kena pada matanya. Semua orang dipejabat hanya diam berkutik, tidak berani untuk bergerak bebas, bimbang menjadi mangsa kemarahan Harith. Habis hilang senyuman perempuan perempuan gedik yang selama ini berbakul bakul dengan pujian. Mesti lepas ni dah berkurang menjadi peminat kipas susah mati. Yelah sekali terkena petir suara Harith, mesti nak terkencing, yang sakit jantung mesti dah lama gol. Tapi basib baik tiada seorang staff mereka yang menghidapi penyakit itu.
Dannia hanya buat buat pekak sahaja dibiliknya. Dah lali mendengarnya. Dirinya sudah cukup kebal dengan jerkahan Harith, al maklumla dah training 6 bulan. Ok la tu kot. Heheheheh.... Dirinya langsung tak  takut dengan tengkingan itu. Jeritlah sehingga bangunan ini bergegar, dia sudah kalis. Malas dia mahu masuk campur dalam urusan yang tiada kena mengena dengannya. Selagi Harith tak cari pasal, sebolehnya dia tidak mahu terlibat dalam hidup Harith lagi. Dannia mengambil dokumen yang berada diatas meja, meneliti dan memahami isi kandungan yang berada di dalam fail tersebut. Setelah faham, barulah dia memulakan kerjanya. Memandangkan hari ini merupakan hari akhir dia bekerja dalam minggu ini, dia mahu menyiapkan semua kerja sebelum pulang ke kampung Hana untuk menghadiri perkahwinan abang Hana. Dia tidak mahu membebankan otak memikirkan hal kerja yang tidak siap pada waktu cutinya. Prinsip hidupnya ‘Personal is personal. Don’t try to involve into business matter’. Nasib baik hari ni hari jumaat. Bekerja separuh hari, tambahan pula kerjanya tidaklah begitu banyak, bolehlah cepat cepat dia pulang ke rumah. Wah syoknya hidup hari ini.
            Aik, baru pukul 12 tengahari? Lambatnya masa berlalu kerja dah hampir siap, mengambil masa setengah jam lagi. Setengah jam lagi nak buat apa ek? Huhuhuhu bestnya kalau syarikat ni papa yang punya. Bolehla ponteng lagi setengah jam. Dania tergelak sendiri, hari tu beria ria menolak pelawaan papanya yang mahu dia bekerja di syarikat milik keluarga, tapi ditolak mentah mentah. Nak cari pengalaman la konon. Ceh, bukannya tak boleh. Saja nak tujuk kewibawaan berdikari. Hehehehehe....
Dannia bosan sebenar berada di pejabat. Haila, tak habis lagi ke duk menjerit si Harith ni? Keturunan tarzan ke apa? Naik cair tahi telinganya mendengar tengkingan dan jeritan kuat Harith. Bergegar pejabat. Dilihat staff yang berada diluar seorang pun tak terkutik dari tempat duduk masing masing macam dah di gam uhu cap gajah kat bontot. Kepalanya dijenguk sedikit melalui cermin dihadapannya. Dannia ketawa kecil melihat Mira yang tunduk mengadap kerja, tak angkat sedikit pun kepala. Selalunya dilihat kepoh macam murai tercabut ekor. Adoyai... Ermm Harith tak pernah nak berubah. Sama je macam dulu. Aik? Apasal pula terfikirkan Harith ni? Bengong apa? Dannia fokus kembali pada fail dihadapannya, membaca semula isi kandungan kertas tersebut. Belum sempat Dannia menghabiskan kerjanya, bunyi pintu bilik yang dibuka secara kasar memeranjatkannya. Terpelanting pen yang berada di tangan. Nia memandang kosong kearah wajah menyinga Harith di muka pintu biliknya sebelum mengutip pen yang berada di kaki. ‘Apahal pulak mamat harimau ni? Nak cari pasal dengan aku ke? Dah la masuk bilik aku tak ketuk dulu.. main redah je, macam bapak dia punya company, eh, memang bapak dia punya pun. Haila...Aku tak takut la...’
