photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 28 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab19]

Bab 19
            Assalamualaikum Nia” Suara di hujung talian mendatar.
            “Waalaikumsalam, Ibu.. apa khabar?”  pelik dia dengan suara mendatar ibunya. Apa yang tak kena pulak eh? Musykil aku..selalu ceria aja apabila ibunya menelefon. Tapi kali ini berbeza, ketara sungguh suara ibunya di pendengarannya.
            “Baik. Nia macam mana. Ada masalah ke sepanjang duduk sana?” kali ini suara ibu bergetar seolah olah menahan sebak, hatinya terasa semacam. ‘Ya Allah jauhkan dari semua  kecelakaan, lindungi keluargaku Ya Allah’
            “Tak ada pulak bu. Kenapa ni, suara lain macam je ni.” Ibu ni buat aku cuak pula. Kenapa ni hati aku rasa semacam je. Tak boleh jadi ni. Kena tahu juga walau macam mana pun. Tak tenang aku kat sini. Hatinya berdegup kencang.
            “Dannia, ibu ada benda nak cakap ni. Tapi tak selesa kalau nak bincang kat sini. Hujung minggu ni Nia balik rumah ya. Kami semua ada benda nak bincang ni. Balik ya, sayang?”
            “Ok la ibu, kalau tak ada aral lintang, Nia balik. Semua baik baik aje kan bu?  Jangan risau ya. Maaf bu, Nia tak boleh cakap lama ni. Kelas dah nak mula. Jaga diri ya. Kirim salam kat semua. Assalamualaikum”
            “Yalah. Nia pun sama. Waalaikumsalam.” Tangannya lincah menekan butang merah untuk menamatkan talian setelah ibunya mematikan talian. Termanggu dirinya sebentar. Otaknya ligat memikirkan perkara yang mahu dibincangkan oleh ibunya. Soalannya tadi tak terjawab oleh ibu. Makin sesak dadanya.
            “Nia.” Hanna menyiku lengan Dannia apabila sapaannya tidak mendapat reaksi. Minah ni kenapa pula ni.. sekejap ok sekejap tak ok. Entah apa pula masalah budak Dannia kali ini.
            “Nia, kau kenapa? Hanna cuba mengorek rahsia Dannia.” Hairan juga melihat gadis itu, langsung tidak memberi seberang reaksi padanya. Selalunya pantang diusik laju je tindak balas. Maklum lah kanak kanak ribena.
            “Hanna, aku ingat nak balik kampung. Ibu call tadi suruh balik. Entah apa yang berlaku. Aku risau betul Hanna.”  Dannia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Pada Hanna sahaja dia dapat berkongsi masalah. Dia tiada sesiapa di sisinya melainkan Hanna. Hanya gadis itu yang boleh dipercayainya.
            “Kau janganlah bimbang. Berdoa banyak banyak semoga semuanya baik baik je. Habis tu bila kau nak balik ni? Hujung minggu ke?” Hanna berkira kira. Kalau hujung minggu ni rasanya tak ada apa yang penting. Semua assignment dah  submit. Test semua baru je lepas.
            “Ha’ah. Hujung minggu apanya. Lusa kan dah cuti. Kalau boleh aku nak balikla. Kau nak ikut sekali tak ni?” Hanna diajak pulang sekali dengannya. Mahu pulang keseorangan tak larat pula. Mesti bosan jika memandu sendirian. Nasib baik keretanya dibawa ke rumah sewa setelah kejadian ‘itu’. Itupun Harith yang kirimkan pada abah dan abang abangnya ketika pertemuan terakhir lapan mata.
            “Boleh juga. Aku pun dah lama tak balik ni. Mak aku dah bising dah. Kira balik sekali lah ni ya.”
            Petang itu, setelah tamat sesi kuliahnya. Beberapa kali juga dia memujuk alongnya untuk menceritakan apa yang terjadi. Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menyuruhnya pulang sahaja. Biar ibu dan abah yang beritahu kesemuanya. Syahmin sebolehnya cuba mengelak dan terpesong mencari topik lain jika Dannia bertanyakan tentang hal ibu. Apabila tiada tanda tanda alongnya akan memberitahu hal yang sebenar, tangannya laju mendail nombor Syahmir pula. Tapi hanyalah sia sia, angahnya juga tidak memberitahu apa apa padanya. Sudahnya dia hanya mengeluh dan mengalah.
            “Baik angah cakap apa yang terjadi sebenarnya.” Tanpa memberi salam, dia menebak supaya angahnya bercerita.
            “Apa ni adik. Salam tak bagi, terus terjah orang. Assalamualaikum...” Syahmir menyindir dalam geram. Geram apabila adiknya sesuka hati melontar peluru bersoalan.
            “Apa yang terjadi sebenarnya? Mesti angah tahu kan?” Dannia bertanya lagi dengan nada sedikit tegas tanpa mempedulikan sindiran Syahmir. Salamnya hanya dijawab di dalam hati. Kini hatinya membuak buak ingin tahu perkara sebenarnya.
            “Tahu apa ni. Salam tak jawab pun.” Syahmir yang sudah tahu akan dannia pasti menelefonnya, sudah brsiap sedia dengan sesi soal jawab tak bertauliah adiknya. Malah, Syahmin sendiri telah memberi amaran kepadanya supaya jangan memberitahu apa apa pada Dannia jika gadis itu menelefonnya.
            “Dalam hati. Angah, please jangan nak buat tak tahu pula. Bagitahu adik. What happened?” Dia terasa ingin menjerit. Sakit hati, geram, bimbang dan rasa ingin tahu semuanya bercampur menjadi satu.
            “Adik, relaks ok. Angah betul tak tahu apa yang adik cakapkan ni.”
            “Fine. Adik takkan tolong angah lagi. Lepas ni angah tackle sendiri Hanna. Malas dah adik nak ambil tahu. Bye” Hanya itu satu satunya idea yang terlintas difikiran apabila Syahmir tidak mahu memberi kerjasama. Mesti angahnya akan berfikir dua tiga kali. Angahkan penakut kalau perihal hati dan perasaan.
            “Eh, jangan lah macam tu. Kejam tu..” meleret suara dihujung talian.
            ‘eh, boleh dia ni main main lagi. Tak boleh jadi ni.’
            “Bagitahu cepat.” Dannia semakin terdesak. Dah lama dia bergayut. Dah la kredit tak banyak ni. Adui angah, please bagitahu...
            “Macam mana angah nak cakap, angah tak tahu apa apa pun. Adik jangan lah macam tu. Siapa yang nak tolong angah lepas ni. Please..” kedua belah tangan ditekapkan bersama, merayu kononnya. Macamlah Dannia nampak reaksinya ketika ini.
            “Habis tu adi...” Tutt!!
            “Hello...Hello..!!” shit..topup dah habis. Ish time ni lah dia nak habis. Bertambah rungsing jadinya apabila jawapan yang dimahukan. Arghhhh!! Dannia menjerit kuat. Geram dan sakit hatinya.
            “Hoi, kau ni kenapa. Kena sampuk ke?” marah Hanna. Terkejut bukan main hinggakan terconteng sedikit dakwat pen  pada kertas yang sedang ditulis di ruang tamu. Dikerling gadis itu yang duduk agak jauh darinya. Makhluk mana yang sampuk kawan aku ni malam malam buta. Dengar dek jiran nanti tak ke haru kena sound. Dah lah, perumahan yang dihuni mengamalkan amalan harmoni dan senyap pada waktu malam. Kiri dan kanan dihuni oleh keluarga yang mempunyai anak kecil. Hanya sesuku sahaja yang dihuni oleh pelajar. Malah, awal awal lagi dinasihati supaya tidak membuat bising atau kecoh pada waktu malam.
            “Tension aku tahu tak. Buah hati kau ni lah, langsung  tak tolong aku.” Luah Dannia geram.
