photo HEADERKARYA2U1_zpsac0a7022.png
 photo LOVEQOUTE01copy_zps5766c6b6.png

Followers

Friday 30 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab 14]

Bab 14
            Bunyi  bising alarm dari telefon bimbit, telah mengejutkan Dannia dari tidur. Matanya terpisat pisat bangun dari perbaringan. Kepalanya terasa berdenyut denyut, dia menggagahkan diri ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Sakit di badan tidak dihiraukan, pergelangannya terasa pedih akibat cengkaman kuat lelaki yang tidak dikenali mencucuk cucuk perit. Tangannya dilihat berbirat merah.  Dibiarkan rasa sakit itu. Dannia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan dia perlu mengemas rumah. Mengginggatkan hal semalam, hatinya menjadi takut.  Masih terbayang wajah wajah rakan Harith yang amat menakutkannya.  Sungguh dia amat terkilan dengan perbuatan Harith, sanggup dia membawa pulang kawan kawannya dan mengadakan parti liar di rumah. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai isteri. Terasa maruah dirinya dipijak pijak lumat tanpa belas kasihan.
            Tanpa melengah lengahkan masa, dia segera turun ke ruang tamu untuk memantau keadaan dibawah. Dia mahu melakukan tugasnya seperti sediakala, walaupun tidak pernah dianggap sebagai isteri, Dannia masih lagi melakukan tanggungjawabnya seperti seorang isteri. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan pada ruang tamu, matanya terbuntang luas dengan pemandangan yang terhampar dihadapannya. Luluh hatinya melihat sang suami berpeluk sakan dengan wanita yang bukan muhrim dengannya. Ya Allah! Tabahkanlah hatiku. Hatinya terasa pedih, ulu hatinya terasa begitu sakit. Isteri mana yang sanggup melihat suami mereka curang. Cintakah aku pada Harith? kenapa hatiku sakit melihat semua ini. Tidak! Tak mungkin aku akan mencintai lelaki seperti ini. Tak akan aku serahkan hatiku pada lelaki yang memijak maruahnya sesuka hati.
            Peritnya hati. Dia melangkah menuju kearah suaminya yang nyenyak tidur memeluk teman wanitanya. Dalam terpaksa, kakinya menghampiri ke arah keduanya, mahu membersihkan segala sampah dan botol minuman yang berada di situ. Bau masam menusuk kuat ke dalam hidungnya. Sudah lali dengan semua itu, dia hanya mampu memandang, tak berani lagi menegur lelaki itu, biarlah. Dia sudah melakukan semua yang termampu. Tidak sanggup lagi rasanya menerima herdikan demi herdikan beserta penampar dari lelaki itu. Tangannya segera mencapai gelas minuman yang masih berbaki separuh. Saat kakinya mahu bergerak, tanpa diduga kakinya tergelincir licin, air yang dipegangnya terlepas dari tangan dan....Dushh...
            “Apa ni??”
            “Ma..maaf, saya tak sengaja”. Tergagap gagap dia menjawab.  Habis lah aku kali ni. Mengamuklah singa tu kejap lagi.
            “Kau memang sengajakan?” muka Suzanne merah menahan marah geram dengan Dannia, enak enak dia tidur dalam pelukan Harith, dengan tetiba Dannia mencurah air ke mukanya. Habis melekit badan dengan air tersebut.
            “Tak, Saya memang tak sengaja. Lantai licin”
            “Kau ingat aku nak percya ker? Atau kau jealous tengok kami? Dasar prempuan tak tahu malu. Terhegeh hegeh. Kalau kau nak tahu, Harith tak pernah cintakan kau. Jangan bermimpi di siang hari lah. Sedarlah sikit diri kau tu menumpang jer kat sini.” Dengan lancang Suzanne memarahi Dannia yang terkulat kulat.
            Aku memang tak sengaja. Sesedap hati jer memaki aku perempuan ni. Kenapalah tak terjirus sebaldi. Kang senang. Baru puas hati aku ni. Dannia mencebik, malas mahu melayan kerenah singa betina. Elok sangatlah tu, sang betina lawan singa jantan. Sesuai sangat! Dengan selamba dia melangkah menjauhi Suzanne yang masih lagi memaki hamunnya. Wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tidak ketara mempamerkan wajah terluka dengan semua itu.
            “Hei kau nak kemana hah?” tangan Suzanne sudah mencengkam tangan Dannia. Panas hatinya melihat Dannia dengan muka selamba. Seolah olah dia pula yang gila bercakap seorang, makian yang langsung tidak menyakitkan Dannia. Belum puas dengan itu, dia menampar muka Dannia. Menyeringai wajahnya menahan sakit. Mujurlah Dannia sempat mengimbangi badannya. Terasa pening kepala dengan penangan yang tak diduga.
            Bunyi bising menyebabkan tidur Harith terganggu. Dngan terpisat pisat dia bangun, terasa pening dan sakit badannya. Mana tak sakit, dia terlebih minum dan badannya pula tertidur di sofa, sengal usah dikata.
            “Apa bising bising ni Suzanne. You ganggu I tidur tahu tak?” geram. Tidak suka ada orang yang mengganggu lenanya.
            “Sayang, you tengoklah perempuan tak tahu malu ni. Dia simbah air kat muka I time kita tidur tadi. Habis melekit badan I.” Suzanne menghentak kakinya memprotes. Sakit hatinya apabila Harith seakan akan memarahinya.
            “Saya tak sengaja” Dannia menjawab pantas.
            “Kau tipu. Dia memang sengaja, jealous tengok I tidur dengan you
            “Dah lah Suzanne, I malas lah nak bertekak pagi pagi ni. And kau perempuan, minta maaf dengan Suzanne cepat” tegas Harith sambil mencerlung matanya. Suzanne di sebelah sudah tersenyum.
            “Saya tak sengaja. Lagipun buat apa nak minta maaf. Saya tak salah pun” Entah dimana dia mendapat kekuatan menjawab soalan itu. Timbul sedikit keyakinan dalam dirinya, hatinya terbakar dengan tuduhan Suzanne yang tidak berasas.
            Mendengarkan ayat itu keluar dari bibir munggil Dannia, berdesing telinganya. Harith bangun dan segera merapati Dannia yang kelihatan kaget.
            “Apa kau cakap?”
            “Saya tak akan minta maaf. Lagipun saya tak sengaja. Sepatutnya dia yang minta maaf kerana tuduh saya macam tu” Dannia mengulangi jawapan sama. Pang!! Buat kali kedua tangannya naik ke muka gadis itu.
            Harith dan Dannia terkaku. Kuat penangannya di pipi mulus Dannia. Terpusing badannya dengan penangan Harith. Terasa ada cecair yang mangalir dari celah celah bibirnya. Perit. Pipinya yang masih terasa sakit dengan penangan semalam masih terasa tapi kini dihadiahkan pula dengan penangan yang baru. Terasa pening pening lalat dirinya. Dannia memandang Harith dengan tajam, sebelum Dannia melangkah laju meninggalkan Harith yang masih kaku.

