photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Wednesday 28 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab29]

Bab 29

“Yes Iq, come in.” Dannia mempelawa Iqbal namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang ke biliknya.
“Hai Nia. Macam tahu tahu je I nak datang. Instinct ke apa?” ketawa Iqbal. Dannia hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng geleng, tak habis habis Iqbal mahu mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar ayat nakal Iqbal.
“Amboi busy nya. Ni datang nak kenalkan you dengan our new CEO” mendengarkan ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Saat matanya menjamu sesusuk tubuh yang telah lama mahu di usir dalam hidupnya, dia menelan liur. Terlalu kesat seperti menelan pasir rasanya.
Sesak nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah. Tangannya yang kian menggigil cepat cepat di sembunyikan di belakang. Sedaya upaya di kawal reaksi mukanya supaya tidak ketara di penglihatan dua lelaki di hadapannya.
“Nia are you okay?” Iqbal memandang pelik wajah Dannia yang jelas berubah dengan kehadiran Harith.  
You all kenal each other ke? ” soalnya lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot. Tapi takkanlah... Iqbal memandang mereka dengan rasa yang curiga.
I...I’m okayNope, I tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia menjawab sedikit gugup. ‘Ya Allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak dapat dikesan oleh Iqbal. Sungguh, dadanya bergetar hebat di saat ini, apatah lagi berdepan dengan dua manusia ini sekaligus.
“Daniel Harith” tangannya dihulurkan. Ujar lelaki itu dengan wajah yang tenang malah sempat menghadiahkannya senyuman manis. Senyuman yang tidak mampu untuk dia membalasnya. Huluran tangan lelaki itu dibiarkan lama sebelum tangan Dannia bertaut dengan tangan kasarnya.
“Dannia” setelah itu cepat-cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman Harith mengenggam tangannya. Seolah olah memberi amaran padanya. Atau peringatan barangkali..Relaks Dannia. Cool..
“Well I harap you dapat berkenalan dan kita dapat bekerjasama di masa hadapan.” Ujar Iqbal ringkas. Dia pula mengambil tempat di hadapan Dannia dan melabuhkan duduknya di situ. Dipandang wajah Harith dan Dannia silih berganti. Aneh. Suasana diantara keduanya terasa dingin dan kaku. Lalu tanpa mahu berfikir lebih panjang, dia mengambil fail yang di hantar kepada gadis itu untuk di semak awal pagi untuk melihat dan meneliti semula.
Hampir lima belas minit meneliti, suasana masih lagi sepi. Malah kedudukan Harith dan Dannia juga masih tidak berubah. Masih berdiri di tempat yang sama. Cuma mata antara mereka masih memandang antara satu sama lain, dan sesekali Dannia melarikan wajahnya dan berpaling ke arah lain. Sangat jelas akan situasi itu, Iqbal akhirnya mengalah. Terasa bosan dengan suasana itu sebenarnya.
“Okay harap you dapat memberi tunjuk ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan I, baru lagi. I pun masih belajar. Okay Nia?” tanya Iqbal. Langsung tidak menghiraukan situasi itu. Mahu bertanya di rasakan tidak mungkin. Biarlah, suatu hari nanti pasti akan terbongkar juga. Kita tunggu dan lihat.
“Okay” jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada Iqbal, namun yakin senyumannya agak canggung. Di dalam hatinya berharap agar Iqbal membawa Harith keluar dari  biliknya secepat mungkin. Dadanya sudah tidak tahan dengan rasa semput untuk bernafas. Seakan faham dengan situasi itu, Iqbal mengajak Harith keluar dari situ.
“Jom Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith berbual di biliknya. Masih banyak yang mahu di bualkan dengan sepupunya itu. Mahu selidik serba sedikit tentang kehidupan Harith. Manalah tahu jika dia dapat informasi tentang suasana yang berlaku sebentar tadi. Dannia yang mendengar ajakan itu sedikit hairan.
 ‘Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, dorang kenal satu sama lain ke? Kawan ke?’
“Kau keluar dulu. Aku nak stay sini jap. Ada benda nak discuss.” Iqbal memandang Harith, mukanya sedikit terpinga pinga. Discuss? Baru masuk hari ni dah nak discuss segala? Biar betul...tapi tentang apa?
“Amboi semangatnya kau. Biar betul kau ni? Nak discuss apa pulak?”. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk berborak sebelum lelaki itu mula bekerja tertunda. Kini hatinya melonjak ingin mengetahui apa yang mahu di bincangkan oleh Harith.
“Adalah, tak lama pun. Kau keluar dulu ok?” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah Nia. Masih merenung tajam seraut wajah ayu milik Dannia. Ah, lama sungguh dia tidak melihat wajah itu, hampir sebulan setelah pertemuan secara tidak sengaja antara mereka. dan hari ini sekali lagi mereka bertemu. Dengan situasi yang berbeza di mana gadis itu menjadi pekerja bawahannya. Kali ini pasti dia tidak akan terlepas. Desis hatinya. 
“Ok la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati pintu. Kepalanya di garukan beberapa kali. Walaupun dia hampa dengan arahan Harith yang mahukan dia beredar dahulu dan sekaligus mematikan niatnya untuk terus berada di bilik itu.
“Nia, hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy tau. Jangan terpedaya dan terpikat. Ingat kat saya sikit..” Pesannya dan serentak ketawa yang dibuat buat sebelum melangkah keluar.
Yeah, of course I will” jawabnya bersama senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Dannia. Setelah yakin Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan kembali menghampiri Dannia yang masih kaku dan berdiri statik di tempatnya seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku.
Berubah wajahnya apabila Harith menekan tombol pintu biliknya. Lelaki itu kembali melangkah menghampirinya. Setiap langkah Harith mengundang debar di hati. Sangkaannya selama ini dia cukup kuat dan yakin untuk berdepan dengan Harith. Namun ianya tidak mudah yang di sangkakan. Benarlah kata orang, jangan terlalu yakin jika kita masih belum yakin dengan apa yang bakal mendatang. Kini semuanya terbentang di depan mata dan ini realiti yang terpaksa dia hadapinya sekarang.
 Suasana di dalam sunyi. Masing masing diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan lelaki itu dengan renungannya. Dia hanya membutakan matanya dengan kehadiran lelaki itu. Tangannya membelek fail yang berada di depannya. Cuba fokus apa yang yang di baca. Berharap agar Harith akan memahami akan kesibukannya dan keluar dari bilik itu.
“Nia apa khabar?” akhirnya dia bersuara, mengalah dengan kebisuan Dannia yang ternyata dingin bagaikan ais beku. Dari penglihatannya, Dannia sudah berubah, gaya, pertuturan yang matang, dan paling ketara wajahnya yang dingin apabila berhadapan dengannya. Kecantikan wajahnya yang semakin cantik dan ayu, bertambah menyerlah dengan mekap yang tipis.
“Nia sihat?” Dannia malas mahu menjawab, pantas membelek kertas yang berada dihadapannya dengan  sedikit kasar. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan sepi.
“Nia, abang tanya ni. Kenapa diam?” Harith masih tidak berputus asa bertanya khabar.
Huh, sejak bila mamat ni membahasakan dirinya sebagai abang. Jangan harap aku nak panggil kau macam tu. ‘tak takut ke jatuh  standard bahasakan diri kau tu abang dengan perempuan kampung macam aku ni’. Dannia masih lagi membisu. Harith pantas merampas fail yang berada di tangan Dannia.
“Apa yang nak dibincangkan?” kepalanya didongak untuk memandang Harith. Pandangannya berlaga dengan anak mata hitam pekat milik Harith. Lama. Segera Dannia mengalihkan pandangannya apabila dirasakan hatinya berdetak kian kencang dan kalah dengan panahan mata itu.
“Nia sihat?” Harith masih menagih jawapan.
As you can see” jawabnya selamba walaupun nada suaranya terasa bergetar namun masih mengekalkan kedinginannya.
“Family Nia? Nia ke mana menghilang selama ni?” soalnya lagi. Begitu susah untuk mendengar suara Dannia. Seolah olah ada emas di dalam mulutnya.
That is my personal. Tak ada kena mengena dengan you” Sibuk je nak tahu. Bukannya selama ni Harith peduli akan dirinya. Buat apa susah susah nak bagi report pada Harith. Buang masa aje.
Harith tersenyum dengan jawapan Dannia. Masih marah, desis hatinya. Namun dia suka dengan penampilan baru isterinya. Nampak begitu yakin di tambah dengan satu sut persalinan yang agak sesuai dengan jawatan yang disandang.
That is my personal too. You’re my wife Nia. Hal yang berkaitan Nia akan jadi hal abang jugak. Jangan nak nafikan tentang itu” tungkas Harith pantas. Tiada kedengaran lagi bahasa ‘nama dan awak’ kini diganti dengan ‘I and you’. Jelas jelas Dannia mahu membina tembok antara mereka. membina satu tembok yang susah untuk menembusinya.
“Do I know you, Encik Harith? Jangan nak perasan, Encik Harith. I takkan kongsi my personal dengan sesiapa pun including you.” Sakit hatinya dengan pertanyaan Harith. Pedih hatinya mengenangkan status yang disandang di samping lelaki itu. Layakkah Harith mahu bertanyakan perihalnya setelah bertahun lama dia dibuang dari kehidupan lelaki itu dan tidak dihiraukan.
Berubah wajah Harith dengan soalan Dannia. Mungkinkah itu salah satu niat Dannia untuk membuatnya sakit hati. Kalau benar, ya hatinya terasa sakit dan sayu apabila isterinya sendiri seolah olah tidak mengenali dirinya. Disangka pertemuannya kali ini akan membuatkan angan angannya menjadi realiti di mana Dannia akan menerimanya seperti dahulu. Nampaknya dia terpaksa akur, Dannia kini dan dulu sudah banyak bezanya. Dannia yang dulu sudah pasti akan berlembut hati untuk menerimanya kembali tanpa teragak agak.. tetapi jika sekarang.. Harith nampak kabur.
“Nia masih marahkan abang kan?” Harith sengaja ingin menduga Dannia dan menanti dengan sabar. Wajah Dannia yang dingin dan tiada perasaan dipandang. Mencari jika ada riak wajah yang terpamer. Hampa, tiada langsung.
“Dah la Encik Harith. Kalau tak ada apa apa lagi sila keluar dari bilik ini. I ada banyak lagi kerja nak buat” Harith tidak mempedulikan arahan Dannia, malah mengambil tempat duduk bertentangan dengan gadis itu. Diamati wajah Dannia dari dekat. Diikutkan hatinya, mahu sahaja memeluk Dannia. Rindunya pada Dannia hanya Tuhan yang tahu.
Dannia yang bangun mengejut membuatkan Harith tersentak. Muka Dannia yang merah padam dipandangnya sebelum gadis itu melangkah laju menuju ke arah pintu. Belum sempat tangan Dannia mencecah tombol pintu, Harith menarik kuat lengan Dannia. Tarikan yang kuat menyebabkan mukanya tersembam di dada Harith. Lantas tangan Harith merangkul erat tubuh Dannia yang kecil itu.
“Apa ni Encik Harith” Nia meronta di dalam pelukan Harith. Tangan kasarnya memaut keras pinggang Dannia, malah mengeratkan lagi pelukannya ke tubuh itu yang kian kuat meronta. Terasa lekuk tubuh Nia yang hangat di badannya. Namun sekuat mana rontaan Dannia langsung tidak dapat melawan tubuh sasa dan tenaga lelaki Harith.
 “Lepaskan.....” jeritan kecil Nia terhenti apabila terasa kucupan di bibir mungilnya. Terkejut bukan kepalang dengan perbuatan Harith yang berani. Bulat matanya memandang Harith. Dannia sedaya upaya melepaskan mulutnya dari bibir Harith. Setelah beberapa minit bibirnya dilepaskan. Sesak nafas dirasakan. Namun pelukan dibadannya masih jitu bersatu dengan Harith.
“Abang rindukan sayang” Harith berkata perlahan. Sebuah kucupan dihadiahi di dahi Dannia. Dia langsung tidak mempedulikan kata rindu yang diucapkan oleh Harith. Pelukan Harith sedaya upaya dileraikan.
“Lepaskan saya Encik....” sekali lagi bibirnya dipagut, kali ini terasa bibir Harith menekan lembut bibirnya. Namun kali ini Nia tidak meronta lagi. Dirinya statik tidak bergerak. Terasa lemas dengan kucupan Harith. Sayu hatinya dengan perbuatan Harith. Sampai hati Harith melakukan perbuatan ini padanya. Tiba tiba sahaja diri Nia menolak kuat tubuh Harith menyebabkan tautan bibir mereka terlerai. Harith yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Nia mengesat bibirnya dengan telapak tangan. Matanya berkaca kaca memandang Harith yang kaget. Sedaya upaya menahan air mata yang mula bertakung di tubing matanya. Lantas pintu bilik Nia dihempas.
Nia melangkah laju menuju ke tandas. Dia perlu mententeramkan hatinya yang gundah itu. Didalam bilik, Harith meraup muka berkali kali. Menyesal dengan perbuatannya, sikapnya yang terburu buru menyebabkan Nia terluka. Kemudian Harith perlahan meninggalkan bilik Dannia dan menuju ke biliknya. Hatinya turut gundah mengenangkan sikap Dannia yang dingin. Gadis itu awal awal lagi telah membina benteng untuk menjauhinya, ‘Bagaimana harus ku pujuk Nia’.
Dibilik air, Nia teresak esak menahan tangisnya. Lama dia berteleku di dalam bilik air. Ingin keluar bimbang staff yang lain melihat wajahnya yang mendung dan matanya yang merah. Segera dia mencapai telefon bimbit yang berada di dalam poketnya dan menaip mesej untuk mengambil emergency leave. Kepada Iqbal mesej itu diberitahu, bimbang jika ada yang tercari cari.