            “Buah hati aku? Siapa pula nih. Kau jangan Nia..” Hei budak ni. Nak kenankan aku dengan siapa pulak la.
            “Hai buah hati sendiri tak kenal.” Perlinya perlahan. Hatinya masih berbuku geram, malas mahu menyebut nama angahnya. Kalaulah angahnya ada di depan mata, sudah lama dilukunya, biar bertelur sebiji dua di dahi. Baru puas hatinya.
            “Malas la aku nak layan kau. Aku study lagi bagus.” Hanna segera ke biliknya. Malas nak ambil tahu pasal Dannia, lagipun jika ditanya pada gadis itu ketika tengah marah, pasti tidak ditemui jawapan. Kena sembur lagi adalah, daripada kena sembur, baik dibiarkan cool dulu.

#####
           
Akhirnya sampai juga dia di Kedah. Perjalanan mereka yang mengambil masa tiga jam lebih amat memenatkan. Awal pagi lagi mereka sudah bertolak. Hanna yang nyenyak tidur dikerahnya sehingga bangun. Muncung gadis itu panjang sedepa apabila diugut untuk ditinggalkan kerana lambat.            Sepanjang perjalanana mereka, Hanna tidak habis membebel, itu ini.
“Assalamualaikum...ibu” Dannia memberi salam sebaik sahaja keluar daripada kereta viva hitam miliknya. Terkocoh kocoh berlari menuju menaiki tangga. Beg di tangan dibimbit dengan kemas.  Sebaik sahaja melihat kelibat Puan Diana dan Encik Zamani di halaman belakang rumahnya sedang mengambil angin, laju langkahnya menuju ke arah mereka. Rindu pada umi dan abah sangat sangat.
“Umi..abah..”
“Adik.. bila sampai?” Puan Diana segera berpaling apabila mendengar suara anak gadisnya.
“Baru je umi.. Umi dan abah sihat?” segera dicapai tangan umi untuk disalam, diikuti tangan abahnya.
“Adik sihat tak ni? Makin kurus umi tengok. Tak cukup makan ke?” Puan Diana perasan tubuh Dannia yang kurus kini semakin kurus. Mungkin penangan yang dari Harith dan mungkin juga tertekan dengan pelajaran. Tapi kemungkinan kedua yang dipilihnya, walaupun hatinya kuat menyatakan anaknya semakin kurus kerana kemusnahan rumah tangganya.
Entah macam mana mahu diberitahu jika anak gadisnya bertanya alasan mereka akan berpindah. Bagaimana mahu diterangkan akan cemuhan orang kampung pada mereka sekeluarga. Dia sendiri sudah tidak tahan akan semua ini. Bukan mahu mengalah, tapi ini bukanlah elok untuk mereka sekeluarga. Lebih lebih lagi dengan kesihatan Encik zamani yang kian merosot. Bila mereka berpindah kelak, mungkin keadaannya akan bertambah baik.
Mereka semua telah berbincang masalah ini, Cuma Dannia yang belum tahu. Malah Syahmin juga bersetuju mahu berpindah ke kampung halaman ayahnya di Johor. Pertukarannya akan bermula tak lama lagi, cuma Syahmir yang tidak dapat mengikuti mereka kerana syarikat yang dikongsinya bersama. Syahmir Cuma akan berpindah ke rumah sewa bersama kawannya yang agak berdekatan dengan tempatnya bekerja.
“Ibu..sebenarnya kenapa ibu suruh adik balik ni?” teragak agak dia bertanya. Bimbang jika ibunya terasa hati. Tidak mahu dikatakan dirinya dipaksa pulang dan kepulangannya ke sini adalah tidak ikhlas.
“Itu kita bincang kemudian. Adik dah makan belum ni?” Dannia mengeluh. Jawapan yang dicari masih belum diketahui. Hairan bin ajaib dengan perangai ibu kali ini. Puan Diana seolah olah ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Sabar Dannia, pasti sekejap lagi jawapan pasti ditemuinya.
“Belum bu. Laparla...”
“Adik nak makan sekarang atau nak tunggu along dan angah pulang?” kepala Dannia diusap penuh kasih sayang. Kemudian dielus pula bahu Dannia. Sayang benar dirinya pada Dannia.
“Tunggu diorang la ibu. Boleh kami makan sekali.” Dannia berbaring di pangkin tempat mereka duduki. Kepalanya diletakkan pada peha ibunya. Ah.. bestnya dah lama mereka tidak berkeadaan begitu. Puan Diana yang melihatnya hanya tersenyum.
“Manja betul anak ibu ni kan. Selalu cengeng.”  Rambut Dannia yang panjang dielusnya pula. Cantik.. pandai anak gadisnya jaga. Mesti ikut rambut ibu atau bapanya. Rambut hitam berkilat dan beralun dibahagian bawah, jika dilihat dari jauh rambut itu berwarna coklat. Sangat cantik. Ramai orang puji rambut gadis itu, malah ada yang bertanya dimana gadis itu buat rambut..
“Mana ada bu. Adik cengeng dengan ibu je. Dengan orang lain adik ni garang tau”
“Yelah tu. Boleh percaya ke ni?”
“Mestilah kena percaya. Adik kan anak ibu.”
“Amboi, mengada ngada baring kat peha ibu. Tepilah sikit. Bagi orang lain pulak.”suara sumbang kedengaran di cuping telinganya. Ditolaknya badan Dannia sedikit kuat sehingga jauh tersasar ke belakang.
Tu dia, pengacau dah balik. Tak payah berpaling dia sudah tahu satu satunya makhluk yang selalu mendengki dengannya. Syahmir! Dia ni kalau satu hari tak tengok hidup aku aman memang tak sah la gamaknya. Ada je benda nak buat aku bengang.
“Sibuk la lalat hijau ni.” Ambik kau sebijik. Dari tadi duk sibuk mengerumuni tempat baringnya.
“Biarlah. Dengki la tu.” Syahmir ketawa kemenangan apabila Dannia mengalah, sebab apa...? mestilah tak larat nak alihkan badannya. Ada hati badan cekeding macam papan nak alihkan badan aku yang sasa ni. Tunggu tahun depan jelah...hahaha..
“Angah ni, asal orang balik je buat orang bengang. Menyampah, dah la..nak masuklah macam ni. Tunggu along lagi bagus.” Ditinggalkan Syahmir yang masih lagi ketawa lucu. Entah apa apa la dia tu...
Sementara menunggu Syahmin pulang, Dannia masuk ke biliknya. Baru teringat dia belum lagi mengemas baju yang dibawanya. Sampai je tadi, terus ibu dan abahnya dicari. Begnya dicampak diruang tamu. Segera diambil beg garfieldnya lalu didukungnya persis mendukung anak kecil ke dalam dakapannya. Dia ingin mandi dahulu sebelum makan tengaharinya. Sambil menunggu bolehlah dia melayan novel novelnya. Entah bagaimana dengan koleksi novel yang disimpan olehnya. Agak agak berhabuk tak..?

####

            Makan tengahari mereka sekeluarga bertambah meriah dengan kehadiran along dan isterinya Kak Zana, tak lupa juga anak buahnya Memey. Lama wajah anak itu tidak dipandang, hampir setahun juga. Waktu majlis kahwinnya, dia terlalu sibuk sehingga terlupa akan satu satunya anak buahnya itu. Apa punya ibu saudara la aku ni... Kalaulah Memey pandai bercakap mesti budak tu kata aku ni sombongkan. Sorry sayang, Mama Su tak sengaja tau..
            “Mama Cu..mama Cu..” Memey menjerit nyaring memanggilnya.
            “Ye sayang. Nak apa?” kepala anak kecil itu diusap perlahan. Tercungap cungap menahan nafas. Sedikit letih, lagipun kedudukannya memang jauh daripada anak kecil itu.