#####

            Di ruang tamu, Harith meraup mukanya berkali kali, entah kenapa dia merasakan sesuatu apabila melihat mata Dannia berkaca kaca. Sendu hatinya tiba tiba, mulutnya tiba tiba menjadi kaku untuk memarahi Dannia. Hatinya dengan tiba tiba berdebar kencang seolah olah melakukan acara larian. Sungguh, selama hampir enam bulan perkahwinan mereka, dia tidak pernah bertentang mata dengan sepasang mata milik Dannia. Selama ini gadis itu hanya menunduk apabila dimarahi. Tapi hari ini, saat mata hitam miliknya bertembung dengan mata hazel milik Dannia, mulutnya terkunci rapat, serapat rapatnya. Bingung dengan dirinya.
            Harith merenung tangan kanan yang menampar pipi isterinya buat kali kedua. Selama ini, tangan itu tidak pernah menampar pipi Dannia. Tapi semalam dan hari ini? Dia telah menampar pipi isterinya dengan kuat sehingga cecair merah keluar dari bibir itu. Apakah yang merasuknya? Mungkin dirinya yang masih pening dan badannya yang terasa sakit tambahan lagi tidurnya di ganggu. Kasihan isteri aku....Isteri? Hatinya terasa sesuatu. Apakah perasaan ini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Dia menidakkan apa yang terjadi padanya. Tak mungkin!! Harith menggeleng laju. Sesak nafas memikirkan ini semua. Untuk kesekian kalinya, dia meraup kasar mukanya. Hatinya gusar. Argh!! Harith menjerit kuat.
            “Honey, macam mana dengan ni. Habis basah baju I”  Suzanne merengek manja. Tangan harith dipautnya. Cuba menarik perhatian Harith yang agak bingung.
            “Suzanne, pleaseYou balik dulu. I tak berapa sihat ni. Nnanti baju I ganti lain.” Mendatar sahaja suaranya. Tiada mood mahu bercakap dengan wanita dihadapannya. Rasa bersalah lebih menguasai diri. Mendengarkan ayat yang terbit dari mulut lelaki itu, Suzanne tersenyum. Shopping time!
            “Ok honey. Bye.” Suzanne mengucup lembut pipi Harith sebelum beredar dari situ. Harith hanya diam tak berkutik dari tempatnya.

####

Sesampai di kamar, Dannia lantas menguncikan dirinya. Teresak esak manahan tangis yang ditahan. Ibu, abah tolong, Nia dah tak tahan dengan semua ini. Nia mahu pergi dari sisni. Tolong Nia ibu. Ya Allah aku dah tak sanggup menghadapi semua ini. Jauhkan aku dari semua ini. Tolong aku Ya Allah!  
Di bilik, Dannia teresak esak menahan tangis. Sakit hati bercampur dengan pedih di pipi. Sampai hati lelaki itu menamparnya dengan kuat sehingga terasa pening. Di gagahkan diri sehingga tiba ke bilik. Kerana Suzanne lelaki itu tega menyakiti dirinya. Dia merebahkan diri di katil. Hatinya pilu mengenang nasib dirinya. Sepanjang hari Dannia berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu bertembung dengan Harith lagi. Sedih kerana tuduhan tak berasas, dia menerima hukuman.
Kepalanya terasa begitu berpusing pusing. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa sakit yang kian menyengat kepala. Bunyi deringan telefon dibiarkan sepi tanpa dijawab. Setelah bunyi deringan berhenti, dia melihat panggilan yang diterima. Abang Zaf! Pantas didail kembali nombor Zafrey.
            “Assalamualaikum. Hello Abang Zaf. Kenapa call Dannia?” Dia memicitkan kepalanya berkali kali. Cuba menghilangkan rasa sakit di kepala.
            “Waalaikumsalam. Dannia ok ke?” Zafrey di hujung talian sudah keresahan mendengar suara serak Dannia seperti menangis. Hatinya berlagu bimbang.
            “O..ok. Cuma sakit kepala. Don’t worry. Kenapa call?” Dannia megutarakan soalan yang sama apabila Zafrey tidak menjawab pertanyaannya.
            “Abang ingat nak jumpa Dannia. Tapi Nia tak sihat pulak. Tak apalah kalau macam tu. Dah makan ubat belum ni? Jangan lupa makan ubat nanti ya. Abang just nak bagitahu, abang dah on the way nak pi KLIA ni. Flight abang lagi setengah jam. Jaga diri ya. Nanti ada masa turun KL, mama dah lama rindukan Nia. Take care. ” Panjang lebar Zafrey menasihati Dannia.
            “Ok bang, nanti Nia call aunty. Abang Zaf pun sama take care. Sorry Nia tak boleh nak hantar abang. Nia tak berapa sihat ni.”
            “No hal. Bye take care.”
            “Ok, bye” Dannia pantas mematikan panggilannya. Dia kembali memejamkan matanya. Setelah beberapa lama, dia terlena.

#####
            Harith di ruang tamu masih lagi keresahan menunggu Dannia keluar dari bilik. Seribu penyesalan cuba diusir dari dirinya. Namun gagal. Malah makin bertambah. Sudah dua jam dia menunggu Dannia keluar, bayang gadis itu masih belum kelihatan. Ingin menjenguk terasa malu dan ego menguasai diri. Sudahnya dia menuju ke bilik bersiap untuk keluar. Tidak betah rasanya berada di rumah itu. Dia harus keluar untuk menenangkan fikirannya yang kian berserabut tentang Dannia yang semakin mendapat tempat di hatinya.
            Kerana mahu mengusir Dannia dari hatinya, tega dia menyakiti hati dan empunya gadis itu. Langsung tiada riak kasihan dan simpati. Hatinya begitu sakit mengenangkan hatinya yang ceoat goyah. Padahal Dannia langsung tidak menggodanya, cuma entah kenapa  hati miliknya cepat sangat yang tergoda dengan Dannia. Argh.. tension aku. Apalah yang ada pada budak kampung tu. Aku ni dah tak betul gamaknya.
            Setelah bersiap ala kadar, dia mengambil kunci kereta, sempat juga mencapai beberapa helai pakaian dan disumbat ke dalam beg galasnya. Dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Dia perlu menjauhi perempuan itu. Ya, itulah yang akan dibuat. Menjauhinya. Laju keretanya memecut, dipandu kereta menuju entaj kemana. Hanya mengikut kata hatinya tanpa sedar, sudah dua jam dia memandu.. sedar tak sedar dirinya sudah berada di persimpangan menuju ke Kuala Perlis. Eh, aku nak buat apa kat sini. Termanggu sebentar, drive punya drive, keluar dari Penang pun sampai tak sedar. Parah sungguh kau Harith.
            Dia kembali teringat kejadian di rumahnya hampir 3 jam berlaku. Masih terbayang  di ruang mata bagaimana kuatnya Dannia menerima penangan tamparan daripada tangannya. Hampir sahaja tersungkur gadis itu, terasa dayus apabila memukul wanita, namun kesabarannya kian menipis dengan rengekan Suzanne yang mengganggunya dari tidur, kemarahan itu di tempiaskan pula pada Dannia. Tiba tiba dia teringat kembali pada parti yang diadakan di rumahnya malam tadi... Dia tidak dapat menggingati sepenuhnya, bagaimana dengan Dannia ya? Bila dia pulang dari kuliah? Dari mana gadis itu sehingga lewat malam baru pulang? Semalam, kalau tak silap dia menampar seseorang, siapa yang ditampar dan kenapa?
            Kepalanya memicit micit cuba mengimbas kembali apa yang berlaku. Mungkinkah?? Ya dia perasan dengan wajah Dannia sebelum dia menampar pipi mulus gadis itu. Pipi gadis iu sedikit lebam, bibir mungil itu sedikit luka. Tetapi kini dia pula menambahkan lagi luka di wajah Dannia. Harith? teganya kau menyakiti hati dan badan seorang wanita? Tiba tiba..
            ‘Dia memang patut menerima itu semua, bukankah perempuan itu yang merampas semua kehidupan kau?. Kehidupan kau tak lagi bebas, terikat dengn ikatan bodoh ni.’
            ‘Tidak Harith, dia sepatutnya dilindungi. Kau sebagai suami patut melindungi seorang isteri. Apatah lagi perempuan seorang yang lemah. Patut dihormati dan dilindungi. Bukannya sepak terajang dan caci maki yang harus diterima. Bertaubatlah Harith...’
            ‘Ah, bukan ke kau tak pernah cintakan dia, buat apa dibela dengan perempuan itu. Bukankah kau dah ada Suzanne? Dia jauh lebih cantik dan seksi berbanding dengan budak perempuan tu.’
            ‘Tidak Harith, kecantikan bukan dinilai dari luaran, isterimu jauh lebih baik berbanding dengan perempuan perempuan yang mendampingimu. Mereka Cuma mahukan kekayaan yang mengelilingimu, bukannya hati...’
            Benarkah? Arghh... berserabut dirinya dengan kata kata yang entah dari mana. sayup sayup kedengaran bergema di telinganya...hatinya masih lagi ragu...dia sendiri tidak dapat meneka perasaannya kini? Kesal? Marah? Cinta? Rindu? Sudahnya fikirannya hanya tinggal kosong dan sifar...
            