Kereta Dannia meluncur laju diatas jalan raya. Dia mengerling ke arah jam di dashboard, baru pukul 3.50 petang. Patutla jalan tak sesak, awal lagi rupanya. Dannia berkira kira untuk menuju ke arah tasik, iaitu satu satunya tempat yang selalu dikunjungi pada waktu lapang ataupun ketika dilanda masalah. Hatinya perlu tenang sebelum kembali ke rumah. Dia tidak mahu Hanna mengetahui keadaannya. Hanna tidak perlu tahu tentang ini. Biarlah Hanna tidak mengetahui tentang keberadaan Harith di Kuala Lumpur.

            Hatinya merintih, mengapa perlu berjumpa lagi dengan Harith. Tidak cukup lagikah lelaki itu ingin menyeksa hidupnya. Harith telah banyak melukakan hatinya semenjak bergelar isteri kepada lelaki itu. Harith tidak segan silu menghina dirinya yang kekampungan. Mulut lelaki itu lancang mengatakan dirinya jijik dan tidak setaraf dengan dirinya yang kaya. Malah dirinya dibuat perbandingan dengan koleksi teman wanita Harith yang up to date. Dirinya di cemuh sepanjang hari dan setiap masa. Tak cukup dengan itu, Harith tidak langsung menghormati dirinya sebagai isteri apabila membawa balik teman wanita ke rumah. Dirinya dijadikan sebagai orang gaji, setiap kesalahan yang dilakukan pasti akan mendapat cacian.