            “Nak kerimm...” tangannya menunjuk ke arah satu arah, matanya melihat kearah yang ditunjukkan. Dilihat ramai kanak kanak mengerumuni tempat itu..Oh Ice cream rupanya.
            “Jom..jom...” tangan si kecil ditarik mengikutinya menuju ke arah penjaja ice cream di pinggir jalan. Terjerit riang Memey apabila kehendaknya diikuti. Sampai di sana, beberapa orang sebaya dengannya turut membuat perkara yang sama. Menunggu adik ataupun anak mereka barangkali. Dannia hanya tersenyum apabila pandangan mereka berlaga. Namun senyumannya hanya dibalas dengan senyuman sinis. Entah kenapa pelik dia memikirkan orang kampungnya, bukan mahu dibalas senyuman malah hanya jelingan balasannya. Malas dia mahu memikirkan itu semua.
            “Ok, jom” apabila Memey mendapat ice creamnya, didukung anak itu supaya beredar dari situ. Terasa tidak selesa apabila terdengar bisikan yang yang menyakitkan telinganya. Entah kenapa hatinya tidak enak. Apa pula kali ini yang telah dibuat sehingga menimbulkan gosip tidak bertauliah di kampungnya.
            Tiba di rumah, dia termanggu sendirian, membiarkan Memey mencari ibu bapanya dan bermain sendirian. dia masih memikirkan kata kata yang di dengar secara tidak sengaja..
            ‘kesian..ada suami ditinggal tinggalkan’
            ‘yalah..agaknya memang tak tahu jaga suami agaknya. Dengar kata digantung tak bertali’
            ‘Yelah..aku pun dengar macm tu jugak. Hari tu abang aku cakap, dia jumpa laki dia dengan perempuan lain. Gila seksi perempuan tu..’
            ‘Tulah, ada hati nak berdamping dengan lelaki kaya. Kan dah kena tinggal’
            ‘tapi aku dengarlah, diorang kahwin tu sebab keluarga Dannia yang minta. Terhegeh hegeh, tak malu betul..sanggup jual anak’
            Oleh kerana tidak sanggup lagi mendengar, sengaja dia mendukung Memey supaya langkahnya bertambah laju untuk beredar dari situ. Sakit telinganya mendengar fitnah yang dilemparkan padanya. Sampai bila dirinya perlu dicemuh dan dihina. Cukuplah dengan cemuhan Harith selama dia berelar isteri kepada lelaki itu. Diharapkan bila pulang ke kampung, dirinya bebas dan dapat menenangkan fikiran... tapi sekarang...
            Mugkinkah hal ini ada kena mengena dengan suruhan ibu yang menyuruhnya pulang. Masih terngiang ngiang di telinga suara ibunya yang agak berlainan ketika menelefonnya dua hari lepas. Dia mula berasa tidak selesa berada di kampung sendiri, dulu bila ditanya di mana tempat yang paling best..mesti kampung halaman yang dijawabnya. Tapi kini..bila ditanya masihkah jawapan yang sama? Rasanya tidak lagi...
            Untuk kesekian kalinya dia mengeluh perlahan..kuatkah dia menghadapi cemuhan orang kampung. Bagaimana keluarganya? Hatinya?
            “Ibu...” Dannia perlahan lahan mendekati ibunya. Serba salah sebenarnya ingin bertanya, macam mana jika ibunya tak mahu menjawabnya. Sejak dari pagi ibunya masih tidak memberitahunya apa apa pun. Sudah panas punggung dia menunggu. Penantian memang satu penyeksaan kan? Ibu jangan seksa Dannia lagi.....
            “Ibu, boleh adik tahu apa sebenarnya yang terjadi? Ibu nak tahu, tadi adik beli ais krim kat Memey depan tu. Lepas tu ada la dua, tiga orang kat sini.. yang tak bestnya, kenapa dia tengok adik lepas tu bisik bisik...” sengaja dia tidak memberitahu apa yang di dengar. Mahukan lebih penjelasan, walaupun kata kata sinis tadi sudah cukup menceritakan segalanya. Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Puan Diana.
            Mendengarkan pertayaan Dannia, tangannya yang ligat melipat baju terhenti tiba tiba. Nampaknya dia terpaksa memberitahu apa yang terjadi pada Dannia. Ingatkan mahu memberitahu pada malam ni. Tapi..gadis itu sendiri sudah tidak betah menunggu.
            Puan Diana tersenyum tawar, matanya singgah melihat wajah gadis cantik dihadapannya.
            “Adik panggil abah dan semua..kita duduk dan bincang. Abah nak bagitahu sesuatu” 
            Tanpa menunggu masa, Dannia meninggalkan Puan Diana untuk mencari abah dan abang abangnya. Setelah semuanya dipanggil, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Puan Diana sempat menyediakan minuman untuk mereka. Entah bila Puan Diana menyusup ke dapur menyediakan itu semua.
            “Adik tahu kenapa ibu suruh balik?” setelah agak lama berdiam diri, Encik Zamani akhirnya bersuara. Wajah di ruang tamu itu dipandang satu persatu dan akhir sekali barulah pandangan itu jatuh pada wajah anak gadisnya. Melihat gelengan Dannia, Encik Zamani mengeluh perlahan..
            “Abah rasa Dannia dah tahu apa yang terjadi pada keluarga kita kan?” Encik Zamani lagi sekali menyoal Dannia. Anak gadisnya masih lagi membisu sebelum menjawab dengn pertanyaan.
            “Abah, straight to the point. Adik tak tahu apa yang sebenarnya abah nak cakapkan. Just tell me..”  kesabarannya diuji.
            “Kami dah bincang dengan semua orang. Kita akan pindah, jauh dari tempat ni. Cuma adik yang lambat tahu. Dah lama kami berbincang dan buat keputusan ni..” mendatar suaranya. Yang lain hanya diam mendengar. Langsung tidak menyampuk, hanya sesekali suara Memey bercakap sendirian, butir bicaranya yang kadang kadang sukar difahami.
            “Tapi kenapa tiba tiba..?”
            “Bukan tiba tiba.. dah lama sebenarnya, tapi cuma seminggu dua ni abah dah nekad. Semua dah setuju. Hujung bulan ni kita pindah. Rumah dah ada.” Begitu payah Encik Zamani mahu bersuara, seolah olah ada yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya.
            “Bukan sebab adik ke?” Dannia bertanya tiba tiba tak sempat ditahan. Dannia terkedu sendiri, kali ini mulutnya tidak bekerjasama dengan otak.
            Dannia mamandang pula wajah mereka satu persatu.
            Dia mengeluh lagi...
            “Ibu..Abah.. adik tahu, mesti sebab fitnah orang kampung kan? Tak payah nak sembunyi apa apa dari adik” rasa bersalah bertandang dihati. Kali ini dia telah menyusahkan keluarga, disebabkan dia, keluarga mendapat malu..sebabkan akukah? Tidak.. ini semua salah lelaki itu, dia yang menyebabkan keluarganya mendapat malu..
            “Ibu, abah, Nia minta maaf disebabkan adik, keluarga kita dapat cemuhan orang kampung. Adik minta maaf malukan keluarga. Adik...” dia tidak dapat teruskan katanya, hanya esakan kecil yang kedengaran. Dia betul batul rasa bersalah dan sedih, keluarga dicemuh hanya kerana kesalahan yang tidak dilakukan olehnya.
            “Adik tak salah. Mungkin takdir keluarga kita macam ni. Kami tak kisah pun. Kami tahu siapa yang salah. Mulut orang tak boleh ditutup, biarkan mereka.. suatu hari nanti pasti semuanya akan terbongkar. Cuma kita kenalah redha dengan semua ini.” Kini Puan Diana pula yang memujuk Dannia, apabila gadis itu semakin terwsak semakin kuat. 