Friday 23 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab13]

Bab 13
                Dewan kuliah yang tadi senyap kembali bising apabila pensyarah mereka keluar dari bilik itu. Bunyi sorakan rakan lelaki mengusik kembali memeriahkan dewan itu. Dannia tidak ambil pusing dengan itu semua, lantas dia berkemas mahu segera keluar dari situ. Dia mahu keluar dari dewan yang terasa rimas dengan orang ramai. Dia mahu mencari sedikit ketenangan. Menghilangkan rasa sesak di dalam dadanya yang kian bertamu.
            “Dannia, kau dah nak balik ke?” Hana melihat Dannia yang sedang berkemas segera bertanya.
            “Yup, balik lah. Lagipun kelas dah habis ni kan? Kau ada plan nak pergi mana mana ke?”
            “Jom kita lepak dulu nak?” Hana sudah mengutarakan cadangan yang tak berapa bernasnya.
            “Kau nak lepak kat mana pula ni. Macam tak ada kerja je.” Dannia sempat mengerling jam di tangannya. Baru pukul sebelas, awal lagi nak balik. Kalau balik pun bukan ada orang kat rumah. Nak harapkan muka Harith tercongok kat rumah jangan haraplah selagi matahari tak terbenam.
            “Jom la lepak kat mana mana. Temankan aku pi shopping ke?”
            “Hish kau ni tak de benda lain ke? Asyik nak shopping aje kerja kau” Dannia mengerutkan muka. Nak shopping apa lagi la minah ni. Minggu lepas dah shopping, hari ni nak shopping lagi. Banyak betul duit minah ni. Haiye...
            “Please. Aku sorang ni. Lagipun kau nak balik awal awal kat rumah laki kau bukan ada pun.” Hana menjuih bibir. Tahu sangat akan sifat Harith yang satu. Bencinya pada Harith tak pernah surut, malah makin hari makin bertambah.
            “Ok lah, jom” Dannia berfikir sejenak sebelum bersetuju dengan Hana. Dia juga sebenarnya stress dengan kehidupan yang dilalui bersama Harith. Harith tidak pernah mahu berubah. Namun perangai lelaki itu semakin hari semakin melampau. Balik rumah mabuk mabuk, naik seram dia melihat perangai Harith. Apabila Harith mabuk, dia kan segera menguncikan diri di dalam bilik sehingga keesokan harinya. Dirinya sudah tidak betah untuk tinggal di sana. Selama lima bulan lebih dia tinggal bersama Harith seolah olah sudah tahu akan jadual rutin suaminya itu. 
            Dannia dan Hana mengambil keputusan untuk melawat dan bersiar siar di sekitar Penang. Soal Harith diketepikan dahulu. Dia tidak mahu memikirkan perihal suaminya.  Dia mahu menghabiskan masanya dengan berjalan jalan. Mahu menghilangkan stress, sekurang kurangnya dapat dia melepaskan diri daripada menghadap muka suaminya itu.
            Mereka menuju ke Mall. Dengar kata kawan kawannya kat sana mengadakan sale, Hana lah orang yang beria ria mengajaknya ke sana. Gila shopping minah ni. Diikut sahaja sahabatnya tanpa banyak kerenah. Yang pasti, dia tidak mahu segera pulang ke banglo suaminya. Sedang mereka leka berjalan menuju ke sebuah butik, tiba tiba....
            “Dannia!” dia mematikan langkahnya apabila terasa seseorang memanggil dirinya. Matanya meliar mencari gerangan yang memanggil dirinya.
            “Dannia” pantas dia menoleh. Bulat matanya memandang jejaka yang berdiri sambil tersenyum menawan. Zafrey!! Secara automatik senyuman terukir cantik di wajahnya. Manis.
            “Abang Zaf, buat apa kat sini?” girang hatinya bertemu jejaka yang sudah lama tidak bersua muka. Hanya telefon yang menghubungkan mereka berdua. Jarak antara mereka menyebabkan susah untuk mereka keluar bersama, tambahan lagi sibuk dengan kuliahnya manakala lelaki itu sebuk dengan kerjanya. Maklum sajalah lelaki bekerjaya.
            “Abang ada meeting kat Penang ni. Sekarang dah habis. Hah, Dannia buat apa kat sini. Tak de kuliah. Ke ponteng ni?” Zafrey membuat muka serius. Buat muka garang. Macam lah Dannia takut dengannya. Hehehehe...
            “Mana ada ponteng. Dah habis lah. Nia teman si Hana jalan jalan. Boringlah nak balik rumah awal awal.” Dannia seolah mengadu pada Zafrey.
            “Betul ke ni. Kalau macam tu korang berdua temankan abang jalan jalan kat sini boleh?” Dia memandang gadis berdua dihadapannya secara bergilir gilir. Dannia dan Hana saling berpandangan meminta pendapat. Saling menjungkit bahu.
            “Ok kot. Tapi kami dah beli tiket nak tengok wayang. Macam mana?” Dannia serba salah mahu menolak cadangan Zafrey. Tiket sudah dibeli tadi, takkan nak cancel kot, sayanglah.
            “Kalau macam tu abang join and temankan korang dulu, then korang temankan abang pulak macam mana? nak beli ole ole untuk mama” Memang niatnya mahu membelikan sesuatu untuk wanita kesayangannya itu. Tidak pernah lupa jika dia keluar outstation oasti akan dibelikan wanita itu sesuatu. Tidak pernah pulang dengan tangan kosong.
            “Ok lah. Jom, sebelum tu kita pi makan dulu la eh? Dah lapar ni.” Dannia memegang perutnya. Sengaja membuat muka kesian. Dannia oh Dannia....
            “Ok little princess. Jom, belanja abang eh?” Giliran Zafrey pula membuat muka kesian.
            “Eh, kami mana ada duit. Abanglah yang belanja kami. Abang Zaf kan dah kerja. Kitorang ni student lagi. Mana ada duit. Kan Hana?” Dannia memprotes.
            “Yelah. Kedekutlah korang ni. Ni bila Nia nak turun KL? Mama dah lama rindu kat Dannia. Asyik tanya Dannia je.” Zafrey menyatakan hasrat mama padanya. Sudah bernanah telinganya mendengar rungutan dari mulut mamanya yang selalu bertanyakan perihal anaknya yang bongsu. Entah bila mereka mahu memberitahu akan Dannia tentang pertalian mereka. Kata mama dan papa tunggu masa yang sesuai. Mereka tidak mahu mengejutkan Dannia tentang berita itu sekaligus membuatkan pelajaran Dannia terganggu. Cukuplah mereka tahu anak bongsunya masih hidup dan sihat walafiat. Suatu hari nanti pasti Dannia akan tahu juga, Cuma tunggu masa sahaja.
            “Maaflah, bukan Nia tak mahu turun KL. Sekarang banyak betul assignment. So busy sikitlah. Tak pe nanti cuti sem Nia turun KL ok? Promise!” Dannia membuat janji, tangannya membuat tanda sumpah. Zafrey tersenyum lucu dan gembira dengan telatah adiknya.
            “Dah jom lah.”
            Sepanjang hari mereka menghabiskan masa bersama. Dannia dan Hana membawa Zafrey melawat sekitar bandar Pulau Pinang. Seronok dapat menghabiskan masa dengan lelaki itu yang sudah dianggap sebagai abangnya. Sempat mereka membeli belah untuk Puan Sri Kamilia sebagai buah tangan untuk wanita itu. Rindunya pada Puan Sri Kamilia amat mnggamit hatinya. Apabila teringatkan wanita itu, rindunya pada ibu di kampung semakin kuat. Sudah lama dia tidak menghubungi ibunya di kampung lantaran sibuk dengan kuliahnya. Nekadnya dia mahu menghubungi ibunya di kampung apabila pulang nanti. Sudh tidak sabar rasanya mahu mendengar suara umi dan abanhnya di kampung. Suara abang abangnya yang selalu mengusiknya. Rindunya... Jam menunjukkan waktu Isyak barulah mereka bergegas pulang ke rumah masing masing.