            Masih tersemat kukuh di ingatannya, pernah sekali di rumah mereka diadakan parti untuk menyambut ulang tahun kelahiran Harith. Harith menjemput ramai kawan kawannya datang. Kawan kawan perempuan dan teman wanita Harith yang menghadiri pula berpakaian yang menjolok mata, tanpa segan silu berpeluk dan bercumbu antara satu sama lain. Hati Dannia benar benar hancur melihat sendiri suaminya berpelukan dengan wanita lain. Erat tangan tersebut melingkari pinggang tanpa melepaskannya. Teman wanita Harith yang menghadiri majlis tersebut memandang sinis ke arah Dannia. Malam itu dia hampir hampir menjadi mangsa usikan nakal rakan rakannya. Harith hanya memandang sekilas ke arahnya tanpa menolong. Harith hanyut dengan dunianya tanpa meghiraukannya. Tanpa menunggu lebih lama, dia berlari menuju ke bilik lalu mengunci biliknya. Teresak esak tangisannya sehingga ketiduran. Di mana tanggung jawab Harith ketika itu. Apakah layak dia memberi kemaafan buat lelaki yang hampir membuatnya hilang kesucian?          
Tidak cukup dengan itu, pada pagi keesokkan harinya, Dannia turun dengan niat untuk mengemaskan rumah. Setibanya di tangga, terbeliak matanya memandang suaminya yang tidur di atas sofa di ruang tamu memeluk teman wanitanya. Mengucap panjang hatinya. Segera Dannia mengejutkan mereka yang enak dibuai mimpi, tanpa sengaja kakinya tersepak barang lalu tangannya tertepis air yang berada di atas meja tersebut. Apa lagi, teman wanitanya menjerit nyaring segera bangun dan menampar pipinya. Tak cukup dengan itu, difitnah olehnya mengatakan Dannia sengaja menjirus air ke arahnya. Harith pantas berdiri menghadiahi, tegang mukanya lalu sebiji penampar di hadiahi padanya tanpa mendengar penjelasan dari Dannia. Perit pipinya menahan sakit. Terasa darah pekat mengalir di celah celah bibirnya. Terasa bengkak dan sengal seluruh wajah. Apakah layak lelaki itu masih mahu berdiri di tepinya di saat dia bulat bulat tidak pernah percaya dengan apa yang mahu dibicarakan? Pada waktu dia memerlukan seseorang di sisinya?
            Penangan yang diterima daripada Harith menyebabkan Dannia demam tiga hari. Sepanjang dia sakit tidak pernah sekali pun Harith menunjukkan dirinya. Makan minumnya ditanggung sendiri. Sejak hari itu, dia jarang bertembung dengan Harith. Manakan hendak berjumpa jika Harith keluar disaat Dannia pergi ke kuliah, malamnya pula pulang ketika dia sedang nyenyak dibuai mimpi. Begitulah kehidupan hariannya sepanjang menjadi isteri kepada lelaki itu. Harith langsung ciri ciri lelaki bertanggungjawab. Malah dirinya dibiarkan keseorangan ketika di dalam kesusahan.. Tidak! Dia tidak boleh menerima lelaki yang seenaknya mencampakkan dirinya sesuka hati tanpa belas kasihan.
            Harith tidak pernah peduli tentang dirinya. Harith mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Tidak pernah memberinya nafkah zahir. Sikap Harith yang panas baran selalu menjadikannya mangsa untuk melempiaskan amarahnya. Dirinya dimarahi sesuka hati walaupun jelas jelas bukan salahnya. Walaupun berkali kali dia menyatakan redha dengan itu semua. Tetapi hatinya tidaklah seikhlas itu. Dia masih punyai hati dan perasaan sebagai manusia yang khilaf dengan rentetan hidupnya.
Hanya satu yang masih tidak di abaikan, tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah di abaikan. Di jaga makan minum Harith. Baju Harith sentiasa digosok setiap kali lelaki itu ke pejabat. Rumah yang didiami bersama Harith dijaga sebaik mungkin. Namun semua itu dibutakan oleh pandangan Harith.
            Harith bijak memainkan peranannya, apabila ibu bapa ataupun adiknya datang melawat Harith melayannya dengan baik. Dirinya pernah diugut supaya bekerjasama untuk berlakon di hadapan keluarganya. Kadang kadang dia terfikir perangai Harith yang agak berbeza dengan sikap kedua mentua dan adik iparnya. Mereka melayaninya dengan baik dan menatang Dannia bagai minyak yang penuh. Adik iparnya pula terlalu manja dengannya, malah dijadikan tempat mengadu jika merajuk dengan ibu bapanya. Dannia terlalu menyayangi keluarga mentuanya. Kerana itulah dia tidak sanggup melukakan hati mereka. Mereka terlalu baik untuk disakiti. Biarlah dia yang menabggung beban itu seorang diri.
            Genap 6 bulan perkahwinannya, dirinya digantung tak bertali. Bukan salahnya, adik iparnya Iman Adira yang kebetulan datang kerumah tanpa diundang amat memeranjatkan Harith dan Dannia. Waktu itu, suara Harith yang nyaring memarahinya dihadapan teman wanita. Mereka bertekak hebat, seolah olah berdebat untuk mencari pemenangnya. Teman wanita Harith hanya tersenyum sinis melihat dirinya dimarahi. Iman pada ketika itu sempat menyaksikan penampar sulung Suzanne yang hinggap pada pipinya, Iman Adira pantas menuju ke arah Suzanne dan menolak keras tubuh itu sehingga terjelepuk jatuh. Mengamuk sakan adik iparnya dan nyaring suara Iman Adira memarahi Harith serentak itu menarik tangan Suzanne dan menampar pula pipi gadis itu. Tamparan Harith yang mengenai pipi adiknya membuatkan Dannia terpana. Segera Nia menarik tangan Iman Adira menjauhi Harith. Mengalir air mata dipipi mulus Iman Adira, tidak disangka disebalik sifat abangnya yang penyayang itu terselit satu sifat yang keji. Tergamak membiarkan kakak ipar kesayangannya dihina dan hampir ditampar oleh Suzanne. Kemarahan Harith yang meluap luap menyebabkan mereka dihalau. Kepada Dannia Harith mengatakan dirinya akan digantung tak bertali, Harith menghilangkan diri di dalam rumah sebelum muncul dengan sebuah beg besar milik Dannia. Dititipkan kata buat Nia yang mengharamkan kakinya untuk kembali ke rumah itu lagi. Dicampak beg itu sehingga berteraburan isi didalamnya sebelum pintu besar rumah dihempas kasar. Pilu hatinya seakan mahu pecah. Hatinya hancur bagai dihiris lumat. Dirinya dihalau bagaikan pengemis tanpa sebarang kasihan.
            Iman Adira menangis teresak esak disampingnya meminta maaf, disebabkan dirinya  Dannia dihalau dan dan digantung tak bertali. Iman Adira mengajak kakak iparnya untuk pulang ke banglo mertuanya tapi ditolak mentah. Takut akan kesihatan ibu mertuanya yang menghidap sakit jantung, dia melarang keras Iman supaya merahsiakan daripada papa dan mamanya.
            Petang itu juga Dannia membawa diri pulang ke kampung halaman. Membawa hati yang lara. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, air matanya tidak berhenti mengalir, penumpang disebelah gelisah memandang dirinya. Setibanya di kampung, keluarganya memandang dengan riak terkejut kerana membawa pulang beg besar di tangannya. Ibunya menyuruh dia berehat dahulu dan membersihkan diri. Resah hati melihatkan anak perempuan tunggal kesayangannya yang sembab dengan air mata.
            Malam itu, abangnya yang sulung  datang menagih jawapan. Mungkin ibunya yang menelefon abang Long. Angah dan abahnya pula berada di samping abang Longnya hanya mendiamkan diri menunggu bicara yang keluar dari mulutnya. Setelah di desak beberapa kali, akhirnya Dannia menceritakan dari awal sehingga akhirnya. Malam itu, suasana rumahnya tegang sekali. Jelas kelihatan muka abang Long dan angahnya merah menahan marah. Sakit hati pada Harith kerana melakukan perbuatan itu pada adik kesayangannya. Uminya pula tidak habis habis mengalirkan air mata, tidak disangka keputusan untuk berbesankan keluarga kawan baiknya Rosma yang ingin memperisterikan Dannia untuk anaknya membawa musibah. Hatinya turut menyesal dengan itu semua.
            Mereka sekeluarga berpakat pergi ke Penang untuk menyelesaikan masalah pengolakan rumahtangga Dannia, tetapi ditentang cadangan itu. Merayu dan melutut supaya masalah ini tidak boleh diketahui oleh keluarga mentuanya. Bimbang akan kesihatan ibu mertuanya yang kian merosot tambahan pula masalah jantung ibu mertuanya. Mendengarkan alasan itu, abah dan serta dua abangnya bersetuju untuk bersua muka dengan Harith sahaja. 
            Keesokan harinya, setelah bersarapan, abah dan dua abangnya bertolak ke Penang. Kedatangan mereka yang tidak diundang disambut oleh seorang wanita yang agak seksi yang hanya memakai singlet putih bertali halus dan berseluar ketat separas peha. Disangka salah alamat, kemudian terjengul wajah Harith disamping wanita itu sambil memeluk pinggang ternyata mengejutkan mereka sekali lagi. Terpandangkan wajah wajah yang berada di pintu pagar rumahnya hanya dihadiahi senyuman sinis. Tanpa mempelawa mereka masuk, Harith sekadar bertanya tujuan datang.
            Kedatangan abah dan abangnya dihina. Hampir bertumbuk angah dan Harith. Sakit hati pada Harith yang tidak menghormati abah dan abangnya semakin meluap luap. Lelaki itu dirasakan terlalu biadap dan kurang ajar. Malah Harith tidak segan silu untuk menelefon polis supaya mereka pergi dari situ. Kepulangan abah dan abang abangnya mengkhabarkan berita yang hampa dan melukakan. Dannia hanya mampu menangis. Tiada sekumitkah perasaan hormat pada ibu bapa dan ahli keluarganya di mata Harith? Sampai hati Harith sanggup menghina dan mencaci keluarganya. Mentang mentanglah keluarganya kaya raya dan ramai pengaruh. Sanggup dia menggunakan kesempatan ini untuk menghina dan mengugut keluarganya. Dannia hanya mampu pasrah pada takdir.
            Setelah sebulan peristiwa itu, keluarganya nekad untuk berpindah dari kampung itu. Keluarganya tidak tahan melihat dirinya difitnah yang mengatakan perkara buruk buruk tentangnya. Entah dari mana fitnah itu datang dan tersebar, dalam tempoh itu, dia membuat surat pertukaran universitinya dan ditukarkan ke Universiti Skudai, Johor. Keluarganya termasuk abangnya yang sulung yang sudah berkeluarga itu juga turut berpindah. Mereka semua membawa diri ke Johor, tempat kelahiran abahnya. Mereka sekeluarga berpindah ke Johor untuk memulakan hidup baru.