            “Sudahlah adik, bawa bersabar ya. Jangan difikirkan sangat. Memang kami dah rancang lama nak pindah, tunggu masa je. Bukan sebab adik semata mata.” Syahmir bangun dan duduk di sisi gadis itu sebelum memeluknya erat. Terasa bergegar menahan tangisan yang kian berlagu apabila gadis itu berada dalam dakapannya. Diusap perlahan bahu gadis kesayangan mereka, cuba memujuk.
           



Friday 21 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab18]

Bab 18
            Hari ini genap seminggu Dannia berada di kampung. Namun bayang Harith langsung tidak nampak di kampung. Apatah lagi mahu menjenguk dan membawanya kembali pulang ke Penang. Lelaki itu terlalu sombong dengan orang kampung, dia pasti tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Waktu perkahwinannya dahulu pun, Harith lebih senang bersiar siar seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Cuma abahnya sahaja yang melayan kerenah lelaki itu. Itu pun sekadar melepas batuk di tangga. Macam hendak tak hendak sahaja lagaknya.
            Sepanjang di kampung, dia lebih gembira menjalani kehidupannya tanpa Harith di sisi. Malah lebih gembira kerana terasa bebas daripada lelaki itu. Sejak dua hari yang lepas, dia telah nekad tidak akan berpaling ke belakang lagi. Dia tidak mahu terpenjara di dunia kesedihan, betul kata angahnya, kehidupan harus diteruskan.  Setelah berfikir semasaknya, dia tidak mahu lagi menaruh harapan dengan Harith, biarlah masa yang menentukan arah tuju hubungan mereka suami isteri.
            Petang nanti dia mahu berangkat ke rumah sewa Hanna. Dia akan kembali lagi ke rumah sewa lamanya. Nasib baik Hanna tinggal keseorangan, jadi tidak kisah sangat jika dia mahu tinggal kembali di situ. Kehidupannya kini telah berubah walaupun tiada kata putus dari Harith. Lelaki itu tidak mahu mengambil mahupun menceraikannya. Di usia yang begitu muda dia digantung tak bertali. Orang kampung mula bercakap tentang mereka sekeluarga. Semuanya tidak enak di dengar. Maruah keluarga mula diperkatakan. Timbul pelbagai bagai cerita tentang dirinya. Walaupun hanya segelintir yang mengumpat akan keluarga mereka, jika di sogok banyak kali mustahil lebih ramai lagi yang akan percaya dan mengata. Orang kampung memang lebih suka menjaga tepi kain orang. Malah cemburu dengan kelebihan orang lain.
            Masih terngiang ngiang di telinganya tentang perkhabaran yang dibawa oleh abahnya.  Walaupun apa yang diberitahu seakan sebuah cerita yang tidak lengkap. Di kerah pula angahnya supaya menceritakan semua tentang pertemuan lapan mata antara mereka.
            Sekarang, dia sudah mengetahui sebenarnya cerita pertemuan mereka. Sampai hati Harith langsung tidak menghormati bapa mertuanya ketika mereka berkunjung ke rumah.  Kata angah, apabila tiba di sana, mereka mencari alamat rumah Harith yang diberikan oleh Dannia. Tiba di alamat yang  tertera,  mereka disambut oleh seoang wanita yang seksi. Gadis yang sombong dan agak kurang ajar mulutnya. Ingatkan salah rumah, baru sahaja ingin beredar dari sana Harith muncul dengan berseluar pendek tanpa berbaju. Mengucap panjang abahnya apabila pertama kali mereka dikejutkan dengan penampilan Harith bersama wanita itu.
            Bila diajak berbincang, Harith dengan lantang menyuarakan dia tidak akan melepaskan Dannia mahupun menyuruh Dannia kembali padanya. Lelaki itu dengan angkuh dan sombong berkata, malah dimarahinya abah dan abangnya. Dititipkan lagi pesan padanya supaya jangan sesekali menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Sampai begitu sekali benci Harith padanya. Malah Harith langsung tidak menjemput mertuanya masuk walaupun untuk segelas air. Perbincangan mereka hanya berlansung diluar, itupun hanya seketika.
Apabila Syahmir dan Syahmin bersuarakan pendapat, ditengkingnya dengan perlbagai kata makian. Apalagi, Syahmir yang sedaya upaya menahan sabar akhirnya meletuskan kemarahan. Sempatlah juga ditumbuk muka Harith tu. Belum sempat adegan itu berlanjutan , mereka berdua dihalang oleh along dan abah. Wanita disamping Harith pula menggugut supaya beredar dari situ dan akan menelefon pihak polis jika masih disitu. Kemudian mereka di halau macam kucing kurap. Jelaslah padanya semuanya telah berakhir.
            “Adik dah kemas semuanya?” pertanyaan angah mencantaskan semua lamunan dan ingatannya pada perbualan lewat malam semalam.
            “Yup. Baru jer siap. Siapa yang nak hantar adik nanti?”
            “Angah dan along. Adik okey ke?” risau melihat senyuman Dannia yang pudar. Tiada lagi seri menghiasi wajah itu. Rungsing dengan masalah yang menimpa adik kesayangannya. Tapi dia tahu Dannia seorang yang tabah.
            “Ok. jangan risau. Adik tak mahu lagi mengingatkan itu semua. Don’t worry. Sekarang ni adik nak tumpukan perhatian pada study. I’m strong enough”  Dannia tersenyum lagi walaupun jelas kecanggungan senyumannya.
            “Good. Jangan diingat lagi lelaki tak guna tu.” Dannia hanya tergelak halus. Lelaki tak guna? Kena sangatlah panggilan tu pada Harith. Dia pun mahu melupakan Harith, buat apa terhegeh hegeh pada yang tak sudi.
            Seperti yang di janjikan, Syahmin dan Syamir menghantar Dannia sehingga ke pintu pagar rumah sewanya. Kedatangan itu disambut oleh senyuman gembira Hanna. Ternyata gadis itu sangat gembira kerana Dannia kembali untuk menemaninya di rumah itu.
            “Nia! Rindunya aku kat kau” jeritan Hana riang kedengaran. Pantas tubuh Dannia dirangkul. Lupa akan kehadiran orang lain yang turut menyaksikan pertemuan dua sahabat yang hampir dua minggu berpisah.
            “Ish, lepaslah. Lemas ni. Oi..” Dannia sedaya upaya meleraikan pelukan erat yang bergayut di badan. Mak ai, kalau laki aku tak apalah juga nak peluk kemas kemas. Gatalnye kau Dannia oi. Hehehhe.. Ok stop Dannia. No more husband at your side.
            Hana tersengih apabila Dannia berjaya merungkaikan pelukannya sebentar tadi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dicium wajah sahabat baiknya. Tapi memandangkan mereka berada diluar rumah, bimbang jika jirang mereka mengatanya sebagai songsang. Mak ai... simpang malaikat empat puluh empat la. Hehehe....
“Dannia lamanya kau bercuti eh? Kesian aku sorang sorang tak ada kawan kat Uni. Sampai hati kau cuti lama lama.” Hana mengeluarkan muncung panjangnya.
“Ni, sepanjang aku tak datang. Ada apa apa tak?”
“Tak de. Aku tolong kau cover baik punya.” Ibu jari ditunjukkan tanda beres sambil mata dikenyitkan.
“Bagus. Macam tulah kawan aku.”
“Ehem. Dah lupa ke kitorang kat sini” Amboi dua manusia ni. Terus lupa orang sekeliling bila dah jumpa. Bertuah punya adik, bukan mahu dijemputnya masuk. Sabar jelah aku..
“Eh, Abang Syah dan Abang Mir pun ada sekali. Maaf tak perasan tadi” Hana tersenyum malu. Adeh, malu den macam mana boleh tak perasan. Hilang keayuan aku kat depan diorang. Dahla depan pakwe macho ni..huhuhu..nasib badan la, confirm kena reject.