########

Tepat jam 10 malam, Dannia tiba dirumah. Namun sedikit pelik apabila melihat rumahnya yang terang benderang. Pelik? Harith sudah pulangkah? Segera dia bergegas mendekati pintu rumahnya. Tiba di pintu, dia bertambah hairan apabila melihat begitu banyak kasut di hadapan pintu. Buat kenduri ke? Tak de pulak Harith memberitahunya apa apa. Bunyi bising dan bingit dirumah menarik narik Dannia untuk mengetahui keadaan di dalam.
            Sebaik sahaja pintu di buka, terbuntang matanya melihat suasana di dalam rumah. Masyaallah. Parti apa ni? Sakit matanya melihat suasana di dalam rumah. Dah macam disko. Perempuan dan lelaki berpeluk sakan di tengah ruang tamu tanpa segan silu. Saling berkucupan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Di sudut meja hujung berhampiran tangga sekumpulannya sedang minum air kencing syaitan sambil memeluk twman wanita masing masing. Ya Allah! Apa semua ni. Takut dirinya dengan suasana baru di rumah banglo itu. Matanya segera mencari kelibat Harith. Dia meredah laluan kawan kawan Harith yang sudah separa mabuk. Ditepis kasar tangan nakal yang cuba menariknya ke tengah ruangan tamu. Semakin panik apabila kelibat Harith tidak kelihatan di dalam rumah itu. Tiba tiba matanya tertancap pada satu tubuh yang asyik berpelukan dengan wanita yang begitu seksi. Wanita itu sudah meliuk lintuk di dalam dakapan suaminya. Harith! Berani berani lelaki itu mengadakan parti liar di rumah mereka.
            Dannia segera mendekati Harith. Dia sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah lelaki itu. Ditarik kasar lengan Harith yang erat sedang merangkul tubuh wanita di dakapannya sehingga terlerai. Segera dia mengheret tubuh Harith menjauhi yang lain dan merentap tangan kasar itu dari pegangannya. Panas hatinya seakan mahu terbakar.
            “Harith! Apa semua ni?” Dannia menjerit nyaring cuba melawan suasana bingit ditelinganya. Terkejut Harith dengan tengkingan kuat Dannia. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia meninggikan suara. Mukanya merah menyala menahan marah. Harith sudah melampau.
Terkejut Harith dengan tengkingan Dannia. Pertama kali Dannia menjerit nyaring sepanjang mereka bersama. Terasa tercabar egonya dengan tengkingan Dannia, apatah lagi di hadapan kawan kawannnya. Malu tak terkira, lebih malu daripada berdakapan dengan temannya sebentar tadi. Bengang.
            “Hey! Kau apahal sibuk dalam urusan aku. Jangan lupa ni rumah aku. Suka hati aku lah nak buat apa. Sedar diri kau sikit. Dalam rumah ni kau tu menumpang jer.” Harith menolak kasar tubuh Dannia di hadapannya. Tolakan kasar Harith menyebabkan Dannia terdorong ke belakang, nasib baik dia sempat berpaut pada tiang. Kalau tak mesti dia dah tersungkur mencium lantai marmar. Bunyi sorakan kuat di seluruh rumah amat memalukan Dannia. Dia sudah tidak peduli akan itu semua.
            “Sampai hati awak buat parti kat rumah ni. Awak sedar tak apa yang awak buat ni hah?” Dannia cuba melawan. Tahap kesabarannya selama ini yang disimpan sudah terhambur keluar. Cukuplah selama ini dia bertahan. Biar hari ini dia meluahkan semuanya.
            “Hey, kau peduli apa dengan apa yang aku nak buat. Kau tu masih budak hingusan. Jangan cuba nak ajar apa yang aku buat.” Bengang dirinya apabila Dannia melawan.
            “Memang saya peduli. Saya ni isteri awak tahu tak? Sekurang kurangnya hormat sikit. Hormat pada ikatan kita. Dah tak ada tempat lain awak nak buat semua ni sampaikan rumah ni pun nak buat maksiat?”
            “Kau diam. Blah lah, aku tak perlu minta kebenaran kau. Kau tak ada hak? Kau dengar sini baik baik. Kau tu bukannya siapa siapa bagi aku. Tak ada kena mengena pun. Lagipun selama ni aku tak pernah anggap kau tu isteri aku. Tolong sikit ya, perempuan macam kau mana layak dengan aku. Kau tu perempuan kampung. Macam sampah, menyemak jer dalam rumah aku ni.” Harith sudah melalut, pengaruh alkohol sudak menguasai diri.
            Oleh kerana terlalu geram dengan Harith, Dannia segera berlalu ke dapur. Kemudian muncul semula dengan segayung air, dengan pantas dia menyimbah air tersebut ke wajah Harith supaya sedar. Dia sudah tidak kisah akan keadaan sekeliling, apa nak jadi jadilah kali ini. Dia sudah tidak peduli.
            “Hoi, berani kau simbah air kat aku! Kurang ajar!” Harith mencengkam kuat bahu Dannia sehingga berkerut dan terjerit kecil gadis itu. Keadaan sekeliling sudah kembali diam, terkejut barangkali dengan pergaduhan mereka suami isteri. Pang! Dannia memegang pipinya, darah pekat mengalir di celah bibirnya. Senyuman sinis dihadiahkan pada dannia, sebelum lelaki itu kembali menarik teman wanitanya menuju ke sudut yang lain, sempat dia berpesan pada rakan rakannya.
            “Hoi geng, kau ajak betina ni join korang. Free of charge.” Harith menjerit kuat, dia sudah separa sedar. Dia khayal dengan dunianya. Dannia hanya dipandang sekilas lalu sebelum semakin hanyut dengan dunianya. Jeritan Dannia langsung dibiarkan sepi olehnya. Malah hanya dipandang wanita itu apabila rakannya mengusik dan cuba membuat bukan bukan pada gadis itu. Air di tangan diteguk rakus. Puas hatinya melihat Dannia diusik. Pelukan wanita dihadapannya semakin dieratkan. Dia langsung terleka, semakin lama, semakin jauh bunyi bising sayup sayup kedengaran sebelum suasana bertukar sepi..

Sunday 18 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab12]