            Nekadnya dalam hati agar melupakan sebaris nama dan seraut wajah yang satu itu.



       Laungan azan menyentakkannya. Beristighfar panjang dirinya. Lama betul termenung mengingati peristiwa hidupnya yang menjadi sejarah. Lantas diseka air mata yang hampir kering di wajah. Laungan azan maghrib membuatkan dia kembali ke alam nyata. Segera bangun dari kerusi panjang yang didudukinya tadi. Langkahnya diatur menuju kearah kereta miliknya. Suntuk maghrib barulah Dannia tiba di rumah teres miliknya.

Friday 23 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab28]

Bab 28

            “Assalamualaikum semua” suara itu mengejutkan staf staf yang tengah leka berborak. Mana tidaknya lunch mereka belum habis lagi. Lagi 15 minit sebelum masuk waktu pejabat. Kedatangan Encik Badrul pada petang itu membuatkan staff pejabatnya terpinga pinga. Setelah dua minggu Encik Badrul letak jawatan dan diganti Iqbal, petang itu lelaki itu menunjukkan muka dan paling menarik perhatian mereka semua ialah dengan kehadiran seorang pemuda yang kacak berpakaian pejabat. Dengan penampilan segak bergaya dan bercermin mata hitam itu sungguh menarik perhatian. Ketinggian dan badan persis seorang model. Berkulit cerah, berkening lebat, berhidung mancung, bibirnya yang merah tanda tidak merokok dan berkumis nipis. Cukup tampan. Membolehkan hati si gadis cair apabila memandangnya.
            “Encik Iqbal mana?” tanyanya setelah bayangan yang dicari belum ditemui.
            “Belum masuk Encik”. Salah seorang staf yang berdiri berhampiran dengannya.
            “Erm, masuk bilik Pak Ngah dulu la Harith. Nanti kita tunggu time pejabat. Kejap lagi balik lah si Iqbal tu” seraya mengamit Harith masuk ke biliknya. “Mana bilik saya Pak Ngah?” belum sempat Encik Badrul berlalu Harith bertanya.
            “Sebelah bilik Iqbal tu. Bilik yang ada tanda CEO tu. Kalau kamu nak masuk bilik kamu pun pergi la. Nanti Pak Ngah panggil nak kenalkan kamu kat staff lain.”
            “Saya masuk bilik saya lah ya. Assalamualaikum”
            Harith memulas tombol pintu biliknya. Bilik yang tersergam indah berdekatan dengan tingkap memudahkannya melihat pemandangan di luar. Pejabat yang baru dihuni olehnya beberapa minit amat cantik dan mewah. Set sofa berwarna maroon di sebelah kiri buatan Itali beserta meja kaca. Bongsai sebagai hiasan bilik. Di suatu sudut tersedia rak majalah dunia perniagaan. Sebelah kanannya pula terdapat beberapa almari buku yang memuatkan buku bersaiz tebal dan juga terdapat beberapa koleksi kereta dan bangunan di dalam balang kaca. Cukup mewah. Haruman yang digunakan pula amat menyamankan minda dan dirinya. ‘pandai betul papa upah designer’ bersesuaian dengan cita rasanya.
            Harith melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya. Kerusi itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Sementara menunggu, dia mencapai beberapa dokumen untuk dibaca. Sekadar untuk memahami sebelum dirinya dibebankan dengan kerja kerja yang bakal dipikul sebagai tanggungjawabnya sebagai CEO. Sebelum ini, pejabatnya terletak di Penang. Memandangkan rumah keluarganya berada di sana. Walaupun mempunyai mempunyai penthouse sendiri. Pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah keluarga. Menghabiskan masa di sana. Tiada lagi sikap liarnya. Kalau terasa terlalu bosan barulah dia keluar, itupun sekadar melepak bersama rakan yang lain. Tiada lagi disko dalam hidupnya.
Pertemuannya dengan Dannia, membuatkan dia tekad untuk berada lebih dekat dengan gadis itu lalu mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala  Lumpur. Apatah lagi apabila mengetahui dimana gadis itu sedang bekerja. Syarikat milik keluarga mereka. gembira bukan kepalang hatinya. Berbunga bunga. Papanya pula pelik apabila diusulkan hasratnya untuk mengambil alih syarikat yang berada di Kuala Lumpur. Apabila di tanya, Harith hanya sekadar  menjawab untuk bertukar angin. Dirinya teringat akan perbualan papa dan mama dengannya seminggu lepas.
“Rith ingat nak pindah KL la papa” suara Harith memecah keheningan ruang tamu ketika Dato’ Iskandar sedang berehat bersama Datin Rosma landskap buatan itu.
“Kenapa tiba tiba?” Datin Rosma memandang anak terunanya. Inginkan jawapan.
“Cuba beritahu reason Rith papa nak dengar.” Sampuk Dato’ Iskandar. Pelik betul dengan Harith sejak pulang dari Kuala Lumpur bertemu client. Asyik termenung, kadang kadang tengah meeting pun anaknya boleh berangan. Apa masalahnya dia sendiri tidak tahu.
“Just nak tukar angin la papa. Lagipun papa ada nak uruskan company kat sini. Biarlah Rith yang transfer sana ya.”
But why? Do you have any problem here?”
I just told you, it’s nothing. Rith nak bertukar angin. Lagipun boleh Rith sama sama bekerjasama satu bumbung dengan Iqbal. Dengar kata dia dah kerja ganti papa dia kat company kita kat sana. Lagi satu, ramai client kita dari sana, Rith terpaksa berulang alik dari KL ke Penang. Jadi lebih baik Rith tukar kat sana.. senang nak jumpa client dan uruskan projek kita.” Yakin dan logik alasan yang keluar dari mulutnya.
Dato’ Iskandar terdiam. Berfikir sejenak sebelum memberi kata putus. Kalau dilihat dengan alasan itu, memang betul anaknya terpaksa berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur. Sebulan kadang kadang 5 kali. Kesian anaknya. Bukan dekat perjalanan itu. Lagi pula, clientnya ramai berada di sebelah Kuala Lumpur. Pekerjanya disana tidak boleh memberi kata putus memandangkan syarikat client mahukan pertemuan dengan anaknya sendiri.
“Bila Rith mahu transfer ke sana?”
“Minggu depan. Secepat yang mungkin lah.”
“Kenapa cepat sangat Rith? Mana kamu nak tinggal kat sana nanti?” Datin Rosma yang tadi mendiamkan diri menyampuk tiba tiba.
“Lagi cepat lagi bagus, nanti taklah tertunggu tunggu client kat sana. Pasal mana Rith nak tinggal, mama dan papa jangan risau. Rith akan mintak tolong kawan Rith carikan apartment.”
“Baiklah kalau macam tu kata Rith. Nanti papa bagitahu Pak Ngah kamu.”
Dirinya amat gembira akan persetujuan papa untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, dirinya akan berada dekat dengan Dannia. Gadis yang dicintai sepenuh hati. Tidak diberitahu kepada keluarganya berita tentang pertemuannya dengan Dannia. Sengaja untuk membuat kejutan. Berita ini biarlah dirahsiakan dahulu sebelum Dannia betul betul kembali ke pangkuannya. Mesti keluarganya gembira apabila bertemu kembali dengan menantu mereka. Malah keluarga mertuanya juga masih belum diketahui kedudukannya. Biarlah satu persatu masalah ini diselesaikan. Kehidupan Harith selepas Dannia pergi betul betul menghuru harakan kehidupannya. Dirinya tidak sabar untuk bertentang mata dengan isterinya itu. Mengenangkan hal itu, membuatkan dirinya tersenyum lebar. Lambatnya masa berlalu. Dirasakan terlalu lama masa menunggu waktu pejabat berjalan seperti biasa.