“Ha’ah. Kamu ni macam dah setahun tak jumpa.” Syahmin menggelengkan kepala melihat telatah dua sahabat. Syamir pula hanya tersenyum segan, dadanya berdegup kencang, kaget berdepan dengan kawan adiknya. Padahal sudah lama kenal tapi entah kenapa bila berhadapan dengan gadis manis itu, lidahnya kelu. Haiya...
“Er, abang berdua tak nak masuk dulu ke? Boleh lunch terus. Mesti penat kan?” Hanna mempelawa mereka berdua masuk. Yelah takkan nak halau kan?
“Tak apa ker ni?” Yelah, kenalah tanya dulu, takkan nak main redah masuk rumah anak dara kan?
“Boleh je. Lagipun dah masak lebih ni. Kan Nia ada bagitahu korang nak datang. So, terus makan kat sini jelah.” Hanna tersenyum manis.
Dupp!! Mak ai, manisnya senyuman dia. Confirm tak tidur malam aku kalau macam ni. Angaulah kau lepas ni Syahmir oi..huhu..
“Hah, kalau macam tu jom lah masuk. Along and angah tolong angkut ya. Thank you.” Dannia pantas menarik tangan Hanna menonong masuk. Langsung ditinggalkan abang abang yang tercengang diluar. Bila lagi nak buli kan...
“Hoi, kau duk termenung apalagi ni Mir. Angkatlah” apa ke hal pula dia boleh pulak termenung kat sini. Telunjuk tangan Syahmin ditunjal kuat pada bahu Syahmir. Segera dia bergerak ke belakang untuk mengambil barang Dannia.
“Hah! Er, kejap.” Syahmir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlakuan spontannya, alamak nasib tak kantoi. Adui, gadis idamanku...parah sungguh kau ni Mir. Boleh pulak duk tenung anak dara orang. Mahu dihambat dengan penyapu jika tahu dek Dannia ni. Confirm gelak terguling guling, mahu setahun di ejek. Bukan boleh percaya kepala tak betul adik bongsunya.
Barang barang Dannia dipunggah masuk ke dalam rumah. Setelah semuanya diangkut, mereka melepaskan penat di kerusi yang ada di luar rumah teres itu. Kelibat Dannia dan Hanna tidak kelihatan setelah menghidangkan air untuk mereka. Sibuk mengemas agaknya, bukan dia tidak tahu perangai Dannia yang tidak suka dengan keadaan tidak kemas. Selagi tidak kemas, selagi itulah dia akan mengemas. Apabila sudah berpuas hati barulah yang lain lain diambil perhatian.
“Abang abangku sekalian. Jomlah masuk makan. Kesian adik tengok muka kebuluran manusia berdua sekalian. Dipersilakan untuk santap ya.” Wajah Dannia yang tiba tiba muncul dengan sengihan lebar, mungkin berasa bersalah barangkali dengan ketidakprihatinannya pada abang mereka.
“Hai, ingatkan dah lupa terus kat kitorang kat sini.” Sindiran dan jelingan Syahmir kedengaran tajam di telinganya.
“Sorryla, adik kemas tadi. Pastu terus tolong Hanna kat dapur sediakan makanan. Dah jom.” Ditarik kedua tangan abangnya satu persatu supaya mengikutinya ke dapur. Bagaikan lembu dicucuk hidung, mereka berdua mengikuti langkah Dannia, perut mereka dan berdendang sayang minta diisi. Kelam betul adiknya, hampir pukul tiga baru dapat makan. hampeh..
‘Amboi, banyaknya makanan. Fuh nampak macam sedap’. Tanpa menunggu masa yang lama, Syahmin dan Syahmir segera mengambil tempat masing masing. Laju tangannya mengambil pinggan yang telah terisi nasi dari tangan Dannia. Mereka semua makan dengan penuh berselera.
“Sedap tak?”
“Sedapp!! Pandai Hanna masak”
“Biasa biasa je bang.” Hanna tersenyum malu. Segan dipuji sedemikian rupa. Apatah lagi di depan Syahmir.
Syahmir nuat muka selamba. Cuba ditahan debran dihatinya. Senyuman dan lirikan Hanna amat menggoda. Padahal, hanya lirikan yang biasa biasa, cuma Syahmin yang terasa berlainan. Dil to Pagal Hai...
“Masakan Hanna memang sedap, tengoklah kawan baik siapa, adik kan? Orangnya pun manis dan ayu. Tak gitu angah?”
Uhuk!! Uhuk!! Tersedak dengan tiba tiba. Laju tangannya mencapai gelas. Alamak air dah habis... Uhuk!! Air..Air.. tolong aku..! Merah padam mukanya menahan sakit di celah kerongkongnya.
Huluran gelas ditangan Dannia pantas dicapai, rakus diteguknya sehingga licin. Setelah agak selesa dan lega, muka Dannia dipandangnya dengan penuh geram. Ewahh, bukan main selamba badak budak ni kenakan aku! Bertambah geram apabila Syahmin melambakkan tawanya. Dannia pula tersenyum simpul, menahan ketawa.
“Gelakla..gelak..”
“Kenapa angah? Takkan sebut nama Hanna pun boleh tersedak.” Selamba Dannia menegur. Padahal dalam hati sudah tergelak kuat. Kelakar tengok muka Syahmir yang agak lucu ditambah gelabat kelam kabut. Boleh jadi mat kelibut ni..
Hanna di ruang meja itu sudah merah padam muka menahan malu. Malu bila Dannia cuba memasangkannya dengan Syahmir. Padahal suka... Mahu tapi malu...kekeke...
“Ish malaslah nak layan kau ni adik. Mengarut betul. Awak jangan layan sangat kat Nia ni. Wayar kat kepala dia ni putus.” Dia bangkit dari kerusi lalu melangkah ke hadapan. Malu la..habis macho aku tadi. Syahmin dan Dannia apalagi, riuh ruangan dapur dengan gelak ketawa mereka.
Syahmir melangkah ke hadapan, sengaja mahu mengambil angin petang. Dibiarkan Syahmin berborak dengan Dannia dan Hanna di dapur. Namun fikirannya masih kepada Hanna. Macam mana dia mahu mendekati gadis itu. Hatinya sudah lama bertaut pada gadis itu, sejak dari dulu diperkenalkan oleh Dannia. Namun, cuba ditepis perasaan yang timbul. Tetapi makin lama makin kuat perasaan itu dihatinya. Sudah tidak mampu ditanggung perasaannya.
Untuk diluahkan pada Hanna, dia tidak mampu. Takut hanya dia bertepuk sebelah tangan. sebelum meluahkan perasaan, dia perlu tahu status gadis itu, sudah berpunya atau belum..tak mahu dikatakan perampas bila gadis itu sudah berpunya. Tapi bagaimana jika gadis itu sudah berpunya? Hatinya tidak kuat mahu menerima jika Hanna tidak punya perasaan padanya. Dia mengeluh perlahan... perit sungguh bila berkaitan tentang hati dan perasaan.
“Ehem, er awak, Nia dan abang Syah panggil” teragak agak Hanna menutur bicara. Sungguh, ketar lutut dia mahu berdepan dengan Syahmir, apatah lagi apabila lelaki itu merenungnya.
“Er, ok..okey. Aw..awak pun jomlah masuk sekali” Aisemen...Gagap la pulak. Aduh..macam mana nak berbual, bila berdepan je jadi gagap. Kena berlatih dulu lah nampak gayanya. Heh, tak boleh diharap betul.
“Ok.”
Petang itu, Hanna dan Dannia mengajak mereka ke mall. Membeli beberapa barang peribadi adiknya. Lama jugaklah mereka melepak disana. Dannia berjalan beriringan dengan Syahmin. Sengaja mahu Hanna berjalan dengan Syahmir. Ditinggalkan mereka berdua jauh ke belakang.