            “Lunch nanti jumpa kat bawah” tanpa menunggu balasan daripada Dannia, Harith menutup pintu biliknya kembali. ‘suka hati jer mengarah aku. Jangan harap la. Waktu pejabat dah nak habis. Sebarang arahan tidak dilayan. Harap maklum. Hehehehehe...  Buat apa aku nak jumpa kau’ desis hatinya. Nia hanya mendengar arahan  Harith sepintas lalu ibarat angin tanpa dapat menyimpan kata kata itu di kepalanya. Nia memandang jam di tangannya, alamak lagi lima belas minit sebelum waktu lunch. Perut aku dah berbunyi nih.. laparnya. Adui.. pedihnya. Sabar wahai perutku. Dah tak lama ni..Nia bangun menuju ke pantry untuk membuat air, sakit perutnya bertambah nyilu.
            Tepat jam satu, kelihatan Harith keluar dari biliknya menuju ke lift. Setelah itu barulah pejabat itu riuh sedikit. Mereka semua sibuk mengemas untuk keluar dari pejabat itu. Iqbal berjalan laju menuju ke arah bilik Nia.
            “Lunch sekali tak ni?”
            “Sorry la Iq, hari ni nak cepat la. Balik terus ke rumah. Nia nak balik kampung Hana la petang ni. Sorry ok?” Nia membuat muka kesiannya.
            “Oh ye ke? Ok la. Jomla turun sekali. Kenapa Nia balik kampung Hana? ada pape ke kat kampung?
            “Abang Man nak kahwin.”
            “Abang Man?”
            “Abang sulung Hana. tak boleh la kalau tak balik. Nanti membebel panjang pulak Abang Man tu?”
            “Rapat ke dengan Abang Man tu?”
            “Rapatlah jugak. Nia dah lama kenal dengan Hana sekeluaga. Dah jadi macam ahli keluarga Nia sendiri”
            “Oooo....boleh Iq join? Nak jugak merasa suasana kampung ni macam mana. Boleh ya?”
            “Tu kena tanya Hana la dulu.”
            “Ala, mesti Hana bagi punya. Iq ambil korang nanti ok?”
            “Suka hati iq la. Jangan lambat tau. Tahu je lah Hana tu, pantang betul kalau orang yang dijanjikan lambat”.
            “Ok la. Takkan lewat punya. Dah jom.”
Nia berjalan beriringan dengan Iqbal menuruni untuk ke lobi. Sesampai di lobi mereka berpisah. Masing masing menuju ke arah kereta.Nia pantas mendapatkan keretanya, sebelum meluncur laju meninggalkan pejabatnya. Lupa terus pada pesan Harith yang meminta berjumpanya di lobi. Apa yang penting sekarang adalah perutnya yang sudah tidak tahan menahan lapar. Kalau dibiarkan takut melarat sakitnya. Lagipun, bajunya masih lagi belum dikemaskan.
            Sesampai dirumah Hana telah siap berkemas, Nia segera mencapai tuala sebelum bergegas ke bilik air. Setelah selesai semuanya, bunyi hon diluar mengejutkan mereka. Hana sudah terpinga pinga melihat Iqbal diluar rumahnya.
            “Iqbal buat apa kat sini. Kau janji nak keluar ke Nia?”
            “Alamak Hana, aku lupa la Iqbal nak follow kita balik kampung kau. Dia cakap nak merasa suasana kampung. Aku harap kau tak kisah. Boleh tak?”
            “Aku memang tak kisah. Ala macam lah aku tak kenal si Iqbal tu. Kalau aku kata tak boleh, dia buat buat boleh. Jomlah dah lewat ni. Karang lewat pulak sampai sana.”
            “Yeah, sayang kau lebih la Hana tak marah aku”
            “Wei korang, jom la.” Iqbal menjerit di kereta. Lambat betul minah minah ni. Nanti lambat pulak sampai kampung. Cewah macam nak balik kampung aku pulak. Hihihihi....setelah meletakkan beg di dalam bonet kereta, Dannia mengambil tempat disebelah Iqbal, Hana pula mengambil tempat dibelakang. Kereta milik Iqbal meluncur laju meluncur jalan raya menuju ke Kedah. Tempat kelahiran Dannia dan Hana. Sepanjang jalan, banyak cerita yang dikongsi. Gelak ketawa menghiasi kereta mewah milik Iqbal.