Bab 12
                Sudah seminggu mereka pulang dari Pulau Redang, dan ini bermakna sudah 3 hari mereka berpindah keluar dari rumah mertuanya. Kini hanya mereka berdua tinggal di banglo dua tingkat milik Harith walaupun tidak semewah banglo mertuanya, namun banglo itu masih besar buat mereka berdua. Sepanjang tinggal disini,  Dannia menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab dan juga sebagai pelajar.  Dikemas semua keadaan rumah itu sehingga bersih dan teratur, walaupun letih namun dia senang melakukan tugas tersebut. Dia tidak mahu dikatakan mahu menjadi mem besar dirumah tersebut. Kalau boleh mahu dijaga sebaik mungkin harta benda lelaki itu. Sudah menjadi kewajipannya untuk memastikan lelaki itu selesa sepanjang mereka sebumbung.
            Harith awal awal lagi memecat pembantu rumah sejak hari pertama mereka berpindah ke sini. Sengaja mahu Dannia melakukan semua kerja rumah. Dia mahu menyeksa gadis itu sepanjang di rumahnya. Dikerah semua tenaga gadis itu membersihkan seluruh rumah dan semua sudut rumah tersebut. Malah di halaman juga dikerah supaya membersihkan sehingga nampak bersih dan cantik. Semua makan dan minum dan segala pakaian dia mahu Dannia yang menguruskannya. Lelaki itu, dengan senang lenang hanya menggoyangkan kakinya di ruangan tamu. Dannia dijadikan orang gajinya dan hamba abdi. Pantang melihat Dannia mahu berehat, dia menjerit memanggil gadis itu untuk melakukan kerja yang sama walaupun sudah kemas dan bersih. Dia mahu mengenakan gadis tersebut, mahu membalas dendam diatas perkahwinan yang menyebabkan statusnya berubah dan kebebasannya turut sama terhalang.
Hatinya menjadi panas melihat wajah tenang melihat gadis itu, langsung tidak mengeluh. Paling tidaknya, dia mahu Dannia merayu dan melutut supaya diberikan rehat. Namun hampa, semua yang dilakukan hanya sia sia. Tiada perasaan kah gadis ini? Sengaja dia menyelerakkan semua barang selepas diguna.
            Dannia perasan sejak pulang dari Pulau Redang, perangai Harith berubah 360 dari perangai asal, malah lebih teruk daripada itu. Disangka perangai Harith hanya seteruk ketika berada dirumahnya di kampung dan rumah mertuanya, tak disangka malah lebih teruk daripada perangai yang diketahuinya. Perangai Harith makin menjadi jadi. Lelaki itu bebas keluar rumah sesuka hati. Bila malam menjelma mulalah keluar, entah kemana dia merayap. Bila balik je bau asap rokok dan wagian wanita melekat di tubuh lelaki itu. Bila dipagi hari barulah menampakkan mukanya, namun terus masuk ke bilik untuk tidur, bajunya dicampak sesuka hati. Sudah terbalik pula, macam kelawar pun ada. Bila malam dia keluar, siang hari orang lain mencari rezeki, lelaki itu pula enak enak tidur. Buat tahi mata.
            Dannia hanya mampu melihat perangai lelaki itu. Mahu ditegur, dirinya pula akan dihina. Tak sanggup rasanya dihina sebegitu rupa. Dia tidak kisah jika Harith mahu menghina dirinya, namun apabila lelaki itu mempersoalkan tentang keturunannya dia menjadi pedih. Dia tidak mahu keluarganya turut dihina oleh lelaki itu. Sudahnya dia hanya mampu menggelengkan kepala dan mendiamkan diri.
            Satu hal yang membuatkan hatinya pedih, dia selalu melihat baju Harith dengan palitan gincu wanita. Bau wangian yang digunakan wanita melekat kuat pada baju suaminya. Sungguh terhina dirasakan dirinya, sanggup suaminya curang, isteri mana tidak sakit hati melihat sang suami berlaku curang walaupun lelaki itu tak dicintainya. Dia masih bergelar isteri kepada lelaki tersebut, sekurang kurangnya Harith perlu menghormatinya sebagai isteri yang dinikahi. Ah, tak mungkin Harith mahu menghormati gadis kampung yang selalu dihinanya.
            Dia akan terus bersabar, selagi dia mampu, dia akan terus bertahan selama menjadi isteri lelaki itu, andainya suatu hari lelaki itu mahu melepaskannya pergi, dia akan redha.  Malah akan lebih bersyukur jika dia bebas daripada lelaki itu.
            Tidak sabar rasanya dia mahu menghadiri kuliah, lagi dua hari, kuliahnya akan bermula. Dia mahu keluar daripada rumah Harith. Mahu menghirup udara diluar dari kawasan rumah yang langsung tidak memberi kebahagiaan buat dirinya. Sudah begitu lama dirasakan terperap di rumah itu. Mahu keluar, dia tidak diizinkan oleh Harith. Harith awal awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak keluar dari banglo tanpa keizinannya. Siapalah dia mahu mungkir pada arahan suami. Sesekali apabila bosan, dia akan menelefon keluarganya di kampung untuk bertanya khabar . Sesekali Zafrey dan keluarga menghubunginya untuk bertanya khabar. Dia amat bersyukur sekurang kurangnya ramai yang menyayangi dirinya walaupun kekurangan kasih sang suami. Kini hubungannya dengan keluarga Zafrey sudah semakin rapat. Dirinya sudah dianggap sebahagian daripada keluarga kaya dan berada itu walaupun agak segan dengan layanan Puan Sri dan Tan Sri.
            “Dannia! Hoi Dannia. Sediakan makanan untuk aku. Dah lapar ni.” Laungan Harith bergema di seluruh rumah itu.
            Terkejut Dannia dengan jeritan kuat Harith. Pantas langkahnya menuju ke dapur menyediakan makan tengah hari. Ditinggalkan sebentar kerja yang terbengkalai. Assignmentnya ditinggalkan sementara, dia perlu melakukan kerja yang wajib dahulu bagi dirinya. Mujurlah assignment yang diberikan sudah hampir siap. Tak sia sia dia membawa bersama assignment yang diberi. Terkocoh kocoh dia berlari menuju ke dapur. Dia tidak mahu Harith memarahinya. Mujurlah bilik yang dihuni berdekatan dapur, maklumlah bilik orang gaji. Jadi senang untuknya bergerak ke sini sana.
Dannia mengeluarkan semua bahan bahan yang perlu dimasaknya untuk makan tengahari. Tangkas walaupun tidak sehebat angah di kampung. Dibasuh semua bahan basah yang akan digunakan sebentar nanti.
Harith memerhati Dannia membuat kerja dari jauh tanpa gadis itu sedari. Lama dia memerhatikan Dannia begitu asyik sehinggalah makanan tengaharinya siap. Sesekali dia tersenyum lucu melihat wajah kalut Dannia. Entah kenapa dirinya tertarik untuk memerhati tingkah laku Dannia walaupun secara diam diam. Sudah jatuh hatikah dia pada Dannia? Hati kenapa goyah sangat? Mana mungkin perasaan ini timbul begitu cepat.
Harith tersedar akan keterlanjuran matanya yang ralit memerhatikan gadis itu. Lantas mengalihkan pandangannya, demi ego, dia tidak akan sesekali tunduk pada perempuan kampung itu. Takkan sesekali dia akan menjilat ludah sendiri. Takkan! Hanya Suzanne yang mampu membahagiakan aku. Perempuan ni tak ada apa yang istimewa. Aku takkan sesekali menjatuhkan maruah aku untuk bergandingan dengan peremuan seperti ini. Nanti apa kata kawan kawan mereka apabila melihat gadis kampung bergandingan dengannya. Mesti dia akan diketawakan.
                Setelah siap memasak, Dannia menghidangkan di atas meja. Harith dengan bersahaja duduk di meja makan tanpa disuruh. Tangan lelaki itu pantas sahaja mencapai pinggan yang telah dipenuhi nasi putih. Dannia menuangkan pula segelas air buat Harith. Tanpa mempelawa Dannia makan, tangan Harith laju menyuap nasi ke mulutnya. Dannia pula segera berlalu ke biliknya mahu menyiapkan kerja yang tetangguh sebentar tadi.