Sebenarnya Dannia tahu angahnya menaruh hati pada Hanna, oleh sebab itulah, dia cuba merapatkan mereka berdua. Syahmin pula tidak banyak soal bila disuruh berjalan berdua dengannya.
Jauh dibelakang, perjalanan mereka berdua kaku. Tidak seorang pun yang membuka bicara. Hanna dan Syahmir masing masing berdiam diri, tidak tahu topik yang mahu dibicarakan. Masing masing gelisah.
“Hanna macam mana belajar. Ok? Tak ada masalah?” Syahmir memulakan bicara. Cuba melawan rasa gugup dalam dirinya. Terasa begitu lama perjalanan mereka apabila berdiam diri.
“Ok je.”
Aik, punya panjang aku tanya macam tu je jawab. Ok, rileks.. tanya lagi..
“Lagi beberapa bulan je kan nak habis. Lepas ni nak buat apa?”
“Ha’ah. Tak tahu lagi.. kalau ada rezeki nak sambung. Tengoklah dapat result macam mana. kalau ok, bolehlah sambung.”
“Mesti boleh. Hanna kan pandai.” Syahmir sudah agak selesa bila mendapat reaksi positif akan perbualannya.
“Insya’allah. Abang Mir kerja apa sekarang ni?” sebenarnya dia sudah tahu daripada Dannia. Gadis itu sering bercerita mengenai keluarganya ketika mereka berehat dan bersantai di rumah.
“Kerja biasa biasa jer. Abang buka syarikat guaman dengan kawan abang.” Wujudlah jugak sedikit rasa bangga dengan kejayaannya apabila buah hati bertanya. Mimpilah kau Mir, belum apa apa dah mengaku buah hati.
“Wah, apa yang biasanya. Ok lah tu. Dulu Hanna pun ada cita cita nak jadi peguam, tapi tak kesampaian. Sudahnya mak dengan ayah suruh ambil bisness. Senang katanya mahu mencari pekerjaan.” Hanna bercerita sedikit sebanyak tentangnya. Rasa selesa, bila lelaki itu tidak segan silu bertanya dan melayannya. Tanggapannya pada lelaki itu sebelum ini salah sama sekali. Sebelum ini dia menganggap lelaki itu sombong. Tapi kenyataan itu meleset dalah sama sekali.
Mereka berborak sehingga rasa canggung antara mereka hilang begitu sahaja. Kadang kadang boleh bergelak ketawa, lupa pada Dannia dan Syahmin yang hilang entah kemana. Yang dirasakan ketika rasa bahagia antara keduanya. Syahmir kadang kadang melirik kearah Hanna, senyuman dan galak ketawa gadis itu terasa damai di hatinya. Hilang semua masalah yang membelengu dirinya jika menatap senyuman manis gadis itu.
Dari kejauhan Dannia mengintai pasangan yang riang bergelak ketawa. Senang hatinya melihat pasangan itu sedang bergurau senda. Jelas kelihatan riak bahagia di wajah yang terpamer. Cukup dengan itu, hatinya gembira melihat abangnya gembira. Tiba tiba hatinya sebak bila mengingatkan dirinya yang tiada penghujung cerita. Sedikit timbul riak cemburu melihat kegembiraan semua orang. tetapi bukan dirinya... adakah dirinya akan selamanya begini..tiada sekelumitkah bahagia dalam hidupnya?
Sentuhan dibahunya menyedarkan daripada terus memerhatikan gelagat angahnya. Dannia tersenyum membalas senyumah Syahmin..lalu menarik tangan itu beredar dari situ, terus terusan membiarkan pasangan itu berborak...





            

Sunday 16 October 2011

Kasihku Yang Satu [Bab17]

Bab 17
            Iman menemani satu satunya kakak ipar yang amat disayanginya. Sedih dan sakit hatinya masih terbungkam mengenangkan sikap abangnya. Sanggup menghalau Dannia semata mata perempuan tak sedar diri tu. Kenapa abangnya begitu buta mahu menilai kebaikan kakak ipar. Wanita yang seksi itu juga mahu diagung agungkan.  Matanya masih lagi mengalirkan air mata, terasa sedih dengan keadaan Dannia. Kakak iparnya kelihatan sugul sekali. Masih bingung dengan keadaan yang menimpa rumah tangganya. Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, Dannia lebih berminat dengan pemandangannya diluar. Air mata masih terhambur keluar walaupun sudah berkali kali disapu. Namun masih degil mahu  menodai pipinya.
            “Kak Nia, Iman minta maaf atas perbuatan abang. Sampai hati abang buat macam tu pada Kak Nia. Iman ingatkan selama ini rumah tangga akak bahagia. Tak sangka macam ni rupanya. Iman tak sangka macam ni perangai abang. Maafkan Iman dan keluarga kami.” Sayu sahaja suara Iman kedengaran. Kakak ipar yang selalu ceria, rupanya memendam duka.  Kenapa dia tidak perasan akan semua ini..selama ini gadis itu hanyalah berdusta, berpura pura bahagia disamping abangnya. Malah abangnya pun tak kurang hebatnya bila berlakon. Ditatang bagai minyak yang penuh bila Iman berkunjung di rumah. namun, setinggi mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tengoklah buktinya hari ini, terbentang di depan mata.
            “No, Iman dan keluarga memang tak salah. Semua ni salah akak, kalaulah keluarga akak tak terima pinangan dan perkahwinanan mesti semua ini takkan terjadi, mesti abang Iman tak perlu menanggung semua ni kan. Tapi memang ini takdir, akak kenalah redha. Iman janji satu benda dengan akak...” Dannia cuba berhenti menangis, mencari kekuatan untuk berbicara dengan Iman.
            “Apa dia Kak Nia, Iman janji kalau semua ini dapat menggembirakan hati akak. Iman janji kak...” dengan penuh yakin, tangannya memegang erat tangan Dannia tanda membuat apa sahaja untuk gadis itu.
            “Janji Iman takkan beritahu mama dan papa pasal ni. Kak Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit. Tentang akak, tak payah Iman bimbang. Promise me..”  lirih suara Dannia penuh mengharap.
            “Tapi kak...” Iman terkejut. Terasa terlalu berat permintaan Dannia. Bagaimana jika mama dan papa bertanya akan menantunya. Papa dan mama tahu dia menziarahi rumah abangnya hari ini.
            “You promise me already. Jaga keluarga Iman baik baik. Sampaikan salam buat mereka, katakan Kak Nia minta maaf dan halalkan makan minum Kak Nia sepanjang bergelar menantu mama dan papa. Kak Nia sayangkan keluarga Iman. Jaga diri ” Dannia seraya memeluk Iman erat. Seolah olah tidak akan lagi berjumpa. Seolah olah ini adalah pertemuan terakhir antara mereka.
            Iman teresak esak di dalam pelukan Dannia. Terasa sayang mahu melepaskan gadis secantik dan sebaik kakak iparnya untuk pergi. ‘Iman akan selalu mendoakan kesejahteraan akak. Iman janji suatu hari nanti Kak Dannia pasti akan kembali pada keluarga kami’. Itu janji yang diikat di dalam hatinya.
            Mungkin waktu ini Harith tidak sedar akan semua itu, lelaki itu masih lagi leka dan alpa dengan dunianya. Permata di depan mata tidak nampak berkilauan, kaca juga yang dipuja puja separuh mati.  Mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal.  Dia tidak mahu lagi menasihati abangnya yang sudah tersasar jauh. Biarlah dia dengan dunianya... mungkin suatu hari nanti dia akan terasa dengan kehilangan Dannia. Waktu itu mungkin sudah terlambat bagi Harith... ‘Abang, sedarlah. Pujuk balik Kak Dannia’ hatinya menjerit kuat. Sekuat manapun hatinya merintih, dia tahu Harith tak mungkin akan mendengarnya.