Lamunannya terbang melayang apabila pintu biliknya diketuk sebelum muka seseorang tersembul di muka pintu dengan sengihan yang lebar. Siapa lagi kalau bukan Iqbal. Kawan memerangkap sepupunya.
“Hai bro” tanpa mengetuk pintu Iqbal melangkah masuk ke biliknya. Melihat senyuman di bibir Iqbal, Harith bangun mendekati sepupunya itu dan berpelukan. “Lama tak jumpa kau. Sihat?”
“Aku macam ni la. Bila kau balik Malaysia? Tahu tahu da masuk kerja ganti Pak Ngah.” Harith bertanya ala kadar. “Da 6 bulan aku balik. Tapi tak sempat nak jenguk kau kat Penang tu. Family kau sihat ker?”
“Haram kau ni nak tunjuk muka kat Penang. Family aku tu sihat la kot. Papa ngan mama aku sihat, Cuma mama aku tu la da jarang nak beramah mesra ngan aku macam dulu tu. Kecik hati betul la. Papa aku da ok sekarang ni ngan aku. Adik aku tu pula dah jarang balik rumah. Duduk kat rumah sewanya.” Harith menjuihkan bibirnya.
“Aku bukan tak nak balik rumah kau, tapi lately ni busy sikit. So.....Dah jumpa ke wife kau tu? Aku pun nak kenal juga macam mana rupa wife kau tu.” Iqbal tidak pernah mengenali wanita yang dikatakan isteri sepupunya. Ketidakhadiran pada majlis perkahwinan itu kerana dirinya berada di luar negara. Majlis yang diadakan secara mengejut itu tidak dapat dihadirinya kerana waktu itu dia sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan semester.
“Hampir hampir” ringkas jawapannya.
“Biar betul. Wah! tak lama lagi bolehlah aku jumpa gadis yang telah buat sepupu aku yang bangang lagi playboy ni berubah 240 darjah. Kat mana dia sekarang ni?” Ujar Iqbal.
Harith menjeling tajam ke arah Iqbal. ‘Mulut longkang betul la mamat ni. Suka suki kata aku ni bangang lagi playboy’. Mengeluh kecil mendengar kata kata Iqbal.
“Takkan marah kot bro. Rileks la.” Harith tidak mempedulikan Iqbal. Memang tak dinafikan sikapnya dahulu amat menjengkelkan. Dia menggunakan kelebihan pada dirinya untuk memikat gadis gadis untuk dikelek ke hulur hilir. Sikapnya bertambah liar sejak balik dari luar negara. Puas dinasihati oleh papa dan mamanya. Namun nasihat itu tidak dipedulikan. Masanya sering dihabiskan di pub dan kelab malam. Saban malam dirinya balik dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Perangainya yang satu itu membuatkan papa dan mama tekad untuk menjodohkan dirinya dengan pilihan keluarga.
‘Dia ada syarikat ni, satu bumbung dengan kita’ kata kata itu hanya terluah dihatinya. “Tak la. Dia ada kat KL sekarang ni. Aku tengah berusaha la nak usha balik bini aku tu.” Biarlah dia rahsiakan dulu identiti Dannia pada Iqbal buat sementara waktu.
“Baguslah kalau macam tu. Lagi senang kerja kau nanti.”  
“Jom la aku kenalkan kau kat staf kita yang lain. Mereka dah tak sabar nak jumpa CEO yang handsome ni”. Ujar Iqbal mematikan lamunannya. Iqbal dapat rasakan kehadiran Harith di pejabat mereka mampu membuatkan gadis dan pekerja di company itu tertoleh toleh pada jejaka itu. Pasti ramai gadis yang jatuh hati dan gila bayang pada sepupunya. Harith mempunyai banyak kelebihan, berbanding dirinya yang hanya kekurangan harta dan kurang bersosial menyebabkan dirinya tidaklah begitu pandai bergaul terutamanya dengan perempuan. Jika nak dibandingkan dengan harta, Harith lebih kaya darinya dan sikapnya yang ramah dan pandai mengambil hati orang serta memikat itulah yang menjadikan diri sepupunya itu playboy di mata wanita.
“Banyak la kau punya handsome” Harith ketawa kecil mendengar bicara sepupunya. Mereka melangkah keluar dari biliknya. Iqbal memperkenalkan Harith kepada semua staff yang berada di pejabat. Mata mata si gadis tidak lepas memandang Harith yang kacak bergaya. Tidak kurang juga pekerja perempuan yang suadah pun berkahwin, memandang Harith macam nak terkeluar biji mata. Ingat  sikit kat laki korang oi. Saat dirinya berada di hadapan bilik yang pintunya tertutup rapat. Hatinya berdebar menanti reaksi wajah itu yang bakal dihadapinya.
“Dan ni bilik the most beautiful girl in the world. Jangan terpikat pula ya. Aku punya.” Iqbal sempat berkata sambil membuat lawak sebelum mengetuk pintu bilik Dannia. Tombol pintu dipulas sebaik mendengar arahan masuk.
“Yes Iq, masuklah” Dannia mempelawa Iqbal namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang ke biliknya.
“Hola Nia. Macam tahu tahu je i nak datang. Instinct ke apa” ketawa Iqbal. Dannia hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng geleng, tak habis habis Iqbal mahu mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar ayat nakal Iqbal.
“Amboi busy nya. Ni datang nak kenalkan you dengan our new CEO” mendengarkan ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Sesak nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah.
“Nia are you okay?” Iqbal memandang pelik wajah Dannia yang sedikit pucat itu.
You all kenal each other” soalnya lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot. Heheheheh...
I...I’m okayNope, i tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia menjawab sedikit gugup. ‘ya allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak dapat dikesan oleh Iqbal.
“Daniel Harith” tangannya dihulurkan. Hulurannya dibiarkan lama sebelum tangan Nia bertaut pada tangan kasarnya.
“Dannia” cepat cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman Harith di tangannya. Relaks Dannia. Cool..
“Okay harap Nia dapat memberi tunjuk ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan I, baru lagi. I pun masih belajar. Okay Nia?” tanya Iqbal. Lansung tidak perasan akan kedinginan bilik itu.
“Okay” jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada Iqbal, namun yakin senyumannya agak canggung.
“Jom Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith berbual di biliknya. Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, dorang kenal satu sama lain ke? Kawan ke?
“Kau keluar dulu. Aku nak stay sini jap. Ada benda nak discuss pasal projek.” Iqbal memandang Harith, mukanya sedikit terpinga.
“Amboi semangatnya kau. Biar betul kau ni”. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk berborak sebelum lelaki itu mula bekerja.
“Yeah, tak lama pun.” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah Nia. Masih merenung seraut wajah ayu milik Dannia.
“Ok la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati pintu.
“Nia, hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy tau. Jangan terpedaya.” Pesannya sambil ketawa dan melangkah keluar.
Yeah, of course I will” jawabnya bersama senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Nia. Setelah yakin Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan kembali menghampiri Dannia yang masih kaku. Statik di tempatnya seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku. Terkejut Dannia, namun riaknya masih dikawal. Mereka diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan lelaki itu dengan renungannya...