#######

                “Bagaimana dengan kerja yang aku suruh korang buat?” badannya disandar ke belakang. Matanya merenung tajam dua manusia di hadapannya. Selepas bermesyuarat dia bergegas pula bertemu dengan dua manusia yang bertanggungjawab untuk menyiasat tentang seseorang. Letih dengan kerenah klien ditambah pula masalah yang membuatkan sedikit sebanyak kepalanya turut pening. Kini berhadapan pula dengan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh Tan Sri Razif.
            “Beres bos. Menurut penyiasat kami. Gadis itu adalah adik kandung bos. Dia diambil oleh sebuah keluarga semenjak masih kecil. Sekarang ni dia menuntut di salah sebuah ipta di Penang. Dan paling penting ialah...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, pintu biliknya dikuak dan muncul seorang lagi lelaki. Cukup bergaya, berjalan dengan penuh berkarisma tanpa mempedulikan renungan dua manusia yang tidak dikenalinya.
            “Teruskan..” tanpa menghiraukan kemunculan lelaki yang kini berada di sebelahnya.
            “Ehem.. dia telah berkahwin hampir sebulan yang lepas. Hasil siasatan kami, perkahwinan itu berlangsung dengan aturan keluarga.” Lancar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
            Terkesima sebentar. Jadi dah kahwin? Jadi pertemuan mereka dua minggu yang lepas mungkinkah honeymoon dia dan suaminya? Tapi kenapa hanya keseorangan pulak? Hatinya sedikit cuak akan hal itu. Jika terserempak pasti keseorangan, tak pernah berdua.. Pelik...
            “Lagi satu. Kau ada tak info pasal keluarga angkat dia?”
            Pantas tangannya mencapai sampul yang dihulurkan. Rakus sampul itu dibuka dan dibaca kesemua maklumat yang baru diterima. Kepalanya dipicit picit untuk menghilangkan rasa berdenyut dengan tiba tiba.
            “Aku nak kau siasat latar belakang suami dia. Dapatkan kesemuanya dengan detail, jangan lepaskan sekuman pun maklumat tu nanti. Jangan lupa gambar sekali. Dapatkan secepat mungkin. Korang boleh pergi.” Kedengaran tegas di telinga manuasia di bilik itu.
            Apabila kelibat dua manusia hilang dari pandangan. Dia menghembus kuat nafasnya. Tali leher yang melingkar di leher dilonggarkan. Terasa begitu menjerut sehingga susah mahu bernafas. Bagaimana mahu dia ceritakan semua ini pada mama dan papanya.
            “Zaf, macam mana sekarang ni. Betul ke budak tu adik kita?” Ezmiel masih lagi ragu dengan maklumat yang singgah ditelinganya tadi.
            “Hmmm.... memang betul. Dah ada bukti yang sahih dia adik kandung kita.” Terasa sedikit berat berita terakhir yang diterima. Kahwin??
            “Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Mesti papa dan mama gembira dengar khabar ni.” Ezmiel tersenyum gembira. Seolah olah terbang semua masalah tentang adiknya. Ringan terasa beban yang dipikul bersama Zafrey.
            “Kau kenapa bro? Tak seronok ke dah jumpa adik kita?” hairan melihat reaksi abangnya yang berkerut kerut. Langsng tiada riak gembira.
            “Seronok ni memanglah. Tapi musykil dengan lelaki yang dia dah kahwin. Pulak tu dengan pilihan keluarga. Hati aku tak sedap pulak bila dengar berita ni. Takkan kau tak perasan time kita punya event hari tu. Ke mana mana mesti keseorangan. Lagi satu, mama cerita hari tu time keluar berdua dengan Dannia, mereka terserempak dengan satu pasangan tu. Menurut mama, perempuan tu maki hamun dia and cakap husband tak pernah anggap Dannia macam isterinya. Dia cakap Dannia tu merampas boyfriend dia.” panjang lebar Zafrey berbicara.
            Ezmiel hanya berdiam diri. Tak tahu menahu pulak tentang perkara itu. Mana nak tahunya jika dia sibuk melayan temannya bersosial, mana ada masa mahu berehat di hujung minggu. Tengok sekarang ni, dia pula yang ketinggalan ke belakang. Adehh...
            “So macam mana ni?”
            “Macam mana apanya, tunggu jelah sampai diorang dapat info. Buat sementara ni jangan bagitahu dulu papa dan mama. Aku tak nak mama susah hati pulak.” Awal awal lagi Zafrey memberi sepatah dua kepada Ezmiel, amaran. Bukan boleh percaya si Ezmiel ni mulut lepas. Nanti tak pasal pasal tersasul pulak. Dasar mulut laju. Dalam diam sempat Zafrey mengutuk Ezmiel. Dalam kepalanya pula sudah merancang agenda yang perlu dilakukan seterusnya.
            Dia perlu merangka elok rancangan untuk mendekati Dannia dan perlu teliti untuk memasuki kehidupan adiknya. Terlebih dahulu dia perlu mengetahui bagaimana kehidupan yang dijalani oleh Dannia. Kemudian dia akan terus memasuki kehidupan Dannia secara perlahan lahan dengan cara apa sekalipun.




Friday 16 September 2011

Kasihku Yang Satu [Bab11]

Bab 11
                Orang ramai mula memenuhi ruangan dewan yang menjadi majlis makan malam dan majlis ulang tahun syarikat R&K Holdings. Ramai staff syarikat tersebut datang dengan pasangan masing masing. Majlis yang agak mewah dengan tema merah hitam yang begitu elegan. Bagitu juga dengan tema pakaian mereka untuk majlis itu dengan tema tradisional dan retro. Sementara itu, Dannia dan Hana masih lagi di bilik bersiap untuk menghadiri majlis itu atas jemputan Zafrey dan Ezmiel. Mereka berdua bakal menemani jejaka tersebut sebagai pasangan mereka. Dengan senang hati Dannia dan Hana bersetuju. Lagipun mereka tidak pernah menghadiri majlis tersebut sebelum ini. Maklumlah mereka masih lagi bergelar pelajar. Walaupun di tahun kedua sebelum semester terakhir mereka berakhir.
            “Hana, tak over sangat ke aku pakai macam ni? Segan lah aku. Macam over pulak?” Dannia membetulkan baju kebaya singkat yang di beli oleh Zafrey untuknya. Beria ria lelaki itu mengajak dia ke butik untuk membeli sepasang baju untuknya menghadiri majli itu.
            “Apa pulak over. Ok lah tu. Cantik apa? Meh sini aku nak make upkan kau sikit.” Hana menarik tangan Dannia lalu menyuruhnya duduk berhadapan dengannya supaya senang dia mahu menconteng muka Dannia dengan mekap.
            “Kau nak make up apa lagi. Ok lah setakat ni. Tak payah over sangat lah.” Dannia menepis nepis tangan Hana daripada menyentuh mukanya.
            Papp!! Hana menampar tangan Dannia sedikit kuat menghalang Dannia.
            “Duduk diam diam lah. Takkan kau nak malukan Zafrey dengan penampilan kau yang kurang nih?” Dannia mencebik geram. Tangan digosok berkali kali akibat sengal dengan penampar free. ‘kureng asam punya budak ni. Sakit tangan aku’
            “Done” Hana terjerit kecil apabial hasil tangan  amat memuaskan hatinya. ‘cantik’ desis hati kecilnya.
            “Oklah. Jom. Tengok jam dah pukul berapa, dah hampir lewat. Nanti segan pula nak masuk.” Dannia bergegas menuju ke bilik, langkahnya laju menyebabkan kakinya hampir tersungkur. ‘Mak ai, nasib baik tak jatuh. Jangan lah kat majlis tu nanti jatuh pulak. Memalukan.’