            Bunyi hon bas yang kuat menyentakkan lamunannya. Astagfirullahalazim... lama benar dia termenung, kelibat Dannia di dalam bas hanya dipandang sepi. Kakak iparnya hanya memandang dengan senyuman hambar. Jelas riak terluka dan kecewa diwajah cantik itu. Iman mengeluh perlahan.. bagaimana mahu berdepan dengan pertanyaan mama dan papanya jika dia menjejakkan diri di rumah banglo itu.
            Hari berginjak lewat waktu petang, barulah Dannia sampai di kampung, halaman rumahnya. Sengaja dia tidak mahu memberitahu akan kepulangannya. Dia tidak mahu menyusah dan bimbangkan akan keluarga tentang permasalahan yang menimpa dirinya. Dengan perlahan langkahnya menuju masuk ke halaman rumah kampung sebelum kakinya betul betul berdiri berhadapan tangga menuju ke pintu utama masuk. Teragak agak dia mahu melangkah masuk, bimbang akan pertanyaan demi pertanyaan yang bakal ditanya sebentar nanti.
            “Nia” sapa suatu suara sebelum sempat mulutnya mahu memberi salam. Terpacul wajah uminya. Seperti yang dijangka oleh akal dan minda, wajah uminya yang jelas terkejut dengan kepulangan yang tak disangka. Bertambah terkejut tiba tiba badan uminya dirangkul erat. Terasa sarat dengan kerinduan kerana sepanjang tempoh perkahwinannya, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah. siapa sangka kepulangan yang dirancang olehnya sekadar mahu melawat rupa rupanya adalah kepulangan untuk selamanya kembali ke pangkuan keluarga.
            “Umi” tangan uminya dikucup, tanpa dapat ditahan tahan, air mata yang cuba dikawal akhirnya menitis jua. Terlalu sebak dengan keprihatinan uminya. Teresak esak dia menahan sedih dengan semua ini. Terasa mahu pecah berkecai hatinya dengan paluan berdetak kencang. Sakit terlalu sakit.
            “Nia seorang ke..mana Harith” dadanya terasa semacam dengan riak terpamer di wajah anak gadisnya. Dannia hanya menyepi tanpa menjawab pertanyaannya. Kepalanya terjenguk jenguk melihat sekitar kawasan, mencari kelibat menantunya. Namun tidak kelihatan. Hatinya bertambah tidak enak melihat tangisan Dannia tidak terhenti malah semakin bertambah. Segera dia menarik anak gadisnya masuk dan dipimpin sebelum melangkah mengambil segelas air untuk anak gadisnya yang melayan hiba. Dalam kepalanya berfikir bermacam macam syak wasangka.
            “Nah minum dulu, jangan dilayan sangat perasaan tu. Lepas ni masuk dalam bersihkan diri dan berehat.” Hatinya resah memandang Dannia yang begitu asyik melayan sedih. Entah apa yang membelenggu hati anak gadisnya sehingga begitu sekali. Ayat yang terkeluar dari mulutnya seolah olah bagaikan angin lalu, langsung tidak singgah di kepala. Runsing hatinya...
            Setelah kelibat Dannia menghilang ke dalam bilik, barulah Puan Diana perasan akan sebuah beg besar yang terletak elok di tepi pintu rumahnya. ‘Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Dannia pulang keseorangan? Kelibat Harith langsung tidak kelihatan. Bila ditanya Dannia pula diam menyepikan diri. Lantas nombor Syahmin dan Syahmir didail. Mereka perlu dihubungi dengan segera. Hatinya sudah sarat dengan persoalan...

            “Nia” Puan Diana mengetuk pintu perlahan.
            “Nia, buka pintu sayang” Puan Diana mengetuk lagi dengan harapan mendapat sahutan. Namun hampa, kebisuan Dannia menyesakkan dadanya. Sejak dari petang tadi Dannia menyepikan diri di dalam bilik. Seolah olah ingin menghindari dari semua orang yang menghuni di rumah itu.
Kerja yang dibuat serba tidak kena, disentuh itu salah, dipegang itu salah. Kepalanya asyik dengan perangai Dannia yang aneh. Semua yang ditanya semua dibiarkan tidak berjawab. Pertanyaan daripada suaminya hanya dijawab dengan gelengan. Yalah mana nak tahu jika Dannia tidak menceritakan apa apa padanya.
            “Adik, bukak pintu ni.” Tegas kedengaran berselang seli dengan ketukan di pintu biliknya. Syahmin mengetuk kuat pintu bilik itu. Kemudian muncul Syamir dengan segugus kunci di tangan. Mujurlah dia teringat akan kunci pendua yang terletak di simpanan bilik rumah itu.
            Syamir mengisyaratkan supaya uminya masuk untuk memujuk Dannia. Kemudian mereka meninggalkan ruangan tu supaya Dannia dan uminya dapat berbincang. Setelah beberapa lama dibiarkan berdua, Dannia keluar bersama uminya di belakang. Namun wajah itu masih lagi sembab dan merah. Menangis lagi barangkali.
            Setelah memujuk Dannia supaya makan malam bersama mereka, barulah abahnya bertegas untuk berbincang walaupun Dannia cuba mengelak dan melarikan diri. Ketegasan Encik zamani membuatkan dia sedikit akur dengan arahan itu. Kesunyian Dannia membuatkan Encik Zamani sedikit sebanyak tercabar dengan kesabaran yang mencengkam hati tuanya.
            “Sampai bila Nia nak diam macam ni? Cuba cerita apa masalahnya.. menangis bukan jalan penyelesaian.” akhirnya soalan terpacul juga keluar dari mulut abahnya. Sedikit tegas menyentakkan kebisuan Dannia. Dia sebenarnya serba salah, entah dari mana dia mahu mulakan semuanya. Seolah olah dia membuka pintu aib rumah tangganya yang pincang. Tapi jika tidak diceritakan macam mana dia mahu menerangkan akan kesedihan dan kekecewaan yang jelas terpampang di mukanya. Mahu berbohong tidak sampai hati, jika dia berbohong sekalipun sampai bila dia mampu merahsiakan yang sebenarnya, mesti terbongkar juga suatu hari nanti.
            “Ceritalah dik, kita selesaikan sama sama. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bukan?” Syahmin yang diam dari tadi bersuara. Dikerling pula wajah Syamir yang berada di sebelahnya yang sudah panas punggung. Sedikit sebanyak dia perasan akan wajah yang merah padam. Namun tidak pasti kenapa, marah ataupun menahan sebak melihat adik yang disayangi demikian rupa.
            “Puan Diana yang setia disebelah gadis itu mengenggam erat jemari runcing anaknya. Seakan akan memberi kekuatan pada anak gadisnya supaya bersuara.
            “Sebenar......” Diceritakan semua dari satu persatu bermula dari perkahwinannya dengan Harith sehingga dia dihalau dan digantung tak bertali oleh suaminya. Setelah diceritakan semua yang terjadi sepanjang dia bergelar isteri kepada lelaki itu, barulah hatinya sedikit tenang. Separuh badannya terasa ringan. Tidak kesemua diceritakan pada keluarga, hanya sesetengah yang dirasaka perlu sahaja diceritakan. Keburukan Harith terhadapnya sedaya upaya disembunyikan.
            “Aku dah agak semua ni akan berlaku. Memang dasar jantan tak guna.” Tanpa dapat ditahan, Syamir menghamburkan marahnya. Sudah tidak dipedulikan umi, abah dan abangnya yang masih diruangan itu. Marahnya pada Harith semakin menggunung, memang dari dulu lagi, ditentang habis habisan dengan berita pertunangan dan perkahwinan Dannia dan lelaki keparat itu. Namun tentangannya tidak dihiraukan oleh umi dan abahnya. Sudahnya, hanya mampu melihat semua itu berlaku, sudah dicuba membuang perasaan tidak senangnya melihat sikap dingin Harith dengan keluarga mereka. Kalaulah lelaki itu berada dihadapan matanya sekarang, pasti sudah lama dibelasah dan di cincang lelaki itu menjadi 18 bahagian. Baru puas hatinya.  Memang dasar lelaki tak guna. Celaka!