Monday 19 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab27]

Bab 27
            Hari ini Dannia mengenakan pakaian ringkas ke pejabat. Sekadar  berkemeja violet berlengan pendek dan seluar slack hitam. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang putih melepak. Rambutnya yang beralun cantik diikat tepi. Namun tidak mencacatkan wajah si pemakaian yang kelihatan anggun dan cantik. Dannia sekadar mengenakan solekan nipis. Bibirnya yang sedikit pucat dioles dengan sedikit lipgloss merah jambu. Cantik. Langkahnya ke pejabat hari ini dengan penuh yakin dan bersemangat. Setiap langkahnya di pejabat, ramai pekerja lelaki yang menoleh memandangnya. Dannia hanya membalas dengan senyuman nipis
            Suasana riuh di pejabat pagi itu amat pelik baginya. ‘kenapa pelik sangat hari ni.’ Dannia menghala ke arah Mira setelah barang pejabatnya diletakkan dalam bilik yang disediakan khas untuknya.
            “Oit Mira, apasal aku tengok hari ni riuh semacam je ni” semua mata memandang ke wajahnya tepat.
            “Kenapa? Aku ada buat salah ke?” gugup dirinya.
            “Kau tak tahu ke hari ni anak Encik Badrul masuk” bersinar mata Mira menjawab.
            “Hari tu kau kata minggu depan. Hari ni baru hari Rabu kan.” Nia buat muka peliknya. ‘Ke hari ni hari Isnin?. Aku silap hari ke ni’.
            “Dia tak jadi masuk minggu depan, sebab ada mesyuarat, dia kena attend meeting ni.”
            “Oooo” bulat mulutnya menjawab. Bunyi deheman suara Encik Badrul memeranjatkan mereka. Segera bergerak kembali ke tempat masing masing.
            Dannia kembali masuk ke dalam biliknya. Beberapa pekerja yang di tempatkan diluar biliknya sedang bersapa dengan Encik Badrul dan seorang lelaki. ‘Mungkin anak Encik Badrul kot’ dia membuat andaian sendiri. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya dibuka.
            “Selamat Pagi Encik Badrul’” sapanya mesra beserta senyuman.
            “Pagi Nia. Come i want to introduce my sonHe will takeover my place. Aiman Iqbal.” Dannia mengalihkan pandangannya ke arah pemuda tersebut. Bulat matanya memandang dengan riak terkejut. ‘Iqbal’. Muka Iqbal tersenyum lebar dan menunjukkan tanda peace.  
            “Iqbal” Dannia tesenyum gembira.
“Hai Nia” Iqbal tersenyum membalas. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah yang menjadi pujaan hatinya.
            “You all kenal each other ke?” soalan Encik badrul kehairanan.
            “Yup, kami study satu U kat London dulu pa. Kenal sangat dengan Nia ni” panjang lebar Iqbal menjawab.
“Baguslah kalau macam tu, papa harap lepas ni senang lah kamu bekerjasama. Apa apa hal, kamu rujuk dengan Nia ok?.” Pandangannya terarah ke arah wajah anaknya yang terlebih gembira berjumpa Dannia.
            “Kalau macam tu papa keluar dulu” Encik Badrul melangkah keluar dari bilik Dannia meninggalkan Iqbal. Setelah pintu di tutup Iqbal lantas mengalihkan kembali memandang wajah dannia.
            “So... lama tak jumpa Nia. Lepas balik dari London terus menyepi ya?” Dannia sekadar tersenyum. Bukan niatnya ingin menyepi diri. Dirinya begitu sibuk menguruskan diri mencari rumah sewa dan mencari pekerjaan. Kerana kesibukan itulah Dannia terlupa terus pada Iqbal yang telah banyak membantunya selama berada di London.
“Maaflah. Nia sibuk kebelakangan ni.” Jelas Nia. Bimbang juga Iqbal takut berkecil hati dengannya.
            “Urm tak pe. Iq faham. Don’t worry. Tak ambil hati pun.”
            Mendengarkan kata kata Iqbal, Dannia menarik nafas kelegaan.
But, you must pay for this” sambung Iqbal. Nah.
“Er apa dia?” Teragak agak Nia sambil  mengerutkan dahinya. ‘comel’.
“Macam biasa, lunch date. Boleh?” Dah agak dah si Iqbal ni. Memang tak ada benda lain di minta. Tak berubah ubah perangai. Aduhai.
“Bolehlah, but not just to of us. Nanti merajuk pulak kawan Nia. Kita pergi berempat boleh?” Iqbal mengangguk riak kecewa cuba dikawal agak ketara di pandangan  Nia. Susah betul nak keluar berdua dengan Nia. ‘tak apalah, mungkin boleh pada hari lain’. Bukan ke hari ini sahaja, aku berjumpa dengannya. Setiap hari.
            “Kita jumpa lunch nanti” Iqbal bangun untuk keluar dari bilik Nia.
“Ok. Bye” Nia lantas membelek report yang harus disiapkan olehnya. Iqbal pula menuju ke bilik ayahnya yang kini menjadi miliknya. Walaupun hanya sekadar timbalan CEO. Iqbal tidak kisah akan itu semua. Hasratnya mahu menjadi peguam tidak tercapai apabila papa mendesaknya bekerja di syarikat itu. Seboleh bolehnya dia ingin membuka syarikat firguama sendiri.oleh kerana kesihatan papanya tidak begitu sihat, dia memutuskan dahulu untuk menggantikan ayahnya.
            Namun tak disangka olehnya akan ditemukan dengan Nia. Hatinya melonjak gembira. Terasa mahu menjerit. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan yang tahu. Telah lama dia memendam perasaan sayang dan cinta buat gadis itu. Namun belum punya kekuatan untuk meluahkannya. Takut Nia bertindak menjauhkan diri darinya. Biarlah dahulu. Takkan lari gunung dikejar. Bukannya Iqbal tidak tahu sikap Nia. Gadis itu terlalu mementingkan persahabatan. Mana mana lelaki yang ingin berkenalan darinya disambut hanya sekadar sahabat. Tidak lebih dari itu.
            Ketukan pintu berbunyi sebelum tersembul wajah Iqbal tersengih di muka pintu. Namun tidak masuk, badannya hanya disandarkan pada pintu sambil menyilangkan tangannya.
”Jomla. banyak lagi kerja you yang belum siap?” dilihat Nia hanya memandangnya sekilas sebelum beralih pada kertas yang bersepah di meja Nia.
“Jap, Nia kemas dulu. Masuk la dulu.”
            “tak pe, Iq tunggu kat sini je. Take your time” Dannia mengemas meja dan menyusun kertas kertas yang bersepah sebelum di masukkan ke dalam fail. Setelah selesai, laju tangannya mengambil tas tangan kemudian keluar beriringan dengan Iqbal. Mira dan Kak Leha hanya memerhati dari tempat mereka. Pelik agaknya.
            “Duk pandang apa? Jom la lunch” terkebil kebil mereka memandang Dannia yang sudah berdiri di pintu lift.
“Encik Iqbal follow kita lunch.” Sambungnya lagi setelah tiada sahutan daripada mereka bersua.
 “Korang ni kenapa diam je dari tadi”. Sergah Nia.
            “Tak de pe la. Betul ke Encik Iqbal ikut sekali ni.” Teruja betul si Mira ni. Macam jumpa artis pulak. Apa nak jadi pada sahabatnya yang seorang ni. Pantang nampak jejaka handsome, cepat je perasaan teruja tu datang. Tak cover langsung. Buat malu aku jer.
            “Hai Encik Iqbal” Mira dan Kak Leha menyapa serentak. Mira  tersenyum malu malu kucing. Datang dah penyakit miangnya. Huih.
“Hai” Iqbal membalas pendek. Takut dikatakan sombong.
“Jomla naik kereta Iq, Iq nak makan kat Restoran masakan Timur. Dengar kata restoran tu baru buka.” Nia memandang dua manusia didepannya meminta persetujuan. Melihat anggukan pada Mira dan Kak Leha Nia hanya menurut.
“Ok”’ Lantas Nia menapak masuk ke dalam kereta perdana hitam milik Iqbal.
            Sesampai mereka di sana. Mereka memilih makanan yang disediakan secara catering dan lantas menjamu selera. Sambil makan mereka bercerita dan bergelak ketawa. Macam macam cerita yang di kongsi oleh mereka. keramahan Iqbal amat menyenangkan mereka. pada mulanya agak segan untuk berbicara. Namun ternyata Iqbal pandai memainkan peranannya dalam mebuat lawak. Tidak disangka oleh Mira dan Kak Leha, pada pertama kali berjumpa dengan Iqbal semasa sesi perkenalan, Iqbal amat lokek dengan senyuman, malah dikatakan sombong dan angkuh. Andaian itu meleset sama sekali dan pandangan mereka terhadap Iqbal berubah terus.
            “Erm, you all nak tahu tak, Nia ni dulu time kat London ramai tau peminat. Tak terlayan dia ni” Iqbal memulakan perbualannya. Matanya merenung Dannia sambil tersenyum. Mira dan Kak Leha sudah tersengih sengih.
            “Ala kat pun sini apa kurangnya En. Iqbal, tiap tiap hari terima bunga tau. Bukan calang calang orang kat depan kami ni.” Kak Leha menggiat Dannia yang berada di depannya bersebelahan Iqbal. Dannia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Suka sangat mengusiknya.
            “Mengarutlah korang ni kan? Saja jer nak bagi aku segan” dalam marah bergurau Dannia menangkis penyataan itu.
            “Eleh, tak nak mengaku pulak.”
            “Ye ke? Hai melepas lah I, dah lah time kat London dah ramai pesaing. Kat sini lagi ramai rupanya” Iqbal mengeluh, saja mahu mengusik Dannia. Tapi itulah kenyataannya. Dia sengaja berkata begitu untuk bagi hint. Entah faham ke tidak Dannia ni, naif sangat, tapi itulah wanita yang membuat tidurnya tidak lena saban hari.
            “Hah tengok, lagi sorang peminat kau Nia. Terima jelah Encik Iqbal ni.” Mira mencelah. Mahu melihat reaksi Dannia yang agak kelam kabut.
            “Korang percaya lah sangat kat Iqbal ni. Suka sangat menyakat orang, bab mengenakan orang memang nombor satu. Lepas ni korang kena  berhati hatilah ya.” Dengan selamba Dannia mengenakan Iqbal. Iqbal melopong, dalam diam dia terkena kembali. Kak Leha dan Mira ketawa sakan melihat muka Iqbal yang sudah kelat dan masam mencuka. Adeh, buruknya. Hahahahahaha....