###       

            Zafrey tercari cari kelibat Dannia dan Hana. Sudah hampir pukul 8 malam, kelibat mereka masih belum muncul. Ezmiel di sebelah sudah gelisah jika sesuatu yang terjadi pada mereka. Akhirnya hampir lima belas minit menunggu, kelibat dua orang gadis menarik perhatian semua yang ada di dewan tersebut. Begitu juga dengan Zafrey dan Ezmiel. Apabila gadis tersebut semakin hampir, terpegun mereka dengan penampilan Dannia yang begitu anggun dan cantik. Penampilan yang begitu ketara dengan sebelum ini. Zafrey tersentak apabila Dannia melambai lambaikan tangannya di hadapan muka zafrey. Lelaki tersebut berdehem kecil menutup malu. Ezmiel ketawa kecil dengan zafrey.
            “Sorry lambat”
            “No, tak lambat pun actually. Majlis baru nak mula. So shall we?” Dannia mengangguk kecil. Meraka melangkah menuju ke arah dewan masuk. Mereka berjalan di atas karpet merah yang tersedia di sepanjang jalan menuju ke jalan masuk. Diikuti oleh Ezmiel dan Hana di belakang. Sepanjang jalan, Dannia begitu berdebar debar dengan pandanagn orang ramai yang tertumpu ke arah mereka. Terasa begitu canggung langkahnya sepanjang perjalanan menuju ke meja.
            “Hey relaks ok. Saya ada kat sebelah ni. Jangan takut sangat. Be cool ok?” Zafrey menyedari riak muka Dannia lantas menggengam tangan Dannia yang begitu sejuk. Dia menarik tangan Dannia lantas di letakkan di lengannya supaya dipegang. Mereka mengambil tempat di meja VVIP yang disediakan khas untuknya. Dannia dan Hana sedikit tercengang apabila ditempatkan di tempat yang begitu exclusive. Mahu bertanya dirasakan begitu segan dengan kehadiran satu lagi pasangan yang agak berumur. Melihatkan Zafrey dan Ezmiel bangun, Dannia dan Hana juga turut bangun memberi penghormatan pada pasangan tersebut.
            Mereka berbalas senyuman apabila pasangan tersebut terarah pada wajahnya.  Dannia perasan akan raut muka pasangan yang begitu terkejut dengan kehadirannya. Dannia berdebar debar akan riak muka meraka. Terasa dirinya membuat kesalahan yang begitu besar, kecut perutnya melihat pasangan itu, lebih lebih lagi melihat wanita yang agak berumur di sebelah sudah keruh mukanya.
            “Mama, papa kenalkan Dannia. Dannia, ni papa dan mama saya selaku pengarah syarikat R&K Holdings.” Zafrey pantas memperkenalkan Dannia pada kedua orang tuanya apabila melihat muka Puan Sri Kamilia bertukar keruh. Zafrey mengenggam kuat tangan mamanya supaya bersabar.
            “Apa khabar Tan Sri, Puan Sri” Dannia tersenyum walaupun dirasakan senyumannya begitu ketara canggungnya.
            “Baik. Dannia apa khabar?” Puan Sri Kamilia bertanya cuba bereaksi tenang untuk menahan sebaknya. Hatinya sudah tidak keruan melihat gadis dihadapannya.
            “Baik Puan Sri” Dannia terasa sedikit lega melihat keramahan wanita dihadapannya walaupun hatinya begitu ragu dan pelik dengan perubahan riak muka wanita tersebut. Hatinya melonjak ingin tahu namun disabarkan hatinya.
            “Hah Ez, siapa pula sebelah kamu ni. Tak nak perkenalkan ke?” Tan Sri Razlan menegur anak teruna keduanya. Kepalanya digeleng gelengkan beberapa kali. Sudah ke berapa puluh gadis yang dikenalkan kepadanya. Entah dari mana pula diangkutnya gadis di sebelah anaknya ini. Namun gadis ini kelihatan lebih sopan berbanding dengan gadis gadis yang selalu dikepit sebelum ini. Lebih cantik dan ayu, malah nampak lebih bersopan santun.
            “Kenalkan pa, ma Hana. Hana ni papa dan mama saya. Hana ni kawan baik Dannia” Hana di sebelah hanya tersenyum tanda hormat. Begitu juga dengan Tan Sri dan Puan Sri hanya memberi senyuman mesra.
            Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian untuk majlis pembukaan. Sementara itu, Puan Sri kamilia bercakap cakap dengan Dannia, cuba merisik tentang keluarganya. Hati Puan Sri Kamilia tidak dapat menunggu lebih lama untuk mengetahui asal usul Dannia. Gadis itu mesti dirisik lebih cepat, hatinya kuat mengatakan gadis itu mempunyai hubungan darah dengannya. Apabila majlis sampai ke penghujung, iaitu acara kemuncak adalah penyampaian hadiah untuk pemenang dalam semua aktiviti yang diadakan sempena family day dan king dan queen. Walaupun mereka tidak memenangi treasure hunt namun mereka masih lagi berasa seronok. Sedang mereka berborak borak, tiba tiba lampu ruangan dewan menjadi gelap tiba tiba, sejurus dengan itu, bunyi senyap dengan tiba tiba.
            Beberapa minit kemudian, lampu dihalakan pada mereka. kemuadian tepukan gemuruh yang begitu gamat diseluruh dewan bergema memenuhi ruangan dewan tersebut.
            “Di persilakan King dan Queen kita pada tahun ini jatuh kepada CEO kita, Encik Chairul Zafrey dan queen kita yang cantik menawan pasangannya,Cik Dannia Danisha.” MC yang berdiri di pentas melaung nama  Zafrey dan Dannia kuat disertai dengan tepukan gemuruh dan sorakan tetamu yang datang. Dannia sudah terpaku, terlalu terkejut dengan laungan namanya. Hairan, bagaimana namanya diketahui oleh MC tersebut.
            “Jomlah. Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat pulak” Zafrey tersenyum kecil. Tan Sri Razlan dan Puan Sri Kamilia tersenyum lucu melihat riak terkejut pada wajah Dannia. Namun masih comel yang keanak anakan.
            Dannia tersengih malu. Namun masih belum bergerak adri tempatnya. Melihatkan reaksi Dannia, zafrey menarik tangan Dania menuju ke arah pentas untuk menerima mahkota yang di menanginya. Serentak itu, kilauan kamera berkedipan apabila mereka berdiri bergandingan di sana. Macam artis lagaknya..
            Hampir tengah malam mereka bersurai, sempat Puan Sri Kamilia bertukar nombor handphone dan no biliknya.
            “Here we go princess. Good Night. Jumpa lagi besok.” Zafrey menghulurkan sekuntum bunga putih pada Dannia.
            “Good night, thanks Zaf jemput saya ke majlis tu.” Dannia menyambut bunga yang dikulurkan padanya.
            “Welcome. Anytime untuk my little princess. Anyway, you look gergous tonight.”
            “Thanks. So, should I call you Abang Zaf huh?”
            “Up to you, dear. Besok jangan lupa pesanan mama ajak keluar.”
            “Ok. takkan Nia nak lupa pula. Ok lah dah lewat malam ni. Nia masuk dulu. Bye”
            “Bye” Zafrey melambai ke arah Dannia sebelum melangkah pergi.

####
            Di dalam bilik, Puan Sri Kamilia mundar mandir dihadapan suaminya. Dia begitu yakin dengan gadis yang ditemui tadi adalah satu satunya anak bongsunya yang hilang. Muka yang mirip dengannya ketika masih muda meyakinkan lagi akan tekaannya.
            “Lia yakin bang, Dannia tu anak kita. Abang rasa macam mana?” Puan Sri Kamilia tidak senang duduk. Sekali sekala dia mengeluh dan mendengus geram dengan suaminya yang hanya diam.
            “Abang!” Puan Sri kamilia menjerit kecil. Terjatuh buku yang berada ditangannya.
            “Astaghfirullahalazim, apa awak ni Lia. Terkejut saya.” Tan Sri Razlan mengutip kembali buku yang terjatuh di lantai. Tersenyum melihat gelagat isterinya yang bagaikan cacing kepanasan.
            “Awaklah, saya bercakap dengan awak ni. Boleh pula awak termenung.”
            “Eh awak ni. Mana ada saya termenung. Saya tengah fikir ni” Tan Sri Razif membela diri. Tahu sangat akan perangai isterinya yang kalut dan suka membebel. Namun wanita itu yang paling disayanginya.
            “Yelah tu. Kita siasatlah abang siapa Dannia tu. Lia yakin Dannia tu anak kita. Please?”
            “Cuba bawa bersabar Lia sayang. Abang akan suruh Zaf dan Ez siasat semua ni. Lagipun diorang rapat jer. Awak janganlah bimbang, apa kata awak pun risik risik lah besok. Kan ke awak nak keluar dengan Dannia besok. Hah, masa tu lah awak nak kenal lebih rapat dengan budak tu.” Panjang lebar Tan Sri Razif memberi cadangan. Melihatkan senyuman yang terukir dibibir isterinya, dia tersenyum lega.
            “Jom lah tidur. Dah lewat ni.” Tan Sri Razif mengajak isterinya tidur memandangkan hari sudah begitu lewat malam. Isterinya itu tidak boleh dibiarkan, kalau tidak dihalang sampai kepagilah jaabnya memikirkan akan perihal anak bongsunya.