Harith menghempas kasar briefcase di atas meja. Sakit hatinya meluap luap pada Dannia. Terasa mahu menjerit biar seluruh dunia mengetahui kesakitan hatinya. Sambil menyingsingkan lengan baju dan melonggar kasar tie sebelum dicampak ke lantai. Badannya dihempas kasar di atas katil yang berada di tengah tengah biliknya. Dirinya dirasakan bagai orang bodoh menunggu Dannia di lobi. Namun kelibat gadis itu tidak kelihatan. Setelah Tanpa membuang masa, dia terus naik kembali untuk ke bilik Dannia. Amat menghampakan apabila tiba dipejabatnya tiada seorang pun staff yang ada di situ, apatah lagi Dannia. Berbagai cara yang dilakukannya untuk mendekati Dannia. Tapi mengenangkan sikap gadis.. Arggghhh!!. Harith menjerit kuat. Jeritannya bergema di pelosok apartment.
            Selama seminggu lebih bekerja di sana, Harith setiap hari berulang alik keluar masuk dari biliknya. Kadang kadang sengaja masuk ke bilik Iqbal, memantau staffnya tidak membuat kerja. Kadang kadang keluar untuk ambil angin. Semua itu dilakukan untuk  melihat Dannia. Gadis itu dilihat amat payah untuk keluar dari biliknya. Banyak kerja atau sengaja menyibukkan diri. Pada hari ketiga dia bekerja di situ, sengaja dia menunggu Dannia di lobi sambil membaca akhbar sementara menunggu gadis itu datang. Sengaja dia mencari jalan untuk berkomunikasi, namun selalu ada halangan. Terang terangan gadis itu cuba melarikan dirinya setelah pertemuan pertama mereka di pejabat gadis itu. Namun, sepanjang minggu itu, dia tidak mengenal putus asa, selalu juga dia ingin mengajak Dannia pada waktu lunch, tapi ada sahaja alasan yang digunakan olehnya. Kadang kadang, Dannia keluar atau sengaja tidak berada di pejabat biliknya apabila tiba waktu lunch. Mati akal dibuatnya.
            Hanya satu yang meresahkan Harith, kini. Iqbal. Dilihat sepupunya itu agak rapat dengan Dannia. Tahukah Iqbal, Dannia itu isterinya? Dan tahukah Dannia bahawa Iqbal itu inya. Dirinya benar benar tersepit. Tak mungkin mereka itu tidak mengetahui kedudukan masing masing. Mungkin bagi Iqbal kerana sepupunya tidak mengetahui Dannia itu isterinya. Harith mengeluh untuk kesekian kalinya. Hatinya betul betul sasau dikerjakan Dannia. Dirinya dirasakan betul betul bodoh kerana mengsia siakan gadis sebaik Dannia dahulu. Dia tidak tahu membezakan yang mana satu kaca dan permata.  Entah macam mana mahu dilembutkan hati gadis itu dan sekaligus meraih kepercayaan Dannia terhadap dirinya yang kini telah berubah. Dia betul betul merindui gadis itu. Sejak pemergian Dannia, barulah dia menyedari dirinya mencintai Dannia. Setelah dua bulan dia menghalau Dannia, barulah dia terasa akan kekosongan hatinya. Dirinya hilang pedoman dan semangat, semua telah berubah. Tiada lagi kelibat gadis itu dirumah, tiada lagi orang yang menyediakan dan juga menjaga dirinya. Papa dan mama pula tidak habis habis betanyakan perihal gadis itu. Setelah diasak pelbagai soalan, barulah dia membuka mulut menceritakan hal yang sebenarnya. Mamanya yang terkejut terus mendapat serangan jantung. Seminggu juga Datin Rosma ditahan di wad. Papanya tidak habis habis menyalahkan dirinya. Iman pula tidak pernah lagi bercakap. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tiada lagi kemesraan antara mereka.



p/s: Ermmm...nak ckp pe ek?? last n3 ai tu ramai yang komen shaa ulang balik eh, half bab28 eh?? ntah, sori sgt kalau ader kekurangan, but ia dah pun diedit semula... hehehehe.. thanks coz sudi tegur kelemahan yang satu itu..this n3 sy x brapa yakin sgt.. ntah macam mana la feedback dri uols kali ni, ntah ok ke tidak.. adess... macam mana nak cakap eh, sejak akhir2 ni mood nak menulis jadi kurang, so mmg payah la nak update kalau da xder mood ni, kalau teruskan jgak nanty ntah pape plak kan?? ok la, for reader, please ya, i need ur feedback for this novel (KYS).... sorry again, KYS terpaksa dihentikan sehingga Bab 30 je coz ia dlm process siapkan manuskript, really sorry for that.. =(