Tuesday 13 December 2011

Kasihku Yang Satu [Bab26]

Bab 26
            “Morning Kak Leha” suara riang Nia menyapa setiausaha bosnya.
            “Morning Nia. Amboi amboi senangnya hati hari ni. Ada apa apa ke Nia” ramah Kak Leha menegurnya.
“Mana ada Kak Leha. Ada ada jelah. Nia muram salah, Nia gembira pun salah” Nia tersenyum manja ke arah Kak Leha. Memang tak dinafikan dirinya amat rapat dengan Kak Leha. Maklum sajalah hanya Kak Leha yang rajin menegurnya selain Mira si mulut kepoh tu. Dia bukannya ramah sangat. Hanya beberapa pekerja sahaja yang rapat dengannya.
            “Nia!” laungan suara Mira yang kuat menggegarkan satu office sudah cukup membuatkan office yang sunyi itu sedikit bising. Memang waktu pagi macam ini sudah menjadi kebiasaan pekerja di syarikat gergasi itu riuh dengan gelak ketawa pekerja sebelum masuknya bos mereka. Cuba riuh time waktu kerja, memang terbalik la satu office mendengar jerkahan Encik Badrul yang sememangnya kepala angin. Pantang salah sikit memang menikus la jawabnya semua pekerja di situ. Nia sendiri sudah serik mendengar suara jerkahan lelaki yang boleh mencairkan tahi telinganya. Walaupun bukan dirinya yang menjadi mangsa jerkahan, namun kecut juga kalu berdiri berdekatan di situ seumpama dijatuhkan hukuman pancung.
            “Ni ha untuk hari ni” tangannya menghulurkan sejambak bunga rose berwarna putih kepada Nia. “Terima kasih la wahai sahabatku intan payung. Susah susah jer kau belikan untuk aku” sengihnya nakal.
“Cheh, tak ada maknanya aku nak bagi kat kau” Mira menjuihkan bibirnya.
“Habis tu siapa yang bagi”.
“Macam biasa la secret admirer kau la yang bagi. Cuba baca kat kad tu” mulut Mira muncung menunjuk ke arah kad yang terselit. Pantas tangannya mencapai kad lalu dibaca.
Salam perkenalan buat Nia..sambutlah perkenalan ikhlas ini...
Dato’ Z
Nia mencebik. Meluat dengan Dato’ Zakuan. Tak habis habis dengan rayuan perkenalan untuk dirinya.
“Nah ambiklah kalau kau nak, kalu kau tak nak letak jer kat situ” seraya tangannya menunjuk ke arah bakul sampah di sudut mejanya biliknya.
“Sayangnya nak buang. Bak la sini daripada buang baik letak kat meja aku. Ada jugak haruman semula jadi 
“Ni coklatnya sekali, aku tak nak la.”         
“Hai bertuah la badan” keluh Kak Leha.
“Akak ni da lama bekerja kat sini tak pernah dapat pun bunga” sambungnya lagi.
“Ala akak ni, bukan ke Nia dah bagi bunga hari hari. Kenapa pulak cakap tak pernah dapat?” bulat mata Nia memandang wajah Kak Leha bersama kerutan di wajahnya. ‘dah datang da penyakit lurus dia ni’ aduhai.
“Bukan, maksud akak dari lelaki la Cik Nia oi”. Keluhnya panjang. Aku lesing jugak budak ni karang.
“Nanti nanti adalah akak oi.. “ ajuk Nia membulatkan mata yang yang cantik. Nampak comel di mata Kak Leha.
“Ok la akak, sambung la kerja tu, nanti Encik Singa tu datang mengaum susah pulak” mendengar ayat yang keluar dari mulut Nia, Mira dan Kak Leha tergelak sakan sampai terkeluar air mata. Nia ni ada je lawak pepagi buat nak dibuatnya.
Sudah menjadi kebiasaan buat Nia menerima sejambak bunga daripada lelaki lelaki di pejabat, clien mahupun rakan sepejabatnya. Dia sudah lali dengan itu semua. Pada mulanya memang agak segan, tapi lama kelamaan sudah biasa buatnya. Malah bunga tersebut kadang kala menjadi makanan tong sampah. Semenjak Nia bekerja di bawah syarikat  DHI Holding, ramai pekerja lelaki mengusha dirinya. Malah sesetengah pekerja perempuan iri hati padanya. Bukan dia tidak tahu akan hal itu, malah pening kepala memikirkan itu semua. Dengan nasihat Kak Leha dan Mira, Nia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya. ‘lantaklah, aku tak kacau hidup korang pun’.
Ramai juga pekerja yang senang hati malah menerima dirinya dengan baik. Mereka senang dengan pertuturan sopan dan budi bicara Nia. Malah gadis itu amat sempurna di pandangan mata orang ramai  dengan kecantikan semula jadi dan keayuannya amat menyerlah. Tambahan pula perangai yang keanak anakan Nia yang semula jadi tanpa dibuat buat membuatkan sesiapa yang mendampingan dengannya berasa selesa. Walaupun Nia memegang jawatan yang agak tinggi di dalam syarikat tersebut, keramahan dan sifat rendah diri Nia membuatkan ramai yang menghormati dirinya. Malah tanpe segan silu dia berbual dengan mak cik cleaner syarikatnya untuk menghilangkan rasa bosannya seharian di pejabat.
“Kak Leha, jom la lunch da pukul berapa ni” kepala Nia tersembul di celah pintu biliknya.
“Nia ni terkejut akak tau” pen yang berada di tangan Kak Leha tercampak ke bawah. 
“Kalau la hari hari macam ni da lama jalan Kak Leha ni tahu.”Kak Leha mencerlung tajam ke arah Nia.
“Eeeiii takutnya”  sambil menjelir lidah.
“Kak Leha, Mira mana. Tak nak lunch sekali ker?” tak nampak pun mak cik ni. Biasanya dia la yang paling awal duk melangut kat meja Kak Leha.
“Dia tunggu kita kat restoran katanya” cheh! Da blah rupanya. Patutla tak nampak muka. Dah lapar sangat la tu agaknya.
Mereka bergegas menuju ke lift untuk turun. Setelah menunggu beberapa minit, pintu lift terbuka. Mereka masuk ke dalam perut lift, waktu lunch memang sesak. Semput nafas Nia duduk di dalam lift tersebut. Sesampai di lobi, mereka terus berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apa yang penting isi perut. Siulan nakal pemuda pemuda yang lalu lalang tidak diendahkan.
“Hah tu pun Mira” mereka melangkah ke arah Mira yang sedang melambai kearahnya. Fuh! Penatnya.
“Eh, aku ada cerita hot ni” Mira memulakan bicara. Memang kaki gossip la minah ni. Layann je la.
“Eh kejap, bagi aku  order dulu eh” pintas Kak Leha.
“Potong stim la Kak Leha ni” Nia hanya tersenyum lucu melihat wajat cemberut Mira.
Ok shoot” Nia melambakkan tawa terdengar ayat Kak Leha. Terpandangkan renungan tajam dari Kak Leha dan Mira, Nia pantas mengangkat tangan dan menutup mulutnya. Daripada kena ketuk kepala dengan si Mira ni baik dia diam.
“Bulan depan anak  Dato’ Iskandar dah start masuk. That’s mean kita dapat CEO baru la. ” Hek eleh kecoh la Mira ni, aku ingat apa lah yang kecoh sangat.
”Mana kau tahu ni Mira” Kak Mira terlopong.
“Adalah dari sumber sumber tertentu”Mira tersengih sengih. ‘Dato’ Iskandar’ tak mungkin papa. Ramai lagi yang bernama Iskandar, malah ramai juga berpangkat Dato’ yang mempunyai nama yang sama. Nia cuba menyedapkan hatinya.
“Lagi satu,  minggu ni anak Encik Badrul pun akan masuk menggantikan Encik Badrul. Wah bestnya dua lelaki idaman Malaya dah nak masuk. Lepas ni makin ramai la anak dara kat situ menempel dan bergaya sakan.” Luah Mira.
“Hoi” tersedak sedak Nia. Pantas laju tangannya meneguk air oren di hadapannya.
“Apahal kau ni. Nak bagi aku mati ke apa?” sakit tekaknya.
”Kau la, aku duk cerita tadi, kau selamba badak jer termenung dan sempat pulak duk kunyah makanan .Macam tak makan seminggu pulak” Kak Leha mengurut belakang Nia.
“Aku lapar la. Ada masalah ke?” tanya Nia selamba. “Ei geram betul aku. Tak ada perasaan teruja langsung la kau ni. Memang hati kayu la.” Nia tidak ambil hati dengan kata kata Mira. Sudah biasa.
“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Terpekik melolong ke?”Dannia bertanya geram.
“Dah la tu Mira, Nia. Jom la kita makan. Dah nak habis waktu lunch ni.” Nia kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kalau bertekak dengan Mira ni sampai besok pun takkan habis punya..