####

            Mereka menuju ke pekan dan market yang ada di sekitar pulau tersebut. Sepanjang jalan, Puan Sri Kamilia tidak habis habis berborak. Girang hatinya tidak terkata kerana dapat menhabiskan masanya dengan Dannia. Tak terduga olehnya percutian kali ini lebih besar maknanya berbanding dengan sebelumnya. Puan Sri Kamilia amat bersyukur kerana telah mengembalikan anak bongsunya walaupun tidak sahih akan kebenarannya. Baginya Dannia adalah anaknya yang bongsu. Walaupun apa keputusan dan kebenaran yang akan terbongkar, Dannia akan dianggap sebagai anaknya. Tiada sesiapa pun dapat menghalangnya. Nekadnya dalam hati. Dia sangat senang dengan tingkah laku dan tutur kata sopan Dannia. Wajahnya juga seperti keanak anakan amat menyenangkan hati ibu epertinya. Beruntung Ibu Dannia kerana mengandungnya.
            “Dannia, jom rehat dulu. Kaki aunty dah penatlah” Puan Sri Kamilia menarik lembut tangan Dannia menuju ke restoran yang berhampiran. Kakinya sudah berasa kebas berjalan terlalu lama.
            “Ok, jom kita duduk kat sana” Dannia menunjukkan tempat untuk mereka. sengaja dia memilih tempat yang agak jauh terpencil dan berdekatan dengan balkoni supaya merasa angin yang segar. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, namun cuaca yang begitu beringin membuatkan suasana tak begitu panas terik.
            “Siapa nama ibu Dannia?” Puan Sri Kamilia terus sahaja melontarkan soalan untuk merisik akan kehidupan Dannia sebelum ini.
            “Diana Amiruddin dan abah Nia Encik Zamani. Kenapa aunty?” Pelik akan soalan Puan Sri kamilia yang tiba tiba mahu perihal keluarganya.
            “Aunty saja nak tahu. Mereka keluarga kandung Dannia? Boleh aunty berjumpa dengan mereka?”
            “Er ya. Dannia dah anggap mereka keluarga kandung Dannia sebab meraka yang jaga Dannia sejak lahir. Nanti kalau senang aunty datanglah ke rumah Dannia. Mesti abah dan ibu gembira kalau dapat jumpa aunty” Dannia bercerita serba sedikit akan prihalnya.
            “Apa maksud Dannia? Aunty tak faham.” Dia cuba mengorek lagi, berita yang disampaikan oleh Dannia sedikit sebanyak menggembirakanny. Benarkah Dannia diambil sebagai anak angkat?
            “Dannia sebenarnya diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Nia sekarang. Mereka cakap Dannia diambil sebagai anak angkat di sebuah rumah kebajikan. Kata ibu, Dannia dijumpai di pagar pintu. Selepas beberapa hari Dannia diambil oleh keluarga ibu. Sampailah sekarang.” Suaranya sedikit mengendur, suaranya sedikit bergetar. Pedih hatinya kerana tidak pernah mengenali ibu bapa kandungnya. Walaupun pihak kebajikan telah mengesahkan bahawa dirinya bukan anak haram kerana mempunyai sijil kelahiran yang sah di sisi undang undang. Sewaktu ditinggalkan, dokumen sijil kelahiran sempat diselitkan di celah celah kain bersamanya. Namun yang menjadi tanda tanyanya sehingga sekarang kenapa sanngup ibu dan bapa kandungnya sanggup membuang dirinya. Betapa dirinya terasa dibenci oleh keluarga kandung.
            Sentuhan di tangan mengembalikan dirinya berada di alam realiti. Begitu lama dirinya termenung menginggatkan cerita ibu. Sebelum ini dia cuba meneyembunyikan identiti dirinya daripada orang ramai. Tapi entah kenapa hari ini dalam sejarah dengan senang dia bercerita tentang dirinya yang serba kekurangan kepada wanita dihadapannya.
            “Aunty minta maaf. Tak terniat nak membuat kamu sedih. Maafkan aunty.” Puan Sri Kamilia menyeka air mata yang mahu menitis dipipi Dannia. Dia mengenggam erat tangan gadis dihadapannya. Dia bertambah yakin akan nalurinya. Dia memang anakku! Tapi dia masih tidak punyai bukti kukuh. Bukan ragu, tapi bimbang Dannia akan terluka di kemudian hari jika kebenaran adalah disebaliknya.
            “Dahlah. Jom kita balik, lagipun dah lama benar kita kat sini. Kejap lagi dah masuk waktu Zohor. Mesti bising Zafrey dan Ezmiel kalau kita lagi lama kat sini. Jom” belum sempat Dannia dan Puan Sri kamilia bangun dari meja. Mata Dannia terpaku pada sepasang pasangan yang menuju ke arah mereka. Puan Sri kamilia juga melihat ke arah yang sama apabila melihat mata Dannia yang terpaku pada suatu arah.
            “Well well well... sayang tengoklah siapa ni. Your wife. Kesian kan tengok perempuan yang tak diiktiraf sebagai isteri oleh suaminya sendiri. Perempuan tak tahu malu.” Suzanne erat memeluk lengan Harith di sebelahnya. Sengaja mahu membakar hati Dannia.
            “Aunty jom kita balik. Dah lewat ni.” Dannia meraik tangan Puan Sri Kamilia yang sudah berdiri disebelahnya. Terbuntang matanya melihat pasangan dihadapan lebih lebih lagi wanita disebelahnya, masyaallah baju tak cukup kain. Seksi bukan main. Bukan main singkat lagi kain yang dipakai, dengan baju yang singkat separas pusat bertali halus di bahu. Nauzubillah.
            “Siapa ni Dannia? Apa maksud perempuan ni?” Puan Sri Kamilia sudah panas telinga mendengar penghinaan itu. Sakit telinga.
            “Entah aunty. Jangan dilayan ya. Tak de kena mengena dengan kita. Dia salah orang kot.” Dannia malas mahu bertekak dengan Suzanne. Orang seperti itu jangan dilayan kerenahnya. Memalukan diri jer. Tak boleh pahala pun, yang dapat dosa jer. Free pulak tu.
            “Hey betina, kau jangan nak buat tak kenal pulak. Hai, dah hilang ingatan ke kat husband you ni? Biasalah kan, wife mana nak mengaku bila husband dia ada kekasih lain kat luar. Betina tak bermaruah macam you ni memang suka merampas apa yang bukan haknya kan.” Sinis senyuman yang diberikan pada Dannia. Cemburu pada Dannia kerana memiliki seraut wajah cantik walaupun tanpa mekap. Terasa begitu jauh jika mahu dibandingkan dengan isteri kekasihnya. Merah padam mukanya apabila mendengar suara sinis Dannia terasa disindir.
            “Maaflah ya. Setahu auntylah, betina yang kau cakap tak bermaruah ni kaulah kan. Nak tahu kenapa? Sebab kau yang duk menempel kat laki orang. Kau tu bukan ada apa apa ikatan pun dengan lelaki kat sebelah tu. Dengan mulut yang bau longkang mengata orang sendiri yang lebih. Entah apa punya perempuan lah kau ni kan? Tetiba datang tak bagi salam, then main terjah terjah orang sesuka hati. Kurang ajar.” Puan Sri Kamilia menhadiahkan sindiran sinis pada perempuan tak tahu malu. Biar dia rasakan tinggi rendah langit itu. Mentang mentanglah Dannia tak menjawab, sesenang hati mahu menghina orang. Dia pula yang terasa sakit hati mendengar penghinaan walaupun bukan dituju untuknya.
            Mendengarkan ayat keluar dari mulut wanita itu, merah padam mukanya menahan malu. Geram betul, si Harith pula bukannya mahu menolong, malah berdiam diri.
            “Hey perempuan tua, kau jangan nak masuk campur dalam urusan kami. Kau orang luar tak tahu apa apa. And kau Dannia, jangan kau ingat bila dah ada orang yang bela, aku akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau disingkir dari keluarga Harith. Cuma aku yang layak di sisinya” dengan yakin Suzanne berkata.
            “Dah la sayang. Tak payah dilayan diorang ni. Jom, tadi you cakap nak pi shopping kan. Tak de faedah you bertekak dengan diorang ni. Buat sakit mulut je lah. Dah jom.” Harith menarik tangan Suzanne untuk berlalu dari situ. Hatinya sakit melihat Dannia seolah olah dirinya tak wujud dihadapan gadis itu. Apatah lagi untuk menegur. Wait a minute Harith. Apasal sangat kau beria ria nak Dannia tegur kau ni. Sakit ke apa. Entah entah..... ? No way, aku takkan jatuh ke tangan perempuan kampung macam tu. Tak de taste langsung. Ego kau Harith.