            “Angah, bawa bertenang nak, jangan bertindak melulu.” Encik Zamani bersuara setelah melihat anak keduanya itu naik hantu.
            “Habis tu takkan nak dibiarkan aje budak tak guna tu. Dari dulu lagi Mir dah cakap, lelaki itu tak sesuai dengan adik, tapi tak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi.” Syamir hampir menjerit. Sakit hatinya bukan kepalang, lupa sudah dengan siapa dia bercakap.
            “Angah behave yourself. Sedar sikit dengan siapa kau bercakap.” Keras suara Syahmin menegur Syamir. Adiknya, kalau marah mudah lupa diri. Tak kira dengan siapa bercakap semuanya diredah. Terlalu panas baran...entah perangai siapa yang diikutnya.
            Syamir mengeluh kuat. Terlalu geram, sakit hati semuanya bercampur. Punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi yang didudukinya tadi. Puan Diana pula memeluk erat Dannia, sesekali matanya mengesat pelupuk mata yang mengalirkan air mata. Ibu mana yang tidak sedih melihat satu satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga dijatuhkan hukuman yang begitu berat bagi seorang isteri oleh lelaki bergelar suami. Tambahan lagi Dannia terlalu muda dengan semua ini. Timbul penyesalan dengan keputusannya dahulu.. kalaulah dia tidak menjodohkan Dannia dengan Harith, kalaulah dia mendengar pendapat Syahmir... terlalu banyak kalau.... tapi semuanya telah berlaku. Nasi telah menjadi bubur....
            Disebabkan Harith, Dannia menderita. Ingin menyalahkan takdir dia tidak mampu kerana itu sudah menjadi lumrah setiap manusia yang diduga dengan setiap dugaan dalam hidup setiap yang bernyawa. Namun tidak disangka sampai begini rupa adiknya diduga. Terlalu berat bagi gadis seusia itu diduga sedemikian rupa.
            “Habis tu macam mana sekarang ni?” Syamir makin tak senang duduk dengan kebisuan ahli keluarganya. Masing masing seolah olah bingung..Abahnya diam membisu. Syahmin dengan termenungnya, uminya pula menangis...Syahmir, angahnya memicit kepala. Sesekali Syahmir mengeluh kuat.
            “Biar Mir yang pergi jumpa dan selesaikan masalah ni dengan budak tak guna tu” tanpa pamitan Syahmir bersuara memecahkan kebisuan mereka sekeluarga.
            “Tak payah, biar along dan abah je yang pergi.” Laju bantahan keluar dari mulut abahnya. Takut nanti kecoh pula dengan amukan anak bujangnya yang satu. Bukan boleh diharap, mahu berbincang, alih alih nanti jadi pergaduhan pula.
            “No, angah tetap nak ikut. Apa nak jadi jadilah.”
            “Angah dengar cakap abah. Kami boleh selesaikan benda ni.” Syahmin cuba menenangkan hati Syamir. Cuba menghalang keinginan Syamir untuk mengikutnya ke Penang.
            “No. Keputusan angah muktamad” Syahmir pantas bangun dan mengambil kunci kereta miliknya lalu keluar dari rumah itu. Sakit kepala mahu berlama lama di dalam rumahnya itu. Tambah kalau tengok wajah Dannia yang sembab dan sedih. Lagi parah hatinya. ‘jangan harap aku akan lepaskan kau Harith. Tunggu dan lihat apa yang akan aku buat nanti.’
            “Abah... adik minta tolong sangat jangan libatkan mama dan papa dalam hal ni.” Dannia bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
            “Kenapa pulak?” sepatutnya keluarga besannya patut tahu apa yang menimpa anak gadisnya.
            “Umi, Nia tak mahu sesuatu menimpa mama dan papa. Diorang tak bersalah dalam hal ni. Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit nanti. Lagipun diorang tak tahu menahu pasal hal yang terjadihari ni.” Tidak mahu kerana dirinya, mama dan papa pula yang jatuh sakit, dia tidak mahu menjadi penyebab jika sesuatu menimpa keluarga mentuanya. Biarlah mereka tidak tahu akan perihal ini. Tidak mahu membebankan mereka, kerana dia amat menyayangi mama dan papanya.
            Dannia masih termenung di dalam biliknya. Telefon bimbitnya awal awal lagi dimatikan. Sempat dia menghantar sms pada Hana ketidakhadirannya ke kuliah selama beberapa hari. Selepas itu langsung di offkan. Dia sudah penat rasanya mahu memikirkan masalah yang menimpa. Yang dimahukan hanyalah ketenangan. Dia ingin berehat dan tidur, badannya sudah tidak mampu menampung keletihan yang kian memberat. Dia mahu tidur, biarlah segala yang berlaku hari ini adalah mimpi semata mata, apabila dia membuka mata nanti biarlah ianya hanya sekadar mimpi ngeri..

#####

Harith termenung di sofa ruang tamu. Masih tak percaya dengan apa yang telah dilakukan tadi. Sungguh, dia tidak sengaja mahu menampar adiknya dan menghalau Dannia dari rumah, di saat itu egonya tinggi melangit, tambahan pula kemarahannya yang tidak dapat ditahan. Apatah lagi saat adiknya melihat pergaduhan yang terjadi antara mereka bertiga. Tak disangka yang Iman akan menjenguk mereka pada hari ini. Apatah lagi ketika itu Suzanne menampar Dannia yang disaksikan Iman. Apa lagi naik mengamuk gadis itu melihat kakak kesayangan ditampar dan dihina. Jika dilihat keadann Suzanne petang tadi, teruk juga lukanya akibat amukan Iman. Terkejut dia melihat amukan Iman yang menggila.
Entah angin mana yang meresap ke dalam tubuh gadis itu apabila dengan selambanya menyindir kemesraan mereka berdua di ruang tamu tengah hari tadi. Sakit hatinya, seolah olah Dannia telah merendahkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Apatah lagi dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Terasa begitu kerdil dirinya berdiri di samping Dannia. Suzanne pula hanya ketawa sinis seakan akan turut mengiakan kata kata Dannia. Berasap telinganya, terasa egonya tinggi melangit tercabar dengan kata kata Dannia.
            Setelah mengheret Dannia dan Iman keluar dari rumah, kakinya melangkah laju menuju ke bilik yang dihuni oleh gadis itu. Diambil semua pakaina milik Dannia dan dihumban kasar ke dalam beg besar. Dibawa beg itu keluar dari rumahnya dan mencampakkan di hadapan Dannia disaksikan oleh Iman. Dimana kewarasannya ketika itu..
            Masih terbayang wajah sendu Dannia yang terkejut kerana dihalau. Kata kata kasar dan kesat dihamburkan pada Dannia sebentar tadi sebenarnya turut menghiris hatinya. Tapi sekarang ini hatinya begitu resah, entah kenapa setiap ruang sudut dirinya seakan akan melihat Dannia. Dannia yang sibuk mengemas, memasak bahkan sedang menyapu sekalipun dia dapat melihat dengan jelas. Sudah gilakah? Malas mahu dilayan semua itu. Apa yang tidak kena dengannya, terasa hatinya begitu kosong sekosong kosongnya.
            Nampaknya aku betul dah mereng. Come on lah Harith, perempuan tu dah berambus pun dari hidup kau. Lepas ni kau dah tak perlu berserabut lagi dengannya. Kan dah ada Suzanne.. lagipun Suzanne lebih sesuai berdampingan dengan kau yang segak dan sesuai menjadi isteri kepada lelaki berkaporat macam kau. Baru sesuai...