                                                 
Dannia merebahkan badannya di atas tilam. Huh leganya dapat rehat. Bolehlah meregangkan otot otot yang bekerja keras ni. Mengenangkan dirinya belum lagi solat isyak, terus dicapai tuala ke bilik mandi, membersihkan diri dan mengambil wuduk. Begitulah kehidupan hariannya yang diisi. Sengaja dia menyibukkan diri untuk melakukan kerja supaya dirinya tidak mengingati kisah kehidupan lalunya.
            “Nia, kau tengok tv ke atau tv yang tengok kau ni?” bantal yang berada di ribanya pantas dibaling. Bingo. Tepat mengena muka Hana. Mengekek Dannia ketawa. Padan muka, kacau lagi.
“Main kasar nampak” dicapai bantal semula dan lontarannya macam biasa, tidak mengenai wajahnya. Hana mendengus geram.
            “Kau ada masalah ke? Sejak seminggu yang lepas asyik termenung je. Teringat kat family kau eh?” soalan Hana dibiarkan sepi.
“Sampai bila kau nak macam ni Nia.Eh, kau tak rindu keluarga kau ke?” senyap lagi.
“Hai dinding, bercakap la engkau, jangan la senyap sunyi aje.” Hana cuba memancing suara Nia.
“Kau jangan nak perli aku pulak Hana. Kau nak kena lempang eh?” Hana mencebik.
“Cantik sangat la tu buat macam tu”
            “Hek eleh, da memang aku cantik la.”perasan betul minah ni. Angkat bangkul sendiri la pulak.
“Yelah tu. Perasan betul kau ni. Bila la kau nak berhenti memuji diri sendiri ni?” menyampah pulak tengok si Hana ni. Macam macam ragam. Layan jelah dapat housemate macam ni. Daripada duduk teringat benda benda yang boleh mengguris perasaannya lebih baik layan si Hana ni bersembang.
            Hana yang perasan melihat wajah sahabat yang dianggap adiknya itu cuba bercerita kisah harian mereka. Hatinya turut sakit mengenangkan nasib yang menimpa Dannia. Tidak habis habis dirinya ditimpa musibah. Bukannya dia tidak tahu kisah suka duka gadis itu. Boleh dikatakan semua rahsia kisah hidup suka duka Dannia disimpan rapi olehnya. Takkan dibiarkan sesekali orang lain menyakiti perasaan temannya yang satu itu. Sesekali Dannia akan dibawa ke kampung halaman. Keluarga Hana sudah menganggap Dannia sebahagian daripada mereka. Setiap tahun Dannia akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di kampung. Malah ahli keluarga Hana amat rapat dengan Dannia terutama abangnya yang tengah. Jarak umur mereka yang berbeza tiga tahun bukanlah ukuran untuk terus rapat. Malah keluarga Hana amat senang dengan kehadiran Dannia.
            “Hujung bulan kita balik kampung aku eh?”
            “Kenapa nak balik kampung? Ada kenduri ke?” soal Dannia setelah lama mendiamkan diri.
            “Kau ni lupa ke, kan ke sekarang ni musim buah. Lagi satu abang Man nak kahwin kan?” Dannia menepuk dahi. Lupa da.
“Aku lupa la. Nasib baik kau ingatkan, kalau tak mengajuk la abang Man. Jenuh aku nak pujuk pulak.” Hana menggeleng kepala. Teringatkan abangnya yang sulung itu yang pernah mogok dengan Dannia kerana tidak dapat pulang dimajlis pertunangannya. Bukan kerana sengaja, tapi dia menghadiri kursus di Melaka.
“Lagi dua minggu kan” Dannia mengira tarikh yang semakin hampir.
“Aku nak beli apa ek kat Abang Man dengan Kak Tika tu” tangannya meletakkan di atas mulut sambil mengetuk perlahan. Mulutnya dimuncungkan.
            “Kau ada idea ke Hana?”
            “Hah, er aku tengah pikir la ni. Nak bagi apa eh?” setelah beberapa lama mereka berfikir. Ting! 
“Apa kata kita bagi tiket honeymoon nak?” bulat mata Hana memandang Dannia.
            “Kau ni biar betul. Banyak tu kos nak guna. Kebulur aku macam ni” Tak boleh.
            “Kau ni, bukan kau sorang la. Kita share la, amacam.” Nia tak mahu mengalah.
“Tak de idea lain ke?”. Hana cuba mencari idea lain.
Nope”. Jawabnya Nia pantas.
“Ala sekurang kurangnya dorang tu ada la kenangan, bila dorang teringat honeymoon, mestila teringat kat kita.”
            “Eh apesal pulak?” Hana cuba mencari jawapan.
            “Kau ni apesal lembab sangat malam ni. Selalunya cepat jer pikat. Kau makan semut ke?” Dannia melambakkan tawanya.
“Kau ni kan, buat aku sakit hati la pulak.” Hana menjeling sekilas. Huh.
            “Ala nak touching plak” Dannia masih lagi dengan sisa ketawanya. Kelakar betul muka Hana dirasakan waktu itu. Masam mencuka. Setelah ditambah ditolak didarab dan dibahagi. Kata sepakat telah diambil untuk membeli 2 tiket percutian ke Langkawi untuk Abang Man dan Kak Tika.
            “Hah besok kita pi picnic nak? Dah lama tak lepak ni. Ko ajak la Mira tu. Aku ni dah lama tak sembang ngan Mira kepoh tu. Layan gossip best jugak ni.” Sengihan nakal diukir. Hana ni memang la, suka sangat layan gossip tu. Duk sembang 4 hari 4 malam pun belum tentu habis lagi.
            “Best jugak tu. Kau call la Mira tanya dia. Set place and time.”


Ok set” dia tersenyum apabila membayangkan detik detik yang akan diluangkan pada hujung minggu. Wah bahagianya...